Nuffnang

Sunday 10 March 2013

Kembali

Salam hujung minggu semua!

Ini adalah blog yang ketiga selepas empat tahun meninggalkan dunia blog (macam la famous!). 2008 myEDD menemui kegagalan disebabkan tempoh memeram sampai lupa terus password (letak lagi yang fancy-fancy). 2009 berjinak-jinak dengan fotopages, juga gagal atas faktor yang sama. Kemahuan ada tapi kurang usaha. Harapnya kali ini edd.khairi boleh kongsikan sesuatu yang bermanfaat buat anda semua. Sokongan anda, readers sekalian, amatlah dihargai (macam YB,kau!)

So, dengan itu terjawab la arti di sebalik title hari ini. Kalau artis tu boleh buat comeback, I pon kira nak buat comeback la juga kononnya. Bukan apa, i believe that the doors we open everyday decide what kind of life we live in. Sama ada kita buat silap, kita temui kejayaan, kita menggembirakan orang lain, kita dikecewakan, dan apa jua yang melibatkan kehidupan, segalanya bermula dengan pilihan. Kalau pilihan hidup kita salah, tak bermakna kita akan gagal selamanya. Memilih itu adalah satu ujian, dan ingat, Allah tak akan uji kita jika kita tidak mampu untuk menanggungnya.

InsyaAllah di kesempatan akan datang (what a busy sunday today) i akan kongsikan satu topik religiopsychoneuroimmunology dengan you all semua!

teruskan hujung minggu kalian dengan menjaga pemikiran, jaga persepsi dan jaga tutur kata (lidah dan hati) supaya otak kita sentiasa sihat!

ma'as salamah. ilal liqa..


No comments:

Post a Comment