Nuffnang

Wednesday 2 October 2013

SENJA

Baru pulang dari menziarahi seorang rakan sekerja yang sedang bertarung dengan penyakit kanser. Kak Shima tidak lalu bangun, terbaring begitu, makin kurus, rasanya macam tulang temulangnya hanya dibaluti kulit sahaja, tidak mahu jamah makanan, air zamzam hanya mampu diteguk beberapa titis.

Sungguh, bila dilihat, memang dalam kepala tadi ni asyik menerawang muka arwah Mak Nyah, arwah Kak Jue, yang mana kedua-duanya bertarung penyakit yang sama hingga akhir hayat mereka. Kursusnya Kak Shima, semacam arwah tok cik. Wanita-wanita di luar sana, andainya anda punya saudara mara wanita especially from your maternal side (sebelah ibu) yang menghidap penyakit kanser (payudara, rahim dsb.) perlukan lebih precaution kerana possibility untuk anda menghidap penyakit yang sama adalah tinggi.

Buat Kak Shima, moga bersabarlah dengan ujian Allah ini. Akak insan yang kuat, kerana itulah Allah uji akak kerana akak mampu menanggungnya. Allah menjanjikan sesuatu yang baik buat akak.

Buat anak-anak Kak Shima, kalian empat beradik memang anak yang taat. Kalian ada di sisi mama pada saat-saat mama perlukan kalian. Terus berikan kekuatan itu kepada mama kalian. InsyaAllah syurga tempat kalian nanti.

Sebak, bila Kak Shima genggam tangan i tadi masa nak minta izin untuk pulang. genggamannya kuat, macam tak mahu dilepaskan. Sempat i berpesan "InsyaAllah Kak, kita jumpa lagi lepas ini..." 


Tetamu Senja
(A. Samad Said - 1955)

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat

 

1 comment:

  1. Akhirnya Kak Shima pergi juga buat selama-lamanya... betul, pada hari yang sama ai ziarah dia, lepas ai buat entry ni, betul-betul seusai senja...

    ReplyDelete