Nuffnang

Wednesday 8 July 2015

Persiapan Bersalin Anak Ke-4

Kalau google pasal persiapan bersalin, memang banyak you all boleh jumpa. Sebab tu i taknak repeat balik apa yang dah ada dalam internet tu. In fact, sesetengah benda yang disenaraikan tu, sangat tak perlu pun - itupun you all akan sedar yang you all tak memerlukannya apabila dah berkali-kali bersalin. 

Memandangkan ini insyaAllah merupakan kali keempat i bersalin, jadi persiapan pun terlalu minimum. Kalau dulu masa anak first, baru masuk 20 weeks dah pergi shopping merata cari barang baby. Masuk je 28 weeks, beg baju untuk ke hospital dah standby dalam kereta.

Hari tu ada juga i bersuara kepada Tuan Syed, barang bersalin tak kemas pun lagi. Dia boleh jawab "tak apa, kalau emergency sangat nanti, abang pun boleh kemaskan". Suweet tak? Suweet tak? Itu yang akak nak dengar tu - ciri-ciri bapak anak dah ramai.

This time kitorang beli baby cot baru. Sebab baby cot yang lama tu dah runtuh dek kerana skru nya dah loose - iyelah,bila benda yang pasang-bukak-simpan-pasang-bukak-simpan ni memang cenggitu la gayanya. I tak suka bila anak dah besar tapi baby cot menyemak tengah-tengah negeri - that's why lah bukak and simpan bawah katil sebab takde tempat yang spacious untuk simpan. Lagi sakit mata bila baby cot tu tak disimpan, dia akan menjadi macam lori barang, semua benda pun letak situ, and semua benda nak digayut dan disidai di situ. Cacat sekejap penglihatan mak.

Jadi, kali ini i google segala jenis baby cot yang practical. Contohnya cot yang boleh transform jadi katil toddler, jadi sofa, jadi almari. Tapi Tuan Syed didn't agree much on that sebab katanya benda yang ada multifunction ni selalunya tak bertahan lama jugak. Ok. 

Then kami opted for baby cot yang boleh lipat untuk disimpan - simpan untuk No.5, No.6, No.7 dan No.8 sekali kot.... Ini pun setelah berkenan and jatuh hati dengan model yang macam ni waktu Hotel Zenith Kuantan provide kan cot kat Little Abdullah hari tu. Nampak sangat practical. Tak perlu buka tanggal semua skru kalau nak simpan sebab dia ada engsel, dia foldable. Sorry, gambar tak provide di sini sebab masih dalam kotak, belum pasang lagi - kang cacat penglihatan berlaku lagi sekali kang. Cot ni kami beli di Twins Baby kat outlet di Puchong - dapat yang last unit, nasib baik call dulu sebelum pergi kedai.

Baju baby? Beli juga tapi tak banyak. Beli tiga helai je. Memadai untuk ambik feel menerima orang baru. So, setiap anak akan ada baju masa newborn masing-masing yang i beli specially untuk diorang. Yang recycle tu harus lah pakai juga. Sarung bantal pun i normally ganti untuk setiap anak sebab tak berkenan di mata.

Itu je kot barang baby yang i prepare kali ni. Lain-lain tu barang i sendiri. Bengkung - WAJIB. Yang traditional dari bersalin anak first tu masih ada. Tapi masuk anak kedua and ketiga perlukan juga modern bengkung - practical dalam keadaan emergency. Tambah masa bersalin anak ketiga - berpantang sendiri pulak tu, harus lah nak kena pantas serba serbi. Sebab i lanyak cukup-cukup modern bengkung tu, so yang ada tu dah lunyai dan kurang memeri dah. Nanti perut tak kempis camne? Harus lah beli lagi, kan? So sebab tu i beli extra bengkung moden ni. Harga pun murah je. RM55.00 sehelai untuk yang velcro ada belt. RM33.00 untuk yang pakai cangkuk.


Cuma sekarang nak cari hip binder pulak. Sebab selepas bersalin dalam tempoh day-1 ke day-8, hip kita senang nak dikecilkan dengan bantuan hip binder ni. Time ni hormon apa ntah (lupa) masih ada dan ia masih lembut dan senang untuk dirapatkan. 

Lepas tu berkenan dengan mama sox ni. Mengada. Bukan tak ada socks tapi yang ada tu dah tak best. Yang ni nampak best and menghangatkan kaki. Pastu warna dia macam ceria je. RM14.90 sepasang @mumDreams. 



Rasanya ini je kot persiapan menyambut kelahiran ke-4 ni. Simple tak? Simple tak? Benda lain semuanya recycle je. Cuma tak susun properly lagi. Itu projek lepas raya nanti.

No comments:

Post a Comment