Nuffnang

Friday 5 February 2016

Bonding time

Salam Jumuah everyone.

Sekarang ni rutin tengah hari saya dah berubah. Kalau sebelum ini dapatlah saya keluar lunch dengan kawan-kawan, shopping dan sebagainya. Tapi sekarang saya adalah typical domestic mommy. Lunch hour aje pantas ke sekolah bertemu si anak dara untuk uruskan dia sebelum masuk kelas KAFA. Alhamdulillah pergerakan dia agak mudah sebab KAFA is provided di sekolah tu juga. 

Mula-mula sesi persekolahan, timing saya haru biru sebab plan asal nak ambil dia waktu lunch dan bawa keluar makan di mana-mana dan solat dah salin baju kemudian off to KAFA. Tapi memang tak sempat, sangat rushing dan berpeluh-peluh. So mami tukar plan - belikan lunch meal di school canteen saja. Kadang-kadang mami tapaukan nasi dari luar untuk tukar selera.

Tidak dinafikan ada juga yang menyuarakan rasa tidak senang dengan ibu bapa yang terkejar-kejar menguruskan anak pada waktu tengah hari. Sebab pada pendapat mereka, biarkanlah saja si anak itu berdikari. Biarkan mereka membeli makan tengah hari sendiri. Biarkan mereka menukar baju sendiri. Biarkan mereka solat Zohor sendiri. Mereka kan dah ada kawan, boleh buats emua benda bersama-sama kawan. Pendek kata, biarkan dia urus semuanya sendiri, pandai-pandailah si anak - dan ibu bapa cuma bekalkan duit belanja saja!

Ada juga yang mengganggap rutin yang si ibu macam saya buat ni tak glamour. Rutin yang memenatkan, satu pilihan yang tak popular, maybe. Tapi, setakat ini Alhamdulillah sekelumit pun saya tidak merasa yang rutin ini sebagai satu beban. Mohon banyak-banyak dari Allah S.W.T untuk jauhkan perasaan sedemikian. Setakat ini saya rasa bersyukur sangat-sangat sebab saya masih dapat menemani dia makan, masih dapat melihat dia menunaikan solat, masih dapat perhatikan dia menukar pakaian. Again, mesti ada yang kata saya tak berikan dia peluang untuk berdikari. Dia berdikari, dia buat semua tu sendiri, tapi, depan mata saya... Alhamdulillah.

Saya pilih jalan itu sebab saya yang mahu ambil peluang ini untuk melihat anak membesar depan mata saya. Berapa lama sangatlah masa yang saya ada untuk buat semua tu kepada anak-anak saya? Orang lain mungkin punya banyak masa uintuk bersama-sama anak-anak di rumah. Tapi saya tahu, saya tak punya banyak masa seperti orang lain untuk melihat anak saya, untuk mendengar anak-anak saya bercerita. Jadi saya putuskan begitu - masa yang tak seberapa banyak inilah saya gunakan untuk ambil peluang ini. Kerana saya tahu, akan tiba waktunya nanti, dengan sendirinya, anak akan meminta untuk berdikari, akan mula menjauhkan diri untuk bersama-sama kawan. Dan waktu itu saya takut saya terguris kerana berperasaan seperti disingkirkan - tidak lagi dapat berdamping dengan dia.

Maka semampu dan sedaya saya, akan saya penuhkan memori anak-anak saya dengan cara ini. Setidak-tidaknya mereka tahu masa yang berharga ini saya gunakan untuk mereka. Hanya kepada mereka.

Ada satu hari tu, berlaku kejadian panik. Masa tu dah jam satu, waktu murid-murid tahap 1 keluar kelas. Mami excited tapaukan dia chicken rice and strawberry smoothie. As usual, mami menapak naik ke dataran sekolah sebab hari-hari memang janji dengan dia kita jumpa di dataran. Tapi ikut main gate sebab waktu tu available parking yang ada hanya di sebelah main gate saja.    

Sampai je di dataran, dah nampak school bag dia di situ tapi kelibat dia tak ada. Mami ke book shop, ke canteen, ke surau, ke tandas, ke playground mencari dia. Masalah utama mami - susah nak cam dia sebab semua budak nampak sama dalam school uniform. Jam 1.20 masih belum nampak bayang dia. Mami tunggu tepi bag. Jam 1.30 mami dah mula panas hati. Dah syak dia pergi merayap ikut kawan-kawan. Memang dasar tak reti nak control marah, terus je mami call the walid bagitahu. Walaupun dah tahu dah yang dia pun tak dapat nak buat apa-apa time tu. The walid suruh tinggalkan saja beg KAFA dan makanan tu di situ dan balik ke office.

Ok, mami tunggu lagi minit. Pun tak ada dia. Fine! Mami letak nasi ayam and smoothie tu tepi beg dia then nak balik office. Baru lima enam langkah, muncul pulak dia depan mata tersengih-sengih. Tanya dia ke mana. Dia jawab dia tunggu mami tepi gate kecil. Mami marah. Marah sangat-sangat. Sebab dia tak ikut persetujuan bersama - untuk tunggu mami tiap-tiap tengah hari di dataran. Dia melanggar arahan kerana tidak menunggu di tempat yang sepatutnya dia tunggu, dalam erti kata lain, dia merayap. Walaupun rayapan dia tu untuk menunggu mami. Tapi, tetap menjadi kesalahan.

"Maryam pergi mana? Merayap ke mana? Maryam tak dengar cakap mami, mami nak balik ofis. Tu ada nasi kat situ, pergilah makan sendiri. Mami tak teman Maryam hari ni. Maryam buatlah semuanya sendiri. Mami nak balik! Bye!" Ego betul mami dia ni.

Berlakulah drama air mata. Dia tarik-tarik tangan mami, tarik-tarik baju mami sambilberambu air mata. "Maryam nak mami teman Maryam makan." Alaa...mami terus cair.

Sambil dia makan, air mata masih menitik-nitik. Mami pulak rasa sedih.


Agaknya lama sangat dia tunggu mami di gate kecil tu, perut pun dah lapar, itu yang habis licin sebungkus nasi ayam dia makan tengah hari tu.


Bila tengok balik gambar ni, rasa kesian pulak. Rasa menyesal pulak marahkan dia tadi, dah lah time marah tu ada budak lain lalu-lalang, tengok-tengok dia. Kesian pulak kat dia, padahal bukan besar mana salah dia tu. Takpelah Maryam, mami marah pun sebab mami risaukan Maryam hilang. Mami sayangkan Maryam, ingat tu...

Tapi, seriously tiap kali mami tengok gambar Maryam makan sampai licin macam ni, mami rasa nak menitik air mata.

Eh, wait! Drama Maryam ke drama mami ni?

No comments:

Post a Comment