Nuffnang

Tuesday 21 July 2015

Hari Raya Keempat

Salam everyone. Salam manis, salam kasih sayang. Masih mood raya. 

Finally, Hari Raya Keempat balik kampung i pulak. Yuhhooooooo!!! Sampai my parents' place dah dekat nak Asar. Tapi, ada adik i sorang je di rumah. Oma pergi beraya. Atuk ke hospital sebab my Tokki admitted due to diabetes yang dah makin teruk. Ok, terus rebah kasi rehat itu badan sebab malam tu dah plan dengan cousins and aunties nak gather di Jelapang, rumah my aunty, my Chor.

 I takut-takut nak bagitau Tuan Syed yang malam tu they all nak makan-makan di Jelapang sebab takut dia tak setuju. Maklum le...jalan jammed di merata-rata. 

Mula-mula bagi tau tu, dia sound "Uish..ni jalan dok jammed sampai ke depan simpang ni tau". I cepat-cepat cakap "takpe lah, tak payah pergi lah. Lain kali kita pergi" kekonon nak merajuk. 

Lepas tu i lari nangis-nangis masuk bilik, sedih sebab permintaan ditolak. Lepas tu dia kejar i and main ba~ba~cak kat langsir dan cakap "ololollo...jangan majok..jom.jom kita pergi."

Dah! Dah! Jangan caya. Rekaan semata-mata je tu!

Yang penting, sampai jugak rumah Mak Chor i walaupun jam dah pukul 10.30 malam. Takpe, i tau Mak Chor i jenis rugged. Diorang jenis tidur lambat. Setakat lepak-lepak ke tengah malam tu tak de hal punya la. Waktu duduk makan-makan ni jam dah dekat pukul 11.00 malam.


Dengan sepupu i.





There, my Mak Chor.

Ini adik Oma.

Pukul 11.30 malam. Tapi masih bergegar rumah dengan gelak ketawa.




Perut macam nak londeh sebab makan banyak.

Bergambar dengan tuan rumah.



Garden belaan Mak Chor and Ayah Chor. Diorang ni rajin berkebun.

Tapi inilah yang paling win malam tu. Kopi O. I duduk je di meja makan terus dengan tak malu and buat-buat manja request Kopi O dengan Mak Chor. Hhahahah! Weei..dia buat seteko kat i, siap bawak satu mug kosong and tuangkan depan mata i. Wah...malunya i! Lepas tu dia cakap "Moga-moga nanti anak ni keluar, macam Chor ye. Suka berhias, suka ngaji..." 

Thank you. Thank you. I love you Mak Chor.


Dah pekena kopi o, meh kita posing sekali kat sini. Jangan muntah hijau ok.
 Abaikan semua-semua yang dah mengembang ni, baik pipi, paha, bibir, pinggang, lengan.

Ini bukan selfie. 
Ini selfish.

No comments:

Post a Comment