Nuffnang

Sunday, 22 June 2014

I Am My Own Confinement Lady

Hello office!
Tomorrow morning the mami is going to report duty at the new office. A lot of things yang nak kena bawa. Tadi dah load those stuff dalam kereta sebab tomorrow morning akan mula balik rutin biasa. Pagi beribut hantar the darlings and off to work. Tung tang tung tang petang pick them up. Sampai rumah magrib bersilat di dapur dan laundry. Nanti once dah get used dengan rutin ni, i will jot down here untuk ingatan the darlings.

Masuk ofis mesti ada yang tanya, amalan berpantang yang i ikut. Confinement 44 hari. Ramai di luar sana yang anggap confinement ini satu dugaan satu halangan satu cabaran satu paksaan. Tapi i lagi suka katakan yang confinement ini adalah satu pilihan. Pilihan untuk kita tentukan jasmani kita pada masa akan datang.


I pantang kali ini sendirian. Dibantu suami dan anak-anak. Jadi tiada orang lama yang nak memaksa i berbengkung dan bertungku. Jadi i ada pilihan sama ada nak buat semua itu atau tidak. Dan i pilih untuk buat mana yang i rasakan practical dan tidak memudaratkan.

I bertungku everyday without fail. At least sekali sehari tapi untuk tiga minggu pertama i did twice a day. I bakar batu atas dapur gas and balut sendiri guna daun pandan, sirih, kunyit, serai, lemuni, mengkudu. Rumah bau semerbak dengan aroma daun ni. Suka sangat! Sebab tu i tak tinggal amalan bertungku ni.

Bengkung bagus tapi i rasa tak praktikal untuk i. Berpantang sendiri, sedikit sebanyak perlu juga urus kain baju, mengemas mana yang patut, memasak. Jadi bengkung membuatkan pergerakan terbatas. So to elakkan perkara yang mudarat akibat tidak berbengkung, i guna high waist slimming panty. 


Selesa dan rasa macam pakai bengkung. Tapi dua minggu pertama tu i berbengkung juga sebab MIL ada membantu apa yang patut. 

Urut. Benda paling best dalam dunia berpantang ni. I berurut start hari ketiga keempat dan kelima. I repeat balik dua minggu lepas tu. Hari-hari i sapu minyak Herbanika Nona Roguy pada badan. I suka aroma dia. Semerbak satu rumah. Sapu pada kaki then sarung stoking. Berdenyut-denyut tapak kaki sebab rasa hangat. 

Stoking i tak miss. Memang i pakai sepanjang masa. I suka sebab kaki akan rasa moist dan lembut dek minyak. Bau pun wangi. 

Mandi lulur. I buat juga. Beli sahaja lulur di kedai jamu. Ada macam-macam jenis. I beli banyak sebab suka sapu banyak-banyak pada badan. Rasa lega sangat...tapi i tetap rindukan mandian air daun herba. Masa bersalin Maryam dan Mardeyah, tukang urut kampung prepare air mandian ni dalam periuk besar. Peluh lepas mandi tu pun jadi bau wangi! Tapi kali ni tak merasa sebab berpantang sendiri. I yang pilih untuk pantang sendiri.

Jamu dan supplement memang tak miss. I consumed Shaklee dan Nona Roguy. Badan kurang lesu. Air kosong memang kena minum banyak untuk tidak memudaratkan kidney.

Nak minum ais? To me, minum ais berpada-pada. I minum ais juga. Sikit. Coke pun rasa sikit. Curi-curi minum. Tapi kalau tengah makan jamu minum ais, tak ada sedap mana pun. Sebab jamu tu panas. Dan ais tu tajam rasanya. Tekak akan rasa bertambah sakit. Buat apa siksa badan? 

Menu pantang? Ada banyak pilihan. I pilih menu seimbang (konon). I tak ada la makan ikan bilis je hari-hari. I makan ikan. Ayam. Daging. Telur. Sayur. Buah. Menu sihat. I tak ada luka perineum yang perlu dijaga. Tapi picky la juga..tidak la bedal semua. Sayuran yang orang kata sejuk tu, i makan juga. Tapi sikit. Takut mudarat. Dah makan seorang, tak ada nya nak prepare dishes yang fancy-fancy sangat. Ingat rajin ke nak buat masak lemak? Goreng telur mata, tabur lada hitam, ulam pegaga dan kunyit muda, pun dah cukup! MIL selalu tanya i nak makan apa. I tak kisah. Tekak tong sampah. Apa sahaja i makan. Tapi mana yang agak-agak mudarat tu, i tak makan langsung ataupun rasa sikit. Ikut badan masing-masing.

House chores? I buat juga yang ringan-ringan. Ini ikut tahap kekuatan muscle masing-masing. I angkat juga bakul kain, lesung batu, batu tungku. Tapi once perut rasa sakit, belakang sakit, sila faham signal badan masing-masing. Get enough rest. I experienced after pain yang teruk. Cramp kiri kanan perut. So masa bertungku tu, letak lama sikit pada tempat yang sakit. Habis-habis, pain killer kan ada.

44 hari tak boleh keluar rumah? I can not imagine macam mana perempuan boleh stay dalam rumah tak keluar langsung for 44 days. Tapi again, ikut badan. Fahami signal dari badan kita. I keluar juga, pegi kedai, pegi sekolah darlings, pegi KLCC, pergi Giant.

No aircond? I tidur dalam aircond but after two weeks la. Before that tidur berpeluh-peluh. Guna fan. Lagi tak bagus sebab fan bawak habuk and direct blow sebenarnya tak bagus untuk orang berpantang. After all, angin kan benda yang kita nak elak? So, tidur la dalam aircond yang sedang-sedang je. Jangan sejuk sangat. 

Ikat rambut tinggi-tinggi? I suka sebab bila tarik rambut tu ketat-ketat, kulit kepala rasa cekang. Rasa relief sangat. Buang angin, kata orang tua. 

Param and pilis. I tak pakai. Tak suka..

Ada amalan yang i ikut betul-betul sebab i rasa ia praktikal, baik untuk i dan i suka the good thing it brings. Ada amalan yang i tak buat sebab i rasa susah nak ikut dan tidak practical dengan keadaan i. So, baik buruk kesannya nanti, badan i sendiri yang tanggung. Sebab itulah cara yang i pilih. 

Sekurang-kurangnya i have tried my very best to be rational dengan sesuatu amalan berpantang ni. I tak ikut amalan berpantang secara memvavi buta tanpa tahu hujung pangkal sesuatu perkara itu. I ni kelahiran Gen-Y, tak cukup sekadar nak dimomok dengan "jangan" dan "tak boleh".




Friday, 20 June 2014

Di Sini Kasihku Tertumpah


I was sitting here, by the lake while updating this entry. Nice view nice weather. Windy and all alone.



This morning i woke up dengan jiwa yang agak kacau. Allah, hantarkan bantuanMu.

Oma and Atuk were here, to fetch my Tokki yang discharged from IJN. From now on  bangun pagi i will not have much time to malas-malas under the blanket. Woke up early tapi tadi tak sempat nak prepare proper breakfast for everybody. And the girls agak cranky this morning but managed to leave the house five minutes earlier. They were sleeping all the way to school. And sepanjang jalan i was thinking of their education. Being a kiasu mom is not easy. Maryam is going to be seven in two  years time. Masih belum decide nak hantar sekolah mana nanti. Primary school in Putrajaya banyak tapi having been in MOE for three years and kadang was terlibat in Edu System thingy, rasa macam our edu system mempermainkan dan mempertaruhkan masa depan anak bangsa. And that membuatkan i keep thinking of hantar them to private school. Duit? Ke mana lah lagi untuk belanja kalau bukan untuk anak-anak. Sekarang ni pun dah begitu resamnya.

And after hantar the three to kindy and daycare, i drove to Ayah Nyah's house to meet everybody there. Nak babai my tokki yang dah nak balik.



Dah tua sangat my opah. Kenangan i dengan opah paling banyak tentang kopi. Sepanjang i membesar, opah to me sangat sinonim dengan rutin bagi makan lembu kemudian kutip biji kopi, jemur kopi, goreng biji kopi, tumbuk guna lesung kaki, tanak gula and masak kopi, blend sampai jadi halus. Sekarang dia dah uzur. Jalan pun kadang meniti. Mata dah tak berapa nampak.



And this morning had a very heavy breakfast. Rumah Ayah Nyah ni menyimpan banyak kenangan i zaman anak dara. Zaman bawa kain baju untuk basuh di sini. And makanan di rumah ini tak pernah sekali tak sedap. Walaupun biskut kering cicah teh o. Sebab itu kenangan i di sini. And i have Mak Nyah yang banyak cerita zaman anak daranya yang sangat kelakau. Tadi pun tak kering gusi i dengar cerita dia. Mendengar seolah-olah i balik ke sepuluh tahun yang lalu.

I wish this maternity leave will never end. My ninety days leave is about to end soon. How time flies! Nothing much i did. Bercuti keliling rumah je. Tak banyak accomplishments sepanjang bercuti. Tak ada pun vacation ke mana-mana. Masa hanya dihabiskan bersama the darlings, you know growing kids punya perangai kan? Ada je nak buat benda-benda weird yang minta our attention. Selebihnya doing housechores yang to me memang tak akan habis. Kerja-kerja mencuci yang tak pernah lah habis. Im going to miss my petite garden (garden ke? Tak..bukan garden).



Entah bila lagi dapat duduk berkebun dari pagi sampai matahari tinggi. Im going to miss masa duduk atas swing sambil perhati this green scenary. Miss having tea kat luar ni petang-petang sambil the girls main.




Banyak benda yang i akan rindu. Walau i tetap duduk di rumah yang sama, tapi masa itu bukan lagi teman.

Semalam i really had a good reason to be tired. I baked three dishes in a row. Lepas tu grilled ayam dara and masak ikan pekasam ala sambal ronggeng. Tapi Atuk and Oma dah kenyang and i felt so sedih bila Atuk pulak yang beria-ia appologized for not makan the nasi.

Butter cookies untuk the girls and the mommy cicah dengan susu.


Also coffee butter cake.


Cake dah macam-macam rupa orang decorate. Tapi i sangat suka cake yang plain macam ni. Kalau the cake itself dah cukul sedap, tak perlu topping apa-apa lagi dah pon dah ok.

I baked crust pizza.


Uli doh sendiri. Tapi sayang, the girls tak makan beria sangat sebab it was crust pizza bukan pan pizza. Tak apa la. Nanti mami belajar buat pan pizza pulak.

Wall deco project tak sempat siap sepenuhnya. Cuma dapat gantung these kufi calligraphy. I like kufi khat.


Yang ini kufi muraba'. Bentuknya empat segi macam geometri. It looks modern tapi sebenarnya khat ini antara yang khat kuno, asalnya dari Kuffah.


This one is diwani calligraphy. Khat ini cursive. Lagi sikit tulisannya lagi seni ia. Yang ni belum siap sepenuhnya. I cadang nak letak wallpaper corak damask di kiri kanan and letak frame keliling. Like this.


I am very particular when it comes to wall deco. I spend a lot of time buat search pasal wall deco, dos and don'ts, this and that. Wall deco item ni banyak dijual. Bawa duit pergi je terus ke Ikea or SSF or Nilai3. Macam-macam ada. Macam-macam gambar, macam-macam jeniS frame ada. Tapi i lagi suka wall deco yang exclusive, it doesnt have to be mahal. Not just something you get from the mall. Yes, dah masuk three series ni i lagi suka tempah sendiri, pilih sendiri the material, tukar idea dengan tokey kedai the artsy in it. Ada exclusivity di situ, walaupun harganya tak mahal. At least, tidaklah deco rumah Cik Esah and rumah Cik Piah sama dengan kita sebab tiga-tiga beli di Ikea!

I got a tanduk rusa from kampung. Atuk bagi hadiah. Belum sempat gantung lagi. Tanduk rusa ni susah nak dapat kat nursery yang biasa-biasa sekitar Kajang Nilai Bangi. Ada pun, harganya cecah RM300! Tadi at Floria Putrajaya Bazaar i found tanduk kijang. Kecil begini pun priced RM350. Telan air liur.


Atuk ambil tanduk rusa tu kat kebun getah katanya. Atuk pesan, tanduk rusa ni makan pisang emas! I was like..what?!? Sebab pisang emas akan mengundang bari-bari, and these tiny creatures akan bring the food the pokok needs. Thank you atuk. Exotic sangat tanduk rusa ni.

Jalan cuci mata di bazaar tadi, i found beberapa exotic plant. Tak banyak. Tapi semua mahal-mahal. Anak pokok orkid hutan pun dalam RM150.

And ada banyak decoration yang guna tunggul kayu like this.


I masih ingat how Oma gigih angkut this kind of tunggul dari dalam sungai belakang rumah my nenek and pacakkan di tengah laman rumah kami. Lepas tu she tanam pokok kerang and rose jepun di keliling tunggul and ikat orkid hutan pada tunggul tu. Sangat cantik. Tapi rumah tu kami tak duduk dah. And the tunggul tinggal tunggul.

Tadi as i was missing my zaman kanak-kanak, i texted everybody dalam our whatsapp group.


Oma replied kata boleh cari tunggul ni kat our kampung. Uwaaa! Rasa nak menangis sebab my cuti is going to end soon!

Then i went to Serdang to repair my court shoes.


Hello office! Uwaaa, rasa nak nangis lagi. Entah kenapa mood swing pulak hari ni.

Tak apa...nah ini! Hadiah untuk jiwa yang kacau...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ni la bahayanya kalau mood swing. Syooooooooh kau syaiton!





Thursday, 19 June 2014

Inner Kurung

After visiting my tokki at IJN last week,  we went to Semua House. I was looking for songkok for the walid as he has to attend majlis bacaan yassin. And guess what,  i sempat grabbed a baju kurung. Total damage was only fifty bucks. Quite cheap la kan for a vietnam cotton kurung like this.

I love the colour and its corak. But knowing viet cotton ni very thin, memang kena pakai inner. Tapi this one rupanya super duper thin. Ahha! See through, i tell you!


At first, was thinking to wear cotton inner like this. I do prefer cotton inner compared to lycra sebab ia lebih selesa tambah waktu berpeluh.



Tapi sebab ia super duper jarang, still the lekuk-lekuk badan can be seen. Cannot...
So i tried inner for jubah. The material is lycra. 


Lycra is good to be under cotton sebab lycra licin, tak melekap pada cotton. But i tak boleh juga dengan lycra inner ni because i nak breastfeed the lil' tot nanti susah. 

And...taraaa!! I found my old kurung yang dah pencen ni. White plain kurung, baju dan kain. Masih muat.


Tapi dah berbulu, dah koyak. Sebab tu ia dibersarakan awal.


Masih simpan baju buruk, apa punya perangai. Kalau orang lain punya i dah buang lama dah. Ada hikmahnya. Look, now i can reuse this old kurung as an inner. Save budget.. and yet, i rasa sangat selesa to wear this under cotton kurung compared to the cotton inner. Cotton kurung nampak kemas sebab inner nya licin. Ala-ala lining tu lah. Kalau guna cotton inner mesti dah lama bergumpal-gumpal bawah cotton kurung. Tentu serabut hati si pemakai.

Okay, selesai satu bab. Pesanan tuan tanah: Reduce (expenses), Reuse and Recycle

Night night!



Wednesday, 18 June 2014

Express Hijab Tutorial

Wahhh! Tajuk mesti kasi gempak! Padahal bukan ada apa sangat pun. Entry kali ni i nak share my latest hijab style. Poyo sangat bunyi dia.

I tak reti nak berbahasa hijab-hijab ni. Dengan hijabista la, hijabers la, hijabstyle la..zaman i tak sebut perkataan hijab ni. I lebih selesa sebut 'tudung'. Tudung tu sejenis hijab. Hijab is a veil that covers head and chest, particularly worn by muslim women. Apa-apa je la.

Dulu masa kecik i pakai tudung empat segi ikat kat belakang. Pergi mengaji, pergi tuisyen, pergi ko-ko. Sekolah rendah, tudung tiga segi yang ada dua lapis tu. Sekolah menengah, tudung tiga segi tp tak hanging sangat dan tak la labuh sangat. Ustajah sedang-sedang.

Kat Asasi UM, i pakai tudung cotton plain yang hujung dia ada tassle tu. Kadang tudung turki. Masuk first year kat UM, i selesa guna bawal yang sulam kat tepi. Pin satu under my chin and selempang ke belakang.

Shawl. I bought my first shawl when i was 18. At that time, shawl glamour sebab Wardina and Wahidah Wassini. Tapi i jarang pakai sebab leceh. Nak kena guna banyak brooch, pin, and kena lilit sampai rasa tercekik. Kepala keras tak boleh pusing kanan pusing kiri. Rimas.So i tak pakai shawl lagi hingga my second year.

Again i bought a few shawls yang lebih kecil dan pendek, dari material chiffon and satin. This time tak ada lagi lilit sampai tercekik. I used only one brooch, pinned under my chin and selempang ke belakang. I ni on the move, nak berlari-lari ke kelas, ke lab, tak boleh nak guna sepuluh brooch, 28 pin dan lilit tudung setengah jam. Cannot. Mati tercekik i depan cermin nanti. Lepas tu kalau pakai banyak brooch, nanti nak solat leceh nak buka and kira balik brooch tu. Kot terkurang la satu, kan terbang tudung tu nanti.

Shawl gaya malas ni i pakai sampai masuk final year. Waktu tu di Science Faculty i seorang je pakai shawl yang macam tu sampai orang dah kenal i as budak Sc pakai selendang. Pergi Mid Valley siap ada orang nak tumpang taxi yang i tahan and cakap "akak nak balik UM kan? Kitorang nak naik sekali boleh? Kitorang tau akak Sc Fac kan?" Boleh macam tu. Lepas tu ada pulak "ada orang nak fon number kau, dia kata nak kenal dengan budak Sc Fac yang pakai selendang". Lepas tu i noticed tiga empat orang pakai selendang gaya malas macam i pakai tu. Gillos!

Habis zaman study, i selesa guna bawal yang ada batu di keliling tu. Time tu harga RM50 sehelai. Mahal. So i beli beberapa je, selebihnya i pinjam my mom's (tapi tak pulang balik). Time ni pakai bawal guna tiga brooch, one under my chin and dua lagi on the shoulder. Alaa..butterfly style tu. Sampai i masuk kerja i pakai macam tu.

Bila tudung awning ni famous, i beli dengan banyaknya. Senang. Express. Sarung je. Tapi quite leceh because tudung awning ni tak lasak. To me kalau tudung tu kena handwash, tambah tak boleh sembarangan lipat and iron, ia tak lasak. Dan..untuk yang malas macam i, memang cannot. Sekarang tinggal dua helai je yang elok awningnya. Lain semua patah.

I bought a few Syria Hijab. Senang and super tahan lasak. Tapi kalau inner tak sesuai, i rasa tak selesa. I have a round face. So i need inner yang agak panjang di tepi.

2012 i beli beberapa shawl lagi after watching tutorial by Amenakin from Pearl Daisy. I selalu pakai style assymetrical tu sebab it will elongate my round face. Tapi it quite susah sebab guna banyak pin and brooch. Yang i suka Amenakin punya tutorial ni sebab shawl yang kita pakai akan nampak kemas dan tak ada pun rasa nak tercabut.

Tips yang i dapat dari Amenakin, those yang ada round face tak boleh wear hijab yang wrap the kepala ketat-ketat. Tak boleh wrap pipi ketat-ketat. Semua tu akan buat muka nampak lagi bulat. Hijab style yang sesuai untuk round face is something yang drapey, yang loose kat tepi pipi dan drape tu kasi panjang di bawah dagu sebab akan bagi ilusi muka lebih panjang. Kalau pakai inner, kena pakai betul-betul kat atas anak rambut supaya dahi nampak luas.

Recently i tergoda dengan Sugarscarf punya express shawl and i bought one. Belum berkesempatan nak pakai sebab tak se-express yang i expect. Still, kena ada brooch and pins and the material tu pulak chiffon and satin. Ringan dan licin dan sangat kena berhati-hati takut tertanggal. Cannot..lagi.

Try punya try, i terfikir satu hoodie style yang sangat simple. Entah tak ingat i tonton di mana, tapi baru-baru ni i selongkar shawl lama, cuba-cuba pusing, and tarraa!

Jadilah satu hoodie style yang sangat express, sangat drapey, loose aje dan penting sekali boleh pakai tanpa brooch langsung! Tapi kalau nak secure, just pakai dua pin sahaja. Dan nak kemas lagi, boleh tambah dua brooch atas bahu kiri kanan.

Firstly, pakai inner then pegang hujung shawl (sebelah luar menghadap depan, sebelah dalam menghadap kita)

Lepas tu, ikat dua hujung ni ke belakang tengkuk. Ikat dua kali nak secure.

Next, twist kan shawl and masukkan lubang tu ke kepala.



Then kemaskan bahagian atas bahu and drape depan dada.




Boleh secure dengan brooch atas bahu and pin tepi kepala so that hoodie tu melayang-layang macam mana pun, tak terlucut.




There! Dah siap! Style ni boleh cover the chest. Trust me, pakai ni sangat selesa, tak panas, tak rasa rimas, leher rasa free, angin boleh kena leher, anak tarik-tarik pun boleh betulkan balik dengan senang, nak menyusu anak senang, ada extra coverage, nak singgah solat mana-mana pun senang. Ambil wuduk pun senang, tak payah bukak semua, cuma tolak hoodie ke belakang and tarik inner ke depan, lepas tu sarung je balik.

Sesuai untuk orang yang malas nak jaga awning, malas nak brooch dan pin sana sini, malas nak melilit bagai tapi mahukan style yang express dan tahan lasak!

Anak dah tiga...kena express serba serbi.

Satu lagi selfie dari tuan tanah. Jap.



Monday, 16 June 2014

Rotan

Pada usia 22 tahun, saya masih bujang, masih menuntut, masih main-main, masih berkhayal. Tapi pada usia itu, ayah saya telah menjadi seorang bapa. Seingat saya, memori zaman kanak-kanak saya yang melekat dalam ingatan bermula sekitar usia saya tiga tahun.

Ayah suka motorsport. Usia saya tiga, ayah telah bawa saya ke motorshow, ke circuit. Saya anak seorang. Sentiasa berdukung lagi di usia empat. Walau saya manja lama dengan ayah, tapi...ayah garang.

Saya ni diluruskan ayah dengan rotan. Kalau nakal, saya terkencing-kencing dirotan ayah. Tapi ayah garang dengan saya, dengan sepupu-sepupu saya, ayah bagaikan ayah mereka. Ayah Chik, panggil mereka. Ayah Chik ni la yang suka dan selalu melayan anak-anak buah. Sepupu saya tidak takutkan ayah saya.

Bila besar remaja, ayah lepaskan saya ke dunia luar. Saya terpalit perangai lelaki. Jatuh tak kenal sakit. Saya disuruh keluar mengenal erti survival. Kerana padanya, jika dia pergi dulu, emak saya akan ada saya yang boleh menjaganya. Bermula itu, kaki saya melangkah jauh makin jauh meninggalkan rumah.

Lagi jauh saya pergi, lagi dekat jiwa ayah datang kepada saya. Saya tahu saya selamat ialah bila ayah menyebut "ni anak ayah ni". Iya, garang-garang ayah saya, bila saya sakit, ayah sebut macam tu, terus rasa sihat rasa kuat. Sampai sekarang, bila time sakit nak bersalin, ayah masih sebut macam tu pada saya.

My darlings, satu hari nanti kalian akan faham. Bapa kalian hanya buat yang terbaik sahaja untuk kalian. Garang dan lembut bapa kalian adalah untuk memanusiakan kalian. Dirotannya bukan untuk menyakitkan tapi untuk menyedarkan. Dan kalian akan faham, rasa sakit dirotan itu adalah besar erti kasih sayangnya. 

Kerana your mami juga pernah dibesarkan dengan rotan, dengan tali pinggang dan juga hanger. Tanpa itu semua, i might not be the person i am today.

Sunday, 15 June 2014

Fathers' Day

The reason why i love my ayah most is, because he knows that there is at least one man out there who will never hurt me.

Selamat hari bapa buat ayahanda Roslan Khairi bin Abd Rasad.

Kasih ayah sampai ke syurga.

There, ayah saya! Makin berusia makin cool and steady

My first cake baked in 2014, selamat masuk perut ayah




Thursday, 5 June 2014

Masuk Jawi

Semenjak deliver 25 Mac tu, tak pernah lagi tempek  pasal baby. Ok la... mempersembahkan...Syed Abdullah Aidid


My only son (setakat ni). Masa ngandung lagi i dah plan nak khatankan dia time baby. So, i buat search pasal circum baby ni awal-awal. Siap tanya friends yang pernah khatankan baby diorang. Kiasu mom kan?


Dalam my family belum ada yang khatankan baby. My cousins pun tak khatankan anak diorang masa baby. Even dalam family the walid pun tak ada. My nephews semua belum sunat lagi. Rasanya still taboo kot dalam masyarakat kita ni sunatkan baby.

tapi i pegang itu adalah sunnah, Rasulullah sendiri pun sunatkan cucu baginda masa usia tujuh hari. Bila i tanya my parents, they were happy to hear yang Abdullah nak sunat awal.

Tapi Tuan Syed tak berapa nak agree dengan my idea. Dia cakap tunggu besar sikit, bagi dia rasa ada pengalaman. Even my cousins pon ranai yang fikir nak tunggu besar. Sebab dulu my cousins time nak sunat kami buat kenduri besar-besaran macam kenduri kawin tu.

pagi ada khatam quran. Yang lelaki akan pakai tengkolok serba lengkap. Yang perempaun kami akan pakai songket macam pengantin. Lepas khatam quran, yang nak sunat akan diarak macam pengantin ke parit untuk berendam. Yang laki lain sama terjun ke parit. Kami girls dok umah je. Lepas tu tok mudim datang, yang nak sunat akan masuk balik tirai untuk saat penderaan. Tau-tau je dengar depa nangis. Pastu keluar pegang kain pelikat jalan kengkang.

Lepas tu yang girls akan jaga depa, suapkan depa makan nasik ikan bilis. Tolong ambik air, tolong ambik mainan, tolong pimpin ke bilik air. Seminggu kami berkampung keliling sepupu laki yang sunat. Itulah pengalaman kami. Meriah sangat. Tambah kami ni rapat.

And my cousins still berpegang kepada pengalaman macam tu, nak their sons pulak rasa yang sama. Tapi, to me, sekarang ni mana ada tok mudim nak datang rumah dah. Semua pegi klinik. Balik rumah tidur. Pun tak ada nak kenduri bagai. So, baik la i sunatkan masa baby. Lagi senang nak jaga.

Baby ni minum susu je, tak ada nak pantang makan. Lepas tu pulak baby belum lasak belum meniarap. Senang nak jaga. lagipun kan tengah cuti lagi ni. Plan asal nak sunat masa umur sebulan. Tapi bila the walid buat senyap je..i anggap la tak jadi. Tup-tup dah dekat nak masuk dua bulan, dia tanya bila nak sunatkan baby. Lerrr..

Cepat-cepat i set appoinment dengan Az-Zahrah Bangi. Mula dapat date 2 Jun tapi last minute diorang postpone ke 4 Jun.

Sekejap je prosedur dia. Mula-mula surgeon cucuk bius dulu. Abdullah nangis tapi lepas hug dia, dia ok. After 2 minutes baru dia potong guna laser. Lepas tu guna plastibel, macam ring and dia ikat keliling kulit hujung tu. There! Dah siap!
Ada la darah sikit-sikit. Tak ada ubat sapu apa. Cuma dapat paracetamol sebagai pain killer kalau dia cranky. Setakat ni Abdullah cranky pun, managable la. Tidur malam pun dia tak ganggu. Tapi kena kerap salinkan diapers.

Penting, before circum make sure baby bersih, kalau poopoo sila cuci dulu. Takkan nak handover anak yang kotor kat surgeon tu. Lepas circum, pakaikan diapers longgar-longgar je. I pakaikan dia diapers saiz XL. Kalau dia poopoo boleh basuh dengan air macam biasa. Mandi pun macam biasa. Jaga macam kita jaga pusat yang belum jatuh tu.

Surgeon bagitau, nanti ikatan tu akan jatuh sendiri. Dia akan kering antara tujuh ke sepuluh hari.

So, inilah wajah anak bujang mami selepas khatan.


Ada yang cakap, budak yang khatan awal ni, cepat matang, wallahu'alam. Akhirnha, Abdullah dikhatankan juga pada usia dua bulan sepuluh hari. Impian mami untuk khatankan anak lelaki seawal yang boleh termakbul juga.




Alhamdulillah 'ala kulli hal...