Nuffnang

Wednesday 14 May 2014

Hari-Hari Hari Ibu

Walaupun Hari Ibu 2014 dah berlalu, aku rasa terpanggil untuk catatkan sesuatu.

Hari Ibu 2014 yang jatuh pada 11 Mei 2014 lalu macam ada kontroversi. Dalam facebook, whatsapp group dan social media lain ramai yang update mothers' day wishes, gift, cakes, flowers, super duper special meal sempena sambutan Hari Ibu.

Aku cuma wish sebaris ayat je kat Oma pagi tadi. Itu pun dalam whatsapp group family aku. Aku? Aku dapat satu je ucapan, itu pun aku minta dari Angah. And dapat satu wish dari my SIL. Tak hensem kan? Aku tak harap dan tak hadap pon ucapan dan hadiah bagai. Tapi kalau anak-anak aku dah besar nanti dan aku dapat wish dari diorang, mesti aku rasa bangga. Sebab? Berapa ramai pompuan dalam dunia ni yang tidak bergelar ibu? Aku yang dah tiga kali ngandung tiga kali bersalin, aku tau perasaannya. Dan aku yakin semua yang bergelar ibu akan mempunyai perasaan yang sama.

Sampai hari ni kontroversi haram menyambut hari ibu masih tak reda lagi. Aku baca juga pendapat beberapa ulama tapi sapa yang rajin boleh copy n paste di ruangan komen. Aku malas nak gugel.

Pada pendapat aku, bila sambut hari ibu bukanlah bermaksud aku hormat mak aku sehari je dalam setahun dan 364 hari aku derhaka. Same goes to orang lain outside there yang celebrate. Bukan bermaksud aku appreciate mak aku sehari tu je dalam setahun manakala 364 hari lagi aku lupa daratan. Bukan bermaksud sehari tu je aku doakan mak aku sedang 364 hari lagi aku sumpah mak aku.

Aku sebagai anak tak termampu nak bagi bunga hari-hari kat mak aku. Tak mampu aku nak bagi kek hari-hari kat mak aku. Mak aku naik muak pulak nanti. So, special occassion macam ni la kita nak bagi something or nak surprise kan mak kita. Tidak juga bermaksud hari lain kita tak surprise kan dia.

Hari ibu bukanlah perayaan agama. So aku rasa setakat nak belanja bunga, hadiah, makan or at least sepotong ucapan tu tidak la menyalahi agama.

Aku rasa sakit hati bila ada satu hamba Allah ni ajuk iklan Mothers' Day kat tv dengan sebut "Happy Mother Teresa Day" sebagai menunjukkan protes dia ke atas sambutan Hari Ibu.

Pada aku yang dah beranak tiga ni kan, kalau lah engko jenis tak melawan cakap mak ngko, ngko jenis taat kat mak ngko hari-hari, ngko jenis bagi duit bagi hadiah kat mak ngko hari-hari, ngko memang doakan mak ngko hari-hari without fail, ngko bagi ucapan sayang kat mak ngko hari-hari, ngko memang appreciate mak ngko hari-hari dengan telan semua masakan dia tanpa komen n komplen tak sedap, ngko jenis call mak hari-hari, ngko memang selayak-layaknya cakap "kita tak perlu sambut hari ibu kerana hari-hari adalah hari ibu"

Tapi, kalau benda-benda kat atas tu ngko tak buat hari-hari kat mak ngko, rentikanla nak mengata buruk kat orang lain yang sambut hari ibu ni. Lebih baik ngko duduk diam, simpan kutukan ngko tu dalam hati.

Aku rasa la, tak ada mak dalam dunia ni yang akan humban hadiah mothers' day pemberian anak dia.

And, this is my mom. Masih main seremban walaupun usia dah melepasi angka 50.


Inilah insan yang mengisi pengalaman dan kenangan yang indah-indah belaka dalam hidup aku.

Akhirul kalam, aku nak pi cari artikel and pendapat mengenai sambutan Hari Guru. Mana tau, kot-kot KPM nak mansuhkan sambutan Hari Guru di Malaysia ni.

No comments:

Post a Comment