Nuffnang

Sunday 7 February 2016

Little Make Over

Selamat pagi.

 Menaip entry ini dalam embun pagi. Cewahh! We are northbound, nak balik Penang. Lama dah tak balik, kali terakhir pun masa Aidiladha lepas. Schoolbreak dulu pun tak balik sebab waktu tu my SIL dalam confinement - my MIL ada di sini. Selebihnya, we were busy doing preparation untuk Maryam ke standard one. Busy ke? Bunyi mengalahkan anak nak belajar ke oversea kan? Hahahahaha!

Hari tu masa attending school orientation we were told about sarana ibubapa. All parents were given questionaires to be answered. Soalannya semua regarding on how far the parents take part dalam pembelajaran anak-anak. Antara soalan ditanya, adakah ibubapa membantu anak menyiapkan kerja sekolah, adakah ibubapa menyediakan kelas tambahan untuk anak, adakah ibubapa menyemak tugasan anak, adakah ibubapa menyediakan ruang belajar untuk anak.

Almost semua soalan i jawab 'ya'. Termasuk soalan tentang ruang belajar tu walaupun masa tu belum ada any proper study area untuk Maryam. Dah lama dah i plan nak buat make over bilik the sisters, sebab selagi ada toys storage dalam bilik selagi itu bilik tu bersepah-sepah. Lagipun dua-dua dah besar, i taknak both sisters main macam budak tiga empat tahun je. 5-tiers drawer tu fully loaded dengan toys saja. Kemasnya bertahan beberapa jam saja, selebihnya penuh atas lantai sampai tak nampak carpet.

Jadi sebelum apa-apa, kita google dulu gambar-gambar untuk dapatkan ilham. Banyak yang menarik. Implikasi kewangan pun mesti la tinggi juga.





Cantik kan? Berkenannya tengok study area tu. Cantik-cantik belaka. Suka sangat!

Tapi budget kita rendah je sebab each item kena beli dua! So satu petang tu terlaksanalah misi membeli barang-barang untuk make over ni. Kata budget kecil, jadi janganlah berangan nak ke SSF ye. Cukuplah ke Giant saja, dapat magenta desk dengan kos RM37.90 × 2. Bukan main seronok mami sebab murah betul!

Lepas tu ke pasar borong Sri Kembangan untuk beli kerusi plastik dengan kos RM28.30 × 2. Maryam cakap "eh, kenapa kerusi kenduri mami?" Shut up, nak. Dah kata low budget punya projek, dapatlah kerusi ni je. Janji boleh duduk. Nak empuk sikit, tambah kusyen dengan kos RM20.00 x 2, juga dari Giant. Floating shelve pun beli satu tapi rada membazir. Tak payah beli pun tak apa. Bila dah hang, nampak tak sturdy untuk letak buku. Magnetic whiteboard beli di Tesco. Kalau tak silap harga lebih kurang RM35.

Dan akhirnya...taraaa!!!


 Maka tertunailah hasrat di hati, supaya anak-anak boleh belajar dengan selesa sekaligus menyahut seruan sarana ibubapa. 

Keadaan sebelum.


So lepas ni harap-harap tak ada lah habuk pemadam atas meja makan ye, nak.


Jadi, dengan kos di bawah RM300 maka dapatlah satu study area ni. Walaupun tak serupa langsung macam dalam gambar yang kita google tu tapi at least kamu ada juga study area. 

Bersyukurlah, nak. Kerana sesetengah kawan kamu mungkin masih buat homework di meja makan. Jadi, belajarlah rajin-rajin.


No comments:

Post a Comment