Nuffnang

Wednesday 21 May 2014

Bab Kebersihan

Zaman i anak dara dulu, mak-mak kat kampung selalu cakap "pompuan ni kalau belajar tinggi mana pun,ke dapur juga akhirnya". I agreed and replied "ye betul, tapi pelajaran tu la yang akan menentukan besar mana dapur dia".

I suka dapur dari zaman i kecik lagi. Mardeyah ikut i, sekarang ni satu hari berpuluh-puluh kali dia masuk dapur. Memang dapur merupakan ibu sesebuah rumah. Sebab tu ada certain culture ni meletakkan dapur di bahagian hadapan rumah! And kalau according to senibina rumah melayu pun, dapur tu even duduk letaknya di belakang tapi ia boleh dilihat terus dari ruang tamu. Rumah melayu lama boleh dikatakan open cencept, tak punya banyak dinding yang menghalang komunikasi sesuatu keluarga. Maknanya misal kata orang lain bersembang di depan, orang di dapur juga boleh menyampuk sama.

Dulu masa kecik, peti ais kat rumah tak menarik. Kecik sahaja. Dan hanya untuk menyimpan makanan yang cepat expired. Unlike my fridge sekarang yang ada macam-macam sampai the girls boleh berdiri berjam-jam depan peti sejuk and eat.

Kalau dulu i masuk dapur selalu menyibuk nak tolong Oma masak. Tapi everytime i nak tolong potong-potong sayur ke, hiris bawang ke, Oma akan suruh i basuh pinggan. Tiap kalinak minta masak, dia suruh basuh pinggan. Kadang malas nak buat sebab i nak masak,bukan nya nak membasuh.

Sebenarnya she was telling me that asas untuk memasak ialah membasuh. So, sambil memasak, we have to kemas serba anika di dalam sinki. Her first rule, jangan longgok pinggan mangkuk kuali sudip dalam sinki. Bila sambil memasak kita mengemas and mencuci, tempat masak kita akan jadi bersih. Cuba bayangkan restoran yang memasak dengan segala kulit ayam and kepala ikan still in the sink? Haiyaaa..putus selera.

Sampai sekarang i dah terbiasa memasak sambil mencuci. And lepas memasak, dah terbiasa untuk lap dapur.


Almaklumla kan, malay cuisine ni banyak berasaskan tumis menumis ni. Hoiihh..i memang pantang kalau lantai berminyak melekit berlengas dan kembang setaman, tapak kaki ni automatik rasa geli geleman.

Dapur dan wanita tak dapat dipisahkan. Memasak di dapur yang bersih, selesa dan breathable adalah sesuatu yang mengujakan. i bukan terror memasak pun. Biarlah orang kata masakan i tak sedap, asalkan i prepared the dishes in a clean area.


Sebut tentang cleanliness ni, satu lagi kepantangan yang i learnt from Oma is to cover makanan properly. Bukan takat tutup cincai ala kadar tak nak bagi setan ludah, tapi cover from lalat. Kalau makanan yang tak ditutup dengan proper, mata i akan lekas-lekas cek makanan tu takut kalau-kalau lalat bertelur di atasnya. I am very particular about this.

Lagi kepantangan yang i dapat dari my mom is makanan or minuman yang tumpah muat be cleaned up segera. Even setitik kicap. Oma selalu bebel jangan biar benda tumpah bertekang atas lantai. Sebab itu lah punca semut. Hoiihh..memang i pantang tengok benda tumpah-tumpah ni. Again, tapak kaki automatik jadi geli. Sebab tu i tak suka pakai selipar dalam dapur, nanti tak dapat nak sense kekotoran and bila tak rasa kotor, i tend to ignore kekotoran tu. And that is why i prefer lantai and table top to be in warna-warna yang terang for my kitchen.

I can imagine how stress i can be if my kitchen comes with black table top. How come you spot kalau ada benda tumpah ni? And black table top dah sama pulak dengan warna semut. Lagi la i stress sebab it looks like i lose my sense!

Seorang male friend once told me 'kalau aku nak cari bini, benda first aku akan tengok dulu is dapur and bilik air dia'. So to those anak-anak dara di luar sana, kalau dah gatal nak berlaki, make sure kebersihan dijaga dulu. Kain baju yang dah pakai jangan longgok or bergayut-gayut sampai nak roboh stand. Bangkit tidur, katil kena kemas. Kalau yang guna tilam, jangan setakat gulung tilam sekali dengan bantal-bantal and selimut dalam tu, dah macam swiss roll dah tu. Selimut tu lipat, jangan ingat nak senang malam nanti nak masuk dalam selimut balik. Karang masuk-masuk je, lipan bara tumpang selimut sekali kan naya!

Benda basic. Masa lower form, subjek KH pun ajar benda tu. Tapi i belajar semua ni from my very best teacher - my mom. Sejak kecik lagi. So, i am gonna do the same thing to my girls. I train them to tidy up their room, to pick up their toys lepas main, to keep their pencils after using them.

Most of the time tak la neat macam ni. Takat bedak and sikat merata tu i boleh la pejam mata tapi kalau sampai undies pun campak belakang pintu, mana la the mommy tak menyinga.


And now they already know that the mommy is very particular with benda-benda yang bersepah ni, they will quickly clean up, wipe it out sebelum kena marah. They are 5 and 4, it is not too early to train them about cleanliness. In fact, dalam Islam pun ajar bab kebersihan. Rasulullah pun sukakan kebersihan.

I know i have to ulang-ulang sebut kat the kids to tidy up, clean the mess. Lama-lama benda tu akan jadi rutin. Dah namanya emak kan, kalau tak membebel, bukan lah emak namanya.



No comments:

Post a Comment