Nuffnang

Saturday 25 July 2015

Bye~Bye PHE92

Salam all. 

Lepas raya dan bergembira, Mami update cerita separa sedih. Selepas hampir lima tahun, the walid decided to jual Vios ni. Setahun juga Vios ni digantung tak bertali. Nafkah tiap-tiap bulan tak lupa, tapi ditinggal tak bersentuh. Euwww...apa tuh!?


Tak sangka secepat ini used car dealer tu nak ambil Vios kita ni. In fact, sehingga ke detik-detik terakhir sebelum serahkan kepada dealer tu, mami tak berkesempatan nak drive pusing-pusing ambik angin dengan kereta ni.


Banyak kenangan kita dengan kereta ni. 
Maryam and Mardeyah juga membesar dengan kereta ni. Waktu walid jauh dengan kita dulu, kita balik Penang bertiga dengan kereta ni, untuk jumpa walid. Tak kira waktu. Biasanya tengah malam. Waktu tu, Maryam and Mardeyah selalu berebut nak duduk di riba mami. Riba kepala je pun dah cukup. Sambil drive, mami ribakan dua-dua hingga terlena. 

Mami ulang-alik ke Klang untuk pilih bibik kita juga dengan kereta ni. Jemput dan hantar balik bibik yang tak sesuai ke rumah ejen sebab mami tak nak orang yang bukan-bukan jaga Maryam and Mardeyah. Sampai lah akhirnya, mami tekad tak perlu ada bibik sebab mami confident Maryam and Mardeyah pandai uruskan diri sendiri walaupun masih kecik. 

Mami ulang-alik ke HKL untuk thyroid treatment juga dengan kereta ni. Redah heavy traffic pagi-pagi sambil nangis-nangis sebab tak sanggup lagi nak follow up jauh-jauh, seorang diri. Tapi, demi nak sihat, demi anak-anak, mami drive juga pagi-pagi sambil lap air mata.

Waktu kita mula-mula renovate rumah Enstek, hari-hari kita ulang-alik ke Enstek dengan kereta ni tengok Usadin siapkan rumah kita. Bila pintu rumah dah selamat dipasang, kita ulang-alik untuk angkat pinggan mangkuk dan beg-beg baju pulak. Kereta ni walaupun kecik, tapi mami buat macam lori. Excited sebab kita nak duduk di rumah sendiri. Kita pergi kedai lampu, borong lampu dan bawa dengan kereta ni.

I have to admit yang this is a good car. Just nice for us. Kereta ni tak meragam, tak pernah buat hal. Ada good security and safety system, user friendly. Tanpa sebuah kereta yang baik, mungkin mami tak boleh nak uruskan rutin harian kita dengan baik.


Tak sangka cepat sungguh masa berlalu. Cepat sungguh car dealer nak ambil kereta ni. Hari Khamis walid bawa jumpa car dealer untuk deal harga. Dan Alhamdulillah kita dapat the best offer. Pagi Jumaat, mami hantar Maryam and Mardeyah ke kindy dan kami ke Cheras untuk settle kan everything. 

Walid kemaskan barang-barang dalam kereta. Mami jumpa macam-macam khazanah. Siap jumpa Carbimazole (ubat hyperthyroid) and buku follow up Hospital Putrajaya dalam kereta ni.


Masa ni walid dah ready nak bawa kereta ni jumpa car dealer.


Ok, selamat jalan PHE92. 
Moga kita ketemu lagi di jalanan, andai diizinkan.

No comments:

Post a Comment