Nuffnang

Monday 12 October 2015

Dusun Harapan

Pencarian hartanah belum berhenti setakat ini. Pelaburan jangka panjang. Niat pula untuk berbakti kepada tanah. Sementelah ada yang iklankan tanah dusun, kami bergegas untuk site visit.

Lokasi kali ini di Beranang. Tanah dusun - ertinya dah ada dusun. Pokok-pokok ready dah besar. Dah boleh tunggu musim buah, dah boleh harvest hasil tanaman. Pemilik asal ialah Encik Azhan - tapi dia hadiahkan dusun tu kepada wife dia. So hampir kebanyakan decision tentang dusun tu terletak pada kata dua dari madam empunya.

Dusun tak jauh dari jalan besar. Access sangat mudah. Dari tepi jalan tar dah boleh nampak gate dusun. Dusun dah dipagar cantik. Paling menarik, dusun datang dengab pakej sungai yang mengalir dari Tekala Water Fall - airnya bersih, am not saying it is jernih sebab dasarnya pasir bukan batu subgai. Dalam dusun dah tersedia dengannya sebuah gazebo - jika ada rezeki kami, gazebo ni perlu renovate sikit untuk jadikan tempat bermalam di kala musim durian nanti.



Pokok yang tersedia dalam pakej dusun ini antaranya durian - tapi cuma durian kampung, jika ada rezeki kami, inginlah tanam baka baik seperti Musang King lima enam batang. Lain-lain - dokong, ciku, kelapa, betik, nangka, cempedak, rambutan, pisang, jering, manggis, ubi kayu, pandan, cili api. Sekadar apa yang nampak dan teringat. Ada rezeki kami, nak tambah pokok kelapa yang rendah-rendah, mangga, mengkudu, durian belanda.


Luas tanah ni memang cukup lah untuk makan kami, keluarga dan sedekah kepada kawan-kawan dan jiran. Boleh makan sampai anak cucu nanti. Silap-silap boleh buat jual - jangan terkejut kalau akak pakai topi nyonya bukak boot kereta jual buah tepi jalan.

Nilai tanah campur nilai pokok yang ada sangatlah mahal. Boleh beli rumah sebuah. Tapi, sebab inginkan pelaburan jangka panjang, boleh diusahakan. Ramai yang demand tanah ni - sanggup letak price lebih tinggi sebab lokasi strategik dan keadaan dusun ni bersih terjaga.

Tuan asal tanah ni sayang sangat nak jualkan dusun ni sampai cakap "kalau ada rezeki dusun ni dah jadi encik punya, saya nak minta izin untuk datang sekali sekala jenguk boleh ke?" Waaahh...touching sangat! Bertuah tanah ni dapat tuan macam tu. InsyaAllah kalau ada rezeki dusun ni berpindah milik kepada kami nanti, kita akan jaga elok-elok juga.

Sebab i dah lama berangan untuk ada "Laman Sayang" - idea nak buat playground, nak bela ikan dalam sangkar, nak buat pondok.

Haaa..kat depan ni lah Tuan Blog nak letak signage Laman Sayang tu. Hihihih!! Idea mahal-mahal je yang i fikir. Ongkosnya sedang diusahakan. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment