Nuffnang

Friday 31 July 2015

37 weeks and complete breech

Hi all.

Hari ni i post entry tak bergambar. Sebab...i tak dapat nak menggambarkan perasaan i sekarang ni. Kalau dulu, masa mengandungkan Maryam, dia memang duduk dalam kedudukan melintang (transverse lie) sampai 36 minggu lepas tu dia pusing kepala ke bawah. Masa mengandungkan Mardeyah pulak, dia songsang (complete breech) and Dr.Khamsiah performed External Cephalic Version (pembetulan bayi songsang) pada minggu ke-37 dan dia stay dalam position tu hingga deliver. Masa mengandungkan Abdullah, dia dalam kedudukan head down sehingga 37 minggu kemudian turn ke kedudukan kejap melintang dan kejap songsang pada minggu ke-38. Dan dia pusing balik dalam minggu ke-39 right before i nak kena c-sec.

This time i dah mula rasa macam-macam. Dari Isnin, kaki i dah mula sengal, ada rasa sharp pain kat pinggang, kat pinggul, kat ari-ari. Hari Selasa masih pergi ofis macam biasa, tapi i start jalan macam labi-labi tua. Hari Rabu, i tak larat nak angkat kaki turun katil. Sharp pain kat left side. So i cuti sebab perut rasa sakit tapi i tahu belum labor lagi tu sebab rasa sakit kat belah depan je. Belum tiba sakit keliling pinggang macam real contraction tu. 

Tiba-tiba i noticed baby kurang gerak. Sampai pukul 6 petang tu rasanya ada la dalam empat lima kali kot dia bergerak. Nak pergi klinik, i tak mampu sebab tiap kali nak jalan, pinggul rasa nak tercabut. So, i nak tunggu Tuan Syed balik kalau betul baby tak gerak sampai jam 8 malam, baru nak pergi hospital. Tapi malam tu lepas makan-makan, Alhamdulillah ada lah sikit pergerakan.

Esoknya tu, i nekad nak pergi klinik, nak scan and nak check hb, nak tengok heartbeat baby. I pergi Poliklinik Annur kat Presint Diplomatik tu. Dr.Hayati yang on duty. Dia scan and senyum - baby was side lying. Transverse lie. Patut lah i rasa macam berlaku tornado je dalam perut ni. Masa tu, suara i pun dah mula bergetar je bila bercakap dengan Dr. Yati. I faham complication kalau baby tak head down dalam 37 weeks ni. Then, dia advise suruh pergi terus jumpa pakar sebab pakar yang akan decide nak buat macam mana.

I terus pergi jumpa Dr. Khamsiah walaupun i punya next appoinment patutnya 6 Ogos 2015 nanti. Tunggu turn sampai pukul 1.15ptg, nurse minta datang semula jam 2.30 petang sebab klinik berhenti rehat. Lepas dah makan-makan, dapat nap sekejap, i pergi balik. Around 3 o'clock tu nama i dipanggil.

Masa nak bagitau Dr. Kham, result Dr. Yati tadi, mata i boleh pulak bergenang. Dr. Kham pun terkejut and dia suruh baring untuk scan. Memula tu, dia cekak kat bawah ari-ari dia cakap "Ada je ni." Lepas dia scan, "Oh, ini kaki dia" 

Waktu tu, kaki baby kat bawah, kepala hampir-hampir kat atas dalam position complete breech. Dr. Kham terus cakap nak buat ECV. Tapi Jumaat sampai Ahad dia ada course di Langkawi, so dia akan buat on Monday. Sebab dia cakap kat Annur ni takde doktor lain yang boleh buat ECV, cuma dia seorang je. Nak tak nak, kena tunggu dia balik jugak. And monday tu just nice je sebab ECV kena buat by 38 weeks. Kalau tunggu lagi lama, labor boleh berlaku at anytime. Waktu tu, kalau baby masih breech, memang kena c-sec. Normal practice sekarang ni, semua breech baby kena deliver secara c-sec. Tapi dia cakap, dia pernah je last year sambut baby yang songsang ni melalui normal delivery tapi time tu saiz baby tu kecik je and mak dia faham risk dan setuju nak normal delivery. 

Ok, ini second time la i nak buat ECV. Nanti i explain cara-cara doktor buat ECV ni. Tapi, secara ringkasnya, ECV ni adalah kaedah membetulkan bayi songsang (songsang je yang boleh, kalau melintang tak boleh). Doktor akan inject bagi rahim lembut and tak stress dan tiada contraction sepanjang prosedur. Lepas tu, doktor akan pusingkan baby dengan tolak pelan-pelan punggung and kepala baby. Time tu kita akan rasa senak sikit tapi tak sakit sangat. Bila kepala dah ke bawah, kita tak boleh bangun untuk beberapa ketika (tak ingat satu ke dua jam macam tu la). Sepanjang ECV, dia akan pasang CTG kat perut untuk make sure heartbeat baby ok. 

Peratus kejayaan ECV ni, you all boleh google sendiri dan baca, sila jangan malas macam i ye. Termasuklah, nak tahu sama ada you all layak atau tak layak nak buat ECV pun, sila baca sendiri. 

So, sementara tunggu hari Isnin ni, harap-harap sangat real labor tak berlaku lagi. Kalaupun nak berlaku, biarlah kepala baby dah pusing ke bawah. Dr. Khamsiah share tips nak bagi kepala baby pusing ke bawah, tips ni dia bagi masa i mengandungkan Maryam lagi - that is dengan sujud lama-lama. 

Pray for me, everyone. Thank you.

No comments:

Post a Comment