Bahan-bahannya - serai, bawang besar - hiris, bawang putih, cili padi, halia muda - hiris panjang, limau kasturi, daun limau purut - buang urat & hiris kasar, batang seleri, bawang putih jeruk (i ganti dengan jeruk buah campur - cermai, betik, jambu, sengkuang).
Bahan untuk sos - sos ikan (i ganti dengan sos bilis a.k.a budu), kicap cair, kicap manis, sos tiram. Kak Azie guna tepung jagung nak bagi likat tapi i tak bubuh sebab i tak suka likat tepung jagung. I prefer likat sos tiram je.
Letak semua sekali harung dalam loyang then kukus. Kerapu ni lembut. Kukus sekejap je dalam lima belas minit gitu dah masak. Nak prepare bahan yang lama nya.
Dah masak tu, hiaskan dengan daun sup, daun bawang dan cili. Ini kes malas nak salin dalam pinggan. Hidang terus dalam loyang ni. Nak kena beli pyrex yang boleh muat dalam steamer la lepas ni. Lagipun ni kes tak sabar nak makan. Sedap sangat. Ratah je pun sedap.
Cuma masa i masak ni, tukang beli ikan ni tak makan pun. Dia balik dah kenyang. Tak apa lah, ada lagi seekor Kerapu Bara tu, nanti buat lagi. Hidang ni kat Atok, licin.
No comments:
Post a Comment