Nuffnang

Friday 2 May 2014

Rezeki Bersalin Anak Ketiga

(Title asal entry ni aku nak letak Kami Sudah Berlima! Lepas tu aku tukar kepada Pengalaman Bersalin Anak Ketiga. Last-last aku tukar lagi lepas aku baca handbook Mudahnya Menjemput Rezeki)

Alhamdulillah...aku dah selamat bersalin anak ketiga. 25 Mac 2014. Lelaki. 3.25kg. 1.20am.

Apa yang aku nak share kali ini lebih kepada pengalaman bersalin kali ketiga, yang mana ia menyedarkan aku betapa rezeki dari Allah S.W.T itu bukan setakat wang ringgit.

Kalau ikutkan Expected Delivery Date, aku dijangka bersalin pada 30 Mac 2014. So, aku pergi weekly check up pada 20 Mac 2014 di Hospital An-Nur, Bangi. Waktu tu, Gynae yang aku pilih, Dr.Khamsiah Muda, cuti seminggu and her duty was covered by Dr. Wan Masliza. Masa scan tu, baby was transverse lie. Tapi, based on week 37 punya record, baby was head down. Dr.Wan Mas minta aku admit to monitor the baby's position within 48 hours due to unstable lie of the baby. Waktu mengandung Maryam, dia transverse, tapi head down masa week 36 sampai deliver. Waktu Mardeyah, dia breech, then External Cephalic Version was done at 37 weeks and dia head down sampai deliver. Kali ketiga, baby ni sekejap breech, sekejap transverse. Ini dipanggil unstable lie kalau ianya berlaku after 37 weeks of pregnancy.

21 Mac 2014, baby beralih ke kedudukan breech pulak. Dr. Wan Mas bagitahu, kalau baby head down je dalam tenpoh 48 jam ni, doctor akan induce. Kalau tak, keluar ikut tingkap la jawabnya... Sepanjang dalam wad, aku buat macam-macam teknik untuk pusingkan baby, mostly knee-chest exercise. Nasib baik duduk bilik single.Aku selang selikan dengan buat search pasal ceasarean. Tak tidur malam tau bila aku pikir pasal czer ni.


22 Mac 2014 (my 48hours monitoring period akan berakhir) masa scan, baby was transverse lie pulak. Memang unstable lie. Dr. Wan Mas explain pasal elective ceasar. Masa tu rasa nak nangis dah eventho aku rasa yang i was mentally prepared. Dr.Wan Mas bagi pilihan, pertama sama ada aku nak pilih tarikh dalam tempoh sehari dua ni untuk elective ceasar, kedua sama ada aku nak tunggu dalam wad sampai on labour, ketiga sama ada aku nak balik rumah dah tunggu on labour.

Nasib baik before that aku dah minta opinion from my SIL, Angah and a few MO friends. Aku tolak option kedua dan ketiga sebab kalau aku tunggu sakit nak beranak, dan tup-tup baby tak head down, definitely aku aku tak boleh bersalin normal dan have to undergo emergency ceasar. So, to avoid emergency ceasar, and to make sure everything will be under control, I opt for elective ceasar. Then aku diberi pilihan sama ada nak ceasar 23 Mac 2014 atau 24 Mac 2014. Memandangkan Dr.Khamsiah will be back on 24th, dan atas pandangan Tuan Syed, kami sepakat memilih tarikh 24 Mac 2014 (takkan nak bantah cakap laki, kang dia suh aku sendiri yang bayo bil spital pulak)

Hari tu, aku dah betul-betul pasrah. Lepas sain borang nak ceasar tu, aku dah malas nak buat knee-chest exercise lagi. So, i spent my time buat search pasal post-operation. Google, Whatsapp, call, sms. Dalam hati, berdebar-debar. Tapi at least, aku prepare la sikit esp post-op care ni.

23 Mac 2014, baby was transverse lagi. Dr.Kham tru fon call, minta Dr.Wan Mas arrange kan kes aku on monday morning. 1st case, 7.30am. Persiapan untuk ceasar bermula petang tu. Aku still tak boleh nak lelap mata. Dah la kena start puasa pulak pukul doblas tgh malam tu. Tak boleh makan minum 6 jam before czer. Tapi, time tu nak makan pon dah tak lalu.

24 Mac 2014, 5.00 pagi, nurse dah masukkan stool softener untuk buang air besar siap-siap. Lepas tu aku mandi. Tuan Syed pergi masjid depan An-Nur untuk solat subuh. Lepas solat subuh, aku dah siap pakai baju OT. Lepas tu duduk kat sofa tunggu nurse panggil masuk OT.

7.30 pagi, nurse datang dengan Dr.Khamsiah. Doktor cakap OT dah ready tapi dia nak cek aku dulu. Masa cek perut tu, dia cakap "Alhamdulillah, cancel ceasar". Waktu tu, baby dah pusing ke bawah dah. Time tu aku terasa sangat yang Allah masih sayangkan aku walaupun aku ni hambaNya yang zalim.

Dr.Kham masukkan pitocin to induce labour. Walaupun induce, tapi kalau tiba-tiba baby pusing balik ke kedudukan transverse or breech, aku tetap kena emergency czer. Tapi, biasanya, once dah ada contraction, contraction tu la yang akan push kepala baby ke bawah, and once kepala dah engage ke birth canal, dia tak akan pusing balik dah.

8.30 am, aku start rasa mild contraction. Very mild. Boleh bangun duduk. Boleh makan minum macam biasa.

9.30 am, midwife cek perut, kepala baby senget sikit macam nak pusing balik. Midwife tolak-tolak sikit kepala tu supaya head down balik.

12.30 pm, MIL datang bawakkan kurma dan air zam-zam. Dia suruh Tuan Syed belikan telur rebus dan kopi o. Katanya, her MIL dulu, bila dah start rasa sakit, dia akan bancuhkan kopi panas-panas dan suruh makan telur rebus untuk mudahkan bersalin. Tiga biji telur rebus perisa nasi beriyani aku telan.

3.30 pm, Dr.Kham datang buat VE. 3cm dilate.

6.00 pm, masuk labour room. Nurse drip oxytocin untuk cepatkan labour. Nurse tanya nak epidural tak. Aku memang susah nak buat pilihan sebab aku akan rasa konon-konon aku kuat untuk tahan sakit. So, aku jawab "Tak kot...saya boleh tahan". Berlagak sangat kau kan?!

7.00 pm, labour pain makin intense aku rasa. Dah tak selesa nak mengeras atas katil, aku berdiri tepi katil sambil goyangkan pinggang untuk tahan sakit sambil practice hee-hee-hoo breathing technique. Kejap-kejap mintak Tuan Syed gosok belakang badan aku. Nurse pulak pegi tambah dose oxytocin. Dera betul.

7.30 pm, Tuan Syed pergi masjid untuk solat Maghrib. Sakit makin intense. Mata rasa macam mampu bukak separuh je sebab tahan sakit. Kejap-kejap kunyah kurma, teguk air zam-zam.

8.00 pm, naik katil sebab dah lenguh keliling pinggang. Aircond dah tak rasa apa. Moment yang aku namakan "Tu-dia-malaikat-maut-dah-datang" mula terasa. Contraction sangat kuat dan kerap. Ada masanya sampai tak sempat nak tarik nafas. hee-hee-hoo aku dah ke laut. Beralih kiri tak kena, beralih kanan tak kena.

8.30 pm, midwife buat VE. 4cm. I was like 'What?! 4cm? After 12 hours, baru 4cm? oh em geeee..berapa lama lagi aku nak tahan ni? Matik la aku macam ni...Aku ingatkan dah 8cm dah tadi.' Terus je cakap kat Tuan Syed "B rasa nak ambik epidural laa. Sempat lagi kan?" hambik kau, pompuan belagak tough!

9.00 pm, anesth sampai. Aku terus duduk pegang bantal. Masa Maryam dulu aku dah pernah ambil epidural tapi masa tu partial block, yang mana my right side je rasa kebas sedangkan left side still rasa labour pain. Anesth tu explain macam-macam aku dah tak dengar dah. Aku dah siap-siap peluk and gigit bantal tu and cakap dalam hati 'Epi, please be nice..'.

9.30 pm, yeay! dua-dua kaki aku dah kebas. Labour pain tinggal rasa sikit-sikit je.

10.30 pm, 6cm. Aku siap boleh jawab fon call, boleh tidur-tidur ayam. Nurse tambah dose oxytocin lagi.

11.00 pm, eh eh, tiba-tiba boleh rasa labour pain lagi.. Tuan Syed minta nurse tambahkan pulak dose epidural. Dah tu, berlawan la oxytocin dengan epidural.

11.30 pm, cervical opening aku dah 8cm. Ok, aku pun sambung tidur.

12.00 am, I was like 'ala...tak sempat baby keluar 24 Mac 2014'. Sambung tidur balik dengan amannya.

12.30 am, fully dilated. Nurse pesan, kalau terasa baby macam nak keluar, bagitau. "Nurse, kaki saya dua-dua kebas. Tak rasa apa-apa dah kat bawah ni. Macam mana saya nak tau bila baby nak keluar?"

1.10 am, midwife cek-cek, kepala baby dah nampak. omaigod...aku dah nervous. Diorang siap-siap bukak katil, siap-siap barang semua. Wey, kaki aku kebas, terpaksa la nurse yang angkat kaki aku letak kat stand tu. "Ok mama, push." Homai...apa yang aku nak push ni. Biasanya, kita akan rasa macam nak buang air besar, baru kita push. Ni tak, aku dah kebas serba-serbi ni sampai aku pun confused apakah yang aku nak push kan ni?

1.20 am, Alhamdulillah, lepas 4 kali push, baby keluar and terus diletakkan atas perut aku. Tapi time tu aku dah dizzy sangat-sangat sampai aku muntah berkali-kali, kesan daripada epidural yang aku ambik. Sempat dengar baby nangis, and Tuan Syed azankan dia, aku pun dah lalok and sambung membuta.

3.30 am, balik wad, Tuan Syed dah lena. Kesian, penat dia layan pe'el aku dalam labour room.

Alhamdulillah. Aku rasa bersyukur sangat-sangat dengan rezeki anak ketiga ni, rezeki pengalaman bersalin anak ketiga ni, rezeki dapat bersalin normal tanpa sebarang stich, rezeki epidural yang sangat-sangat effective, dan yang penting, rezeki berkat doa-doa mereka (my husband, children, parents, family, friends) yang dimakbulkan dan macam-macam rezeki yang Allah bagi kat aku sepanjang ngandung dan bersalin ni. Syukur, Ya Allah..

Betul la, manusia ni hanya mampu merancang dan mengatur, tapi segalanya ditentukan oleh Allah S.W.T. Aturan Allah itu indah. DiberiNya ujian kesusahan sebelum diberikanNya ujian kesenangan.

Aku sebenarnya terfikir satu benda. Dan aku nak share jugak benda ni. Moga boleh bawa manfaat kepada kita bersama. Ok, aku pilih set berpantang Shaklee. Aku order dari Kak Long Jannah, wife cousin aku. So, masa dia datang after aku bersalin untuk deliver set tu, dia kasi free handbook Mudahnya Menjemput Rezeki.

Buku tu aku tau famous sangat tapi aku belum ada masa nak beli dan baca. Jadi handbook ni amatlah bermanfaat untuk orang malas macam aku ni. Lepas baca tu, aku rasa amat terkesan dengan sesuatu. Kaitannya dengan pengalaman aku bersalin untuk ketiga-tiga anak ni.


Begini.

Aku bersalin secara normal untuk ketiga-tiga kali. Dan, aku rasa macam aku ni diuji dengan pregnancy yang macam-macam ragam dan ada risiko untuk aku bersalin secara ceasar. Aku ni penakut sebenarnya bila pikir pasal ceasar. Memang dok sorang diri aku boleh nangis gila-gila. Tengok video orang ceasar pon aku nangis. Acanner tu? Tapi, memang rezeki aku dapat jugak bersalin normal. Rezeki yang tak disangka-sangka. Takdir, kan?

Bila aku pikir-pikir balik (emo betul), kenapa di saat-saat aku nak bersalin, bila Tuan Syed nak ke masjid, dia akan mintak daripada aku duit untuk bubuh dalam tabung masjid. Seingat aku, masa bersalin Maryam dan Mardeyah dulu pun macam tu juga. Aku tau, dia bukannya tak ada duit. Tapi dalam keadaan aku tengah contraction tu, memang la aku tak kuasa nak cakap banyak-banyak, nak tanya bagai. So aku main sebut je la berapa-berapa yang aku terpikir nak bagi. Sebenarnya, he, in his very own way, nak aku mengeluarkan sadaqah dalam keadaan begini. Kenapa? Sebab...sadaqah itu merupakan salah satu cara untuk menjemput rezeki.

Cara dia sangat halus, dan pada aku, sangat simple...yet significant! 
   
Wallahualam.



   








1 comment:

  1. salam perkenalan.Thanks utk perkongsian pengalaman puan....sgt menarik.
    btul la,kita hanya merancang tapi Allah dh merencanakan yg terbaik utk tiap hambanya...

    ReplyDelete