Nuffnang

Friday 29 March 2013

Allah Panjangkan Usiamu, Nak...

Tanggal 29 Mac 2009...buat kali pertama Allah berikan rezeki pengalaman melahirkan cahaya mata dan rezeki zuriat pertama kepada kami hubby wifey ni..

Shariffah Maryam Aidid... sudah 4 tahun usiamu kini, nak..Alhamdulillah


Perjalanan hidupmu InsyaAllah panjang lagi,nak. Moga kau tidak akan pernah jauh dari landasan agama Allah. Mami doakan semua yang baik-baik, yang elok-elok,yang manis-manis untukmu.

Moga besarmu ini dapatlah kami tumpang syafaat, nak.

Mami, Walid, Adik saaaaaaaayang Maryam!


~Happy 4th Birthday, Maryam!~

at the same time... Selamat ulangtahun yang ke-14 buat  Adik Syahir Roslan Khairi..moga hidupmu dilimpahi rezeki yang barakah serta usiamu diredhai Alah s.w.t. Amen~~



Wednesday 27 March 2013

Kelapa Punye Cerita

Salam ukhwah everyone

Nak share pasal demam. Eh tak!..

Memang sekarang Maryam and Mardeyah tengah demam berganti-ganti. Mardeyah ni kalau demam i idak le nak risau sangat sebab dia tough..! Demam even dengan temperature 38.5dc pon dia blh menari-nari bila buka youtube.

Tapi yang tak bole blah ni Maryam. Dia kan manja + tersentuh hati..

Semalam bawa ke Azzahrah, dia dah cakap taknak inject. Tapi since dia punye temperature lagi tinggi dari Dedek, so doctor suruh buat blood test on Maryam. Dia tak nangis pon masa kena cucuk tu. Tapi once nurse cabut jarum tu, baru dia keriau!

Dan..sampai hari ni dia taknak cabut kapas plaster tempat cucuk tu..


Mandi pon aci angkat tangan tinggi-tinggi taknak bagi kena air. Bila kita nak cabutkan, dia marah. Bukannya ada lebam ke hapa ke.. bukannye lobang tu besar semut pon.. Lantak la..Walid dia cakap biar sampai benda alah tu getak sendiri.

So kiranya since monday hari tu i dah bercuti-cutian dan pakai topi nurse. Cuma hari ni hantar Dedek ke school sebab nampak dia dah active. Maryam pulak i bawak ke offics sekejap untuk ambik barang and bawak dia ke Jusco Cheras Selatan untuk makan Chicken  Yee Mee dengan extra mushrooom.

To me la kan..tembikar panas (hot plate la jah...) ni kalau yang murah dan sedap ada kat Jusco Cheras Selatan punya Foodcourt. Jusco Equine or kat foodcourt KLIA pon tak sesedap kat situ. Cuma Maryam tak makan banyak macam selalu sebab dia tak lalu makan. Mak dia la yang TERPAKSA perabih.

Tapi dia mintak air kelapa. lorr..foodcourt situ takde jual air kelapa pulak you! Nasemaik Jusco Supermarket sebelah tu je. So melilau mata i cari buah kelapa kaler hijau yang kadang-kadang dah buang kulit tapi tinggal sabut putih atau tempurung je dan wrapped.

T.I.A.D.A

Dan tiba-tiba terserempak la dengan Encik Peeled Pandan Coconut ni..


Wah..ada inobasi gitew!! Dah tak ada tempurung dia! Cuma tinggal isi kelapa yang bulat dan dalamnya ada air. So bila kita goncangkan dia, terasa air tu bergoncang sama. Macam mana ek..macam telur. Seolah-olah air kelapa tu hanya diselaputi selapisan isi kelapa sahaja! I call it *shell-less*coconut. Maknanya kita ambik straw dan cucuk je isi kelapa tu untuk minum air dia.


Tengok tu rupa dia. ngancam habes. nak makan isi pon senang. Yeah! rupa dia macam kita isi belon dengan air. So bila kita goncang kan dia, air dalam tu beegoncang sama.

Excited kepalang. J.A.K.U.N.

First time selama puluh tahun idup ni jumpa benda canggih macam ni. Dulu nak makan kelapa susah. Kena kait sendiri kat kampong. Tu pon kelapa mawar sebab rendah je pokok dia. pastu main parang kang, mak pak marah pulak. kira dapat air kelapa tu heaven jsesangat la sebab sampai bepeloh mak nak kupas kelape tu deknon... pastu nak makan isi dia, kita pakai sudu yang buat sendiri dengan menakik hujung sabut tu. Pastu hitam la sikit tempat sudu tu sebab parang tu kan ke besi..

Ok kalau you all dah penah jumpa kelapa ni, i je la yang ketinggalan keretapi nampak gayanya!

Pastu jalan-jalan kat Jusco dengan Maryam (uikk!terus sehat!) i pegi interbiu amoi yang jual benda alah ni pulak..


RM 13k ok untuk 18ft track-less auto folding wraught iron gate! Sangat practical sebab jimat space cos bukaan 2ft je berbanding swing gate. Takde track maknanya low maintenance sebab kalau yg ada track tu kita kena cuci buang batu-batu halus kalau dak nanti gate sangkut, motor kena selalu servis.

Kalau aluminium punye..RM 11k.

Tapi...

Mak belum mampu nak... Tapi mak teringin folding gate macam ni.

Sekian saja angan-angan mak untuk hari ni.

Bubbye..ilal liqa'


Ada Apa Dengan Mary Kay


Salam ukhuwah you all!

Sikit je nak kongsi hari ini. About Mary Kay. Almaklumlah..bila di ambang 3series ni..takde kedut pon tetibak je rasa ada kedut, kan??

So mulai 1 Disember 2012 ai menerai la Mary Kay punye skin care. Itupun setelah i buat research n study bagai.. Maklumlah..sebelum ni mak pengguna tegar NV. Lama you! 10 tahun kot..

And knowing NV..harga pon idak le mahal.. kekonon nak up la sikit komitmen bulan-bulan untuk product yang boleh buat i ni growing old dalam keadaan gracefully gitew!

Dipendekkan cerita i pon tanya pak google anak sapa ada juai Mary Kay ni. Ye la..kat boothdalam shopping mall mana ada jual MK ni. Lastly i dapat contact number MK punye Beauty Consultant. Nama dia Rozila Md Repin. So sesapa yang stay area Puchong, Putrajaya, Serdang ke.. boleh la call Zila ni sebab dia cover area ni.

I pun aturkan pertemuan dengan Zila. Dia datang rumah i pada satu malam tu dengan segala mak nenek sample dia. Basically, set untuk skin care MK ni ada Timewise (untuk anti-ageing), ada Botanical (untuk beginner), and Melacep (whitening).

Memandangkan i memang nekad nak something for anti aging, so i decided to give TW a try! Memula tu, Zila tunjukkan i cara-cara menggunakan cleanser, day n nite solution, moisturizer. 4 barang ni actually basic set kepada TW. Tapi i ada tambah MK punye creme foundation n facial cloth! Menurut Zila, MK punye BC tak akan buat demo kepada customer tapi, they all tunjuk ajar and customer buat sendiri.

basic TW trial set

Tapi kan, sebelum guna MK ni, BC akan tanya background kita punye previous skincare sebab they all akan pastikan we get the right set for our skin.I tengok si zila ni pon sungguh-sungguh nak tau whether NV tu peeling kulit tak, creme dia colour apa and macam-macam lagi. Dan they all jugak ajar kita cara nak beli produk so that kita tak terbeban dengan harga dia. So they all tak akan paksa kita beli semua at one tine. Siap lagi dia ajar beli yang mana priority je dulu sebab produk ni tak akan habis serentak.

Cuma..jeng~jeng~jeng! lepas dua minggu pakai, kulit i nampak berseri-seri. errrr...nak puji diri sendiri ke ni? malu mak....

Tapi, after that..muka i pecah! Cik Jerawat menumbuh bagaikan cendawan. Especially kat dahi and pipi. CJ halus dan CJ gedabak! Siap nampak mata dia lagi tew! Geli kot.. Muka i jarang ada CJ yang banyak, since i remaja! Tak pernah. Memang horror. Besar-besar pastu merah. Bila dia habis kecut, jadi scar hitam-hitam. Horror kan? 

Lepas tu i refer balik kat Zila, minta advice dia. Dalam hati i dah cakap "Ni mesti nak kena beli serba mak nenek punye barang pulak so that baru CJ ni hilang"

Tapi Zila kata CJ tu adalah reaction yang bagus sebab it shows that product TW ni sedang membersihkan kulit dari dalam dengan cara mengeluarkan residue yang terkumpul sekian lama hasil daripada skincare yang i guna sebelum ni.

Then i pun menunggu dengan penuh TAK sabarnya.. andai betul la TW sedang tanggalkan kekotoran di bawah kulit. I pon mula percaya yang NV dulu tu cuma bersihkan kulit dari luaran sahaja tapi residue tu terkumpul di bawah kulit. ye la.. seploh tahun kot i guna NV..

Lepas Januari, Februari. Lepas Februari, berganti Mac. CJ yang dari dahi mula turun ke pipi! Arghhh!! berani dia kan? So..dah la dengan dahi bertompok-tompok..pipi pula berceloreng parut CJ! i dah fade up sebenarnya. sebab menurut Zila...CJ biasanya dalam sebulan pertama je. 

Hodoh terus jadinya..maka mak ni kureng sikit confidence level tu..dengan muka macam makcik-makcik ni. Orang yang meniaga kat stall pon kulit muka lagi berseri2 dari i! Cewah! apa kes..?!

I pon start google skincare lain sebab cadangnye nak say gudbye la kat MK ni. hummpph! 

Lepas tu Zila ni every week follow up pasal my skin. I siap whatsapp kat dia gambar CJ yang besar-besar ni.Dia siap drop by kat my house untuk kasi sample. Best kan? 

Yesterday Zila datang rumah and dia advise i try mask and oil free hydrating gel. Sebab katanya maybe my skin tak tahan dengan day solution tu. That one ada oilbase sikit sebab dia ada SPF. So dia suruh i guna mask n hydrating gel. Tapi dia tak paksa i beli. Dia kata dia akan bagi i guna sample-sample jek. 

Tapi..sebab i perrrcaya cakap BC ni (kulit dia cantik,you all!), so i pon rembat la satu mask n oil free hydrating gel ni.

So, sekarang i dah mulakan rutin baru. After cleansing, guna day solution (for the sake of nak habihkan). Then guna moisturizer and followed by oil free hydrating gel ni. Malam pon macam tu. Guna night solution sebab nak ngabihkan je. Mask tu guna seminggu 2-3kali. Tak boleh bawak tidur. pakai soploh minit je lepas tu gosok pelan-pelan dengan air. 

Zila cakap..nanti dia nak hantar acne spot punye sample sebab that one boleh kecutkan acne. I tunggu.. so far Zila tak pernah mungkir janjii. Sebab tu i rasa senang dengan dia. 

Sekarang tak nampak lagi hasilnye. baru sehari kot..! nanti kalau ada hasil tuaian yang bagus-bagus, mak kongsikan di sini ya..! 

Moga segalanya membuahkan hasil..

Yang Benar,

~Sabar Menanti~


Saturday 23 March 2013

JOM KITA JALAN!

Salam ukhuwah to everyone!

Ok, post kali ini i nak share pengalaman dan sedikit panduan dengan you all especially dengan mak-mak sekalian (tak bermaksud tak ketepikan hak para pak-pak sekalian) berkenaan travel dengan anak-anak.

Mahap bebanyak awal-awal sebab i ni bukan kaki travel macam yang semua orang dok hapdate gi jenjalan makan angin ke Europe la..ke Beijing la.. tapi ni sekadar nak kongsi cerita macam mana nak packing barang-barang apabila kita sekeluarga nak travel terutamanya apabila ada anak kecil.



Disclaimer awal-awal ok, ni bukan tips dari seorang pro. tapi i cuma kongsikan my experience since tadi dah janji dengan Aida (my bossom fwen giteww..!) sebab dia hapdet dalam fb, minta pendapat macam mana nak packing barang-barang untuk travel sebab katanya selalu kerja-kerja packing barang dan susun dalam trunk semua dilakukan oleh Encik Syuami.

Biasa la tu..lelaki memang terror bab matematik, isipadu dan sebagainya, maka tak dinafikan kaum pak-pak ni hebat dalam menyusun barang dalam kereta. ye la..kalau diorang yang drive, diorang kena pastikan agar barang-barang dalam segenap ruang kereta disusun dengan betul, dengan mengambil kira titik pusat graviti sesuatu kenderaan tersebut. hiiisshh...malas nak ngomen panjang pasal bab pemanduan berteknikal ni. Nanti mak-mak pening kepala nak faham. Biar mak yang ni study bagi khatam dulu, kite cerita bab tu di lain siaran, ok?!

So, berbalik kepada packing barang ni, biasa la, kaum mak-mak ni kalau boleh nak jadi ikon LEMARI BEGERAK. Sebabnya...kalau boleh satu almari nak dihangkut pegi, betul dak? kita tend to rasa "Ala...nyesal tak bawak baju ni, kalau tau...aku bawak dah hari tu.." So, kaum pak-pak jangan salahkan mak-mak bila beli kereta MPV pon, still tak cukup tempat nak letak barang.

I admit that masa ada maid dulu, bibik yang kemas baju anak-anak, barang anak-anak, susu dan jajan anak-anak. Time tu i cuma pack barang-barang i n hubby je (jangan jelez u oll). Tapi, bila bibik tak ada dan kami ambil keputusan untuk tidak lagi menggunakan khidmat pembantu rumah ni, i buat sendiri (kadang-kadang En.Syuami tolong juga). Bukan susah pun..memang i tak pernah pun ambik pen dan kertas dan buat listing..tak pernah. never.

tapi, dalam keadaan i selalu travel Putrajaya-Penang-Putrajaya bertemankan Maryam dan Mardeyah sahaja (mind you, En.Syuami i tu kerja di Penang) dan mind you, dalam kereta sepanjang perjalanan..Allahu Rabbi..


 i kena fikirkan kaedah supaya barang-barang yang i bawak berguna di kala i tengah drive. Practicality is the key, ye mak-mak sekalian..

Contohnya, i bancuh susu waktu tengah drive (sebab malas nak berhenti, nanti KPI timing i lari you..!) so susu kena pack dalam bekas kecik yang boleh tuang terus dalam botol dalam kadar sescuku-cukup untuk satu bancuhan. Selain tu, kalau anak-anak gaduh, i ribakan salah sorang time driving, dan most of the time dua-dua budak kecik umur 4 dan 3 tawun tu i ribakan especially waktu diorang nak minum susu, so kena ada extra kusyen dalam kereta untuk alaskan handbrake. BAHAYA! Aksi ini jangan ditiru!!!

So.. sebelum perjalanan i akan kira berapa jumlah hari yang i akan berada di luar. Biasanya kalau i travel selepas ofis hour, pada hari berkenaan baju budak-budak ni i letak baju tidur je sepasang sorang. Dan jumlah baju untuk hari-hari berikutnya i kirakan macam ni:

1 hari = 2 anak x 2 pasang (baju siang) + 1 pasang baju tidur = 4 baju siang + 2 baju tidur

so, kalau 2 hari, i akan bawak 8 pasang baju siang dan 4 pasang baju tidur. Tu untuk anak-anak i yang berusia 3 dan 4 tawun dan badan diorang ni sama saiz, maknanya kakak boleh seghelum baju adik, adik boleh rembat baju kakak. Dan untuk pampers pulak, since Mardeyah tu belum lulus lagi potty training, pampers dia i kira macam ni:

1 hari = 3 keping (siang) + 2 keping (malam) + 2 keping (emergency)

Tapi, selalunya i bawak beberapa keping sahaja dan sampai je destinasi tu i minta En.Syuami je belikan kalau agak-agak dah nak habis. Pastu apa lagi yek..oh ye..towel..i jarang bawak towel sebab kalau balik kampung, i rembat je towel yang ada di sana. And kalau kita holiday pulak, hotel kan provide towel. So tak payah bawak towel, nanti buat tercabut zip beg korang je..

Lain tu, jangan lupa bawak bedak. Anak-anak mak ni jenis nak berbedak je kejenya..diorang ni dengan bedak memang macam isi dengan kuku. Bedak boleh habis sebotol dalam masa sehari punya! So, i memang tak beli dah bedak botol besar. I beli yang kecik-kecik je. Lagipun, senang, cepat sikit habis, boleh tukar bau yang lain pulak...idak le jemu asyik bau yang sama jek..kan? kan? So..kalau nak packing barang, bawak bedah kecik je..Sikat pon i bawak yang kecik dan yang nipis, yang selalu dapat kat hotel or kat hospital tu..senang selit celah poket beg je.

Losyen, ubat lap sapu ni optional. I bawak ikut mood. Syampu dan sabun mandi tu dulu masa baby memang i bawak sekali, tapi bila dah besar panjang ni, i rembat guna je apa yang hotel/ tuan rumah tu provide. Berus gigi dan ubat gigi diorang is a must! Pernah tertinggal, tapi i guna ubat gigi orang dewasa then sapu kat kain untuk tonyoh gigi depa, apa lagi..menjerit la depa sebab pedas! Mulia kejam sungguh mak kau, kan!

So, baju and toiletries ni biasanya muat je satu beg.. kadang siap i boleh tumpang baju i sekali! susun tu ikut mana yang nak pakai dulu kalau kau orang tak cerewet la untuk memudahkan pak-pak nak pakaikan baju anak lepas depa mandi nanti supaya depa tak bising tanya baju apa yang nak bagi pakai..

Beg baju ni silalah letak dalam trunk/boot/bonet. menyemak je letak kat dalam. kalau nak spare sepasang baju n pampers dalam kereta, silakan. tak menjadi masalah. yang masalahnya, i ni malas. sebab tu i susun baju dalam beg ikut mana nak pakai dulu. sebab bukannye kita tak boleh berenti tepi jalan untuk ambik baju dalam bonet tu..untuk ini, pastikan payung diletakkan berhampiran dengan tempat duduk korang sebab bilakala hari hujang, senang sikit nak keluar. I tak suka letak payung di belakang, kang urat tergeliat masa nak pusing badan untuk ambik payung..

Susu pulak, i biasa pack dalam bekas yang airtight tapi dalam masa yang sama i akan isi dalam bekas kecil (ala..kat kedai kan ada jual yang bertingkat-tingkat atau dalam compartment yang muat-muat untuk satu bancuhan tu). Lepas tu, air panas i memang malas tak bawak dah sekarang ni sebab mostly susu formula sekarang banyak brand dah yang boleh bancuh pakai air mineral je. Senang kan zaman ni? Lagi senang kalau you all still breastfeeding.. freedom maa!! tak payah pikir bekas-bekas susu ni.

Air masak i pack dalam botol kecik sebab senang nak minum or nak tuang dalam botol susu. Kalau besar kang tumpah-tumpah, leceh. Jangan lupa bawak jajan diorang. Untuk tutup mulut diorang di kala volume diorang lagi kuat dari radio. Air, susu pack kecik, botol susu (siap bancuh suam-suam sikit), jajan, silalah pack dalam satu beg yang ada tapak dan tak jatuh (sebab mak ni bawak kereta libas sana libas sini so asyik terbalik je barang-barang ni).
*jajan yang handy dan menyihatkan*

Kalau ada ubat-ubatan pun, jangan lupa bawak (my SIL punye tips). I ni malas..so, kalau anak demam.. i suruh enSyuami kami beli la ubat kat sana. So, kalau you oll bawak ubat, masukkan sekali dalam beg ni.

So, jangan lupa letak beg ini di sebelah depan (yang boleh dicapai tangan) especially kalau mak-mak drive sendiri tanpa En.Syuami. I tak suka letak di belakang sebab i ni jenis urat belikat asyik nak tergeliat je kalau pusing badan mengejut-mengejut ni. Tips:kalau letak depan, bila anak-anak kacau, senang nak pantau.Sebab kalau letak belakang, korang akan tau benda buruk telah berlaku apabila anak-anak buat senyap je dibelakang..dan tau-tau susu tu dah berlemuih atas seat belakang.. naik hantu nanti baru tau..!

Jangan lupa bawak toys or gadget kesukaan anak-anak. Jangan banyak.. kang menyemak je dalam kereta.. pastu belum kira diorang gaduh rebutkan toys (anak-anak Tuan Syed le ni..bukan i kata anak korang..) Bawak la ipad ke..tapi, kalau keluar jangan tinggal ipad dalam kereta. So kalau korang jenis malas nak usung dia ke mana-mana, tinggal je kat rumah.

Tapi pastikan korang ada modal untuk hiburkan anak-anak sepanjang perjalanan. Contohnya, kena la hafal beberapa lagu kanak-kanak macam Anak Itik Tok wi ke..(puhh..ni juga mencabar sebab kalau version i lain je dari anak i, boleh tegang urat leher dia pertahankan yang version dia tu betul dan version kita ni salah di sisi undang-undang..tensi tau!)
*bersiapsiagalah untuk situasi cenggini*

Ataupun, korang ada modal untuk ceritakan kisah-kisah nabi ke..biasanya mak-mak ni main cerita fairytales je..pak-pak yang pandai cerita nabi-nabi ni.. CD lagu kanak-kanak pon boleh la..CD ngaji lagi bagus sebab budak-budak ni macam spongebob sekali dua dia dengar alunan Alfatihah je diorang dah boleh ikut.

Dalam kereta make sure ada kusyen empuk sebab nak meriba diorang tu lenguh juga tangan ni. Tu pun, kalau you all tak ada car seat. Lagi bagus train anak-anak duduk dalam car seat. Senang keje mak kau! Idak le kereta 5 seater ni kau rasa macam nak beli kereta 2 seater sebab anak-anak semua nak berkumpul bawak ketiak kau!

Kalau bagus, ada spare selimut kecik or satu kain batik (tak bergaya betul i ni..) utk buat selimut sebab aircond kereta ni kadang budak tak tahan. Boleh dijadikan gadget di kala emergency. I pernah satu kali tu, sepannjang perjalanan dari Kuala Kangsar ke Putrajaya, si Dedek asyik muntah-muntah non stop. Tak cukup kain, baju i dia bagi.. last-last time tu, sampai je Putrajaya, kami terus ke Hospital Putrajaya. Anak punya pasal, puan-puan..

Apa lagi ek..makanan sebagai buah tangan..ikut la korang bawak jenis apa. kalau korang singgah beli sate untuk bawak kat pak mentua, jangan suruh orang kedai tu bungkuih semua dalam satu plastik, asingkan untuk korang anak-anak mengunyah dalam kereta. Kita yang tua ni pon kecur liur tengok makanan, apa lagi budak-budak ni.
*wajib ada sorang satu,idak le berebut*

Macam mana nak susun beg dalam bonet? senang je. kalau bonet luas, korang ingat korang boleh letak  kat mana-mana korang suka? No... korang kena tengok saiz badan orang yang nak dimuatkan dalam kereta tu. kalau berat ke sebelah kanan, beg tu letak la di sebelah kiri sikit. baru balance..dalam bonet tu, maukkan barang-barang yang korang for sure tak akan ambik (barang yang kurang penting). dan yang paling penting, korang susun depan-depan sikit. contohnya macam beg anak-anak tadi..beg telekung..pampers.. memudahkan capaian. kan 5S namanya ni!

Senang je kan nak packing barang-barang ni. Tak payah buat list panjang-panjang. Ikut logik, ikut hati dan perasaan korang je. Dan yang penting, ianya praktikal! Dah jadi mak kot...



So..kalau ada yang tertinggal dan yang tak tercover di sini, maybe sebab apa yang i kongsikan ni based on i yang beranak 2 dan faktor umur anak i. Maknanya, korang pack ikut kesesuaian korang. Tapi i selalu pegang pada prinsip "takpe la bawak lebih sebab bukan i usung barang-barang ni, kereta yang bawak". Maka dengan sebab itu la..sampai sekarang i kadang-kadang pack baju i yang terlebih tapi Tuan Syed punya barang kadang-kadang i tertinggal. Ya Ampun....

Ok, tu sahaja la yang i nak share untuk hari ni. jumpa lagi di lain siaran. Bubbye...

Maas salamah. ilal liqa'
 



Thursday 21 March 2013

millenia

Salam ukhuwah you all..

Dah seminggu tak hapdate blog. Dah nampak bayang-bayang sawang pulak.

Hari tu dah taip tapi kakak typist ni lupa nak save. Gara-gara nak study sikit topik ni. macam berat je bila sebut millenia generation ni. Sebab nak kena faham konsep betul-betul. Pernah dengar tak orang sebut-sebut Gen-X ke Gen-Y ke.. Gen-Z tak ada tau. jangan main-main kasi pang satu baru tau!

Apa semua gen gen ni? Bukan genetic. bukan kereta gen-2. Tapi ia refer kepada GENERATION.  macam ni mai mak nak explain biaq terang. Kalau pi tanya pak google, you all boleh jumpa semua ni dan lagi syiok ada beberapa perbezaan ke atas perincian sesuatu gen tu tp konsepnye sama. Yang mana kalau seseorang tu dilahirkan di antara tahun 1964 hingga 1982) (ada yang kata 1965-1980 ada kata 1970-1982 :- tu yang bezanya..apa yang mak dapat dari pak google le), diorang ni kategori generasi x. bukan x-men ye tuan-tuan.

Manakala kau orang yang lahir antara 1982 hingga 1997 (ada kata antara 1983-1997 ada kata 1984-1999 :-beza tak jauh mana pon) dikategorikan sebagai generasi y. mak kat sini la..

yang lahir antara 1998 hingga sekarang (ada kata mulai tahun 2001-sekarang, ada kata 2003-sekarang :-beza jugak kan?) dikategkrikan sebagai generasi millenia. lagi syok ada yang berpendapat gen-y dan gen-millenia tu adalah kumpulan yang sama.

Ops ... macam mana yang lahir before 1960 tu? takde generasi ke? haaa yang tu kita gelar Baby Boomer (yang lahir sebelum 1964 ke 1960 ke -kumpulan yang sekarang ni dah mula bercucu). sebabnya diorang lahir zaman perang. sebab tu panggil baby boomers. comel kan?

Ringkasnya kalau kita kategorikan generasi x dan y ni, sekarang gen-x berusia dalam lingkungan umur 31 tahun hingga 50 tahun, gen-y dalam lingkungan 15 hingga 30 tahun. dan yang baby sekarang ni sampai umur 15 tu kita kira diorang ni generasi millenium.

kenapa ada yang buat teori mcm ni? tunuan utamanya ialah untuk senang kita kenal karakter, interpersonal, attitude seseorang berdasarkan generasi dia dilahirkan dan dibesarkan. so orang yg dalam generasi yang sama basically mempunyai ciri-ciri atau karakter yang sama. so senanglah kita nal uruskan sumber manusia ni berdasarkan teori ini.

sebagai contoh, kalau seseorang ni adalah baby boomers, diorang ni tidak dibesarkan dalam suasana ada tablet la gadget canggih la tak ada semua tu jadi diorang belajar perkara tu dengan orang milleniaumur(cucu diorang) atau gen-y  (anak).

Anak-anak zaman millenia. Aktif, sedikit degil, berani



Contohnya lagi..kalau dulu kita ni kena jegil mata dengan mak,phuhh tu dah kira tak buat la dah benda ngarut yang bagi mak marah..tapi budak millenia ni tak main le kita jegil-jegil,tak makan saman nye..so kita kena bagitahu diorang.. nak bagitau pon anak zaman millenia ni mana nak dengar "jangan main!jangan lari!" tapi diorang dengar "main yang ni la nak..jalan lah nak..kalau berlari nanti boleh jatuh".

tapi tu la.. nak bercakap gaya tu la ai dok practise sampai la ni shusah shikit sebab ai kan gen-y yang kadang-kadang boleh juga dikira gen-x. mesti nak guna "jangan" tu. dah biasa.so, anak-anakku sekalian,maafkanlah mami gen-x-y korang ni. mami sedang cuba yang terbaik..

Saiyidina Umar pernah cakap "didiklah anak kamu mengikut zaman mereka"

bukan ikut zaman kita ye mak-mak sekalian. sebab tu Prof Muhaya pernah cakap dalam Reset Minda, stop gunakan "zaman mama dulu...bla~bla~bla..." kat anak-anak kita sebab zaman kita tak sama. kita dulu kalau mak kita cerita pegi sekolah tumpang kereta lembu (nak bagitau yang kita ni ada beskal utk ke sekolah tu sgt la untungnya) ada kita kesah? sebab zaman kita mana nak nampak kereta lembu sepah atas jalan? cer pikir..

Bila kita kata anak kita bermasalah, kita kena review semula cara didikan dia sebelum usia dia bermasalah. contohnya kita kata masa umur 7 tahun kita tengok anak kita ni problematic child, tengok balik masa silam dia 7 tahun sebelum itu sedari kita mengandungkan dia melahirkan dia menyusukan dia dan sebagainya. di mana silap kita. vewahh kau..dah macam ustazah dah ni..


Muahhha hahahha...! Ni motibasi.. baru sikit je ni.

Banyak lagi sebenarnya yang ai nak belajar pasal mendidik anak ikut cara Rasulullah. Sebab ai takut sangat keadaan anak millenia ni yang exposed dengan semua benda. Diorang ni kalau bagi ipad, boleh jumpa macam-macam dalam youtube tu.

Dengan criminal nye lagi..huhhh tak aman-aman..

Jom la tuan-tuan kita sesama cari ilmu tambahan macam mana nak didik anak. bukan anak je nak kena pegi tution, kita yg mak bapak pon kena tution juga (padegogi). zaman kita tak belajar la English guna phonetic ni kalau takat sekolah kebangsaan tu je. tapi zaman sekarang ni kat playschool pon dah belajar tu semua. balik rumah je dah *b-u-s* = bus. Maths pon diorang belajar lain, dah tak hapal sipir mcm kita kena berdiri dalam kelas dulu..

So stop comparing zaman kita dengan zaman anak kita. Jom audit diri. Jom tambah ilmu. InsyaAllah mudah-mudahan pabila anak kita besar kelak, orang akan terfikir **sejuk perut mak ngandungkan dia** kat anak kita. Idak la orang sebut "kecik-kecik taknak mamp*s dah besar nyusahkan orang!"

Anak permata negara (eh macam tau jek moto ni)

Anak aset kita ke syurga insyaAllah..

Jumpa lagi di lain siaran. bubbye..

maas salamah..ilal liqa'
'
'
'
'
'
'

Thursday 14 March 2013

d.e.m.a.m

Salam ukhuwah...

since si kenit Mardeyah (dedek or dek or adik or adik yah or ayyah or wat-eva-u-wana-call-her) demam, i cepat-cepat text my boss for leave. Once terasa bahang badan dia pagi tadi, terus bagi dia ibuprofen. Nak bagitau mak-mak semua, anak i yang ni jenis seeeeeenang makan ubat. Tapi si kakak susah sikit. So kalau dia demam, memang sakit hati nak bagi paracetamol, kang dia luah. kalau puan-puan ada anak yang tak suka makan paracetamol, cuba bagi ibuprofen. Ada macam-macam brand..winuprofen ada.. ada flavour sikit tu yang tak pahit.


Lepas makan ubat, mintak 'sticker' - coolfever. Budak-budak kalau demam, jangan dibungkus selimut bagai..meroyan nanti. So, sponge kan badan diorang guna towel kecik tu.. pastu jangan pakaikan baju tebal-tebal nanti panas tak hilang. so, eloknya pakai singlet je, dengan short. bukak kipas/aircond yang anginnya sepoi-sepoi bahasa. Make sure mak-mak semua ada termometer di rumah. murah je. beli kat guardian/ watdon/ farmasi. RM 30 pon ada. Cek suhu anak sentiasa.

Kalau lebih 39 dc tu bawak le ke emergency terus. sebab pada suhu 40 dc tu budak kecik senang kena 'tarik' esp boy. Jadi awasi temperature anak tu. Kslau 38 dc tu syill boleh sponge kan badan dia or bagi je mandi untuk turunku psnad badan tu.

I bagitau ni based on experience anak i yang dua-duanya tonsiliitis. diorang ni demam kdg-kdg sampai admitted. So, pastikan anak demam diberi air masak secukupnya. sbb kalau dia tak minum n tak makan nanti dia flat dan vein dia boleh collapsed. kalau jd mcm tu nnt kalau nak buat iv (drip air) nanti susah nak cari vrin (salur darsh) dia, tu yang nurse cucuk byk kali tp tak jumpa.

Memang mak kena sabar dengan kerenah anak demam. diorang nak bermanja. kita dulu kecik pon mcm tu juge. so layaaaaaan...


So tadi after dua kali makan ibuprofen, Dedek dah recover. Slhamdulillah sihat. Sisp dia pilih sendiri kasut hijau sebab bajunya hijau mssa nak hantar Angan n Intan ke Putrajaya Sentral tadi.

Angah upah dia Milo Nugget (green pack)..

Moga puan-puan (sbb anak demam mak selalu cuti, ayah demam mak cuti, mak demam mak je la cuti) sabar jadi nurse ye..

ma'as salamah..

Wednesday 13 March 2013

Perasaan vs Perasan

Salam ukhuwah...

Hari ni meninggalkan pejabat jam 2.30 ptg dan bawa adik-adik dan anak-anak ke IVS Global, India Visa Centre untuk collect visa Angah. Angah ni my younger sister, belajar pon belom habis.kawan sebaya dia ramai dah kawin. Untuk makluman, kalau nak buat visa India, tak payah pergi kedutaan dia. Di IVS Global ni boleh buat. 3 working days siap. Busines hour dia ikut India working time, pukul 9.00 pg hingga 2.00 ptg. Kaunter untuk collect visa buka pukul 4.00 ptg. So start pukul 4 je, dua kaunter utk collect visa akan panjang kemain org bebaris sedangkan kaunter lain closed.lokasi IVS Global ni depan building Agro Bank sebelah Bangunan Sultan Abdul Samad, KL. eh, kenapa i yang beria-ia sangat nak promote IVS ni? bukannya ada urusan maid mcm Indon ke..kot la ye orang nak tau. Saja nak habaq mai... kot ada sedara mara yang nak pegi belajar kat India ka..

kerusi banyak tapi lengang takde orang duduk sebab time ni dah pukul 4 masing-masing pi beratoq nak collect visa. pasaipa la depa tak pakai queue number, tak paham la..

Ingatkan takde la orang kita dalam ni. ada la sorang dua chinese, malay termasuk kamiorang, and the rest... (telan ayaq liuq) kuch kuch hota hei...macam 4 orang babaji belakang Maryam tu.

Maryam ni siapa? Ni lah main role dalam penceritaan i nanti. She's my girl. She's uniqely mine... memang unik. Suka ketawa tapi selalu juga garang. Garang dengan adik dia (shhhhhtt...dia ber'adik' masa umur 1 tahun 23 hari). Anak mak ni suka bergaya. Nak nampak gracefully gitew!! Kerap juga dia menangis, cemburu sebenarnya. Pendek kata (ehemm..panjsng tak kata apa-apa) dia manja dan sensitif dan garang. Tambah bila umur makin meningkat remaja (anak mak nak genap 4 tawwun laa on this coming 29th)..makin nak kena jaga perasaannya.

Betul puan-puan, dengan anak ni walaupun kecik je, perasaan dia kena jaga, kena hormat hak dia. even kita tak boleh simply buang mainan dia yang buruk-buruk. nak buang pon kena bagitau dia dulu. Nanti alih-alih "mommy, mana net kakak yang colour pink tu? Yang dah koyak kat tengah-tengah tu?" nak cakap dah buang? teghoyok nanti dia... nak cakap beli barulah, kang kejap-kejap tu kena start enjin kereta.

Moral of the story : bergayalah even pergi collect India visa demi menjaga perasaan sejagat! Jangan perasan suda...

Bubbye.. ilal liqa





RNPI

Salam ukhuwah...

Hari yang penat. Straight to the point.

I nak share sesuatu demi kesejahteraan kendiri kita semua. Salam sejahtera. Salam sejahtera. Betul ke kita hidup sejahtera? Ini bukan tips, bukan pergh..tua ye puan-puan... sekadar perkongsian apa yang i dah belajar dengan Cr.Haji Nazmi. RPNI - religio.psycho.neuro.immuno-logy.

Ni antara yang I dapat ditangkap masa dengar talk tu:

Aspek agama ni tuan-tuan, kita kena jaga baik-baik hubungan kita dengan Tuhan. Kita ni sikit je tuhan uji, dah rasa besar n hebatnya ujian kita. Dah rasa give up, dah tenaion, dah stress. Sedangkan kalau kita hayati kisah Nabi Ibrahim A.S. waktu diperintahkan Allah SWT untuk tinggalkan isteri baginda Siti Hajar dan anak kecil Ismail di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Sampai sekarang air zam-zam yang kita dok teguk tu,yang tu la terbit dari hentakan anak kecil Ismail atas kuasa Allah SWT. Jadi tuan-tuan, kalau hubungan kita baik dengan Allah, Allah akan bagi lebih pada kita. yakin lah..

:-kita ni selalu masa susah je nak ingat Allah. Masa putus cinta, masa putus pitih, masa tak naik pangkat. Masa tak lulus exam. Tapi masa kita senang...

Psycho- aspek emosi ni tuan-tuan, kita ni stress sikit je kalau nak banding dengan stress Asiah,isteri Firaun. Asiah tu tuan-tuan..huAllah punye manusia..siang malam ibadat pada Allah, taat pada agama Allah walaupun laki dia seorang Firaun. Satu lagi, kisah ibu Nabi Musa waktu zaman tu sesiapa yang ada anak laki-laki diperintahkan utk bunuh anak tu. Tak ke stress namanya tu, mau meroyan bila beranak anak lelaki, dia suruh kita bunuh anak kita tu. ~huwaaa~tapi dengan kuasa Allah SWT..Nabi Musa yang dihanyutkan oleh ibunya itu dijumpai dan dibela oleh Asiah dalam istana Firaun sendiri.

:-kita selalu claim yang kita ni stress. hari-hari stress. Mana taknya... bila anak main bedak kasi tumpah satu botol dah macam tumpah tepung sekampit macam ni

tak rasa stress ke? ndak nye masa tu dah pukul 10.30mlm, kau dah ngantuk sangat..ingat tak stress ke? ingat 5 minit boleh hilang ke?

Bab neuro - pangkal saraf kita ni tuan-tuan, ada di otak. lupa pulak nama dia. otak-minda. Tuan-tuan, kalau kita nak hidup sejahtera ni, jagalah bahasa minda kita. jaga thought (apa yang kita fikirkan), jaga perception, jaga emotion, jaga words. kadang kita tak suka seseorang, kita tak lafaz depan dia, tapi dalam kepala kita ni macam-macam kita sumpah dia. tak ke serabut otak ni bila kata-kata tohmahan tu berperang antara hati dan otak kita? bengkak je hati ni kadang-kadang, bila marahkan  seseorang dalam hati, rasa mendidih je darah ni naik sampai ke otak.


contohnya...kalau kita pegi restorante..orang meja sebelah bawak anak-anak makan punye le riuh..kita nak makan pon tak senang hati. dah juling bijik mata kita jeling kat anak dia. dengan air segelas tumpah cenggini. kadang dalam hati terdetik juga "orang sebelah ni kalau anak-anak tak ada table manners baik makan di rumah,jangan bawak makan di luar. kacau orang lain je.." dalam masa yang sama kita tak terfikir pon yang oo..mak dia dah letih balik keje so kalau anak makan sepah di rumah macam ni sure meroyan mak dia..


last sekali, immune - aspek fizikal. kita ni kalau nak sejahtera, kata speaker tu la..rawat tubuh kita secara pakej. la ni penyakit pandai datang secara pakej.tuan-tuan,elakkan konflik. sebab bila ada konflik dalam kehidupan, kanser kita akan aktif. sorry, i bukan jual produk. ni nak bagi perghh...tua, badan kita bila berasid, penyakit mudah datang. jadi makanlah sumber-sumber yang boleh alkalize badan kita. ask mr.google maaa apa itu alkalizing food! satu yang puan-puan boleh try, buat jus timun. minum sekali seminggu.

So, RPNI tu katanya boleh bantu kita dalam mensejahterakan hidup kita.  jom kkta try sama-sama amalkannya. sesiapa yang dah cuba sebulan, tapi tak nampak hasil, duit anda dikembalikan. banyak cantek!? kalau tak berhasil...jom audit diri sendiri.

cukup la sekadar berkongsi ini dulu. lain masa lain ketika kita bersiaran lagi. bubbye...

Ma'as salamah. ilal liqa~tata..



Sunday 10 March 2013

Kembali

Salam hujung minggu semua!

Ini adalah blog yang ketiga selepas empat tahun meninggalkan dunia blog (macam la famous!). 2008 myEDD menemui kegagalan disebabkan tempoh memeram sampai lupa terus password (letak lagi yang fancy-fancy). 2009 berjinak-jinak dengan fotopages, juga gagal atas faktor yang sama. Kemahuan ada tapi kurang usaha. Harapnya kali ini edd.khairi boleh kongsikan sesuatu yang bermanfaat buat anda semua. Sokongan anda, readers sekalian, amatlah dihargai (macam YB,kau!)

So, dengan itu terjawab la arti di sebalik title hari ini. Kalau artis tu boleh buat comeback, I pon kira nak buat comeback la juga kononnya. Bukan apa, i believe that the doors we open everyday decide what kind of life we live in. Sama ada kita buat silap, kita temui kejayaan, kita menggembirakan orang lain, kita dikecewakan, dan apa jua yang melibatkan kehidupan, segalanya bermula dengan pilihan. Kalau pilihan hidup kita salah, tak bermakna kita akan gagal selamanya. Memilih itu adalah satu ujian, dan ingat, Allah tak akan uji kita jika kita tidak mampu untuk menanggungnya.

InsyaAllah di kesempatan akan datang (what a busy sunday today) i akan kongsikan satu topik religiopsychoneuroimmunology dengan you all semua!

teruskan hujung minggu kalian dengan menjaga pemikiran, jaga persepsi dan jaga tutur kata (lidah dan hati) supaya otak kita sentiasa sihat!

ma'as salamah. ilal liqa..