Nuffnang

Saturday 24 May 2014

Warkah Untuk Ibu

Hari ni, Oma ada event sempena sambutan Hari Ibu peringkat Kuala Kangsar. Antara agenda dalam event tu ialah Warkah Untuk Ibu. I was told that ten participants will be chose to recite warkah untuk mak masing-masing. Oma asked me whether i would like to join or not. And she did text me to remind about it.



I guessed she was serious asking for one from me. Frankly speaking, i never wrote to her. My zaman asrama dulu, public phone bersepah, nak tulis surat tu memang tak laa.

Lepas discuss dengan Angah (Lily), Alang (Ammar) and Aunty (Intan), we came out dengan warkah from us. Semua orang mengarang warkah and emailed to aunty for compilation. Ucu (Syahir) was excluded sebab dia tak respon dalam our whatsapp group. And Aunty is going to recite the love letter sebab dia tengah semester break.

And here goes my warkah. Kongsi dulu gambar Oma kejap. Ambik feel.


...
Warkah untuk ibu ini saya kirimkan sekadar berkongsi apa yang ada di dalam hati dengan semua yang bergelar ibu.

To me, everybody has lovely hearts.
Cuma kadang-kadang ada limitation untuk memberi sepenuhnya apa yang ada di dalam hati.
The limitation, if you don't manage it properly will make you helpless and handicap in giving or expressing things that you should be doing.

Selalu kita dengar 'seorang ibu boleh mampu menjaga sepuluh anaknya tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu'.

Untuk menjaga ibu bapa, selalunya orang bercakap pasal "tanggungjawab".
To me, yang terbaik adalah menggantikan "tanggungjawab" dengan "cinta dan kasih sayang".

Tanggungjawab menuntut kita membuat sesuatu.
After sometimes, kita letih dengan tanggungjawab, kita bosan dan ingin bebas dari tanggungjawab.
Macam kerja di pejabat, itu tanggungjawab kita.
Kadang-kadang kita sangat penat membuat kerja, tiada lagi keikhlasan, kita rasa mahu berhenti, membuat kerja hanya kerana terpaksa, kerana perlukan duit, kadang-kadang kita rasa mahu lari, mahu hanya berehat, tidak mahu membuat tanggungjawab kita.

Tapi, berlainan dengan kasih sayang dan cinta.
Satu perasaan istimewa yang diberi Allah SWT.
Kita kasih ibu bapa kita, kita sayang pada anak-anak kita, kita cinta pada suami kita.
Kerana kasih sayang dan cinta ini tidak ada istilah penat atau terpaksa.

Saya melihat ibu saya, dia buat sesuatu pasti dengan kasih sayang.
Setiap minggu menjenguk anak jauh di asrama, tiada perasaan letih.
Setiap hari memasak, menghidang untuk anak-anak dan suami tiada rasa marah.
Saban waktu berkorban wang ringgit, tenaga buat kami semua, tidak pernah lelah malah sentiasa rasa teruja.

Oleh itu kalau tanggungjawab kita gantikan dengan kasih sayang, maka balik melihat ibu bapa saban bulan tidak meletihkan, tidak menyusahkan, tidak membebankan. Berkongsi gaji yang tak seberapa dengan mereka jadi sangat mengujakan dan kalau mereka sudah tidak berdaya, saya pasti saat memandikan, menyikat, mencuci mereka akan menjadi satu yang meruntun perasaan.

Macam itulah ibu bapa menjaga kita dulu bukan sekadar tanggungjawab tetapi atas dasar kasih sayang.
Kita yang degil tak mahu dengar kata, tapi ibu tetap memeluk dan menjaga.
Kita nak macam-macam sedangkan duit tak cukup bergolok-bergadai tetap dilaksanakan.
Kita tak sepandai anak orang lain, ibu tak pernah membuka mulut mencebik.
Penatnya ibu menguruskan rumahtangga menjaga dan membesarkan kita.
Semuanya atas dasar kasih sayang.

Kadang-kadang anak-anak bercakap, kenapa pulak saya perlu membalas jasa ibu bapa membesarkan saya, itu kan tanggungjawab mereka?
Kalau sekadar tanggungjawab, tak kan berada kita di mana kita berada pada hari ini.
Kadang-kadang juga anak-anak merasa sudah saban lama duduk dengan ibu bapa, dah besar, tiba masa untuk bebas, sudah tak larat lagi dipantau.
Ingatlah masa muda kita berlari hilangnya.
Suatu masa nanti kita juga akan menjadi orang tua.


Sekarang ini, merenung anak-anak sendiri, saya melihat zaman kanak-kanak saya.
Selalu saja saya rindukan zaman itu, masa manis, masa berlari keliling rumah, masa ibu menjaga saya, masa bila balik sekolah bau masakan ibu memenuhi ruang dapur. Memeluk pinggangnya adalah perasaan yang sangat selamat. Dunia itu tiada yang susah.
Sudah berlalu takkan kembali.

Ibu saya, dia melakar kenangan buat saya semasa kecil. Dipilihnya yang manis-manis buat saya.
Jiwa saya, masakan saya, kek dan kudapan saya, kegemaran berkemas saya, minat berkebun saya, semuanya dari dia.

Ibu saya masih kuat dan cantik.
Tapi andai nanti dia tua dan uzur, InsyaAllah saya akan tampil dengan rela menjaga dia.
Saya mohon diberikan kesempatan itu. Seperti mana ibu saya diberikan kesempatan menjaga ibunya dulu.
Beruntunglah sesiapa yang dipilih untuk mempunyai peluang seperti itu.

Masa solat, masa berdoa, saya bisikkan pada Allah SWT, minta dipermudahkan dalam melaksanakan niat saya itu.
Minta pada tuhan supaya suami merelakan saya dengan niat itu.
Minta diberi kesihatan dan kekuatan untuk menjaga dia, minta diberi rezeki pada saya dan ibu.
Mintak dilembutkan hati orang-orang di sekeliling supaya menyokong dan membantu.
Minta supaya mendapat boss dan kerja yang bersesuaian supaya saya ada masa untuk menjaga ibu saya.

Saya yakin, manusia ini kalau telah menetapkan niat, telah tegar mahukan sesuatu, bulan pun boleh dicapai.
Inikan pula mengasihi dan menjaga orang yang telah melahirkan kita dan menjaga hingga kita menjadi sesiapa saja sekarang.
Kalau pun bukan doktor, peguam, architect, yang pentingnya kita dilahirkan dapat melihat dunia.
Tidak dicampak di dalam longkang atau dibuang di merata-rata.


Night everybody...babai

No comments:

Post a Comment