Nuffnang

Saturday 23 March 2013

JOM KITA JALAN!

Salam ukhuwah to everyone!

Ok, post kali ini i nak share pengalaman dan sedikit panduan dengan you all especially dengan mak-mak sekalian (tak bermaksud tak ketepikan hak para pak-pak sekalian) berkenaan travel dengan anak-anak.

Mahap bebanyak awal-awal sebab i ni bukan kaki travel macam yang semua orang dok hapdate gi jenjalan makan angin ke Europe la..ke Beijing la.. tapi ni sekadar nak kongsi cerita macam mana nak packing barang-barang apabila kita sekeluarga nak travel terutamanya apabila ada anak kecil.



Disclaimer awal-awal ok, ni bukan tips dari seorang pro. tapi i cuma kongsikan my experience since tadi dah janji dengan Aida (my bossom fwen giteww..!) sebab dia hapdet dalam fb, minta pendapat macam mana nak packing barang-barang untuk travel sebab katanya selalu kerja-kerja packing barang dan susun dalam trunk semua dilakukan oleh Encik Syuami.

Biasa la tu..lelaki memang terror bab matematik, isipadu dan sebagainya, maka tak dinafikan kaum pak-pak ni hebat dalam menyusun barang dalam kereta. ye la..kalau diorang yang drive, diorang kena pastikan agar barang-barang dalam segenap ruang kereta disusun dengan betul, dengan mengambil kira titik pusat graviti sesuatu kenderaan tersebut. hiiisshh...malas nak ngomen panjang pasal bab pemanduan berteknikal ni. Nanti mak-mak pening kepala nak faham. Biar mak yang ni study bagi khatam dulu, kite cerita bab tu di lain siaran, ok?!

So, berbalik kepada packing barang ni, biasa la, kaum mak-mak ni kalau boleh nak jadi ikon LEMARI BEGERAK. Sebabnya...kalau boleh satu almari nak dihangkut pegi, betul dak? kita tend to rasa "Ala...nyesal tak bawak baju ni, kalau tau...aku bawak dah hari tu.." So, kaum pak-pak jangan salahkan mak-mak bila beli kereta MPV pon, still tak cukup tempat nak letak barang.

I admit that masa ada maid dulu, bibik yang kemas baju anak-anak, barang anak-anak, susu dan jajan anak-anak. Time tu i cuma pack barang-barang i n hubby je (jangan jelez u oll). Tapi, bila bibik tak ada dan kami ambil keputusan untuk tidak lagi menggunakan khidmat pembantu rumah ni, i buat sendiri (kadang-kadang En.Syuami tolong juga). Bukan susah pun..memang i tak pernah pun ambik pen dan kertas dan buat listing..tak pernah. never.

tapi, dalam keadaan i selalu travel Putrajaya-Penang-Putrajaya bertemankan Maryam dan Mardeyah sahaja (mind you, En.Syuami i tu kerja di Penang) dan mind you, dalam kereta sepanjang perjalanan..Allahu Rabbi..


 i kena fikirkan kaedah supaya barang-barang yang i bawak berguna di kala i tengah drive. Practicality is the key, ye mak-mak sekalian..

Contohnya, i bancuh susu waktu tengah drive (sebab malas nak berhenti, nanti KPI timing i lari you..!) so susu kena pack dalam bekas kecik yang boleh tuang terus dalam botol dalam kadar sescuku-cukup untuk satu bancuhan. Selain tu, kalau anak-anak gaduh, i ribakan salah sorang time driving, dan most of the time dua-dua budak kecik umur 4 dan 3 tawun tu i ribakan especially waktu diorang nak minum susu, so kena ada extra kusyen dalam kereta untuk alaskan handbrake. BAHAYA! Aksi ini jangan ditiru!!!

So.. sebelum perjalanan i akan kira berapa jumlah hari yang i akan berada di luar. Biasanya kalau i travel selepas ofis hour, pada hari berkenaan baju budak-budak ni i letak baju tidur je sepasang sorang. Dan jumlah baju untuk hari-hari berikutnya i kirakan macam ni:

1 hari = 2 anak x 2 pasang (baju siang) + 1 pasang baju tidur = 4 baju siang + 2 baju tidur

so, kalau 2 hari, i akan bawak 8 pasang baju siang dan 4 pasang baju tidur. Tu untuk anak-anak i yang berusia 3 dan 4 tawun dan badan diorang ni sama saiz, maknanya kakak boleh seghelum baju adik, adik boleh rembat baju kakak. Dan untuk pampers pulak, since Mardeyah tu belum lulus lagi potty training, pampers dia i kira macam ni:

1 hari = 3 keping (siang) + 2 keping (malam) + 2 keping (emergency)

Tapi, selalunya i bawak beberapa keping sahaja dan sampai je destinasi tu i minta En.Syuami je belikan kalau agak-agak dah nak habis. Pastu apa lagi yek..oh ye..towel..i jarang bawak towel sebab kalau balik kampung, i rembat je towel yang ada di sana. And kalau kita holiday pulak, hotel kan provide towel. So tak payah bawak towel, nanti buat tercabut zip beg korang je..

Lain tu, jangan lupa bawak bedak. Anak-anak mak ni jenis nak berbedak je kejenya..diorang ni dengan bedak memang macam isi dengan kuku. Bedak boleh habis sebotol dalam masa sehari punya! So, i memang tak beli dah bedak botol besar. I beli yang kecik-kecik je. Lagipun, senang, cepat sikit habis, boleh tukar bau yang lain pulak...idak le jemu asyik bau yang sama jek..kan? kan? So..kalau nak packing barang, bawak bedah kecik je..Sikat pon i bawak yang kecik dan yang nipis, yang selalu dapat kat hotel or kat hospital tu..senang selit celah poket beg je.

Losyen, ubat lap sapu ni optional. I bawak ikut mood. Syampu dan sabun mandi tu dulu masa baby memang i bawak sekali, tapi bila dah besar panjang ni, i rembat guna je apa yang hotel/ tuan rumah tu provide. Berus gigi dan ubat gigi diorang is a must! Pernah tertinggal, tapi i guna ubat gigi orang dewasa then sapu kat kain untuk tonyoh gigi depa, apa lagi..menjerit la depa sebab pedas! Mulia kejam sungguh mak kau, kan!

So, baju and toiletries ni biasanya muat je satu beg.. kadang siap i boleh tumpang baju i sekali! susun tu ikut mana yang nak pakai dulu kalau kau orang tak cerewet la untuk memudahkan pak-pak nak pakaikan baju anak lepas depa mandi nanti supaya depa tak bising tanya baju apa yang nak bagi pakai..

Beg baju ni silalah letak dalam trunk/boot/bonet. menyemak je letak kat dalam. kalau nak spare sepasang baju n pampers dalam kereta, silakan. tak menjadi masalah. yang masalahnya, i ni malas. sebab tu i susun baju dalam beg ikut mana nak pakai dulu. sebab bukannye kita tak boleh berenti tepi jalan untuk ambik baju dalam bonet tu..untuk ini, pastikan payung diletakkan berhampiran dengan tempat duduk korang sebab bilakala hari hujang, senang sikit nak keluar. I tak suka letak payung di belakang, kang urat tergeliat masa nak pusing badan untuk ambik payung..

Susu pulak, i biasa pack dalam bekas yang airtight tapi dalam masa yang sama i akan isi dalam bekas kecil (ala..kat kedai kan ada jual yang bertingkat-tingkat atau dalam compartment yang muat-muat untuk satu bancuhan tu). Lepas tu, air panas i memang malas tak bawak dah sekarang ni sebab mostly susu formula sekarang banyak brand dah yang boleh bancuh pakai air mineral je. Senang kan zaman ni? Lagi senang kalau you all still breastfeeding.. freedom maa!! tak payah pikir bekas-bekas susu ni.

Air masak i pack dalam botol kecik sebab senang nak minum or nak tuang dalam botol susu. Kalau besar kang tumpah-tumpah, leceh. Jangan lupa bawak jajan diorang. Untuk tutup mulut diorang di kala volume diorang lagi kuat dari radio. Air, susu pack kecik, botol susu (siap bancuh suam-suam sikit), jajan, silalah pack dalam satu beg yang ada tapak dan tak jatuh (sebab mak ni bawak kereta libas sana libas sini so asyik terbalik je barang-barang ni).
*jajan yang handy dan menyihatkan*

Kalau ada ubat-ubatan pun, jangan lupa bawak (my SIL punye tips). I ni malas..so, kalau anak demam.. i suruh enSyuami kami beli la ubat kat sana. So, kalau you oll bawak ubat, masukkan sekali dalam beg ni.

So, jangan lupa letak beg ini di sebelah depan (yang boleh dicapai tangan) especially kalau mak-mak drive sendiri tanpa En.Syuami. I tak suka letak di belakang sebab i ni jenis urat belikat asyik nak tergeliat je kalau pusing badan mengejut-mengejut ni. Tips:kalau letak depan, bila anak-anak kacau, senang nak pantau.Sebab kalau letak belakang, korang akan tau benda buruk telah berlaku apabila anak-anak buat senyap je dibelakang..dan tau-tau susu tu dah berlemuih atas seat belakang.. naik hantu nanti baru tau..!

Jangan lupa bawak toys or gadget kesukaan anak-anak. Jangan banyak.. kang menyemak je dalam kereta.. pastu belum kira diorang gaduh rebutkan toys (anak-anak Tuan Syed le ni..bukan i kata anak korang..) Bawak la ipad ke..tapi, kalau keluar jangan tinggal ipad dalam kereta. So kalau korang jenis malas nak usung dia ke mana-mana, tinggal je kat rumah.

Tapi pastikan korang ada modal untuk hiburkan anak-anak sepanjang perjalanan. Contohnya, kena la hafal beberapa lagu kanak-kanak macam Anak Itik Tok wi ke..(puhh..ni juga mencabar sebab kalau version i lain je dari anak i, boleh tegang urat leher dia pertahankan yang version dia tu betul dan version kita ni salah di sisi undang-undang..tensi tau!)
*bersiapsiagalah untuk situasi cenggini*

Ataupun, korang ada modal untuk ceritakan kisah-kisah nabi ke..biasanya mak-mak ni main cerita fairytales je..pak-pak yang pandai cerita nabi-nabi ni.. CD lagu kanak-kanak pon boleh la..CD ngaji lagi bagus sebab budak-budak ni macam spongebob sekali dua dia dengar alunan Alfatihah je diorang dah boleh ikut.

Dalam kereta make sure ada kusyen empuk sebab nak meriba diorang tu lenguh juga tangan ni. Tu pun, kalau you all tak ada car seat. Lagi bagus train anak-anak duduk dalam car seat. Senang keje mak kau! Idak le kereta 5 seater ni kau rasa macam nak beli kereta 2 seater sebab anak-anak semua nak berkumpul bawak ketiak kau!

Kalau bagus, ada spare selimut kecik or satu kain batik (tak bergaya betul i ni..) utk buat selimut sebab aircond kereta ni kadang budak tak tahan. Boleh dijadikan gadget di kala emergency. I pernah satu kali tu, sepannjang perjalanan dari Kuala Kangsar ke Putrajaya, si Dedek asyik muntah-muntah non stop. Tak cukup kain, baju i dia bagi.. last-last time tu, sampai je Putrajaya, kami terus ke Hospital Putrajaya. Anak punya pasal, puan-puan..

Apa lagi ek..makanan sebagai buah tangan..ikut la korang bawak jenis apa. kalau korang singgah beli sate untuk bawak kat pak mentua, jangan suruh orang kedai tu bungkuih semua dalam satu plastik, asingkan untuk korang anak-anak mengunyah dalam kereta. Kita yang tua ni pon kecur liur tengok makanan, apa lagi budak-budak ni.
*wajib ada sorang satu,idak le berebut*

Macam mana nak susun beg dalam bonet? senang je. kalau bonet luas, korang ingat korang boleh letak  kat mana-mana korang suka? No... korang kena tengok saiz badan orang yang nak dimuatkan dalam kereta tu. kalau berat ke sebelah kanan, beg tu letak la di sebelah kiri sikit. baru balance..dalam bonet tu, maukkan barang-barang yang korang for sure tak akan ambik (barang yang kurang penting). dan yang paling penting, korang susun depan-depan sikit. contohnya macam beg anak-anak tadi..beg telekung..pampers.. memudahkan capaian. kan 5S namanya ni!

Senang je kan nak packing barang-barang ni. Tak payah buat list panjang-panjang. Ikut logik, ikut hati dan perasaan korang je. Dan yang penting, ianya praktikal! Dah jadi mak kot...



So..kalau ada yang tertinggal dan yang tak tercover di sini, maybe sebab apa yang i kongsikan ni based on i yang beranak 2 dan faktor umur anak i. Maknanya, korang pack ikut kesesuaian korang. Tapi i selalu pegang pada prinsip "takpe la bawak lebih sebab bukan i usung barang-barang ni, kereta yang bawak". Maka dengan sebab itu la..sampai sekarang i kadang-kadang pack baju i yang terlebih tapi Tuan Syed punya barang kadang-kadang i tertinggal. Ya Ampun....

Ok, tu sahaja la yang i nak share untuk hari ni. jumpa lagi di lain siaran. Bubbye...

Maas salamah. ilal liqa'
 



3 comments:

  1. Wah..byk tips mak dapat ni..tq2.
    Meriahla dlm kereta dgn 2 puteri nii

    ReplyDelete
  2. The more the merrier. Cadang nak tambah lagi anak dara. So bukan takat gosip dalam kereta je. untung-untung senang keje mak kat dapur, banyak tangan yg nolong

    ReplyDelete
  3. anak itik tokwi versi tegang urat mcm mn..kene upload ni,....hehe

    ReplyDelete