Nuffnang

Friday 31 October 2014

i-Bags



Sekarang ni waktu rehat, having my own sweet time dalam bilik bersama kaktus lima bersaudara. Empat potong marble cake air tangan sendiri menjadi bekalan, dua for breakfast tadi dan dua lagi untuk tea petang nanti. Mana tak gemuk. Biasanya kalau lunch bersama female colleagues, topic yang menjadi bualan berkisar kisah anak, housechores, fashion, health & beauty, masakan, finance and politics (selalunya menjadi the least favorite topic).

Jadi, bila free macam ni, kejap-kejap belek handphone. Penyakit. Belek-belek WhatsApp, facebook and blogs. Seperti biasa, bila nampak promo grade handbags dalam facebook, selalu datang perasaan nak muntah dengan designer handbags yang falls under kategori ‘Grade’ ni. Pernah sekali dulu I private message my friend yang jual grade handbags ini untuk dapatkan kepastian sama ada handbag ini authentic/ genuine atau fake. Dan dijawab ini ‘gred’.

I memang bodoh bab ni. Sampai sekarang I tak tahu apa itu grade handbags. Ye, tau lah dia ada Gred A, Gred AA, Gred AAA. Tapi, lain sangatkah dari handbags yang genuine? Kalau dah ia bukan fake, habis apa? Replica? Replica dan fake tak sama ke? Tapi I buat-buat faham yang grade handbag ini kategori tengah-tengah, bukan fake, bukan original. Ia replica semata-mata, copycat, mirip 99.99%, cuma bezanya material yang digunakan berbeza-beza dan sebab itu ia dipanggil grade (refers to material’s grade - A,AA,AAA – macam bateri, ok)

Semua orang in the know, the most iconic of all the handbags mesti lah LV, Hermes, Chanel. And jenama lain yang menjadi of interest dikatakan Balenciaga, Celine, Prada, Fendi and Gucci. Sebab tak payah nak bagitahu harganya berapa, semua orang tahu. Tapi, grade handbags ni murah dua puluh to tiga puluh kali ganda daripada harga sebenar.

Misalnya, satu authentic Prada handbag dengan harga RM6000 dijual pada harga RM200 untuk satu grade Prada handbag. Ingat lagi tak, Mawar pernah menegaskan bahawa kita mesti bergaya mengikut kemampuan. Maka dengan ini, ramai lah yang ‘mampu’ memiliki designer handbag, yang datang dengan pakej functional (hmm…KIV dulu), personal statement (maybe), self-expression (checked), fashion accessory (checked).

Persoalannya, kenapa perlu memaksa diri memiliki designer handbags walaupun ianya tidak authentic? Bukankah dengan RM200 itu tadi, boleh dibawa ke Parkson dan ditukarkan dengan satu handbag jenama Guess misalnya (selepas diskaun 30%)??? tsk~tsk~tsk… rata-ratanya mengejar status symbol agaknya. Sebab it will convey a strong message about who she is. Sebab hanya dengan satu handbag, orang lain boleh menilai where she belongs in social, economic and fashion terms. Dalam erti kata lain, tidak semua orang afford that lifestyle macam Paris Hilton, Ivanka Trump, Kate Middleton, ada istana besar-besar, ada private jet, ada personal bodyguard, keluar rumah pakai selipar DKNY untuk bawak anjing bersiar-siar, tapi at least one could feel a part of that world with just a Chanel bag!

I bukan a handbag person, tapi I own several. Dulu masa belum kahwin, rajin juga membeli. Setakat jenama biasa-biasa yang ada di Parkson, Metrojaya dan Jusco. Yang penting, genuine. I pernah sekali hampir nak terjebak membeli fake designer handbag di Feringghi Walk, tapi dapat ‘amaran’ daripada zauji dan dia divert I ke Metrojaya for an authentic ones dengan value yang sama.

Tapi, i pernah sekali terbeli an authentic designer handbag. 'ter' ok. It was not my intention pun nak beli that bag, apatah lagi time tu nak fikir personal statement, nak fikir functionality dan sebagainya. Cuma i bersungguh-sungguh beli sebab design handbag tu mengingatkan i kepada seseorang yang sepatutnya i hormati kerana rank dan kebijaksanaannya. Namun, dalam dunia ini, kadang-kadang seseorang manusia itu hanya layak dihormati semata-mata kerana usianya lebih tua dari kita sahaja. Full stop.

Alah membeli menang memakai - tidak applicable kepada semua keadaan. Tapi, separa betul kalau nak dikaitkan dengan cerita handbag.

Kenapa? Sebab bila i beli yang genuine tapi jenama yang biasa-biasa sahaja, I complain berat. Then bila dah letak macam-mcam, lagilah berat. I ni dah lah badan pun berat, nak usung pula handbag yang besar-besar dan berat…uhhh..can not, dik non. Tapi kalau genuine designer bag ni, like mine, ia sangatlah ringan. Tak tahu lah brand lain macam mana, sebab nak compare pun, i cuma ada satu sahaja. Mine, tak besar pun tapi macam poket doraemon – diapers, baju anak, mainan anak, handphone, wallet, lipstick, kunci semuanya disumbat dan peliknya ia muat! Sangat puas hati sebab daya kelasakannya sangat tinggi, dah jenuh perosok bawah car seat, dipijak anak-anak, sumbat dalam luggage, campak dalam trunk, junkfood bersepah, susu tertumpah. Ia super lasak, sesuai untuk manusia bangsa pelanyak macam i.



Jadi, dek kerana genuine tu, maka balik-balik, dia sahajalah yang diusung ke sana ke mari. Kalau fashionista tengok, mesti dia condemn i pakai handbag yang outdated. Like i kesah...?

Dan I selalu tertanya-tanya, replica/ grade designer handbags yang diorang promo sana sini tu, lightweight and high quality macam yang genuine tak? Then, barulah boleh jawab functional ke, atau tak functional ke, seperti yang di-KIV di atas.

Orang lelaki baca ni mesti cakap perempuan ni serabut. Memang i serabut. Bila scroll fb, asyik-asyik handbag je... Dah masuk three series ni, i dah tak fikir sangat lah pasal handbag. Sebab...



Thursday 30 October 2014

Loom & Bloom


Bismillah...New loom in the house! Traditional Kashmiri heirloom beautifully handmade in India, brought home by Angah (my sister). Angah bagitahu, di Southern India tempat dia tinggal, tak ada heirloom macam ni. Tapi bila dia travel ke Northern region, memang banyak dan murah-murah. So dia beli dua. I was like...dua je? Dia memang bukan otak business. Lepas tu boleh pula dia cakap yang dia tak tahu this one boleh dijadikan wall deco. I cadang nak tempah wooden frame. Satu for my house, satu for Oma. Nanti bila dah bosan, kita tukar pula, yang di Enstek ke Kuale, yang di Kuale ke Enstek. Aci kan?


Semalam, i ada good mood for baking. Dah lama mixer ni hibernate dalam kabinet. Jangan gelak ye, mixer i ni cuma mixer golongan marhain sahaja. Minggu lepas, singgah Bangsar Village dengan Tuan Syed, i cuma dapat menjeling sahaja Kitchen Shop. I sedar, mixer brand KA tu macam melambai-lambai je. Redha dan pasrah je lah, belum ada jodoh. Seronok je i tengok orang balik dari UK bawa KA seorang satu. Tapi diorang bagitahu, di Pantry Magic (sekarang nama dia Cook Kitchenware ke?) lagi murah compared to Kitchen Shop tu. Alahai...di Bangsar tu kan dik, baik depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah, semuanya expatriate lifestyle.


Ms.Eu ini pun, bukan i beli sendiri. Hadiah from my other half. Menangis masa mula-mula nak guna sebab orang kampung macam i ni, mana reti guna fan-forced oven ni semua. Habis kek-kek i hangus terbakar.


Semalam i buat marble cake. Tapi masalah timbul bila i nak scoop batter ke dalam baking tin yang macam ni. Kalau normal round tin, senang saja kita overlap dari tengah-tengah. So, dalam keadaan confuse, i main tempek-tempek je sesuka hati. Bila dah siap, taraaa! Bukan marble ok, kek ahkak jadi army cake!

Takpe, janji tukang makan boleh senyum habiskan dua potong kek before naik tidur.


Macam tompok-tompok sawa pun ya juga. Tapi bila dah potong, tak lah obvious sangat kesawaan dia. Tapi for those yang ada tips nak buat marble cake yang cantik guna cake mould yang berlubang ni, silalah kongsikan ye.



New bloom in the house! Lima bersaudara. Kalau i nak buat bisnes cactus ni untuk indoor deco, agak-agak ada tak yang berminat nak beli?

Baru-baru ini i berkesempatan lunch dengan Tuan Syed. Sambil berjalan, i terserempak dengan my ex-colleagues. Diorang cakap i nampak different. I pun tanya la, apa yang nampak lain. Makin kembang ke apa? Diorang cakap nampak lagi muda (diorang yang cakap, ok). Uisshhh...bukan kata sehari dua, sampai sekarang masih kembang kempis hidung i bila teringat statement diorang. 

Sebenarnya, stress membuatkan seseorang kelihatan tua. I akui, nature of work and workload di pejabat lama i dulu ada tendency membuatkan sesiapa sahaja menjadi stress. Muka i agaknya time tu berkerut dua puluh empat jam, sebab tu umur tiga puluh nampak macam tiga tahun lagi nak pencen. Agaknya lah...  

Ok, nah ni hadiah setempek dari orang muda.


Dah, jangan stressful sangat tengok gambar i yang sangat natural beauty ni. 
Hahahahh! Perasan...!

Wednesday 29 October 2014

Nasi Ayam Hailam Hijrah Sari, Melaka

This is not a paid entry ok.

I went to Malacca last week, having job to be done. After wrap up everything, we were invited by this one generous senior military officer to have lunch at this famous local restaurant. Nasi Ayam Hailam, country's most famous dish i think. Located at No. 8&10, Jalan Keris Emas, Taman Keris Emas, 76300 Sungai Udang, Melaka. Senang cakap, Taman Keris Emas ni sangat near dengan simpang tiga yang nak masuk ke Kem Terendak.

Lunch time penuh crowd. Tapi luas, comfortable for dining. Their servive, so far very good, sangat cepat. They have each person yang tukang potong ayam, tukang cedok soup, tukang bubuh nasi.


This restaurant mainly jual nasi ayam ye. Bussiness hour dia hanya lunch time sahaja. Local people sendiri bagitahu i, pukul 11 pagi dah buka sampai la ke pukul 3 petang. This restaurant is owned by a Chinese - i nampak lah tokey kedai ke hulu ke hilir, tapi is a certified Halal Restaurant.


If makan about 4 pax, better ambil one whole chicken. They serve dalam large tray ayam tu and siram kuah hailam. Yummeh! Kalau suka sup kaki ayam, you can get for free. Sambal pula they serve satu jar per table.


Ok, bergetar tangan nak ambil gambar sebab menggigil lapar tengok the hot and sexy whole chicken tu. Rasa? Sedap semuanya, baik ayam, nasi, kicap, sambal, taugeh, soup, timun - good old chicken rice. 

And it reminds me of Nasi Ayam Hainan Bus Stand Kuale, nasi ayam No.1 in town. Dulu kecik-kecik selalu makan situ, tapi sekarang kedai tu dah tak ada, adik-adik i memang tak sempat merasa la... 

Tuesday 28 October 2014

First Teeth, First Crawl, First Unsupported-Sit


Finally you can crawl! 

I saw you that day, you were just like a little paratrooper coming in to land. 
Your arms, your legs, i saw them splayed out. 
Looking at you moving on your tummies, nothing reminds me of but a commando. 
You did all on your own, adik. 


Gearing up
It was October 25th, at your seven months of age. 
I saw you vigorously pushed up onto your tiny hands and knees, you rocked backwards, rocked forwards, just like the song your kakaks sing:

"You put one hand in, 
you put one hand out, 
one hand in and 
shake, shake, shake, shake, shake, 
you do the hokey pokey and turn around, 
everybody turn around"

Watch me go, kakak!
October 26th, again, you bloomed my lazy Sunday morning with your first teeth! 
I record your milestone here, adik, so that you will have those memories. 

And it doesn't stop there, adik. After lunch time, we were surprised to see you sit on your own!


Ok adik, you can watch the world go by for now.


Clap! Clap! Clap! That's my boy...


You do things all on your own, at your own pace and in your own time. 
This is a true you, but you have us here to encourage you. 

Keep up all the good works, adik. More missions have to be accomplished

I'm proud of you, adik. 

You got them, three in a row!

Alhamdulillah...



~mommy-of-a-little-para~

Monday 27 October 2014

Kid'z Paradise

Salam all.

You all pernah dengar tak Kid'z Paradise at The Mines Shopping Mall? Kalau yang belum pernah pergi, i recommend tempat ini. Located at 4th floor. Maryam and Mardeyah kalau sebut The Mines, boleh bangun tidur tanpa disuruh, tanpa dikejut. Diorang ni main di situ seharian dari pagi sampai ke malam hari pun boleh. 

Based on pengalaman pergi ke situ berkali-kali, Kid'z Paradise ni agak selesa, murah dan berbaloi-baloi berbanding tempat-tempat yang setaraf dengannya (e.g. Kid'z World @ The Gardens, Midvalley). Jangan lah compare dengan Kidzania, of course la concept pun lain. Harga? Latest i pergi situ dengan three kids (aged 5, 4 and 6 months) sepatutnya RM114. Tapi I beli pakej 7 admission dengan harga RM150, i guna cuma 3 admission (free for adults) dan baki 4 lagi tu boleh guna lain kali (expires within one year).

Sesuai untuk bayi umur enam bulan (atau yang sudah mula nak merangkak) hingga 10 years old. Ada baby room, and dalam tu boleh order finger food. Tapi tak variety sangat lah. Lebih baik keluar sekejap untuk makan dan boleh masuk semula untuk main subject to wristband tu tidak dibuang. 

Datang jangan lupa pakai socks. Kalau tak bawa pun tak apa, boleh beli socks di situ.






















Sangat sesuai bagi ibu-ibu yang nak membeli belah sebab boleh tinggalkan apak di situ untuk jaga anak-anak. Hahahah! Alah... Kaum bapak di situ pun i tengok jaga anak tara mana sangat. Semua dah kena ilmu penunduk dengan smartphone! 

Anak-anak i ni kadang-kadang tu bila dibawa main ke tempat yang pricey sikit, bukannya nak appreciate. Janji tempat tu allows budak-budak melompat, terjun, berguling, menjerit-jerit, that's more than enough for them.

Okebai!

Friday 17 October 2014

Pasta & Pen

Hi all.

Lagi entry pasal baby food recipe. Saja nak feeling-feeling Annabel Karmel pula seminggu dua ni.

Semalam sampai rumah, food untuk lil' boy dah khalas. So, i prepared a new dish for him, yang diberi nama Pumpkin Pasta (suka hati lah nak mereka-reka nama sendiri). Tak ada lah gempak mana pun bahan-bahannya. Tapi keterujaan setiap kali menyediakannya, hati seolah-olah berombak-ombak dengan perasaan kasih.

I guna fresh pumpkin. Suku biji.

I guna dua genggam baby pasta. Ini menggantikan rice. Bajet anak mat saleh, pasta adalah makanan ruji.

One teaspoon of olive oil. Campur sebiji shallot dan seulas garlic. Resipi kali ini tiada unsur-unsur binatang.

Cara-caranya, panaskan olive oil. Layukan bawang, jangan garing nanti rasa pahitnya jadi sangat dominan. Tambahkan air agak-agak cukup untuk melembutkan pumpkin dan pasta tu. Kemudian terjunkan pumpkin dan pasta, reneh sampai pasta dan pumpkin lembut. Tak payah garam. Bila dah lembut dan airnya mengering sedikit, tutup api dan sejukkan sebentar.

Dalam ketika nak sejukkan ni, pasta tu tetap akan menyerap air dan menjadi gemuk dan gebu. Bila dah sejuk, blend semua sampai halus. I dah notice yang my lil' boy agak bosan dengan super finely blended food ni. Agaknya dah tak challenging untuk dia yang sudah mula teething.



Alaa...sedih pula rasa. Sekejap je my lil' boy dah besar. Dia now dah mastering the art of grabbing and grasping. And he is even gearing up for his first attempts at crawling,  getting himself on to all fours.

Dah besar sikit ni, i dah berani la nak campur-campur kan makanan orang dewasa kat dia. I asked Tuan Syed to buy biskut Tiger, for emergency purposes only. Macam malam tadi, sebab nak tunggu pumpkin tu tender agak lambat, I just lembutkan biskut Tiger tu dalam air susu cair yang suam. Habis 7 keping biskut dia makan! Puas hati mak menyuapnya...(nanti nak dukung kalau dah berat serahkan je kat apak dia)

Finally, nak juga letak gambar ni.

Thank you, darling. Beautiful. Exclusive. Detailed. Sayang rasanya nak guna. Kena tunggu special occasion lah macam ni, sebab this one is a calligraphy pen. Orang tak ambitious macam i ni, macam ni lah...mana tahu dan mana nak ambil tahu bab-bab character signature ni.

Now i have a mighty tool, everyone! Lepas ni boleh lah belajar basic calligraphy, lepas tu boleh lah i create my own beautiful love scripts, expressing my most crazy thoughts through words. I'm sure there is a gesture behind his idea giving this. Most likely to remind me about power and authority.

Power. Authority. What lies between the two? Hehehhe!

Again, thanks a lot, abang. I love it, but i love you more.

Ok. It's time to pick up my anak-anak syurga.

Babai! Till we meet again in heaven.