Nuffnang

Sunday 11 October 2015

Aiman Dah Kawin

Semalam kami attend wedding Aiman, sepupu i, anak Ayah Nyah. Wedding ni buat kat sebelah perempuan. Untuk kenduri sebelah lelaki,Ayah Nyah buat 22 November nanti. Atok and Oma pun ada. Cuma the walid je tak dapat join sebab ada sukan department sempena Hari Sukan Negara.


Kenduri sebelah perempuan ni buat di padang. Biasanya bila pasang khemah di tengah padang ni, orang buat family day ke, sukaneka ke. So kiranya first time la kami attend wedding tengah padang camni. Dah namanya padang, panas terik tapi angin bertiup dari kiri kanan entah mana hala lagi.



Kenduri ni ada dua pasangan pengantin. Pelamin dia sangat cantik. I suka warna pearl macam ni - harus lah i menghasut Angah pilih warna ni untuk wedding dia nanti. Hari tu memang dah cadang nak buat tema pearl - tapi kenduri tu tak jadi, tangguh hingga masing-masing betul-betul bersedia. #pray4lily&dzahir


Kami tiga beranak tak beli baju pun. Recycle je baju raya hari tu. Lagipun masih cantik - exclusive design ni. Floral dress Minaz - Xandria. Nanti kenduri sebelah kita, ada bajet lebih, kita beli baju baru.



Dapat lollipop, pakat tak ingat makanan lain dah la...

Oma makan kek sedap sampai jilat belakang sudu pun si dia ni tak heran. Lollipop lagi sedap.



Nasib lah ada Alang. Kalau tak,jenuh mami nak kejar Little Brother ni sambil kendong baby Muhammad.




Tahniah Ayah Nyah and Mak Nyah - terima menantu lagi. Mak Nyah i cerita, Si Aiman ni kawin dengan kawan tadika dia. Waktu bercinta tak tahu pun pernah tadika sekali. Bila tengok gambar lama,masing-masing surprised sebab diorang satu tadika rupanya. Kalau dah jodoh...

No comments:

Post a Comment