Nuffnang

Friday 9 October 2015

Daging Masak Merah Ala Thai

Kalau agak-agak buntu nak masak apa, terjah je ke blog Azie Kitchen. Resipi yang Kak Azie share setakat ni tak pernah mengecewakan. Simple tapi sedap. Kali ni i cuba resipi daging masak merah ala thai. Sebelum ni buat main campak je apa yang ada janji rasanya lebih kurang macam kat kedai kira ok lah. Tapi tiap kali buat tu daging nya macam tak berapa best. Tapi ikut Kak Azie punya cara, memang meletop pom pom lah. Sedap hingga menjilat jari dan lagi buruk perangai tu siap gaulkan nasi dengan saki baki kuah yang bersisa dalam kuali.

Daging lembu tu hiris dulu kemudian rebus sampai empuk dengan pewarna merah. I tambah sikit sirap ros nak bagi wangi sikit. Bila dah empuk, toskan then goreng dulu daging tu sampai garing. Ketepikan.

Ketuk bawang putih then tumis. Masukkan cili kisar sikit, sos tiram, sos tomato dan sos ikan. Jangan guna sos cili, nanti rasanya out. Perasakan garam dan gulanya. Masukkan daging yang digoreng tadi dan gaul rata. Tambahkan hirisan bawang besar, cili merah atau kalau nak tambah kacang panjang pun boleh. Gaulkan dan tutup api. Hias dengan daun sup dan daun bawang.


Makan ni dengan nasi panas memang boleh bertambah-tambah. Sangat sedap. Thanks Kak Azie!

No comments:

Post a Comment