Nuffnang

Saturday 3 October 2015

Secret Skin White Kawaii - Saya Sudah, Anda Bila Lagi?

Salam all.

Semalam terbaca blog ni - blogger tu buat review pasal satu produk tu, tak silap perfume Cik Ta kot. And then ada orang private message dia kata nak order produk tu and minta dia cod. Blogger ni bagitahu yang dia tak jual produk tu. And then budak yang nak beli ni beria-ia marah blogger ni kata "habis tu, kalau tak jual, kenapa tulis pasal produk tu?" Blogger ni jawab "akak buat review saja". Budak tu kata "perfume tu susah nak dapat, tau tak?" Blogger ni jawab "tak tau". Dah panjang cerita sampai budak tu maki-maki. Tsk-tsk-tsk...macam ni punya manusia pun ada ye? What on earth la! Tak semestinya bila kita review tu, kita jual produk tu?

Jadi macam i senang. Tak ada pun buat review yang sponsored ni. Kalau ada produk yang rasa best, kita review la on our own. Kalau tak best pun, nak tulis tak ada salahnya - orang lain mungkin ada opinion & experience tersendiri. Melalut dah ni - nak cerita tentang benda lain sebenarnya.

Ok ni nak cerita dah sebulan i consume Secret Skin White Kawaii Collagen. I beli combo jar dengan Max Extra - harga RM150. Tak tahu la kalau orang lain beli lagi murah dari tu. And yet, dapat percuma whitening soap (masa 2nd time beli) and dapat whitening serum (masa 1st time beli). I beli di Aloha Bridal, Taman Cempaka, Nilai. Bukan tak ada jual kat kedai-kedai jamu area Nilai ni cuma sebab stokis Aloha Bridal ni authorised - i dapat contact number dari website Zofea Beuty tu sendiri.

Apa kelebihan SSWK ni?

Sila google - in fact Dr.Halina (SMS's wife @ barelysupermommy) yang merupakan duta produk pun dah buat review SSWK dalam blog dia. Sila jangan malas baca ye because i am not going to be super educated explaining everything about it here.

Apa yang i suka tentang SSWK?

1. Rasa berry yang sedap - either dibancuh atau dikemam.

2. Packaging dalam bentuk sachet - tak payah nak sukat-sukat pakai sudu/scope, selain daripada menjamin kebersihan produk.

3. Kesan pada i setakat ini - muka not so oily especially bila bangun tidur.

4. Luka cepat sembuh - luka masa kena minyak panas tiga minggu lepas dah sembuh, kulit dah rata dan licin walaupun masih ada parut.

5. Parut makin memudar - belum hilang sepenuhnya, knowing my skin ni sensitif, garu terlebih je terus luka dan parut.

6. Keliling kuku nampak lembab - tak ada kulit kering yang pecah, knowing i ni suka tarik kulit tu sampai berdarah. Buruk sangat perangai.

7. Nanti i update kesan lain kalau ada.

Apa yang i tak suka tentang SSWK?

1. Kena jarakkan 12 jam daripada waktu kita makan slimming pill untuk dapatkan kesan yang maximum- kalau lunch pukul 2 petang kita makan slimming pill, pukul 2 pagi baru boleh makan SSWK - agak leceh di situ so i culas juga bab ni

2. Kena makan sebelum tidur waktu perut kosong untuk kesan maximum - i culas juga sebab kadang jam 9 malam kita ambik snack ke, dah nak kena tunggu tiga empat jam untuk kosongkan perut. I rimas benda-benda yang kena ikut jam ni.

3. Kena pantang caffeine - coffee is my middle name, susah nak buang tabiat ni. Tapi slowly buat - dah sebulan ni ada dua kali je rasanya i minum kopi.

4. Nanti i treasure lagi kalau ada

Selebihnya i tak letak expectation yang tinggi macam testimoni tu - kesan seawal tiga hari la, tujuh hari la, parut hilang seawal dua minggu la, kulit cerah seawal seminggu la, dan macam-macam lagi. Again, lain orang lain tahap penerimaan badannya jadi kesan pun berbeza-beza. Setakat sebulan ni, itu aje lah perubahan yang i rasa. Kesan-kesan lain i belum rasa lagi. Nanti dah berkesan, i update lagi. Kalau tak berkesan pun, i akan update juga.

When talking about beuty regime ni, i know certain people suka cuba macam-macam produk dan bertukar-tukar. I jenis setia :-) so kalau guna satu-satu skin care tu and i serasi, i terus je guna sampai bertahun-tahun. I percaya kulit i lambat nak nampak kesan. Macam Mary Kay tu, walaupun memula muka i pernah naik jerawat pasir sampai berparut sebab kesan produk tu nak buang toxin, tapi sekarang dah jarang naik jerawat. Parut yang memula tu hitam dah makin merah. So, nak pudarkan lagi parut tu, i ambik SSWK ni. I percaya bila dah aged ni, tak cukup sekadar sapu-sapu cream je. Mesti nak kena bantu pemulihan tu dari dalam juga dengan cara makan atau minum ni.

Apa-apapun, sebelum guna sesuatu produk tu make sure kita tahu apa yang kita nak - nak kulit albino ke, nak buang jerawat ke, nak hilangkan parut ke, nak muka glowing ke. Macam i, kalau sejak lahir dah gelap tak payah la berangan nak kulit cerah quputeh tu. Cukup lah sekadar growing old gracefully...


SSWK, please be nice to me.

No comments:

Post a Comment