Nuffnang

Thursday 8 October 2015

Pilahdelphia

Sabtu lepas Tuan Syed ada urusan di Kolo Pilah. Jadi jom kita ikut. Yang i tahu Kuala Pilah ni ada Ulu Bendul - recreational area. I pernah naik Gunung Angsi lapan tahun lepas masa kursus DPA. Dan Ulu Bendul tu i tak berani pergi bawa budak mandi manda sebab ngeri bila teringatkan ada kes tiga beradik mati lemas sebab dibawa kepala air. Seram kot, tengah syok mandi tiba-tiba kepala air datang. Nak terkejut satu hal, nak lari selamatkan diri entah sempat ke tidak. Jadi, baiklah tak payah pergi.

Tuan Syed nak pergi tengok tanah kat Tanjung Ipoh (betul ke nama tempat ni) - ada orang kampung kat situ nak jual. So kita pergi bawak Atok sekali dah alang-alang Atok pun ada sini. Oma pun pergi juga.

Masa nak masuk kampung tu, seronok tengok kiri kanan hijau je dengan pokok-pokok. Dah namanya kampung,kan. Lintas rumah-rumah orang. Kawasan bukit bukau. Teringat KakZu @mamatiamia selalu cerita perihal kampungnya di Kolo Pilah. Apa nama kampungnya entah-lupa. Gitu lah gaya kampung yang i pergi - rumah atas bukit, kereta park di bawah, lintas bendang, lintas titi kecil. Seronok.

Teringat pula zaman kecil meronda Kampung Talang Hulu. Main atas batas bendang, terjun parit, kayuh basikal laju-laju celah daun lalang, gegar habis satu badan bila langgar akar-akar pokok besar, panjat pokok, jauh sikit kami merayap sampai ke darat - adventure habis rasanya sebab kat situ ada kubur. Kaki ni habis berbirat calar balar sebab keluar masuk semak samun. Seronoknya jadi budak-budak.

Ok, balik ke Pilah semula. Habis semua rumah kita lalu - dah tak ada rumah lagi dah, sampai la ke hujung kampung. Tuan Syed and atok ikut broker tu round kawasan (menapak ok). Kami duduk dalam kereta je - jerebu teruk di luar tak elok untuk budak-budak. Dalam setengah jam baru nampak batang hidung balik. Tak tahu la macam mana rupa tempat tu - niat si dia nak buat dusun buah - nak pagarkan kawasan, tanam pokok durian, buat pondok untuk rehat kala aktiviti berpeluh di hujung minggu.

Dalam hati kita pun sambung berangan juga - nak namakan dusun tu 'Laman Sayang' - inspirasi dari Tanah Aina :-) Buat signage kat depan tu besar-besar - warm welcome lah konon. Nak jadikan tempat tu tempat budak-budak berlari, bergolek, boleh main masak-masak yang ada api real - macam bercuti, away from the hustle and bustle of the city life.

Selesai urusan tanah - jom ke pekan pilah pula. This is the interesting part, i baru tau kek Kolo Pilah ni omas nye boleh tahan murah! Haaa, apa lagi, jom kita sahkan perkara ni. Pekan Pilah tak besar mana - kedai emas ada dalam lima enam kot yang i lalu. Tapi kita tak de la survey kedai-kedai dah sebab sebelum tu dah google - harga diorang tak beza banyak antara kedai-kedai ni TAPI beza banyak dengan harga pasaran! Rasa macam nak tampar muka sendiri tengok harga dia beza dalam tiga puluh ringgit dari tempat lain. Patutlah kedai emas situ asyik penuh dengan customer yang serius buyer - bukan takat nak survey harga je - berkenan terus je bayar.

I masuk kedai emas dengan oma - teringat masa kecik selalu ikut dia dan nenek ke kedai CC Lew Kuala Kangsar. Boleh kata sebulan sekali mesti pergi. Tokeh emas tu kenal rapat dengan arwah nenek i - nama dia Chew. Tiap kali Chinese New Year kami akan ke rumah Chew - kutip ang pow - kata tokeh kedai emas! Kalau raya, atau ada kenduri di rumah nenek, Chew mesti datang.

Rupanya baru i tahu cerita sebenar. Macam mana arwah nenek i membeli barang kemas - arwah nenek bukan lah orang senang, bukan kerabat diraja, cuma dia rajin turun ke bendang. Arwah nenek beli barang kemas dengan Chew secara ansuran - kalau tak, tak merasa lah nak pakai barang kemas besar-besar. Patut lah mak i, makcik-makcik i, pakcik-pakcik i pun beli emas dengan Chew tu. Turun-temurun. Sekarang ni cousins i pun dah terjebak - tiap-tiap bulan ke kedai emas.

Kenapa selama ni i tak tahu pun benda ni. I respect cara diorang berurusniaga ni. Betul lah kan,kalau tak macam mana pulak orang dulu-dulu nak kumpul barang kemas. Pulak tu, demi tanah air sanggup serahkan barang kemas untuk support kemerdekaan negara. Dari melakolik, patriotik pula tiba-tiba :-)

Selama ni i ingat orang lelaki rimas bila perempuan suka barang kemas ni. Tapi i tengok atok ok je - siap jadi pompom kat belakang. Dan sekarang, Tuan Syed pun macam tu juga :-)

Lepas ni, boleh lah berbuat baik dengan tokeh kedai emas Pilah pulak! Orang bukan tau kita beli emas kat mana kalau kita tak cerita -yang penting orang kira berapa berat emas tu, ye tak?

Pilahdelphia, kamu ini sangat sesuatu!

No comments:

Post a Comment