Nuffnang

Monday 26 May 2014

Warkah Daripada Alang

Dalam whatsapp group Alang siap cakap lagi jangan komen apa-apa pasal warkah dia. Tapi memandangkan i am the tuan tanah, sambil baca kita komen.

...
Sebenarnya, ini bukan warkah buat ibu apatah lagi nukilan yang panjang untuk ibu. Tapi ini hanya secebis coretan untuk ibu. Cume sedikit saja nukilan yang dapat dihasilkan oleh seorang yang bukan hebat bermain pena.
-eddkhairi: cewah! Pandai berpuitis ye..

Berbanggalah wahai ibu, kerana kalian punca kasih sayang terjalin dalam satu keluarga.

Berbanggalah wahai ibu, anak-anakmu sentiasa menghargai jasa-jasa mu.

Berbanggalah wahai ibu, setiap apa yang kalian lakukan, menjadi ikutan dan pedoman anak-anakmu.
-eddkhairi: no comment..

Berbanggalah wahai ibu, setiap insan yang berjaya semuanya hasil didikan dan belaian kasih sayangmu ibu.

Bukan nak bersajak, bukan nak bersyair, bukan juga nak berpantun. Cuma ingin memahatkan penghargaan yang tak terhingga buat seorang ibu.
-eddkhairi: no comment..

Saya bujang, belum berkahwin, masih belajar, belum bekerja, dan saya anak mak.
-eddkhairi: Alang ni nama sebenar dia Ammar, dilahirkan pada 10 September 1992. Sedang belajar di UTeM. Ok,betul tu, bujang kan belum berkahwin!

Mak melengkapi hidup saya dari setiap aspek. Lengkap. Tanpa terkurang. Sedikit pun tidak. Kegembiraan mak, keutamaan saya. Penting bagi saya. Ya, sangat penting. Terasa satu kepuasan bila melihat mak gembira. Puas. Sangat puas. Saya pantang bila ada orang cuba menyakitkan hati mak. Marah. Benci. Langsung tak suka melihat mak bersedihan.
-eddkhairi: Alang ni pandai tackle hati Oma, i have to admit that.

Mak mana yang tak sayangkan anak dia. Marah. Tegur. Nasihat. Semuanya tanda mak sayangkan anaknya. Dan saya sudah merasai semua ni. Mak boleh marah saya, mak boleh pukul saya, mak boleh tegur saya, mak boleh asuh saya, mak boleh nasihatkan saya, mak boleh didik saya, semua mak boleh buat apa saja agar saya tak menjadi sampah dalam masyarakat. Selagi diri ini waras, saya takkan menghalang dan saya sentiasa menerima. Saya tak jemu merasai semua ni. Malah saya lagi suka. Kerana saya tahu yang mak sayangkan saya.
-eddkhairi: Oma influence Alang dengan skincare and memasak tau! Dia ni rajin masuk dapur tolong Oma masak. Tapi kalau dah cukup korum, dia tak join la sebab our dapur petite je.. Alang ni rajin basuh pinggan periuk belanga semua.

Suatu hari nanti, bila saya sudah berkahwin, tamat pengajian, sudah bekerjaya, saya tetap anak mak. Tetap. Tak berubah. Masih sama. Saya anak mak.
...

Ok, Alang ni senang buat Oma senyum dan ketawa. Pada Oma, apa saja yang keluar dari mulut Alang adalah lucu. Sebab Alang ni bak kata orang Kuale, kelolo sikit. Maknanya dia suka mengusik. Memang kalau berkumpul ada Alang, kami asyik la ketawa tak kering gusi.

Apa lagi yang membahagiakan selain melihat orang yang kita sayang senyum dan ketawa?



No comments:

Post a Comment