Nuffnang

Wednesday 27 March 2013

Kelapa Punye Cerita

Salam ukhwah everyone

Nak share pasal demam. Eh tak!..

Memang sekarang Maryam and Mardeyah tengah demam berganti-ganti. Mardeyah ni kalau demam i idak le nak risau sangat sebab dia tough..! Demam even dengan temperature 38.5dc pon dia blh menari-nari bila buka youtube.

Tapi yang tak bole blah ni Maryam. Dia kan manja + tersentuh hati..

Semalam bawa ke Azzahrah, dia dah cakap taknak inject. Tapi since dia punye temperature lagi tinggi dari Dedek, so doctor suruh buat blood test on Maryam. Dia tak nangis pon masa kena cucuk tu. Tapi once nurse cabut jarum tu, baru dia keriau!

Dan..sampai hari ni dia taknak cabut kapas plaster tempat cucuk tu..


Mandi pon aci angkat tangan tinggi-tinggi taknak bagi kena air. Bila kita nak cabutkan, dia marah. Bukannya ada lebam ke hapa ke.. bukannye lobang tu besar semut pon.. Lantak la..Walid dia cakap biar sampai benda alah tu getak sendiri.

So kiranya since monday hari tu i dah bercuti-cutian dan pakai topi nurse. Cuma hari ni hantar Dedek ke school sebab nampak dia dah active. Maryam pulak i bawak ke offics sekejap untuk ambik barang and bawak dia ke Jusco Cheras Selatan untuk makan Chicken  Yee Mee dengan extra mushrooom.

To me la kan..tembikar panas (hot plate la jah...) ni kalau yang murah dan sedap ada kat Jusco Cheras Selatan punya Foodcourt. Jusco Equine or kat foodcourt KLIA pon tak sesedap kat situ. Cuma Maryam tak makan banyak macam selalu sebab dia tak lalu makan. Mak dia la yang TERPAKSA perabih.

Tapi dia mintak air kelapa. lorr..foodcourt situ takde jual air kelapa pulak you! Nasemaik Jusco Supermarket sebelah tu je. So melilau mata i cari buah kelapa kaler hijau yang kadang-kadang dah buang kulit tapi tinggal sabut putih atau tempurung je dan wrapped.

T.I.A.D.A

Dan tiba-tiba terserempak la dengan Encik Peeled Pandan Coconut ni..


Wah..ada inobasi gitew!! Dah tak ada tempurung dia! Cuma tinggal isi kelapa yang bulat dan dalamnya ada air. So bila kita goncangkan dia, terasa air tu bergoncang sama. Macam mana ek..macam telur. Seolah-olah air kelapa tu hanya diselaputi selapisan isi kelapa sahaja! I call it *shell-less*coconut. Maknanya kita ambik straw dan cucuk je isi kelapa tu untuk minum air dia.


Tengok tu rupa dia. ngancam habes. nak makan isi pon senang. Yeah! rupa dia macam kita isi belon dengan air. So bila kita goncang kan dia, air dalam tu beegoncang sama.

Excited kepalang. J.A.K.U.N.

First time selama puluh tahun idup ni jumpa benda canggih macam ni. Dulu nak makan kelapa susah. Kena kait sendiri kat kampong. Tu pon kelapa mawar sebab rendah je pokok dia. pastu main parang kang, mak pak marah pulak. kira dapat air kelapa tu heaven jsesangat la sebab sampai bepeloh mak nak kupas kelape tu deknon... pastu nak makan isi dia, kita pakai sudu yang buat sendiri dengan menakik hujung sabut tu. Pastu hitam la sikit tempat sudu tu sebab parang tu kan ke besi..

Ok kalau you all dah penah jumpa kelapa ni, i je la yang ketinggalan keretapi nampak gayanya!

Pastu jalan-jalan kat Jusco dengan Maryam (uikk!terus sehat!) i pegi interbiu amoi yang jual benda alah ni pulak..


RM 13k ok untuk 18ft track-less auto folding wraught iron gate! Sangat practical sebab jimat space cos bukaan 2ft je berbanding swing gate. Takde track maknanya low maintenance sebab kalau yg ada track tu kita kena cuci buang batu-batu halus kalau dak nanti gate sangkut, motor kena selalu servis.

Kalau aluminium punye..RM 11k.

Tapi...

Mak belum mampu nak... Tapi mak teringin folding gate macam ni.

Sekian saja angan-angan mak untuk hari ni.

Bubbye..ilal liqa'


No comments:

Post a Comment