Nuffnang

Tuesday 22 July 2014

Akhlak Terpuji Rasulullah

Salam all, I hope this entry finds you in good spirit and health. 

Sedikit perkongsian sempena Ramadan Kareem ini. Ni i dapat dari siaran kapsul Ramadan di ofis pagi ini. 
Last time i ada share juga mengenai kapsul spiritual Ramadan ni - tajuk sedekah. Rupa-rupanya ada kuiz. I jawab la, just copy and paste balik apa yang i dah note dalam entry tu. Tup-tup sebelah petang tu, dapat siaran emel yang kata i menang kuiz tu. Alhamdulillah, dapat hadiah CD zikir and manisan untuk berbuka.
Ok, today i nak share berkenaan personaliti unggul dan akhlak terpuji Rasulullah SAW yang sewajarnya kita contohi. No, bukan sebab nak masuk kuiz lagi ye. 

Baginda adalah sebaik-baik role model bagi umat hari ini. Kerana apa, kerana Michael H.Hart sendiri dalam bukunya bertajuk The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History telah meletakkan Prophet Muhammad pada ranking yang pertama dalam list tersebut. He asserted that our Prophet was supremely successful in both the religious and secular realms.

Tuan/ Puan, perhiasan yang terbaik ialah akhlak dan agama. Barangsiapa yang memiliki akhlak yang baik, hatinya akan senantiasa jernih, akan dicabut kedengkian daripada hatinya, serta memikat hati ramai. Akhlak yang baik merupakan kehormatan yang abadi dan juga sifat yang tinggi. 

Jadi, antara akhlak terbaik Rasulullah SAW yang boleh dicontohi ialah:
  • Memiliki tutur kata yang baik (Allahu... i rasa ni memang payah sangat nak buat, terutama dalam keadaan badan letih dan hati membengkak dirasuk syaitan-tapi kita harus belajar mengamalkan 'diam lebih baik dari berkata-kata' apabila berada dalam situasi ini)
  • Menjaga kebersihan badan (Rasulullah sentiasa bersiwak, basuh tangan sebelum dan selepas maka serta berkumur selepas makan - badan busuk, orang pun tak mahu dekat)
  • Menjaga kebersihan masjid (Tidak dinafikan pengguna masjid kadangkala mengamalkan sikap sambil lewa terutamanya di tempat berwuduk dan tandas. Masih banyak masjid-masjid kita yang kotor dan berbau busuk. I pernah nampak sesetengah masjid/ surau meletakkan pencuci muka di tempat berwuduk supaya mereka-mereka yang menggunakan telekung wakaf ni mencuci muka dengan bersih. Jadi tidak lah telekung wakaf tu bercapuk-capuk kesan make up. Ini pun nak kena sediakan ke? Kalau agak-agak muka kita penuh make up yang tebal seinci, bawak la pencuci muka sendiri, tak pun bawak telekung sendiri)
  • Kebersihan jalan (yakni memastikan tiada halangan di atas jalan yang boleh membahayakan orang lain)
  • Sederhana dalam hal makan dan minum 
  • Menyantap makanan dengan yang hadir (Rasulullah akan memandang sekeliling sebelum makan, dan mengira berapa ramai yang ada, seterusnya mebahagi-bahagikan makanan yang ada sama rata dengan yang hadir)
  • Sabar dalam menghadapi kesukaran dan kesusahan (maknanya tidak putus asa. I sendiri susah nak ikut akhlak ni. Asal rasa susah sikit, hati rasa cepat je nak naik darah. Ok, dah makin tua ni, kena lah makin cool and steady)
  • Kelakuan baik terhadap tetangga, hormati yang tua, perlakukan mereka dengan penuh kasih sayang (I rasa antara benda yang worth doing in my 30's ni ialah bergaul dengan orang-orang tua (over 60 years old) sebab orang tua ni banyak pengalaman dan mereka tak cakap besar)
Ok, itu sahaja mengenai akhlak. 

Cerita semalam, ada tukang masak tergunting jari sendiri. Kurang sabar, mengejar waktu berbuka, membasuh pun nak cepat.
Pedih nya lah bila terkena sabun. Tapi, I percaya wanita punya tolerance terhadap kesakitan lebih tinggi berbanding lelaki. No offence ok. Sebab tu, bila kita luka sana luka sini, kita masih gagah main buih, main sabun.Ni namanya sabar dalam kesusahan dan kesukaran :-)

Walau pun insiden ini membuatkan tukang masak sedikit kecewa (siap tidur awal sangat semalam-bangun pagi ini baru kelam kabut sudahkan melipat kain, membasuh baju, mengemas dapur, mengemas beg anak-anak and off to work), nasib baik ini tidak mengecewakan.
Ikan baung pemberian orang asli Rompin yang Tuan Syed bawak balik selamat kugulaikan. I buat masak lemak cili padi campur pucuk pegaga. Ok, tukang bawak balik ikan ni tak makan ikan darat, geli kot sebab tak ada sisik, kulit licin. Dia orang pulau, mana jumpa ikan darat. I memang dari kecik gila ikan darat. Orang kampung.
Pekasam daging goreng ronggeng. Tuan Syed bawak balik juga, ada orang bagi tiga peket. Semalam ada bubur lambuk, dapat hadiah dari kelab.
Konon nak makan dengan pekasam daging ni, tapi, baung masak lemak lagi seksi.

I tak masak banyak untuk berbuka. Tak sempat satu hal, tak ada yang nak habiskan satu hal. So, paling banyak pun tiga benda je. Tapi selalunya dua benda. Kata nak ikut akhlak Nabi, bersederhana dalam hal makan dan minum...harus lah begini, kan? Lagipun, tension bila tambah keje nak simpan lauk lebih dalam fridge. Simpan-simpan pun, bukan ada yang nak makan lauk-pauk left-over tu. So, baik la masak sikit-sikit je. Janji habis licin, boleh basuh pinggan.
 
Ni, belum pun pukul sepuluh, i dah berpeluh fikir nak masak apa berbuka nanti. Teringat-ingat binatang apa yang ada dalam freezer. Tengah recall apa tumbuhan yang ada. Fikir-fikir apa menu apa resipinya. Tengah fikir apa yang tiada, apa yang nak dibeli. Kemudian, fikir pulak laluan untuk balik nanti, nak singgah mana dulu. I tak suka impromptu, nanti jadi perjalanan balik jadi panjang dan lama. Perempuan kan tend to berfikir tiga empat benda dalam satu masa. Tak macam lelaki, kalau tengah fikir tentang C, dia dah tak ingat dah pasal A dan B.

Macam mana laaaa orang lelaki tak kata perempuan ni rumit? *sigh*

Monday 21 July 2014

Paper Crafting Idea

Happy Monday, peeps!

Today i just wanna share one activity i did together with the girls recently, in order to kill their free time. Actually, it was purposely to avoid them from doing unnecessary thing that could drive me crazy. Biasa la, diorang ni kalau being left unattended, boleh buat sejuta benda yang kadang-kadang boleh buat kita tiba-tiba jadi singa.

So, satu malam tu, our project was to create paper flowers with just a few simple folds and paste. All you need is colour papers, tissue, and glue. No scissors are needed, therefore it is a super safe activity for kids.
Two pieces of paper will produce a flower. Mula-mula lipat kertas macam kipas. Percayakan anak-anak anda untuk lipat ni. It is good to improve their motor skills.
Kemudian, lipat dua kipas tadi.
Lepas lipat, gamkan bahagian yang bercantum.

Lepas tu, baru cantumkan kedua-dua kipas tadi dengan gam.
Rupa bunga ni memang nampak tak perfect. Tambah lagi kalau anak-anak yang lipat. Tak apa, they will appreciate puji-pujian kita.
Kemudian, ramas tisu tadi. Kalau nak besar, letak dua tiga helai tisu.
Sapu gam di tengah-tengah tisu dan lekatkan di tengah-tengah bunga ni.
Dah siap! Sekejap je, tapi kalau budak-budak yang buat, berjam-jam nak siap. Last time i asked them to make a few. Bila dah siap, the girls requested to hang the paper flowers here. The mami complied.

Selamat mencuba!

Saturday 19 July 2014

Memilih Jantina Anak

Assalamualaikum wbt.

Apa yang bakal saya ceritakan di sini, bukanlah terlalu ilmiah, penuh fakta medikal dan saintifik, bukan juga petua atau mantera. Hanya sekadar perkongsian buat wanita-wanita hebat di luar sana yang terlalu kepingin mahukan sekian-sekian jantina anak.

Benar puan-puan sekalian, anak lelaki ataupun anak perempuan, semuanya anugerah Allah. Besar sangatkah kita berbanding kuasa Allah, untuk tentukan sama ada kita akan kandungkan anak lelaki, atau anak perempuan? Kita ini tiada kuasa apa-apa pun untuk melawan kehendak dan percaturan Allah Taala. Andai lelaki yang Allah takdirkan, lelaki lah anak yang kita akan kandungkan. Itu belum lagi dikira betapa kita tiada kuasa untuk tentukan anak itu lahir hidup atau lahir mati?

Berbalik kepada Qalam Allah:
Surah Ar-Ra'd: Ayat 11

Lihat di situ petikan "...Allah does not change the condition of a people until they change their own condition..."

Usaha . Doa . Tawakkal

Kita tidak ada kuasa, tapi kita diseru ayat ini untuk berikhtiar, iaitu berusaha untuk memperoleh apa yang kita kehendaki. Dalam berikhtiar dan berusaha bersungguh-sungguh, kita berdoa mohon Allah perkenankan kemahuan dan kehendak kita. Setelah berusaha dan berdoa, selebihnya kita harus menyerahkan segala usaha kita itu kepada Allah Taala. Kerana akhirnya, pemberi rezeki itu Maha Besar Allah. Dia lah jua menentukan apa yang lebih, apa yang kurang, apa yang ada, apa yang tiada, secukup-cukupnya untuk kita. 

Ok, once kita dah faham tuntutan untuk berusaha ni tadi, baru boleh berbalik kepada soal menentukan jantina anak. Again, ini kepada sesiapa yang 'mahu'. Mahu dalam erti kata, mungkin dah ada berderet anak lelaki, tiba-tiba terasa nak ada anak perempuan, seorang pun jadi lah. Kalau tiada anak perempuan, melihatkan orang lain punya ramai, hati rasa cemburu, mungkin. Ataupun, kalau ada anak perempuan, dia rasa dia akan lebih dekat dengan Allah. Jadi di sinilah perlunya usaha itu tadi.

Mula masuk bab pengalaman sendiri. Saya tidak meletakkan apa-apa harapan pada anak pertama. Baik lelaki atau perempuan, saya terima sahaja anugerah Allah. Anak sulung, mostly ramai yang tidak kisah. Tapi, saya pernah argue dengan Tuan Syed, dia lebih suka anak sulungnya anak perempuan, sebab lebih bertanggungjawab dalam menjaga adik-adik. Tapi, itu adalah 'suka', bukannya serius 'mahu'. 

Alhamdulillah kami dikurniakan seorang puteri. Shariffah Maryam Aidid nama diberi. Moga besarmu dapatlah kami orang tuamu ini menumpang syafaat, nak.
Si cantik yang sukakan kecantikan. Sinonim dengan naluri kaum hawa.

Anak kedua, lebih kepada rezeki yang tidak disangka-sangka. Walaupun hakikatnya saya pada mulanya penuh emosi waktu itu kerana it was an unexpected pregnancy, Alhamdulillah, saya dipelihara dan dipermudahkan Allah sepanjang mengandungkan dia. Waktu scan dan diberitahu seorang puteri, saya terdetik yang Allah nak bagi saya more girls to assist saya agaknya. Sebab saya agak lembap buat kerja rumah, dan over particular sampai drag masa yang sangat lama nak habiskan house chores!

Alhamdulillah, Shariffah Mardeyah Aidid, lahirnya dia sangat menyenangkan seisi keluarga. Sungguh cepat dirimu matang, nak.

Bila dah besar begini, mereka tampak seperti twin sisters.


Saya berehat agak lama selepas itu. Alhamdulillah, ada lah ruang untuk saya ubati hyperthyroid sebelum conceive semula. Selepas menjalani Radioactive Iodine di HKL, saya dinasihatkan untuk elakkan dari mengandung dalam tempoh enam bulan. Nanti saya akan buat entry khas tentang "Mengandung Selepas Dua Bulan Menjalani Radioactive Iodine".

Selepas saya berhenti consume Depo Provera, sejenis kaedah perancang keluarga berbentuk injection, saya berhasrat untuk mendapatkan anak lelaki. Tidak lah saya ceritakan kepada sesiapa termasuk Tuan Syed. Malu. Saya cuma bertanya kepada kawan baik, Aida, "Calendar apa yang kau guna untuk conceive Annur hari tu?" Anak sulung Aida ni lelaki dan dia memang plan nak girl pula untuk second baby. And Alhamdulillah dia dapat girl. So, she had recommended this ovulation calendar. Dan dia tak lupa untuk pesan, "Ni ikhtiar je, selebihnya tawakkal." 

Selepas Depo Provera saya expired, saya terus gunakan kalendar ni. Sangat mudah. Di situ kita boleh masukkan preference, nak boy or girl or kalau no preference pun tak apa. Once dah pilih sesuatu jantina tu, and the calendar akan bold kan tarikh-tarikh di mana chances of conceiving jantina tersebut are good. Maknanya, gunakan tarikh yang dah bold tu untuk ambil peluang mendapatkan anak mengikut jantina yang dikehendaki. Manakala tarikh-tarikh yang dia tak bold tapi considered as higher/ medium fertility, ambillah langkah berjaga-jaga sewajarnya. 

Sorry, malas nak print screen dan tempek di sini. Boleh klik link di atas dan cuba fahamkan.

Sebenarnya ia berbalik kepada subjek biology yang kita belajar masa sekolah dulu. Perkiraan cycle lebih mudah dimulakan pada hari pertama menstrual. Tak kisah lah dia angkat bendera merah lima hari ke, tujuh hari ke, sepuluh hari ke. First day menstrual tu, kita kirakan sebagai day-1. Untuk wanita yang menstrual cycle nya normal (which means hari pertama bleeding bulan ini dan hari pertama bleeding bulan berikutnya adalah dalam range 21 hari hingga 35 hari), pada hari kesebelas, day-11, adalah merupakan hari ovulasi bermula. Dan ini lah saat hari operasi usaha anda bermula. Maknanya ini waktu subur. Waktu subur bermula day-11 hingga day-16. Untuk conceive a girl, gunakan sebaik-baiknya day-11 hingga day-13 (extra precautions dalam waktu ini kalau nak a boy). Dan untuk conceive a boy, gunakan sebaik-baiknya day-14 hingga day-16 (extra precautions dalam waktu ini kalau nak a girl).

Ini lah yang dikatakan family planning. Pengertian perancangan keluarga bukanlah sempit dan terhad kepada contraception methods (to avoid poor gap) sahaja. Kita boleh rancang nak susun anak lelaki atau perempuan berselang seli atau satu line lelaki satu line perempuan. Ingat, rancang ni sebahagian daripada ikhtiar dan usaha sahaja ye. Selebihnya, doa dan tawakkal, serahkan urusan ini kepada Allahul Khaliq. Allah penentu sebaik-baik kejadian.

The first time saya rasa that i was expecting a boy, bila saya tidak mengalami morning sickness macam mana pengalaman sebelum-sebelum itu. Kemudian saya terbaca satu article. Katanya, bila mengandung, hormon estrogen kita akan meningkat. Dan bila kita expecting a girl, fetus tu juga ada hormon estrogen, yang mana ia meningkatkan lagi kandungan estrogen dalam badan ibu. Dan ini akan menyebabkan ibu mengalami morning sickness yang teruk. Jadi ini menguatkan lagi instinct saya yang saya sedang expecting a boy. Kemudian dalam antenatal check up dengan Dr. Khamsiah @Annur Bangi, she had told me the same thing memandangkan berat saya naik mendadak dek selera makan yang melampaui batasan (tak ada morning sickness, sangat senang hati). And, the conducted ultrasound test had confirmed he was a boy! Alhamdulillah, saya seronok bukan kepalang waktu dengar Dr.Kham kata "tu pistol dia". Syukur...

I asked Him to give me a boy, and He has granted my request. 












Syed Abdullah Aidid. Inilah antara ikhtiar kecil saya dan permintaan saya, hamba yang hina. Dan saya juga amat yakin, ada orang lain yang turut sama mendoakan permintaan saya ini dan doa mereka itu sebenarnya yang dimakbulkan Allah, bukan doa saya. Allahu Akbar.

Lalu nikmat Allah yang mana satukah hendak saya dustakan?  

Friday 18 July 2014

Faith - a passionate intuition

Salam Jumuah Barokah everybody!

Hari ini sempena hari Jumaat penghulu segala hari, saya rasa terpanggil nak kongsikan satu kisah yang diceritakan oleh seorang kenalan, Emma Hizan. Kisah terjadi dalam satu bengkel motivasi. Seorang penceramah/ moderator kursus telah mengadakan satu permainan kecil yang mana beliau telah meminta seorang peserta tampil ke depan untuk menulis sepuluh nama orang yang paling rapat dengan dirinya. Lelaki ini menulis sepuluh nama seperti diminta, ada nama orang tua, nama isteri, nama anak, adik beradik dan lain-lain lagi. 

Penceramah kemudian meminta lelaki itu memadam tiga nama yang ditulisnya tadi. Kemudian, lelaki itu diminta memadam dua lagi nama, dan tinggallah lima nama sahaja pada whiteboard tersebut. Penceramah meminta dia memadam dua lagi nama, dan tinggal hanya tiga nama, iaitu nama orang tua, nama isteri dan nama anaknya.

Tiba-tiba penceramah meminta dia memadam satu lagi nama. Lelaki itu dengan perlahan-lahannya memadamkan nama orang tuanya. Penceramah meminta dia memadamkan satu lagi nama. Lelaki itu terdiam seketika, sebelum dia memadamkan nama anaknya. Lalu mata lelaki itu mula lah berkaca.

Waktu itu, seisi dewan menjadi senyap. Penceramah seterusnya bertanya "Kenapa encik tak pilih orang tua? Bukan ke dia yang melahirkan encik dan membesarkan encik menjadi siapa diri encik sekarang ini?" Dia diam.

Penceramah bertanya lagi, "Kenapa juga encik tak pilih nama anak encik. Bukan ke dia adalah darah daging encik sendiri? Sedangkan isteri itu, encik boleh cari yang lain lagi?"

Lelaki itu menjawab, "Hukum alam, orang tua saya akan pergi dulu meninggalkan saya. Anak saya pula, nanti bila dah besar dan berumahtangga, juga akan meninggalkan saya. Jadi, yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah isteri saya. Orang tua dan anak, mereka itu bukan saya yang pilih, tapi Allah Taala yang anugerahkan mereka kepada saya. Sedangkan isteri saya, sayalah yang memilihnya sendiri, dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini." *insert cry here*

Ini bukan cerita tentang tanggunjawab atau amanah atau ketaatan atau ajal maut atau jodoh. Nanti ada pula yang counter "Mana boleh macam tu, anak harus mendahulukan ibunya sebelum isteri". Ada pulak yang akan kata "Ala..mana dia tau mak dia nak mati dulu. Ada je isteri mati dulu, ajal maut kan di tangan tuhan." 

Tapi again, read it clearly, ini cerita tentang "pilihan". Isteri, kita boleh pilih. Rasa tak sesuai, cerai dan pilih lagi yang lain, sampai la ke mati proses nya macam tu. Tapi seorang anak tidak memilih siapa yang akan jadi ibunya. Seorang ibu tak akan memilih siapa yang nak jadi anaknya. Kedua-duanya anugerah Allah, pinjaman dari Allah Taala. Betul, akhirnya, isteri juga adalah pinjaman dari Allah Taala, bukan hak kita pun. Tapi kita dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.

Apa yang saya cuba nak kaitkan adalah urusan pinjaman dari Allah SWT. Percaya lah, Allah akan ambil mereka yang kita sayang ini, pada bila-bila masa. Kita sangka kita akan balik bertemu anak-anak kita pada petang nanti, tapi wallahu'alam, Allah ada kuasa untuk jemput mereka dahulu sebelum kita jemput mereka pulang. Kita sangka kita akan balik berbuka puasa dengan orang tua kita di kampung hujung minggu ini, wallahu'alam, Allah panggil mereka balik terlebih dahulu. Hatta kita sangka kita sempat solat dan berdoa kepada Allah waktu Zohor yang tak beberapa minit sahaja lagi, namun siapa sangka Allah panggil kita menghadapNya terlebih dahulu sebelum kita sempat angkat takbir.

Nah, ini baru masuk bab ajal maut di tangan Allah. Tengah malam tadi kita dikejutkan dengan berita nahas yang menimpa MH17, sekaligus dugaan, air mata dan kesedihan seisi keluarga penumpang dan anak kapal tersebut. Saya tak pandai nak ulas tentang nahas tersebut, saya bukan pakar. Saya cuma percaya dan amat-amat yakin, ini saatnya bagi mereka, yang mana Allah ambil orang yang mereka sayang dan teramat sayang, setelah sekian lama Allah pinjamkan insan ini kepada mereka. Allah...ujian ini memang berat ke atas mereka.

Beratnya ujian kehilangan yang mereka rasa, hingga kita yang tak ada kena mengena pun boleh rasa sama kesedihan itu. Dan mula lah kita sendiri bayangkan diri kita pula dalam situasi mereka. Sampai terbayang-bayang orang tua, anak, suami, adik beradik, sampai basah-basah pipi, berair-air hidung, tersedu-sedu kita bayangkan kesedihan mereka. Sampai akhirnya, kita sendiri tak sanggup nak fikirkan saratnya perasaan tersebut. 

Tapi sayang-sayang sekalian, Allah sebut dalam surah Al-Baqarah (ayat:286):
Maksudnya "Allah does not impose upon any soul a duty but to the extent of its ability; for it is (the benefit of) what it has earned and upon it (the evil of) what it has wrought: Our Lord! do not punish us if we forget or make mistake; Our Lord! do not lay on us a burden as Thou didst lay on those before us, Our Lord, do not impose upon us that which we have not the strength to bear; and pardon us and grant us protection and have mercy on us, Thou art our patron, so help us against the unbelieving people"

Tafsiran Bahasa Malaysia pula berbunyi "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

Sejujurnya, saya belum pernah merasai 'kehilangan' sehebat itu. Setakat ini, cuma rasa terbelah jiwa dan tertusuk dada bila mendengar ujian kematian insan tersayang yang ditanggung oleh kaum keluarga dan sahabat handai. Ada kadang-kadang saya sendiri rasa macam tak boleh berdiri. Tapi saya lihat kebanyakan mereka, tidak lah meraung-raung, malah lebih kuat berbanding yang saya bayangkan dan fikirkan. Makcik saya misalnya, dia dan anak-anaknya diuji Allah apabila arwah suaminya terlibat dalam nahas helikopter Nuri milik TUDM dalam tahun 2007 yang lalu, namun dia sangat kuat terima qada' dan qadar Allah dan redhanya sangat tinggi. Anak-anaknya yang masih kecil juga begitu. Mereka tidak terbawa-bawa dengan emosi dan tidak tenggelam dalam kesedihan, tapi kami semua tahu mereka sangat sedih. Teramat sedih. 

Lalu, buat saya kembali percaya ayat 286 tadi. Allahu Akram...betapa manisnya dipilih Allah menerima ujian hebat. Dan, manusia yang hebat, ujiannya juga hebat.

Tapi, sampai sekarang, saya mungkin lebih boleh menerima kematian yang nampak depan mata (maknanya, tahu memang dah tiada) daripada hilang tapi tak pasti hidup ataupun mati. Macam tragedi MH370. 

PrayForMH370
PrayForMH17
PrayForOurBeloved

Thursday 17 July 2014

Moist Cake & Dry Cheeks

Haze is coming back, everyone! So, lets take a good care of ourselves. Usually, the airport tower can clearly be seen from this junction. But not this morning. Rasa suffocated kan?
It's hazy everywhere, hot and humid too. Menyiram pokok pagi-pagi pun peluh meleleh-leleh dari dahi jatuh ke pipi.
Pity him, my little cheeky boy is a bit cranky lately, may be it is due to his irritated skin. First time masa kena, we all thought it was ruam susu - oh i rasa guilty sangat, rasa macam tak pandai menyusu anak sendiri. Bila jumpa saudara-mara and orang-orang yang sangat caring, they all suruh lap dengan kain basah after nursing him, suruh letak air liur i, suruh sapu lipstick, suruh sapu kulit pisang, suruh sapu minyak kelapa dara. Thanks all, but it didn't work either.   
Before bawa jumpa paed, i asked my bff Siti Aisyah, sebab his son pun pernah kena macam ni. And Alhamdulillah, she was so generous to give this MooGoo skin balm for me to try. 
Cara guna, gently rub this MooGoo Irritable Skin Balm into the infected skin - i sapu pipi, perut, dada, belakang. MooGoo Skin Balm (called Eczema and Psoriasis Balm in Australia) is organic based. Maknanya, this non-chemical based ointment, andaikata baby termasuk ke mulut pun is not harmful. Tapi, knowing it is organic based, so, the healing process may take more time. Tak apa, sabar, pelan-pelan sembuh juga akhirnya. For more info on this product, click here.

Bila i took my boy to Annur, the paed agreed that this inflamed skin is from eczema. And he also recommended me to continue using that MooGoo balm. Lepas guna for about two three weeks macam tu, pipi dia licin balik. Tapi, seminggu ni dengan hot weather nya, makes his eczema worse. Tambahan, the nursery is not air-conditioned. Bila pick him petang-petang, lagi merah pipi dia, kesian... 

Ok, today i wanna share morning tazkirah, that i listened from our siaraya, regarding bersedekah.

Antara kebaikan di dunia ialah:

-Mensucikan harta dunia
-Menolak bala dan penyakit
-Menyenangkan hati orang miskin
-Melapangkan pintu rezeki

Manakala kebaikan di akhirat pula ialah:
-Sedekah menjadi naungan baginya
-Meringankan hisab amalan
-Memberatkan timbangan amalan baik
-Memudahkan meniti titian siratulmustaqim
-Menambahkan darjat baginya di syurga

Sayang-sayang sekalian, bersedekah itu tak semestinya dengan wang ringgit dan juga harta kekayaan. Malah, memberikan minuman kepada yang haus pun dikira bersedekah, menolong orang yang memerlukan pertolongan kudrat pun dikira bersedekah, tasbih dan istighfar ke atas seseorang pun dikira bersedekah. Senyum pun sedekah. Apa lagi dalih yang kita mahu bagi? Dan memberikan sesuatu yang kita sayang, tidak akan mengurangkan harta kita walau sedikitpun. I note di sini pun sebagai pesanan - firstly untuk diri sendiri, selebihnya untuk manfaat readers semua.

Oh ya, last night entah kenapa i had a craving for something sweet after berbuka. So, my penyakit baking addiction datang kembali, there was no denying it. The joy of baking is when you see the cake rise evenly and you smell its intoxicating scent.
Again, this time i used the silicone baking mould. Berkira-kira nak beli yang besar sikit lepas ni. Tips i get from @mamatiamia, silicone mould  gives the cake more brown effect and the cake masak sekata. So, after fifteen or twenty minutes lepas masuk oven - lepas dah nampak brown sikit, you should cover the top with towel or aluminium foil to prevent extra browning. 

Last week sangat disappointed, i baked strawberry butter cake and i burnt it! It was a slap in the face, rasa bodoh sangat sebab i over-preheated my Europa. Entah kenapa boleh lupa, siap boleh buat kerja lain before place the cake in. Jiwa tidak tenang ketika itu. Baking untuk mencari ketenangan kononnya, tapi banyak tuntutan house chores.

For me, cake is happiness - if you know the way of the cake, you know the way of happiness, if you have a cake in front of you, you should not look any further for joy.
My golden butter cake. Soft and moist.
 A piece of cake - i saw the world i had walked since my birth and i understood how fragile it was.
I mengaku, portion tu i makan sendiri. One piece was not enough la. Sebelum tidur pula tu. Penderaan jiwa sungguh kalau i nak kena tunggu sampai ke pagi baru ngap. 

Tuesday 15 July 2014

Mesmerizing

Good Morning, all. 

Pagi ini nak cerita sikit my latest visit to Xue Bang. I pergi last Sunday sebab nak beli a few packs of tanah campur, nak buat batas sikit di belakang dapur sebab my BIL bawak kan anak pokok pandan-yang ada di rumah dah mati, cabut dek Maryam, terus tak hidup-hidup.
This nursery is located at Sungai Pelek, Sepang, Selangor. Kalau you all dari Pekan Salak, sampai simpang empat Enstek (kiri ke Enstek, kanan ke F1 Circuit) you all terus je mavam nak menghala ke Bagan Lalang. Lepas jumpa Kuil Sepang (sebelah kiri), slow down because the mesmerizing Xue Bang is ahead! Xue Bang sebelah kiri. Nak senang, jalan masuknya ikut taman perumahan dalam 50 meter ke depan, lepas nampak signboard ni. 




Lalu je kat sini, hati mula lah menggedik-gedik. Di sini, tak banyak pokok bunga. Bonsai boleh tahan lah. kebanyakannya pokok-pokok besar, pokok-pokok lanskap. 


Tapi, macam yang i pernah bagitahu, Xue Bang ni ada various type of pasu bunga yang cantik-cantik. Nak cari yang ala-ala vintage pun banyak. Handmade pots pun banyak. Yang ni dikira exclusive la sikit. Sebab tu mahal berbanding yang biasa. Tapi, pada i harga dia sangat reasonable compared to kedai-kedai lain di sekitar Bangi, Nilai, Kajang, Serdang.

I selalu tour sampai ke belakang ni, area pasu-pasu yang cacat. Masa nak pilih pasu ni, belek-belek sikit. I belek sampai kadang-kadang cicak melompat-lompat keluar dari pasu tu. Kalau agak-agak nampak ada defect sikit tu, harga dia boleh negotiate. Akan jadi murah kaw-kaw. Kadang sampai half price je. I selalu beli macam tu, sebab crack di bibir pasu ni kadang tak nampak dah bila pokok dah merimbun, or kita letak sabut or tanaman tutup bumi merimbun di pangkal pokok.
Selalunya i letak pegaga di pangkal untuk tutup tanah tu.

Niat asal nak beli tanah campuran je, tapi, konon nak cuci mata, tercuci la dompet sekali. Terbeli mini fence, terbeli pasu, terbeli Philippine grass, terbeli sabut, terbeli concrete stand, terbeli pebble. Semua nya 'ter' 'ter'. I tak salah, put the blame on Xue Bang. 

Pebble ni satu pack RM15. Still ok harga dia, tapi kalau nak murah, beli yang timbang punya. Yang timbang kati ni, batu dia kadang ada crack sikit-sikit tapi still seketul-ketul, tidak la pecah hancur berderai. I tak kisah beli yang murah-murah, sebab nak susun kat corner ni je.
Sebelum
Selepas
Dan i nak top up sikit kat sudut ni. Jadi bila siram pokok, tanah yang terkeluar sikit-sikit dari bawah pasu tu tidak la bersepah-sepah sampai ke tengah lantai. Rumah i tak ada tanah, semua dah kena simen, agak leceh dan...tak natural di situ.
Malam-malam macam ni pun boleh duduk di luar belek pokok. Tenang je rasanya. Sebab tu la kena cepat-cepat beli garden bench. Boleh duduk-duduk minum milo panas sambil cicah biskut patsegi di sini. 
Rumah i banyak pokok hijau-hijau je, so yang ni menambahkan colour.
Same goes to this vinca rossy. Yang ni, ingat nanti dah merimbun sikit, i nak hang. Dulu ada mawar putih, kecil-kecil. Tapi sekarang tengah merajuk, taknak berbunga.