Nuffnang

Thursday 11 February 2016

Make Over Kabinet Lama

Ini cerita projek Ramadan lepas. Punya lama gambar ni disimpan sampai lupa dalam folder mana duduknya dia. Terjumpa semula bila kala ada masa senggang untuk membelek-belek gallery.

Saya ni tiap kali mengandung selalu bercita-cita nak buat sesuatu projek mega. Mega konon! Masa mengandungkan Abdullah, projek mega saya ialah renovate rumah - of course tukangnya Indon, saya pengarah urusan je :-) Perasan!

Masa mengandungkan Muhammad, saya mencari-cari projek untuk dibuat. Hajat tinggi, nak buat garden set tapi kudrat was very limited. Dalam pada berangan itu dan ini, seorang teman offer set almari lama yang dia nak let go. Dia nak jual rumah, jadi perabot yang lama dia nak bagi free pada sesiapa yang berkenan. Saya pergi site visit *hebat sangat bunyinya* untuk tengok fizikal aset yang bakal dilupus serta membuat penilaian dari segala aspek - ketahanan, saiz and whatnot.

Lepas tu propose dengan Tuan Syed. Ini part paling mencabar - dia mungkin tak suka saya menyusahkan diri. So dia tanya siapa nak angkat, siapa nak cat, nak letak di mana. Betul lah...nak transfer benda besar tu kan dah jadi satu hal. Tapi in the end, dia setuju nak bawa balik almari tu guna Hilux.

Ini saya harus bersyukur punya suami yang handy dan mempunyai tools yang cukup. Dia dismantle almari tu dan angkut seorang diri ke atas Hilux. Tapi saya takut nak bagi idea untuk bawa semua sekali jadi saya cadangkan untuk bawa empat unit saja. Itupun dah cukup lelah membawanya balik ke Enstek. Terima kasih ye kerana melayan kerenah saya yang macam-macam ni.

Sampai di rumah, kerja saya adalah membersihkan almari tu. Kemudian sekali lagi saya bersyukur sebab dia mahu bawa saya ke Viva Home Centre di Cheras untuk membeli wallpaper. Agak lama juga baru saya punya masa terluang untuk sambung projek.

Usai sahur, saya mula berdikit-dikit membuka pintu almari satu per satu. Lalu membalutnya dengan wallpaper. Makan berhari juga lah baru siap hasilnya. Sempat lah mengeluh penat dan sakit pinggang. Memang dasar suka mencari penyakit...

Tapi bila dah siap, alangkah leganya. Beruntung sekali lagi sebab Tuan Syed tolong pasangkan balik pintu almari tu. Maaflah, tak ada gambar step by step. Sebab ralit dan passionate mengatasi segalanya. Yang ada hanyalah gambar sebelum:


Saya cuma bawa balik yang enam pintu tall unit kiri dan kanan sahaja. Yang tengah tu saya tinggalkan sebab rumah kami kecil, bimbang tak ada tempat untuk dia nanti.

Selepas siap, saya letak empat pintu ni di belakang main door, kemudian dipindah ke dining hall, untuk menggantikan console table. Baru puas sebab console table saya pendek, empat kaki saja. Yang ini lebih panjang, dalam enam kaki. Now saya dah ada extra storage untuk sembunyikan barang-barang yang boleh mencacatkan pandangan. Yeayyy!


Manakala cabinet yang tinggi empat pintu ini asalnya saya letak di sudut tepi tv dan yang satu lagi di tepi tangga. Tapi kemudian saya temukan kedua-duanya di belakang pintu utama menjadi extra storage untuk menggantung kunci, menyimpan aneka peralatan daripada pandangan mata.




Maaf, tak ada pula gambar terkini selepas dialihkan ke belakang pintu. Maka akhirnya siaplah juga projek saya dengan bantuan dia. Tanpa dia, apalah ertinya angan-angan saya.

No comments:

Post a Comment