Nuffnang

Thursday 1 October 2015

Loreal Professional Paris

Semalam bawa the sisters potong rambut di Star One, Serdang. Anak perempuan biasa la sementara nak membesar ni ada je musim-musim kepala berkutu. Dulu pernah berjangkit dari kawan-kawan sekolah. Lepas tu on off on off je. Bila pindah sekolah dah hilang. Lepas tujuh lapan bulan hilang, datang balik kutu-kutu ni. Rimas rasanya tengok asyik menggaru je, mami bawa ke saloon kasi pendek terus rambut tu.

Bukan nak cerita tentang kutu, yang itu nanti i rajin i update sejenis sikat kutu yang sangat lasak dan senang nak buangkan telur kutu tu. Nanti entry lain.

Kali ni nak bagitau selama hidup ni, baru semalam tahu apa beza produk Loreal yang jual di saloon dan yang jual di supermarket or farmasi. Loreal ni ada banyak range of hair products. Khusus untuk treat specific hair problem. Perasan tak syampu Loreal yang jual di saloon tak ada dijual di supermarket. Korang tau kenapa? Hahahah! I ni baru semalam tau benda ni.

Ini sebab yang dijual di salun tu produk Loreal Professional Paris tapi di supermarket hanya ada Loreal Paris. Yang professional ni hanya professional saloon sahaja yang boleh jual, sebab kalau ikut etikanya dia kena cek dulu masalah customer - contohnya betul ke scalp dia berminyak, rambut gugur etc. Lepas tu dia kena bagi advice kepada customer and kena demo dulu cara guna before jual produk tu.

And then, saloon yang nak jual Loreal Professional ni akan disemak dulu tahap professional mereka - macam kena audit dulu. Loreal tak nak saloon tu dapat produk tu lepas tu pegi tempah kat mana-mana tiru sebiji macam produk tulen and sewenang-wenangnya jual produk tiruan tu. Eh faham ke tak. Macam berbelit pulak.

Ini contoh syampu and conditioner Loreal Professional Paris yang i baru beli. Memang mahal pada i sebab dia professional saloon - memang dia ikut step by step sebelum i betul-betul nak bayar. And then dia tak bagi i beli botol besar sebab dia kata i kena try dulu yang kecik tengok problem solved ke tak. Nanti dah habis guna datang balik dia akan cek semula before advice untuk continue beli botol besar.

Jadi, sebab tu lah hair treatment products yang saloon jual lebih mahal daripada harga di supermarket - professional gitu! Mahalnya bukan seringgit dua, tapi puluhan ringgit beza harganya. So, lain kali jangan tanya lagi kenapa syampu dll di saloon lebih mahal. Sebaliknya sebelum beli, manfaatkan sepenuhnya professionalisme mereka - tanya sebanyak mungkin, dapatkan nasihat betul-betul, make sure you all faham tentang produk tu - barulah rasa berbaloi bayar mahal-mahal.

My uncle ada saloon di Keramat. Sekarang dah jarang pergi sana - dah lama tak jumpa dia. Diorang ni yang professional akan ada event khusus bila sesuatu hair products nak dikeluarkan, event tu bukan takat kat sini je, kadang-kadang kena pergi Paris, Tokyo mana-mana lagi la. Event tu sponsored biasany contoh by Loreal. So only selected hair professional sahaja yang dapat pergi. Sebab tu saloon owned by diorang ni kadang caj untuk hair treatment/ hairdo ni mahal sikit berbanding saloon biasa.

Memanglah kadang setakat hair cut boleh dapat murah - kalau you all tak ada hair problem tak apa ataupun you all tak kisah dia potong macam manapun. Yang professional saloon pun kadang tak memuaskan hati juga service dia - ikut nasib kot time tu you all dapat student yang sedang practice.

Tapi i cakap in terms of nak buat treatment rambut - eh rambut kan mahkota wanita. Haruslah jaga elok-elok. Nak dapat yang elok, serahlah pada yang pakar.

Again, lepas ni for those yang ada hair problem pergi la seek advice daripada professional.

No comments:

Post a Comment