Nuffnang

Monday 29 February 2016

Jangkitan Impetigo

Assalam. Dah lama tak bersiaran. Dua minggu yang sangat penuh dan sesak. Ini semua penangan tidur di petang hari tadi. Sekarang dah tengah malam mata terkebil kebil tak dapat nak lelap.

Bila dibelek blog, baru sedar ada dua tiga entry yang masih dalam draft. Jadi mari kita sambung.

Wednesday 17.02.2016. Tengah malam. Lampu semua tutup. Sambil menyusukan Abdullah, tangan mami usap kepala dia. Macam biasa, budak kuat berpeluh ni rambut dia busuk sikit. Tapi kali ni busuk tu lain macam. Bau hanyir. Masa usap kepala dia tu mami perasan ada tiga empat spot yang berkerak kerak. Macam kudis. Dan ada spot yang lembap macam luka. Tapi sebab mengantuk, tak ada la rajin mami nak bangun bukak lampu dan cek.

Friday 19.02.2016. The walid balik dari airport sebab jemput Khalati (Aunty dalam bahasa arab- referred to my SIL, kakak the walid). Khalati ni is a doctor by profession - anaesth di Sarawak, balik sini sebab bercuti hujung minggu. Masa tengah  duduk berborak tu the walid belek kepala Abdullah yang berpeluh tu dan noticed ada luka luka dan kudis yang banyak atas kulit kepala dia. Terus belek lagi satu badan dia. Ada luka di lengan, di telinga, sikit di kaki.

Since kita ada doctor in the house, dia pun tolong examine Abdullah. Before that dah cakap to the walid yang we need to botakkan kepala Abdullah for treatment purpose. Alaaa sayangnya rambut dia sebab rambut dia jenis halus dan lembut. Asalnya niat mami nak simpan rambut dia panjang macam anak mat saleh (konon). Tapi tak sedar diri yang kita ni duduk kat Malaysia je, panas terik kepala ketiak leher semuanya berpeluh hari hari. So mari lupakan angan-angan tu.

Saturday 20.02.2016. Shaver dah fully charged. Maka bermulalah episod tahallul kepala Abdullah. Pakai electric shaver ni senang je. Sekejap sangat. Dalam lima minit je dah clear kepala dia. Bila dah botak,tu ddia! Baru nampak punya lah banyak kudis kudis atas kulit kepala dia. Memula ingat kudis biasa sebab Abdullah pun memang ada eczema since dia lahir. Kot la dia tak tahan peluh.



Khalati ambik gambar kudis kat kepala tu send kat kawan dia - rasanya kawan dia tu paed la kot. I thought khalati tau jugak kudis tu infection ke apa cuma as a professional ni they all akan refer kepada yang betul betul pakar bidang tu untuk confirm kan. Or paling tidak, dia nak dapatkan second opinion la kot.

Then dia bagitau kawan dia cakap Abdullah tu kena Impetigo - orang Melayu panggil kudis buta and ada orang panggil ni kudis api. Impetigo ni sejenis penyakit kulit yang senang sangat berjangkit melalui sentuhan dan memang selalu menjangkiti budak budak especially yang duduk sekali kat taska kat sekolah. Kebetulan Abdullah tengah ada luka sikit kat lengan dan kadang kadang ada luka kat kepala. So kuman tu senang nak merebak bila budak ada open sore. Tambah dia pulak ada eczema dan kerap gatal dan menggaru so lagi lah senang bakteria tu merebak ke tempat tempat lain.

Khalati ajak the walid ke farmasi untuk beli ubat. Impetigo ni dirawat dengan antibiotik. Kawan dia suggest supaya Abdullah ni consume oral antibiotic Cloxacillin for one week. Tapi ubat ni pahitnya tu ya ampuuuuunn. Tak sedap langsung! Antibiotic ni bertujuan supaya bakteria tu tak merebak kat orang lain pula.

Settle part antibiotic. Untuk cure luka dan kudis pula, khalatin suruh guna creme fucidic acid. Abdulah pakai brand Fucidin.

Sehari lepas guna tu kudis yang dah kering tu berkeruping mula tanggal dan jatuh sekeping sekeping. Luka pulak dah mula nampak kering. Dengan takde rambut tu lagi cepat luka dia kering.

Tanya jugak kat khalati, perlu ke i keep him away from daycare? Kot kot la pergi taska nanti berjangkit pula kat budak budak lain. Dia kata at least antibiotic tu dah mula for 24 to 48 hours, bacteria tu dah not conjugate, dah tak merebak. Means, dia dah boleh pergi taska dah on Monday tu.

Monday 22.02 2016. Abdullah ke taska macam biasa. I let the babysitter know firstly how to handle Abdullah- ubat, dressing, clothing,towel etc. And secondly i think they must know yang kudis tu dah tak bahaya dah tak merebak sebab Abdullah dah on antibiotics for more than 48hours supaya mereka dan other parents tak risau. Iye laa..bila tengok anak kita ni berkudis mesti ada parents yang terfikir 'anak kau berkudis kenapa hantar ke taska nanti kang jangkit pulak kat anak aku ni'. Anak saya ponnnn jangkit dari anak orang lain. At least anak saya dah makan ubat, means kalau anak puan infected tu most probably dari budak lain (mungkin parents budak tu tak rawat anak dia or maybe jugak dia langsung tak sedar pon yang anak dia ada kudis buta).

Hari Selasa tu cloxacillin dah nak habis. Dua farmasi mami pergi, diorang kata tak ada jual cloxacillin. Walid pergi semula ke farmasi yang dia beli mula mula tu. Tapi pharmacist yang on duty kata dia tak boleh jual cloxacillin kalau tak ada prescription doctor. Hari tu masa beli pon tak ada prescription tapi time tu orang lain yang on duty tu tersilap la kot. Memandangkan Abdullah dah tiga hari makan cloxacillin dan masih perlu teruskan hingga seminggu, dia jual juga antibiotic tu. Sungguh baik hati kamu, pharmacist! Jika tidak, terencat lah treatment impetigo ni.

Sunday 28.2 2016. Alhamdulillah Abdullah dah makin ok. Kudis tu dah hilang. Tinggal sikit sangat keruping. Itu pun yang line line je. Lain semua dah jatuh. Kudis kat lengan dah kering sepenuhnya tapi belum hilang. Celah telinga yang luka hari tu dah licin. Masih lagi sapu fucidic acid pada keruping yang kecil kecil tu. Alhamdulillah cepat sangat impetigo ni healed. As long as kita cepat mulakan treatment, cepat lah anak kita sembuh, dan tidaklah anak kita menjangkiti anak orang lain.


Iye, saya tak suka anak saya menjangkiti anak orang lain. Tapi mungkin sesetengah orang tidak pun berfikiran sebegitu **sigh*

Tuesday 16 February 2016

Angan-angan

Life without dreaming is a life without meaning. This quote seems applied to me. Dari dulu lagi, since i was young, i love to dream... daydream. I dream to visualize. Macam-macamlah. Berangan ni tak kena duit pun!

To succeed in life, we need to visualize our goals. Selalunya atlit sukanlah yang kerapkali gunakan teknik visualizing ni, so that they can perform at their best. And now, motivators out there pun jual idea ini; the importance of visualizing, kepada clients mereka - kalau nak berjaya you kena visualize what would you like to accomplish over the next three years, five years, ten years. Orang yang buat business, sales and marketing juga believe that visualization is a powerful tool - kalau nak kaya dan berjaya you kena visualize where do you see yourself in the next five years, in the next ten years. Human brain ni kerjanya processing semua information that we send. Termasuklah bila kita berangan ni, otak tetap akan proses. Otak yang berjalan, orang kata. Sebab tu orang yang berjaya ni selalunya dream big. Dari situlah, otak akan generate creative ideas. Gitu...akak berfalsafah tinggi hari ni!

Dulu masa dapat mula-mula dapat kunci rumah, memang berangan nak renovate rumah tu siap-siap. So gigihlah pergi ukur segenap inci dinding rumah tu. Kemudian sketch atas kertas ikut scale. Lepas tu berangan nak extend sampai mana, pintu di mana, tingkap di mana, nak install cabinet di mana, wardrobe di mana, semua-semualah. Sampaikan nak arrange furniture semua di mana pun saya sketch siap-siap. Masa nak pergi tempah kitchen cabinet, tokeh kedai tu guna sketch saya dan ammend sikit-sikit je ikut format dia - senangnya kerja dia! Bila saya ceritakan perangai ni kepada motivator, dia kata "bagus, you are visualizing!" Fuiyoooh! Bakat arkitek terpendam ni! Hahaahahahahahh! Alaaa...setakat angan-angan rakyat marhein je, tinggi sikit je darjat daripada angan-angan mat jenin tu. Nanti berangan yang terlampau vavavoomm sangat susah pulak nak realisasikan. 

Eh, sebenarnya nak cerita pasal angan-angan nan satu ni je. Angan-angan kecil. Rumah kita tak ada halaman untuk budak-budak berlari, baik depan atau belakang. We utilized tanah kosong to the maximum. So, masa mula-mula Tuan Syed berhasrat nak beli dusun, pertama sekali angan-angan saya nak dusun ni menjadi tempat permainan budak-budak. Rule No.1 - Dream on. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain - sekarang saya mula mengerti kebenarannya. Malah, saya mula merindui zaman itu.

Tapi hajat hati tu besar sangat. Nak tengok budak berlari-lari atas tanah, panjat pokok, main tarik upih, main buai, main slide. Real playground. Sebab dulu masa kecik-kecik mami main slide guna lereng bukit je, seronok woooo!! Rule No.2 - Visualize. Nak budak-budak main di situ sampai penat, rehat di pondok sambil minum air kelapa kemudian main lagi sampai penat dan mandi air perigi sejuk-sejuk dan langsung tertidur pula dalam kepenatan.

Melihatkan kawasan sekeliling dusun ni, ada dua tiga pokok yang rendang. Rule No.3 - Analyze. We can have dua tiga buaian.

Then mami mula google gambar buaian and tunjuk pada walid. Nak macam ni! Nak macam ni! Rule No.4 - Organize. Punyalah suka sampai set gambar tu as home screen - dengan tujuan nak tengok selalu. Tiap kali tengok tiap kali berzikir - ini juga a part of law of attraction! Bijak...bijak.

Eh, kantoi pulak ada apps rahasia besar di situ :-)

And finally...


There, our new friends!



Sekecil-kecil impian, besar ertinya bila dah ada di depan mata. 


All credit goes to the walid. Thank you very much, dear! 


Happy lah sekarang nak ke dusun, dah ada attraction baru.

Monday 15 February 2016

Bon Appetit, Lil' Muhammad

Hello, Monday! Wishing you a great week with much love, joy and peace! 

Alhamdulillah our little Muhammad turns six months yesterday. Now six months, he is ready to take his first step towards the wonderful world of waening! Yeehaaa!! If Abdullah was first introduced to complementary food in his five months age, it doesn't applied to lil' Muhammad - it's ok, dik, because i believe the breast milk still supply you with enough calorie. Even though you passed all the checklist just like your elder brother did, but i found it's best to delay until you're six months old before we start solid food on you. 

Why wait until six months? *professor mode is on!*

First and foremost, we prepare you with a greater protection from illness. Breast milk contains lots of immune factors, that's the fact. Exclusive breastfeeding for six months helps to develop those good bacteria that protect your gut. 

Secondly, we give it ample time for your digestive system to mature. All newborns' cells are still immature and posses what is often referred to as an open gut, which means that they are in space and those macromolecules can pass through and go directly into the bloodstream. All breastfed babies will benefit from this condition as the antibodies in breastmilk will pass directly into the bloodstream, to coat the digestive tract and provide passive immunity to the baby. If the baby is weaned too early,  this open immature gut condition appears to be the other way round as it allows disease-causing pathogens from other food to pass through too. So it is best to delay the weaning until six months as the gut will close at this age and the baby can produce antibodies by himself at this stage too.

And the last one is, of course the one that mommy don't want to miss out - mommy can have rapid postpartum weight loss! I believe that mommies who exclusively breastfeed their babies for six months, compared to four months, can more quickly lose extra baby weight. Selalunya after confinement people around you will tegur "Uisshh! Kurusnya you! Slim nya you! Ni yang jeles ni!" But remember, if you really want to ensure she will get that weight like 'forever' or it is just due to breastfeeding, wait until her baby turns six months. Hahahah! Normally, mommies will start to put on weight again once the baby starts weaning. **cry, baby, cry!**

Ok, forget it. Soon we discover on this ok? So now, being a six month baby and taking his first step towards conquering the dining table, what should this Little Muhammad be trying first? 

Taraaa!


Mommy prepared this pumpkin puree for a start! Tenderly steamed, finely blended, so orangey by the look, so sweet by the taste.


And i love to see your first impression.









Bon appetit, sayang. 

There's a lot more to come!

Saturday 13 February 2016

New Bloom & Leafy Friends

Assalamualaikum si manis semua. Salam Sabtu nan bahagia.

Semalam berkesempatan lunch di Taman Warisan. Sementara menunggu companions yang lain, sempat mencuci mata di Lynda florist. Hajat hati nak beli static flower tapi harga ya ampuuuuun mahal! Semua fresh flowers mahal dua tiga kali ganda. Rupa-rupanya sebab minggu ni Valentine's Day. Memandangkan tak berbaloi nak spend untuk harga bunga yang tak masuk akal, so mari kita beli artificial saja. 

Terjatuh hati pada si pearl color ini. Menawan sangat petals dia. Tapi janji dengan florist, saya pergi makan dulu lepas tu baru saya beli. Nanti sayang, dik, kalau terkena percikan sos ke...


Recall juga bila last time beli artificial flower ni. Dua tiga bulan sudah rasanya, untuk decorate my office. Untuk rumah sendiri, dah tak ingat. Jadi sebab tu tak fikir panjang, lepas makan terus minta dibungkuskan si dia ini. Sepanjang balik rumah, mata ni asyik lah memandang ke dia di sebelah. Sampai je rumah, terus bersihkan tin Garret Popcorn untuk jadikan flower pot. And taraaaa! There my new bloom!

Duduk dia diam-diam di atas aquarium. Tinggi lagi darjat dia daripada Arowana yang seekor tu. Sukanya hati! *clap!clap!clap*

Memang begitu,kan, bila kita mulakan saja bermain dengan bunga, one is not enough. Macam penyakit. Mesti nak lagi dan lagi dan lagi. Tambah bila tengok ada pot yang kosong. Memang satu kepantangan!

Sambil siram pokok di luar, tengok snake plant ni macam banyak pulak beranak pinak dalam satu pasu tu. Lantas si dia lah dipilih untuk dipisahkan ke pot kosong. Bersihkan yang satu ini dan jemput dia masuk ke rumah. Nah di situ dia meneman anyaman di tepian tangga.


Selesai satu, masuk ke laundry nak buat kerja. Terpandang pula pothos ni. Tiba-tiba datang perasaan nak bawa dia ke living hall duduk bersama-sama new bloom tadi.


Yang satu ini sekian lama dia di tengah-tengah hall. Suka sangat bila masuk ke rumah terpandang this leafy plant. Rasa macam ruang itu bernyawa dan mempunyai jiwa. Selain diguna oleh kebanyakan interior designer, pothos ni juga bagus sebagai air purifier. Dia boleh filter toxic dalam udara. Rumah saya tak ada maid untuk sapu sampah dua kali sehari. Jadi saya harus bergantung kepada bantuan alami ini.

Lagi pothos di laundry area. Paling mudah diurus.


Ada lebihan snake plant. Dapatlah satu untuk memberi nafas di wet kitchen.

Bahagianya hati dapat menjemput alam ke dalam rumah. Bagai boleh didengar nafas mereka menyulam rasa nyaman dan segar dalam empat penjuru ini. Magisnya terasa!

Friday 12 February 2016

Johara's Quality Pineapple Jam Tart

Sempena hari Jumaat yang manis ini maka saya nak berkongsi tentang sesuatu yang manis. Kongsi cerita, kongsi gambar. Nak bagi rasa, tak dapat.

Johara's Quality Pineapple Jam Tart.

Pineapple Jam Tart yang paling sedap saya pernah rasa. Saya memang suka pastries. Tapi yang kali ini memang win! Ya Allah, tolonglah!!! Sedap sangat rasa dia! Makan tanpa rasa bersalah tau. Lepas dah ngap separuh balang baru nak rasa menyesal. Tapi tak boleh, selagi depan mata, seketul memang not enough. Lepas makan, cepat-cepat saya telan NR phytonatal hahahahha!!

What is so special about this tart? Firstly, it is purely home-made. Buttery pastry - sangat rich rasa dia, masa nak suap ke mulut tu memang boleh terbau butter tu. Harumnya...makan sampai terpejam mata sambil bayangkan tengah makan tepi hot oven. And then, pastry tu not that floury, not even cookie-like. Pineapple paste pula sangat moist and not too sweet dan yang paling saya suka jam tu sangat banyak and ada tiny little pineapple chunck - boleh digigit-gigit, rangup.

Sebab tart ni super delicious, take your own sweet time to enjoy the taste. Tak perlu nak kunyah laju-laju sampai tersedak-sedak. Cuma suap masuk mulut dan kemam je dah cukup. Sebab the perfect pastry and moist paste tu akan mix all together and melt je dalam mulut. Masa tu lah terasa betapa nikmatnya rasa seketul tart itu.

Entry ni bukan berbayar ye, review ikhlas dari hati. Tart ni saya order beberapa kali dari kawan ofis. Nenek dia yang buat. Air tangan orang lama, patutlah sedap! Premium quality! 

Nora bagi berbintang-bintang!!!

Kalau ada yang nak cuba order, boleh email me ya, i will personally send you the contact number.

Ok, nak pergi lunch. Babaiii!

Thursday 11 February 2016

Make Over Kabinet Lama

Ini cerita projek Ramadan lepas. Punya lama gambar ni disimpan sampai lupa dalam folder mana duduknya dia. Terjumpa semula bila kala ada masa senggang untuk membelek-belek gallery.

Saya ni tiap kali mengandung selalu bercita-cita nak buat sesuatu projek mega. Mega konon! Masa mengandungkan Abdullah, projek mega saya ialah renovate rumah - of course tukangnya Indon, saya pengarah urusan je :-) Perasan!

Masa mengandungkan Muhammad, saya mencari-cari projek untuk dibuat. Hajat tinggi, nak buat garden set tapi kudrat was very limited. Dalam pada berangan itu dan ini, seorang teman offer set almari lama yang dia nak let go. Dia nak jual rumah, jadi perabot yang lama dia nak bagi free pada sesiapa yang berkenan. Saya pergi site visit *hebat sangat bunyinya* untuk tengok fizikal aset yang bakal dilupus serta membuat penilaian dari segala aspek - ketahanan, saiz and whatnot.

Lepas tu propose dengan Tuan Syed. Ini part paling mencabar - dia mungkin tak suka saya menyusahkan diri. So dia tanya siapa nak angkat, siapa nak cat, nak letak di mana. Betul lah...nak transfer benda besar tu kan dah jadi satu hal. Tapi in the end, dia setuju nak bawa balik almari tu guna Hilux.

Ini saya harus bersyukur punya suami yang handy dan mempunyai tools yang cukup. Dia dismantle almari tu dan angkut seorang diri ke atas Hilux. Tapi saya takut nak bagi idea untuk bawa semua sekali jadi saya cadangkan untuk bawa empat unit saja. Itupun dah cukup lelah membawanya balik ke Enstek. Terima kasih ye kerana melayan kerenah saya yang macam-macam ni.

Sampai di rumah, kerja saya adalah membersihkan almari tu. Kemudian sekali lagi saya bersyukur sebab dia mahu bawa saya ke Viva Home Centre di Cheras untuk membeli wallpaper. Agak lama juga baru saya punya masa terluang untuk sambung projek.

Usai sahur, saya mula berdikit-dikit membuka pintu almari satu per satu. Lalu membalutnya dengan wallpaper. Makan berhari juga lah baru siap hasilnya. Sempat lah mengeluh penat dan sakit pinggang. Memang dasar suka mencari penyakit...

Tapi bila dah siap, alangkah leganya. Beruntung sekali lagi sebab Tuan Syed tolong pasangkan balik pintu almari tu. Maaflah, tak ada gambar step by step. Sebab ralit dan passionate mengatasi segalanya. Yang ada hanyalah gambar sebelum:


Saya cuma bawa balik yang enam pintu tall unit kiri dan kanan sahaja. Yang tengah tu saya tinggalkan sebab rumah kami kecil, bimbang tak ada tempat untuk dia nanti.

Selepas siap, saya letak empat pintu ni di belakang main door, kemudian dipindah ke dining hall, untuk menggantikan console table. Baru puas sebab console table saya pendek, empat kaki saja. Yang ini lebih panjang, dalam enam kaki. Now saya dah ada extra storage untuk sembunyikan barang-barang yang boleh mencacatkan pandangan. Yeayyy!


Manakala cabinet yang tinggi empat pintu ini asalnya saya letak di sudut tepi tv dan yang satu lagi di tepi tangga. Tapi kemudian saya temukan kedua-duanya di belakang pintu utama menjadi extra storage untuk menggantung kunci, menyimpan aneka peralatan daripada pandangan mata.




Maaf, tak ada pula gambar terkini selepas dialihkan ke belakang pintu. Maka akhirnya siaplah juga projek saya dengan bantuan dia. Tanpa dia, apalah ertinya angan-angan saya.

Wednesday 10 February 2016

My Mardeyah

Sebenarnya dah laaaaaaama dah saya nak bercerita tentang Mardeyah. Tapi tiap kali saya nak mula menaip, idea tu macam hilang. Macam perkataan tu main menyorok-nyorok, tak boleh keluar, stuck. Tapi saya nak juga cerita tentang dia. So, maaf lah kalau cerita seorang mami ni tak begitu structured, huru hara dan bersimpang siur. 

Mardeyah. Dia anak yang kedua. Sebenarnya dah ramai yang berkongsi cerita perihal anak kedua masing-masing, dan ramai yang setuju bahawa anak kedua ni selalunya pelik, unik, lain dari yang lain. Betullah tu setakat ini. Tetapi belum dapat bandingkan dengan yang lagi tiga kerana Abdullah dan Muhammad masih kecil. Jadi perbandingan yang mami buat hanyalah dengan Maryam saja.  

Mardeyah ni pada mami dia lebih easy-going, lebih flexible. So tak adalah complicated sangat nak uruskannya. Apa baju yang mami letak atas katil untuk dipakai, dia pakai. Dia tak merungut banyak. Tak mandi sehari pun dia diam je, takde pun rasa geli melekit-lekit macam mami kakak dia. Pergi jalan pakai selipar kecik yang tahap jari terkeluar-keluar pun dia ok je. Pakai sweater kecik saiz budak setahun pun apa ada hal, orang keliilng pandang-pandang pun dia buat tak tahu je. Dia punya tak kisah tu, lantak lah bilik bersepah, katil bersepah dengan toys, dia tetap lena tidur macam biasa. Selamba nya dia tu sampai tahap kalau kakak tengah mengemas bilik, dia pergi buat benda lain sebab malas nak tolong mengemas. Nanti time dia tengah suap adik makan ke, dengarlah kakak menjerit dari atas "Mardeyah ni tak nak tolong pun kakak kemas bilik!"

Dia ni selalu positive-thinking. Macam semalam my SIL usik dia "Mardeyah, kakak Maryam cuti sekolah lagi, Mardeyah dah kena pergi sekolah." Dia boleh jawab "Alaaa...takpe. Mami dengan walid pun kerja." Hahahahahha! Bagus, nak. Kipidap! Pernah dia pergi sekolah kena tegur dengan teacher sebab t-shirt dia kedut-kedut because baru keluar dari dryer. Balik rumah dia bagitahu "Mami, teacher kata nanti suh mami iron baju sekolah." (part ni mami rasa paaaaaaaaaaaling loser, nak) Dia positif je la semua benda. Apa ada hal. Pakai tudung sampai terkeluar serkup macam nenek-nenek pun dia ok je.

Dia ni jugak cepat berdikari dalam banyak perkara. Dia lebih independent. So, dia ni boleh diharaplah. Masa umur dia lima tahun dia dah boleh diharap mandikan Abdullah, basuh berak Abdullah, pakaikan baju Abdullah. Tapi tak ada lah hari-hari mami minta tolong dia. Ada waktu-waktu kecederaan je la. Dah dia pun memang suka buat benda tu. Lagi-lagi lepas buat tu kita puji-puji sikit, memang lagi dia rasa bangga. Apa-apa sikit, mami akan panggil Mardeyah. "Mardeyah, tengok adik kejap", "Mardeyah, suap adik makan", "Mardeyah, main dengan adik", "Mardeyah, pimpin tangan adik". Sikit-sikit Mardeyah. Sikit-sikit Mardeyah.


Dah dia pandai melayan adik, lebih sikit berbanding Maryam, maka dia sahajalah yang diulang-ulang untuk menjaga adik. Lagipun, Abdullah tu kalau dengan Maryam tak berapa nak sangat. Maryam ni tak berapa rajin nak melayan adik. Layanan dia pulak lain macam, adik pun tension. 


Tapi kalau dengan Mardeyah, kaulah jiwa dan raga ok! Mardeyah la tempat bermanja, Mardeyah lah paling best, paling cool, paling kelakar, Mardeyah lah pengarang jantung. Bukanlah nak kata Maryam ni tak pandai langsung ambik hati adik-adik. Tapi, cara dia ambik hati tu lain, approach dia berbeza dengan Mardeyah. Maryam ni kalau bab layan adik selfie, ajak adik tengok youtube, ajak adik berjoget, yang tu dia wins. Paling jauh dia boleh dengan adik ni kalau bab-bab yang berkaitan dengan comel, cantik, bersih, wangi.


Tapi Mardeyah ni approach dia lebih 'kakak' berbanding Maryam. Bab-bab comot, peluh, busuk adik tu dia tak berkira. Hard chores ni kiranya serah kat dia la. Bukan kata mami and walid je, Kakak Maryam pun kadang-kadang bergantung harapan kat dia ni. Contohnya kalau diorang main baling-baling baju ke siling then tersangkut kat chandelier, Mardeyah lah nanti yang tolong kaitkan baju tu balik sebelum mami nampak dan menyinga. Mami tahu pun lepas interrogate dua-dua kenapa ada parts dari chandelier tu yang tercabut. 

Pernah beberapa kali Mardeyah ditemukan di dapur sedang membancuh milo suam untuk dia dan kakak. Dan tak terkira berapa kali Mardeyah terpaksa berkongsi aiskrim dengan Abdullah sebab dia tak sampai hati Abdullah perhati dia makan. Dan tak terkira juga berapa kali Mardeyah mengelap lantai sebab adik tumpahkan air kotak yang diorang kongsi sama-sama. 

Mardeyah juga seorang yang adventurous. Jenis yang suka nak mencuba sesuatu yang baru. Dan keinginan nak buat sendiri sesuatu benda tu pun tinggi. Kalau ajak dia tolong memasak, memang excited dia nak pegang senduk tu sampai pernah sekali tu tangan dia terkena kuali panas - orang dengar ni mesti cakap mami dera anak. Kalau dia tengok kita buat kerja yang menarik sikit dia sibuk je cakap "Nak buat! Nak buat!" Macam baru-baru ni mami stay up membalut buku sekolah Maryam, dia lah juga yang bersekang mata tolong balut sama buku kakak. Kakak sesedap rasa je meroloh.

Benda-benda lasak ni, benda-benda nak kena guna tenaga ni, pass je lah kat dia. Macam tolong dukung adik, laundry duty, vacuum rumah, buang sampah, susun kasut, angkat bakul kain dari bawah naik ke atas. Dah tu masa dia buat kerja tu mulut dia tak berhenti "Kak Mardeyah lagi kuat dari Kak Maryam."

Dia ni juga observer. Dia selalu perhati je apa kita buat. Lepas tu dia tanya kenapa macam tu kenapa macam ni. So, dia ni cekap sikit berbanding kakak kalau bab-bab membaca instruction ni. Kalau diorang beli Kinder Joy tu, Mardeyah lebih cekap assemble toys tu compared to Maryam.

Dia ni pemurah orangnya. Makanan dia selalu dia kongsi dengan adik, dengan kakak. 


Kalau berebut dengan kakak, dia ni lah yang paling cepat beralah. Kalau dalam kereta tu dah kakak conquere fon mami, Abdullah pulak dah conquere iPad, tinggallah dia menganga tak ada apa nak main. Then dia akan bersuara "Walid, Kak Mardeyah tak dapat apa-apa pun..." 

Sebab dia celik-celik mata je hidup dia dah ada kakak, so semua benda dia dibayangi kakak. Jadi kadang-kadang mami bawa dia keluar dating. Dia seorang je. 

Time tu dia dapat attention yang lebih, macam anak seorang la. Tapi dia ni kalau ada hari-hari yang dia sorang je ikut mami pergi tempat yang dia rasa best, masa dia bercerita kat kakak tu dia akan tolong commit dengan kakak depan mami "Nanti kakak pulak ikut mami pergi situ ye. Kak Mardeyah dah pergi dah."

Ini tricky. Sangat tricky. Sebabnya, kalaulah yang memula pergi tempat best tu adalah kakak dia, maka mami atau walid kena pergi sekali lagi next time bawa dia sorang je, kakak dah tak boleh ikut. Maknanya, kakak hanya merasa pergi sekali, dia pun dapat merasa sekali. Tapi, kalau kakak ikut lagi, ini tidak adil. Sebab, kakak dapat pergi dua kali, dia cuma baru sekali. ***headache***

Kalau bawa dia pergi membeli apa-apa, dia memang tak lupa belikan juga untuk kakak. So, kalau kakak taknak kongsi apa-apa dengan dia, dia akan cepat rasa dunia ini tak adil! Time tu dia akan melalak menuntut keadilan. Walaupun dia easy-going, tapi bila dia start rasa berlaku ketidakadilan di situ, time tu lah dia akan mulakan drama amukan dan air mata yang sangat panjang. Tambah lagi kalau kakak api-apikan dia. Lamanya dia berdrama tu sampai kena tunjuk rotan lah jugak. 

Dia ni tak banyak kerenah, tak banyak merungut. Kalau nak mintak satu-satu benda tu, dia jenis tak mendesak, tak merengek-rengek, tak memaksa. Cara dia meminta tu kadang rasa kesian sangat sampai kita terbeli dengan kata-kata dia like "Walid, dah lama Kak Mardeyah tak beli pistol bubble tu". Banyak kali lah jadi macam tu. "Mami, dah lama dah Mardeyah tak makan push pop candy tu.." "Mami, kakak ada tu, Mardeyah nak jugak.."

Dalam banyak-banyak perkara, kakaklah madu, kakaklah racun. Kakak Maryam ni pada dia sampai terbawa-bawa dalam mimpi la. Seronok dia pun kakak, marah dia pun kakak, sedih dia pun kakak.

Masa first day kakak masuk Standard One, Mardeyah ada sekali di situ. Mami perhati je reaction Mardeyah masa tu. Seolah-olah dia pun boleh rasa nervous yang kakak dia rasa. Sampai waktu rehat pun dia nak duduk makan sama-sama dengan kakak. Time ni mami dah rasa touching sangat.


Bagaikan Mardeyah di situ untuk bagitahu kakak:

"Keep calm, kakak.
And know that i am here for you."

Tuesday 9 February 2016

ekspresi

Dalam pada tiada apa-apa untuk dibuat, saya terbaca blog arzmoha tentang gambar black and white. Kesimpulan yang dapat saya buat - gambar b&w ni memang sesuai digunakan untuk menceritakan perasaan. Suatu ekspresi. It drives emotion, membawa kita ke destinasi rasa. Sangat sesuai hingga cerita kita tidak lagi memerlukan kata-kata... Lalu saya mencuba yang satu ini.

Redang Island | 2015

Sila abaikan kualiti foto kerana saya edit menggunakan ready template dalam fon application saja. Lalu saya mencuba lagi yang satu ini pula.

Mekong Delta, Vietnam | 2015

Gambar asal sebelum edit seperti tidak membawa apa-apa makna. Hampir saya delete. Dan sekali lagi saya mencuba.

b.e.r.a.k

Memang sarat sangat emosi dia nih! Hahahahah! Cheer up, everyone! 

Cuti dah habis *cry out loud*

Monday 8 February 2016

Monday

It is monday again, everyone! Blues-less monday! Hew!Hew!! Happy holidays ya! We're still in Penang Island, perfect getaway - beach, ecopark, food, cousins - that means a lot to my children.

S . I . B . L . I . N . G . S

Sunday 7 February 2016

Little Make Over

Selamat pagi.

 Menaip entry ini dalam embun pagi. Cewahh! We are northbound, nak balik Penang. Lama dah tak balik, kali terakhir pun masa Aidiladha lepas. Schoolbreak dulu pun tak balik sebab waktu tu my SIL dalam confinement - my MIL ada di sini. Selebihnya, we were busy doing preparation untuk Maryam ke standard one. Busy ke? Bunyi mengalahkan anak nak belajar ke oversea kan? Hahahahaha!

Hari tu masa attending school orientation we were told about sarana ibubapa. All parents were given questionaires to be answered. Soalannya semua regarding on how far the parents take part dalam pembelajaran anak-anak. Antara soalan ditanya, adakah ibubapa membantu anak menyiapkan kerja sekolah, adakah ibubapa menyediakan kelas tambahan untuk anak, adakah ibubapa menyemak tugasan anak, adakah ibubapa menyediakan ruang belajar untuk anak.

Almost semua soalan i jawab 'ya'. Termasuk soalan tentang ruang belajar tu walaupun masa tu belum ada any proper study area untuk Maryam. Dah lama dah i plan nak buat make over bilik the sisters, sebab selagi ada toys storage dalam bilik selagi itu bilik tu bersepah-sepah. Lagipun dua-dua dah besar, i taknak both sisters main macam budak tiga empat tahun je. 5-tiers drawer tu fully loaded dengan toys saja. Kemasnya bertahan beberapa jam saja, selebihnya penuh atas lantai sampai tak nampak carpet.

Jadi sebelum apa-apa, kita google dulu gambar-gambar untuk dapatkan ilham. Banyak yang menarik. Implikasi kewangan pun mesti la tinggi juga.





Cantik kan? Berkenannya tengok study area tu. Cantik-cantik belaka. Suka sangat!

Tapi budget kita rendah je sebab each item kena beli dua! So satu petang tu terlaksanalah misi membeli barang-barang untuk make over ni. Kata budget kecil, jadi janganlah berangan nak ke SSF ye. Cukuplah ke Giant saja, dapat magenta desk dengan kos RM37.90 × 2. Bukan main seronok mami sebab murah betul!

Lepas tu ke pasar borong Sri Kembangan untuk beli kerusi plastik dengan kos RM28.30 × 2. Maryam cakap "eh, kenapa kerusi kenduri mami?" Shut up, nak. Dah kata low budget punya projek, dapatlah kerusi ni je. Janji boleh duduk. Nak empuk sikit, tambah kusyen dengan kos RM20.00 x 2, juga dari Giant. Floating shelve pun beli satu tapi rada membazir. Tak payah beli pun tak apa. Bila dah hang, nampak tak sturdy untuk letak buku. Magnetic whiteboard beli di Tesco. Kalau tak silap harga lebih kurang RM35.

Dan akhirnya...taraaa!!!


 Maka tertunailah hasrat di hati, supaya anak-anak boleh belajar dengan selesa sekaligus menyahut seruan sarana ibubapa. 

Keadaan sebelum.


So lepas ni harap-harap tak ada lah habuk pemadam atas meja makan ye, nak.


Jadi, dengan kos di bawah RM300 maka dapatlah satu study area ni. Walaupun tak serupa langsung macam dalam gambar yang kita google tu tapi at least kamu ada juga study area. 

Bersyukurlah, nak. Kerana sesetengah kawan kamu mungkin masih buat homework di meja makan. Jadi, belajarlah rajin-rajin.