Nuffnang

Wednesday 27 March 2013

Ada Apa Dengan Mary Kay


Salam ukhuwah you all!

Sikit je nak kongsi hari ini. About Mary Kay. Almaklumlah..bila di ambang 3series ni..takde kedut pon tetibak je rasa ada kedut, kan??

So mulai 1 Disember 2012 ai menerai la Mary Kay punye skin care. Itupun setelah i buat research n study bagai.. Maklumlah..sebelum ni mak pengguna tegar NV. Lama you! 10 tahun kot..

And knowing NV..harga pon idak le mahal.. kekonon nak up la sikit komitmen bulan-bulan untuk product yang boleh buat i ni growing old dalam keadaan gracefully gitew!

Dipendekkan cerita i pon tanya pak google anak sapa ada juai Mary Kay ni. Ye la..kat boothdalam shopping mall mana ada jual MK ni. Lastly i dapat contact number MK punye Beauty Consultant. Nama dia Rozila Md Repin. So sesapa yang stay area Puchong, Putrajaya, Serdang ke.. boleh la call Zila ni sebab dia cover area ni.

I pun aturkan pertemuan dengan Zila. Dia datang rumah i pada satu malam tu dengan segala mak nenek sample dia. Basically, set untuk skin care MK ni ada Timewise (untuk anti-ageing), ada Botanical (untuk beginner), and Melacep (whitening).

Memandangkan i memang nekad nak something for anti aging, so i decided to give TW a try! Memula tu, Zila tunjukkan i cara-cara menggunakan cleanser, day n nite solution, moisturizer. 4 barang ni actually basic set kepada TW. Tapi i ada tambah MK punye creme foundation n facial cloth! Menurut Zila, MK punye BC tak akan buat demo kepada customer tapi, they all tunjuk ajar and customer buat sendiri.

basic TW trial set

Tapi kan, sebelum guna MK ni, BC akan tanya background kita punye previous skincare sebab they all akan pastikan we get the right set for our skin.I tengok si zila ni pon sungguh-sungguh nak tau whether NV tu peeling kulit tak, creme dia colour apa and macam-macam lagi. Dan they all jugak ajar kita cara nak beli produk so that kita tak terbeban dengan harga dia. So they all tak akan paksa kita beli semua at one tine. Siap lagi dia ajar beli yang mana priority je dulu sebab produk ni tak akan habis serentak.

Cuma..jeng~jeng~jeng! lepas dua minggu pakai, kulit i nampak berseri-seri. errrr...nak puji diri sendiri ke ni? malu mak....

Tapi, after that..muka i pecah! Cik Jerawat menumbuh bagaikan cendawan. Especially kat dahi and pipi. CJ halus dan CJ gedabak! Siap nampak mata dia lagi tew! Geli kot.. Muka i jarang ada CJ yang banyak, since i remaja! Tak pernah. Memang horror. Besar-besar pastu merah. Bila dia habis kecut, jadi scar hitam-hitam. Horror kan? 

Lepas tu i refer balik kat Zila, minta advice dia. Dalam hati i dah cakap "Ni mesti nak kena beli serba mak nenek punye barang pulak so that baru CJ ni hilang"

Tapi Zila kata CJ tu adalah reaction yang bagus sebab it shows that product TW ni sedang membersihkan kulit dari dalam dengan cara mengeluarkan residue yang terkumpul sekian lama hasil daripada skincare yang i guna sebelum ni.

Then i pun menunggu dengan penuh TAK sabarnya.. andai betul la TW sedang tanggalkan kekotoran di bawah kulit. I pon mula percaya yang NV dulu tu cuma bersihkan kulit dari luaran sahaja tapi residue tu terkumpul di bawah kulit. ye la.. seploh tahun kot i guna NV..

Lepas Januari, Februari. Lepas Februari, berganti Mac. CJ yang dari dahi mula turun ke pipi! Arghhh!! berani dia kan? So..dah la dengan dahi bertompok-tompok..pipi pula berceloreng parut CJ! i dah fade up sebenarnya. sebab menurut Zila...CJ biasanya dalam sebulan pertama je. 

Hodoh terus jadinya..maka mak ni kureng sikit confidence level tu..dengan muka macam makcik-makcik ni. Orang yang meniaga kat stall pon kulit muka lagi berseri2 dari i! Cewah! apa kes..?!

I pon start google skincare lain sebab cadangnye nak say gudbye la kat MK ni. hummpph! 

Lepas tu Zila ni every week follow up pasal my skin. I siap whatsapp kat dia gambar CJ yang besar-besar ni.Dia siap drop by kat my house untuk kasi sample. Best kan? 

Yesterday Zila datang rumah and dia advise i try mask and oil free hydrating gel. Sebab katanya maybe my skin tak tahan dengan day solution tu. That one ada oilbase sikit sebab dia ada SPF. So dia suruh i guna mask n hydrating gel. Tapi dia tak paksa i beli. Dia kata dia akan bagi i guna sample-sample jek. 

Tapi..sebab i perrrcaya cakap BC ni (kulit dia cantik,you all!), so i pon rembat la satu mask n oil free hydrating gel ni.

So, sekarang i dah mulakan rutin baru. After cleansing, guna day solution (for the sake of nak habihkan). Then guna moisturizer and followed by oil free hydrating gel ni. Malam pon macam tu. Guna night solution sebab nak ngabihkan je. Mask tu guna seminggu 2-3kali. Tak boleh bawak tidur. pakai soploh minit je lepas tu gosok pelan-pelan dengan air. 

Zila cakap..nanti dia nak hantar acne spot punye sample sebab that one boleh kecutkan acne. I tunggu.. so far Zila tak pernah mungkir janjii. Sebab tu i rasa senang dengan dia. 

Sekarang tak nampak lagi hasilnye. baru sehari kot..! nanti kalau ada hasil tuaian yang bagus-bagus, mak kongsikan di sini ya..! 

Moga segalanya membuahkan hasil..

Yang Benar,

~Sabar Menanti~


4 comments:

  1. assalamualaikum akk tsrbaca post edd.. so lepas tu ok tak muka guna mk tw ni

    ReplyDelete
  2. asslamualaikum,, macam mana kulit akk after pakai mk? jerawat dah ok?

    ReplyDelete
  3. Waalaikum salam
    Alhamdulillah breakout beberapa bulan tapi lepas tu ok dah. Sekarang masih continue F3. Kulit dah serasi.

    ReplyDelete
  4. Waalaikum salam
    Alhamdulillah breakout beberapa bulan tapi lepas tu ok dah. Sekarang masih continue F3. Kulit dah serasi.

    ReplyDelete