Mardeyah. Dia anak yang kedua. Sebenarnya dah ramai
yang berkongsi cerita perihal anak kedua masing-masing, dan ramai yang setuju
bahawa anak kedua ni selalunya pelik, unik, lain dari yang lain. Betullah tu
setakat ini. Tetapi belum dapat bandingkan dengan yang lagi tiga kerana
Abdullah dan Muhammad masih kecil. Jadi perbandingan yang mami buat hanyalah
dengan Maryam saja.
Mardeyah ni pada mami dia lebih easy-going, lebih flexible.
So tak adalah complicated sangat nak uruskannya. Apa baju yang mami letak atas
katil untuk dipakai, dia pakai. Dia tak merungut banyak. Tak mandi sehari pun
dia diam je, takde pun rasa geli melekit-lekit macam mami kakak dia.
Pergi jalan pakai selipar kecik yang tahap jari terkeluar-keluar pun dia ok je.
Pakai sweater kecik saiz budak setahun pun apa ada hal, orang keliilng pandang-pandang pun dia buat tak tahu je. Dia punya tak kisah tu, lantak lah bilik bersepah, katil bersepah dengan toys,
dia tetap lena tidur macam biasa. Selamba nya dia tu sampai tahap kalau kakak
tengah mengemas bilik, dia pergi buat benda lain sebab malas nak tolong
mengemas. Nanti time dia tengah suap adik makan ke, dengarlah kakak menjerit
dari atas "Mardeyah ni tak nak tolong pun kakak kemas bilik!"
Dia ni selalu positive-thinking. Macam semalam my SIL
usik dia "Mardeyah, kakak Maryam cuti sekolah lagi, Mardeyah dah kena
pergi sekolah." Dia boleh jawab "Alaaa...takpe. Mami dengan walid pun
kerja." Hahahahahha! Bagus, nak. Kipidap! Pernah dia pergi sekolah kena
tegur dengan teacher sebab t-shirt dia kedut-kedut because baru keluar dari
dryer. Balik rumah dia bagitahu "Mami, teacher kata nanti suh mami iron
baju sekolah." (part ni mami rasa paaaaaaaaaaaling loser, nak) Dia positif
je la semua benda. Apa ada hal. Pakai tudung sampai terkeluar serkup macam
nenek-nenek pun dia ok je.
Dia ni jugak cepat berdikari dalam banyak perkara. Dia
lebih independent. So, dia ni boleh diharaplah. Masa umur dia lima tahun dia
dah boleh diharap mandikan Abdullah, basuh berak Abdullah, pakaikan baju
Abdullah. Tapi tak ada lah hari-hari mami minta tolong dia. Ada waktu-waktu
kecederaan je la. Dah dia pun memang suka buat benda tu. Lagi-lagi lepas buat
tu kita puji-puji sikit, memang lagi dia rasa bangga. Apa-apa sikit, mami akan
panggil Mardeyah. "Mardeyah, tengok adik kejap", "Mardeyah, suap
adik makan", "Mardeyah, main dengan adik", "Mardeyah,
pimpin tangan adik". Sikit-sikit Mardeyah. Sikit-sikit Mardeyah.
Dah dia pandai melayan adik, lebih sikit berbanding
Maryam, maka dia sahajalah yang diulang-ulang untuk menjaga adik. Lagipun,
Abdullah tu kalau dengan Maryam tak berapa nak sangat. Maryam ni tak berapa
rajin nak melayan adik. Layanan dia pulak lain macam, adik pun tension.
Tapi
kalau dengan Mardeyah, kaulah jiwa dan raga ok! Mardeyah la tempat bermanja,
Mardeyah lah paling best, paling cool, paling kelakar, Mardeyah lah pengarang jantung. Bukanlah nak kata Maryam ni tak pandai langsung ambik
hati adik-adik. Tapi, cara dia ambik hati tu lain, approach dia berbeza dengan
Mardeyah. Maryam ni kalau bab layan adik selfie, ajak adik tengok youtube, ajak
adik berjoget, yang tu dia wins. Paling jauh dia boleh dengan adik ni kalau
bab-bab yang berkaitan dengan comel, cantik, bersih, wangi.
Tapi Mardeyah ni approach dia lebih 'kakak' berbanding Maryam. Bab-bab comot, peluh, busuk adik tu dia tak berkira. Hard chores ni kiranya serah kat dia la. Bukan kata mami and walid je, Kakak Maryam pun kadang-kadang bergantung harapan kat dia ni. Contohnya kalau diorang main baling-baling baju ke siling then tersangkut kat chandelier, Mardeyah lah nanti yang tolong kaitkan baju tu balik sebelum mami nampak dan menyinga. Mami tahu pun lepas interrogate dua-dua kenapa ada parts dari chandelier tu yang tercabut.
Pernah beberapa kali Mardeyah ditemukan di dapur sedang membancuh milo suam untuk dia dan kakak. Dan tak terkira berapa kali Mardeyah terpaksa berkongsi aiskrim dengan Abdullah sebab dia tak sampai hati Abdullah perhati dia makan. Dan tak terkira juga berapa kali Mardeyah mengelap lantai sebab adik tumpahkan air kotak yang diorang kongsi sama-sama.
Mardeyah juga seorang yang adventurous. Jenis yang
suka nak mencuba sesuatu yang baru. Dan keinginan nak buat sendiri sesuatu benda
tu pun tinggi. Kalau ajak dia tolong memasak, memang excited dia nak pegang
senduk tu sampai pernah sekali tu tangan dia terkena kuali panas - orang dengar
ni mesti cakap mami dera anak. Kalau dia tengok kita buat kerja yang menarik
sikit dia sibuk je cakap "Nak buat! Nak buat!" Macam baru-baru ni
mami stay up membalut buku sekolah Maryam, dia lah juga yang bersekang mata
tolong balut sama buku kakak. Kakak sesedap rasa je meroloh.
Benda-benda lasak ni, benda-benda nak kena guna tenaga
ni, pass je lah kat dia. Macam tolong dukung adik, laundry duty, vacuum rumah, buang sampah,
susun kasut, angkat bakul kain dari bawah naik ke atas. Dah tu masa dia buat
kerja tu mulut dia tak berhenti "Kak Mardeyah lagi kuat dari Kak
Maryam."
Dia ni juga observer. Dia selalu perhati je apa kita buat.
Lepas tu dia tanya kenapa macam tu kenapa macam ni. So, dia ni cekap sikit
berbanding kakak kalau bab-bab membaca instruction ni. Kalau diorang beli
Kinder Joy tu, Mardeyah lebih cekap assemble toys tu compared to Maryam.
Dia ni pemurah orangnya. Makanan dia selalu dia kongsi
dengan adik, dengan kakak.
Kalau berebut dengan kakak, dia ni lah yang paling
cepat beralah. Kalau dalam kereta tu dah kakak conquere fon mami, Abdullah
pulak dah conquere iPad, tinggallah dia menganga tak ada apa nak main. Then dia
akan bersuara "Walid, Kak Mardeyah tak dapat apa-apa pun..."
Sebab dia celik-celik mata je hidup dia dah ada kakak,
so semua benda dia dibayangi kakak. Jadi kadang-kadang mami bawa dia keluar
dating. Dia seorang je.
Time tu dia dapat attention yang lebih, macam anak
seorang la. Tapi dia ni kalau ada hari-hari yang dia sorang je ikut mami pergi
tempat yang dia rasa best, masa dia bercerita kat kakak tu dia akan tolong
commit dengan kakak depan mami "Nanti kakak pulak ikut mami pergi situ ye.
Kak Mardeyah dah pergi dah."
Ini tricky. Sangat tricky. Sebabnya, kalaulah yang
memula pergi tempat best tu adalah kakak dia, maka mami atau walid kena pergi
sekali lagi next time bawa dia sorang je, kakak dah tak boleh ikut. Maknanya,
kakak hanya merasa pergi sekali, dia pun dapat merasa sekali. Tapi, kalau kakak
ikut lagi, ini tidak adil. Sebab, kakak dapat pergi dua kali, dia cuma baru
sekali. ***headache***
Kalau bawa dia pergi membeli apa-apa, dia memang tak
lupa belikan juga untuk kakak. So, kalau kakak taknak kongsi apa-apa dengan
dia, dia akan cepat rasa dunia ini tak adil! Time tu dia akan melalak menuntut
keadilan. Walaupun dia easy-going, tapi bila dia start rasa berlaku
ketidakadilan di situ, time tu lah dia akan mulakan drama amukan dan air mata
yang sangat panjang. Tambah lagi kalau kakak api-apikan dia. Lamanya dia
berdrama tu sampai kena tunjuk rotan lah jugak.
Dia ni tak banyak kerenah, tak banyak merungut. Kalau nak mintak satu-satu benda tu, dia jenis tak mendesak, tak merengek-rengek, tak memaksa. Cara dia meminta tu kadang rasa kesian sangat sampai kita terbeli dengan kata-kata dia like "Walid, dah lama Kak Mardeyah tak beli pistol bubble tu". Banyak kali lah jadi macam tu. "Mami, dah lama dah Mardeyah tak makan push pop candy tu.." "Mami, kakak ada tu, Mardeyah nak jugak.."
Dia ni tak banyak kerenah, tak banyak merungut. Kalau nak mintak satu-satu benda tu, dia jenis tak mendesak, tak merengek-rengek, tak memaksa. Cara dia meminta tu kadang rasa kesian sangat sampai kita terbeli dengan kata-kata dia like "Walid, dah lama Kak Mardeyah tak beli pistol bubble tu". Banyak kali lah jadi macam tu. "Mami, dah lama dah Mardeyah tak makan push pop candy tu.." "Mami, kakak ada tu, Mardeyah nak jugak.."
Dalam banyak-banyak perkara, kakaklah madu,
kakaklah racun. Kakak Maryam ni pada dia sampai terbawa-bawa dalam mimpi la. Seronok
dia pun kakak, marah dia pun kakak, sedih dia pun kakak.
Masa first day kakak masuk Standard One, Mardeyah
ada sekali di situ. Mami perhati je reaction Mardeyah masa tu. Seolah-olah dia
pun boleh rasa nervous yang kakak dia rasa. Sampai waktu rehat pun dia nak
duduk makan sama-sama dengan kakak. Time ni mami dah rasa touching sangat.
Bagaikan Mardeyah di situ untuk bagitahu kakak:
"Keep calm, kakak.
And know that i am here for you."
"Keep calm, kakak.
And know that i am here for you."
No comments:
Post a Comment