Nuffnang

Friday 19 April 2013

Freaky Friday

Another freaky friday, everyone!

This morning i managed to present my almost perrrggghh-fect QE documentation. Good job, Erda.

And that was before i realized "oh,man..im wasting my career doing something that insulting my intelligence!!!"

And there goes the conversation..

*hatiku berbicara*mindaku berkata-kata*pipiku berair mata*

"Enough. You being good here. Dont take too long for your next pitstop"

"Kau sabar buat keje ni. Kau rajin. But dont let your job to overshadow your career"

"You are not going to be that outstanding if you stay here any longer"

"You sat for the exam, went to PAC, the interview, 6 months DPA, sat for PTK, got promoted...you went trough everything..not to flush the office toilets every morning!!!!"

"Tapi syukur la kau ada kerja"

"But i can do more than that."

...spending my 4 years in uni not to become a makcik cleaner, mak guard, storkeeper, ok!

I.h.a.t.e.H.O.U.S.K.E.E.P.I.N.G.j.o.b

--------------------------------------------it is INSULTING MY INTELLIGENCE!!!

*penat dengan kerenah orang saiz 4 ni!*


Thursday 18 April 2013

hari ni kita OVERTIME!!!

Salam Thursday everyone.

There's one guy. Same office. Higher position. Higher authority. Senior.

"Please pastikan sebarang permohonan untuk laksanakan OT disemak keperluannya dahulu. Saya tak pernah tolak, kecuali satu. Tapi datang balik untuk diluluskan."

This girl. Married once. Divorced.

"Dia kata tak boleh ke buat waktu pejabat. Dia taknak luluskan"

Aduhai...OT itu dimohon untuk jalankan kerja-kerja pendawaian elektrik. Libatkan bekalan kuasa dan sebagainya. Kerana itu ia perlu dibuat di luar waktu pejabat. Untuk elakkan sebarang gangguan litar pintas. GFMAS, eSPKB, eP tergendala.

How?

OT tak untungkan this girl.

Claim yang dia bakal dapat, bakal digunakan untuk bayar OT taska/daycare pula.

Taska/Daycare dapat duit OT untuk penat lelah jaga anak yang diambil lewat oleh single mother ini.

Organisasi dapat beroperasi setelah kerja-kerja pendawaian dibuat. Productivity increased. eventho kena keluar duit untuk bayar OT to this single mother.

This single mother dapat apa? Duit OT merasa pegang sekejap sebelum sampai ke tangan guru taska. Penat OT pon dapat jugak. Dapat nama
..erre..not sure, subjective. Dapat masa...no! Masa bersama anak jadi kurang..

So, sabar lah wahai teman... awak tak dapat apa. Awak tak dapat duit. Tak dapat award. Tak dapat apa. tapi insyaAllah kalau kerja awak ikhlas, awak dapat pahala.

*Nak buat kerja baik pon,kadang-kadang dipertikaikan. Apa lah punye b**s!!




Saturday 13 April 2013

Dari Ketam Ke Mempelam

Salam ukhuwwah everyone..

Tempoh pantang untuk orang yang mc 8 hari tapi tak sakit ni dah hampir tamat.. semalam anak-anak dah balik rumah. Dah lepas gian nak tidur bawah ketiak mak depa ni. Sian anak-anak mak...bergelandangan lima hari macam kena halau dari rumah. Balik-balik tu jugak Dedek bukan main berry-berry pon nak i yang cucikan.Maryam siap tidur pukul 2.30 pagu sebab nak main sikat-sikat rambut i. Lepaih kena jerkah ngan walid depa,baru nak tidoq.

What a freaky friday yesterday!

We went to pasar malam. Sampai sana, kami berpecah. I pegi seksyen binatang dan tumbuhan. Tuan Syed and his girls ke seksyen makanan rapu. Hihikhik.

MIL ke seksyen makanan yang longgok-longgok!

Bought ayam, daging, ikan sardin, udang, sotong, kangkung, brocolli, cauliflower, tomato, peas, jagung, and..manggo! Dah berat..so manggo pon beli sikit je. 7 biji sahaja buk!

Sampai carpark, Tuan Syed and the girls and jajannya dah sampai.

Tu diaaaa! Ada 2 bungkus besar manggo!

"Mak beli. Nak buat jus"

Heaven,you all, tengok manggo berlambak-lambak! Apalah sangat nak dibandingkan dengan manggo 7 biji i ni,kan.. :-(

MIL sampai. "Mak beli ketam yang depa juai siap-siap satu raga tu"

Huiiyyoo! Sebenarnya i dah teringat nak beli ketam. Tapi Tangan dah berat tadi jinjing banyak benda. Rezeki Allah. Alhamdulillah.

Sampai rumah. Lewat. Cuci ayam. Cuci ikan. Cuci sotong. Cuci udang.

Baru nak dinner. Panaskan lauk.

Praangggg!!! Semangkuk kecil udang masak lemak jatuh ke lantai. Mangkuk berderai. Udang tersadai. tinggal dua ekor je pon. Jangan nangis ye udang. Badanmu penuh kaca. Gerun.

Tambah kerja kot nak mencuci lantai yang penuh kaca tu! Lesu.

Sorry mak. Tak sempat nak cucikan ketam mak.

11.30 pm. Jamah saki baki jajan yang Tuan Syed beli sambil teringat udang.

Pagi. Ketam dah MIL cuci.

Yeaaayy!!! Chili Crab! Terliur sampai tak sempat nak ambik gambo ketam yang sesksi tu.

Yeaaayy!!! Manggo juice! Memang pekat likat manggo puree tu ngalahkan kordial!

After main masak-masak. Nak chill sikit kononnya..nakk kupas mangga yang sedang ranum tu.

Pisau merah. Baru. Kecil. Tajam. MIL belikan.Mangga black gold. 5 biji semuanya.

Sambil buang kulit mangga.. 'Tak boleh jadi ni. Kena pakai peeler jugak ni. Pisau ni tajam. Sangat tajam. Untuk hiris isi nanti ok la. Nak buang kulit, kena jugak pakai peeler. Tak pe. Habiskan yang ni dulu. Sikit lagi je ni. Lepas ni ambil peeler. ok Ja gan lupa ambik peeler. ok'

Zassssss..!!

Mata pisau makan jari i, you!

Bleeding. 1 cm cut. Mangsa masih bernafas secara normal.

Naik atas. Sambar krim gamat.


I suka krim ni compared to minyak gamat. Sebab this one tak smelly. Berkesan untuk luka-luka ringan. Yang ni keluaran Sireh Lagenda Langkawi. Memang kalau Maryam menggaru sampai luka belakang paha dia, i sapu krim ni. cepat kering luka tu.

Produk ni mengandungi bahagian binatang tak? Of course laa! Dah gamat namanya..

I sapu krim gamat. Tunggi sampai meresap. Lena.

Bangun tidur. Teringat. Aaarghhh!! Ketam tak makan lagi! Mempelam pon tak makan lagi!!

Lapau...
*Luka di jari lekas sembuhnya.. 
luka di hati apa obatnya?*


Thursday 11 April 2013

Di Sebalik Erda

Dulu masa kecil, selalu tertanya-tanya 'Kenapa nama aku tak ada Nur/Nor/Noor/Nurul macam budak perempuan lain?'

Nama seketul je. Empat huruf.

Nama bapak mak aihh kemain panjang. Doblas huruf.

Mom told me that she would like to name me with Erdayana.

Maybe sekarang my nickname boleh jadi Ana, Yana, Daya, Dayana, Dada, Ya, Na. Instead of Edd.

Tapi alih-alih laki dia bawa balik birthcert, hilang dua suku kata yang terakhir. Dah la jadi nama Indon...

So mom started to call me Sayang. Malu I bila kena usik dengan kawan-kawan. As if I ni gatal sebab boy-friends semua panggil Sayang. Sampai ke primary school, baru I've been recognized according to my real name.

Primary school. I believed that Dad named me after the word Iradah (one of the Sifat 20). Macam root word kepada Iradah giteww! But I wrote my name in Arabic with 'ain ra dal alif. Sampai ke secondary school.

From 4 letters, friends in Uni simplify my name to Edd. By chance, I met this one Arab guy, a master student, staying at the same college in my Uni.

Cafe. He got a tissue and pen down my name in Arabic.

Alif (Hamza) Ra Dhod Alif Maqsura (Ya Tanpa dua titik)

"Your name is supposed to be Irdha, the root word is Radha, means Terima. Irdha is an order, Terimalah."

I sat for Arab Tinggi, ok, masa SPM dulu! I faham la yang Bahasa Arab ni Ada fe'el Madhi (past tense), Mudhori' (present tense) and Amar (arahan)

Tapi kenapa laaaa all this while I never ever realized yang I hidup selama ni atas nama/maksud yang silap? Ok, mom maybe tak tau sebab tak belajar Arabic. Tapi my dad ex KISAS kot..... And no one kat secondary school yang bagitahu, even ustaz ustazah yang ajar I'dadi, Kakak STAM pon. Yelaaa I was nobody to them pon.... Who cares?

Ok...Redha je la.. Terima je la... Untung juga ada makhluk tuhan yang sudi betulkan kesilapan doploh tahun tu..

Ok, nothing to do with that Arab guy. Sebab after all, Im still marrying an Arab guy! Half breed kowt..Pakistani lagi..! Keje I hari-hari Kari. Parpoo suda..

So..until now, kalau ada kawan yang panggil Sayang, they must be my childhood friends (masa age 7 and below, duduk Kuarters Risda Padang Rengas).

Kalau kawan panggil Erda, they must be my primary and secondary school. Terrmasuk la my Uni friends yang tak berapa rapat.

Kalau ada yang panggil Edd, they must be very close to me, since my Uni life (9th college, 11th college, 12th college) and my DPA girls.

Ok. Enough.

~~~~~~~~~~*miss the boat*~~~~~~~~~~
~~~~~~all's well that ends well~~~~~~


Wednesday 10 April 2013

Cerita Acne

Salam everyone.. Salam ukhuwah.. Salam 1Malaysia!

Wahh..dah tau tarikh penamaan colon and tarikh General Election yo! Akhirnya... Setelah setahun Parlimen dibubar.. Ok, bukan edd.khairi nak cerita pasal politik..hari ni nak cerita pasal acne. Tapi sebelum tu, tahukah anda bahawa di Muzium Negara ada mempamerkan artifak berupa dacing? Di situ ada dua jenis dacing. Satu Dacing India namanya dan satu lagi Dacing Cina. Dacing ini digunakan oleh para pedagang pada zaman tu. Kat bawah ni contoh Dacing Cina, ada sebelah je plate dan sebelah lagi pemberat.


Manakala Dacing India macam ni ghupenye..


Jadi, yang mana satukah pilihan hati? selingan je ni tau. tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati.

Ok, since edd.khairi nak story pasal acne ni, so kita teruskan.

Tadi Zila Mary Kay datang hantar spot-solution for acne. hah? Zila jumpa edd.khairi yang tengah kuarantin? Boleh ke? Boleh... Kejap tak apa. Bukan Ada body contact pon.. 29g harganya RM70.00


Sebenarnya acne yang naik banyak kat muka i ni sebab masalah hormon you! I dah stop DepoProvera so hormon tengah nak stabil. Lepas ni ok la teww..hendaknya pulak baru lepas RAI, so hormon akan jadik normal balik. Ok le nanti.. Tuan Syed kata bukan sebab skin care Mary Kay ni tak serasi dengan i tapi kulit i nak remaja semula! Dia cakap ngalahkan betul consultant!

At least i rasa motivated bila dia cakap macam tu. So sekarang I memang tak risau sangat pasal acne ni sebab memang buat masa ni dia akan breakout. Cuma I nak maintain so that dia lekas kecut and tak naik lagi at the same spot.

Sebenarnya acne ni jadi bila ada oil clog dalam liang kulit. Oh no! Adakah aku tak basuh muka? bukan macam tu.. I kan hyperthyroid sebelum ni..so badan ni sentiasa panas and kerap peluh. Gila kau tiap seploh minit nak cuci muka? So I kena guna blotter or oil matte supaya muka tak oily.

Acne spot Mary Kay ni dot kan je kat atas pimples termasuk pimples yang dirasa kan akan keluar. It will dry out the acne so kurang la pembentukan bakteria maka idak le parut tu macam kawah or macam gunung. Parut acne ni kalau rata and smooth je senang la sikit nak lighten kan dia.

Selain guna acne spot ni you all boleh try home remedies yang berasaskan bahan asidic contohnya perahan limau, perahan kunyit hidup, bancuhan likat soda bikarbonat, Dan juga toothpaste! Maknanya you all boleh try dot kan Colgate kat pimple. I dah try for 2 nights sebab tunggu Zila lambat, and it works!


Hasil toothpaste (bukan yang gel tapi yang paste white color tau) ni buat kan jerawat I kecut sikit and tak nampak berisi. Ni sebab kandungan mint dalam toothpaste ni dries out acne tu.

Tapi now dah Ada Mary Kay acne spot, so idak le edd.khairi teruskan guna toothpaste tu lagi..

Ok bubbye... Mak nak gi cuci muka and rasmikan acne spot ni.

Tataaaaa...!


Monday 8 April 2013

Radioactive Iodine

Salam everyone!

Lepas hantar Maryam and Mardeyah ke school pagi tadi, i dengan ditemani Tuan Syed straight away menuju ke Hospital Kuala Lumpur. Yeaahh! I'm ready yo..i'm ready for RAI yo..! (~pengaruh Rembau most wanted~). RAI tu stands for Radioactive Iodine untuk cure penyakit hyperthyroid.

Kalau you all semua nak tau, i ni diagnosed dengan hyperthyroid since February 2012. Anak bapak.. Atok Roslan dulu pon hyperthyroid jugak, so i antara anak-anaknya yang dapat penyakit ni  adik-adikku sekalian, better korang cek mana tau kot-kot korang pon ada jugak, and he went for RAI ni jugak untuk cure penyakit tu. 

Actually, Endocrine Putrajaya Hospital referred my case to HKL sebab after one year on Carbimazole (ubat anti-thyroid), i still kena makan high dose (highest dose is 40mg bersamaan dengan 8 biji sehari). Normally, kalau makan ubat dah setahun tu, makin lama makin kurang ke empat ke tiga biji sehari. Tapi i still makan enam ke lapan biji yo! Perut ni dah kembung ngan ubat setahun!

Di HKL ni, Jabatan Radiologi dan Onkologi yang ada buat prosedur ni. Since HKL ni besar dan banyak building, melilau la juga mata ni mencari building Radiology Department. First time kot.. Ok, building ni terletak dalam 40 meter dari Blok Utama (yang ada trauma & emergency). Berhadapan dengan Jabatan Kesihatan Pekerjaan.



Klinik Nuklear terletak di Tingkat 1.


Kat sini ni, kebanyakan pesakit yang datang adalah terdiri daripada pesakit cancer. Tadi makcik yang tunggu sebelah i tu bagitau dia dari Melaka, direfer ke HKL sebab breast cancer. I was like.. WHAT? CANCER? bukan apa.. sebab muka dia RELEKS je..! Tu la dianya you all..Allah turunkan sesuatu ujian kepada hambaNya yang benar-benar *mampu* menanggungnya sahaja..! Lepas tu lalu la pulak beberapa orang yang buat kemoterapi. Kepala botak, kening pon takde.. Insaf betul i tadi. 

Memula sampai Klinik Nuklear, I terus pergi register, tunjuk surat rujukan dari Hospital Putrajaya. I serahkan sekali result Thyroid Function Test (TFT ni ujian darah yang kita kena buat kalau nak tau kadar hormon tiroksin dalam darah) yang latest. And i serahkan sekali GL. Mind you, HRMIS belum fully applied di HKL ni. So, lebih baik you all yang gomen-gomen ni bawak siap-siap GL tu.

Tak lama lepas tu, my cue number dipanggil untuk jumpa doctor dulu. Bukan terus-terus pergi minum RAI tu. Sabar yek.. Doctor tanya background, sejarah penyakit dulu. Doctor interview macam-macam. Lepas tu, di explain cara-cara pencegahan radiasi. Berapa lama nak kuarantin. Untuk makluman you all, selepas minum RAI ni, pesakit mesti elak daripada bersentuhan atau berdekatan dengan orang awam especially kanak-kanak dan orang mengandung. Dalam tempoh seminggu la jugak kuarantin tu, so doctor bagi i mc 8 hari you! Tapi kena dok rumah je..tak boleh pegi jenjalan..

Kesan RAI ni ialah radiasi sebab iodine tu tak dihadam. Maknanya radiasi akan keluar dari badan i melalui perkumuhan seperti kencing berak, air liur basi, kahak, peluh jantan dan yang seumpamanya. So dengan ini, i tak boleh share sudu makan, cawan, botol air dengan sesapa pon termasuk dengan Tuan Syed. I tak boleh bersentuhan dengan sesapa pon termasuk Dedek. I tak boleh share toilet dengan sesapa pon, kalau terpaksa share, kena flush dua-tiga kali dengan lid nye ditutup. Precaution banyak sangat kan! I tak boleh share bantal, selimut, cadar, towel dengan sesapa pon! Dan yang penting i tak boleh dekat dengan sesapa pon dalam jarak 1 meter radius! 

~H U W A A A A....!!~ Macam i ni ada kudis buta tau!! 

Ye la..kan radiasi ni bahaya. Tumbesaran budak-budak boleh terencat kalau terkena radiation ni.

Ok. Lepas doctor dah puas hati yang i dah cukup pandai paham bab ni, dia suruh buat urine test (UPT) untuk confirm kan yang i tak pregnant. Sebab RAI tak boleh diberi kepada pompuan mengandung. Pastu, dia kata result UPT boleh tau pukul 2 petang. Alamak! time tu baru je pukul 10.30 pagi. 

So, lepas hantar sampel urine, Tuan Syed ajak i dating makan dulu. Lepas makan, kitorang pegi Muzium Negara dulu. Sempat you! Tengok le teww..bukan main tak sabo-sabo dia nak masuk muzium.


Bila dah pandai khatam bab Sejarah, kami meneruskan agenda ke Klinik Nuklear tu semula. Tuan Syed drop kan je i kat lobi, and dia pergi cari parking. Tepat jam 2 petang, i masuk klinik, terus dapat result UPT. Negative. Maknanya i memang tak pregnant dan i bole buat RAI detik itu juga.

Lepas dapat slip result tu, i kena ikut satu amoi staff tu ke Bilik 9 untuk minum iodine. Ni la bilik 9, tempat i menunggu nasib seterusnya.



Kat sini ada ditampal cara-cara untuk minum iodine.


Diorang letak ni mesti sebab sebelum ni ada banyak berlakunya kesilapan meminum iodine. Dah jadi apa ye sekarang ni masyarakat-masyarakat yang tersilap minum tu. Mutasi gen berlaku tak? Jadi transformers ke? Keluar sayap ke? Keluar bulu tajam-tajam kat muka ke?

Bila nama i dipanggil, i pon melangkah dengan gagah perkasanya masuk ke bilik kecik yang ada satu meja, satu kerusi, satu dinding penghadang. Kat sini i list down cara-cara minum iodine ni:

*Ambil satu straw yang disediakan (ala...straw yang korang minum teh ais tu la..)
*Letak straw dalam cawan yang disediakan (dalam cawan ada iodine yo!)
*Jangan pegang cawan atau pelapik yang ada (lepas letak straw tu, simpan tangan kat atas riba)
*Sedut cecair iodine sampai habis (sampai berbunyi macam korang habiskan air kotak tu..)
*Staff akan isikan air dalam cawan tu (korang tengok jek..jangan memandai nak cakap "no,thanks" or nak request "fresh orange satu!")
*Minum air tu guna straw tadi tu (jangan memandai nak pegang straw, pegang cawan, pegang lapik yang ada)
*Lepas habis, bangun dan minta permisi dari staff tu (jangan jadi rajin nak kemas cawan tadi tu or nak tolong hantar tray tu ke sink)
*Terus balik rumah bila staff tu kata "ok, boleh balik" (Jangan GATAL nak singgah KLCC ke nak pegi Pavvy ke..kena pang sedas baru tau!)

*sekadar ilustrasi*

Lepas dah habis minum iodine, i pon tersipu-sipu turun ke bawah menunggu Tuan Syed fetch Tuan Puteri ni kat lobi. Bila selisih dengan orang awam, i mula la macam 'Oh no....!Ketepi! Ketepi, you all semua! I nak mengeluarkan sinar Gamma Beta Alpha ni! Kalau tak nak terencat otak, 1 meter away from me, pleaseee...!'

Macam mana i balik? Once Tuan Syed sampai kat lobi, Tuan Puteri ni kena duduk at the back, corner. Maklumlah.. kereta i ni bukan MPV.. Tuan Syed boleh pulak buat lawak tanya i "macam naik teksi tak?" Haa, iye la sangat! Pastu boleh pulak dia complain "Alamak, badan abang terasa gatal-gatal la..!" Perli la teww...! Kita yang minum ni idak rasa apa-apa pon kat tekak, apatah lagi nak rasa gatal-gatal. Dia pulak beria-ia..!

Apa rasa ye iodine tu? Rasa dia macam air mineral. Air zam-zam pon kita boleh rasa payau nye kan? Ni langsung tak. Minum pon sikit je, seteguk dah habis. Ye laa..bukan segelas jumbo dia bagi. Kecik je.. 10 ml. macam kita makan ubat 2 sudu makan je pon..

Ada setengah orang rasa macam soar throat lepas minum tu, tapi very rare la.. Setakat ni, i tak rasa kesan yang obvious mana pon..cuma tadi kepala rasa pening sikit (sebab panas kot ~think positive). Lepas tu, sampai sekarang badan ni asyik berpeluh sakan. Doctor pesan suruh minum air banyak-banyak untuk kurangkan kesan radiadi. Tu yang masuk je teksi kereta tadi, terus i minum setengah botol air mineral. 

Ok, itu sahaja cerita Tuan Puteri berkenaan RAI untuk hari ini. Saat dan ketika i hapdate post ni, i sedang kuarantin you! Duduk rumah je la jawabnya..! I kan budak baik...tak nak sebarkan kesan radiasi ni kepada orang awam especially my beloved family. 

Sekian. Ilal liqa'..

~Mami yang mc 8 hari tanpa suami dan anak-anak~

*ada citer korea la kat tv9 sekarang ni! Hullamak aih..* <<<--jakun, dah lama tak tengok tv :-)

Saturday 6 April 2013

La Cucur

Hi everyone!

exhausted sangat semalam. Dengan kerja yang banyak, sebelum nak cuti panjang ni. Balik rumah punye le meluat tengok lauk dalam freezer yang tak luak-luak. Ada sotong, udang, ikan, ayam..semua tu beli 2-3 minggu sudah masa my in law nak datang. Sayur pon banyak tapi semua dah layu dah kuning sebab time tu kita beria-ia nak masak tapi depa lagi suka beli makanan kat luar.. tiap kali i pegang kuali nak masak depa larang tak bagi masak. last-last binatang dan tumbuh-tumbuhan tu terbiar je dalam peti ais. Tau-tau dah rosak.. bazir je kan!

Knowing that i tak boleh makan seafood minggu ni sebab nak buat RAI (radioactive iodine) untuk cure my hyperthyroid, idak le i sentuh seafood tu. Tapi semalam memang tak bole belah punye..tengok udang nampak macam seksi sangat, terus menjadi la i punye cucur udang..


Pantang tak pantang i peduli hapa. "Kalau sakit tu..haku..bukan engkorang". Meh mak nak share resipi cucur udang ngancam ni. Lembut di dalam rangup di luar. Tapi bahan-bahan ni you all pandai-pandai la agak nak banyak mana.

*Tepung Gandum (kadang i bedal je tepung superfine lebih buat kek)
*Serbuk penaik (baking powder)
*Telur (sebiji je kalau buat utk 5-6 org makan)
*serbuk kunyit
*garam 
*air sejuk
*udang (potong dua kalau besar)
*ikan bilis (tumbuk)
*bawang besar (dadu atau hiris)
*kentang (dadu sebiji/optional)
*kucai (potong seinci-seinci/optional)
*taugeh (optional)

kacau semua dalam satu bekas. Jangan cair sangat jangan likat sangat. Sebab tu i cakap masak ni kita kena agak-agak. instinct. Lepas tu panaskan minyak. Masa nak senduk kan bancuhan dalam kuali tu, goyang-goyang sikit sudu/senduk tu so that dia akan membentuk kerak-kerak yang rangup di tepi. Lepas dah nampak garing, angkat dan tos. Lepas tu makan la sampai menjilat jari..


Hari ni pagi-pagi dah keluar pergi Hospital Putrajaya sebab nak collect result Thyroid Function Test (TFT) yang i buat last monday. Since hari ni Saturday and clinic pakar tutup belaka, maka idak le sesak hospital tu. We all breakfast dulu dengan amannya di PakTam Kafe sebelum gerak ke Kajang meneruskan program sukat jalan. 



Sebenarnya i memang dah call my colleague, Kak Mala, nak tanya pasal kitchen cabinet yang dia buat. Dia mention nama Unity Kitchen. Tup-tup atas jalan i ternampak lori ni. Terus la follow. 

I sebenarnya tengah survey KC, walk in wardrobe, shoe cabinet, tv display, shower screen, shower set..angan-angan nak pasang kat rumah baru (~verangan je kot..~)

Ramai yang cakap kalau nak beli benda-benda ni kena rajin pegi survey. Tu la pon yang i buat sekarang ni..takat survey dalam internet, i tak reti sangat sebab tak boleh pegang, tak boleh belek.

Macam tadi haa..my girls bukan main seronok main tap kat kedai Bath Maven Kajang. Ye la..selain dari kita boleh belek, kita bole minta advice orang kedai tu. Bukan la kata kita ni masuk kedai dia kita wajib terus beli. Dia pon paham laa..

Banyak lagi nak survey ni..dengan lampunye lagi.. fan lagi.. i dah bole bayangkan yang my coming weekends akan habis di kedai dan ulang alik ke Bandar Enstek.

~sigh~

Monday 1 April 2013

Bila mami mc..


Salam pagi everyone!

Sabtu lepas ada la sikit cerita. Majlis akikah 7 budak kecik. Ammar Fahim dan Darwish (anak Kak Yong), Faiz (anak Abg Nyah), Zayyan (anak Along), Danny (anak Kak Cik), Izuddin (anak Aljo). Sorang lagi numpang sekaki, Adik Yah (anak Tuan Syed). Alkisah Mardeyah ni belum la diakikah kan lagi. Time Maryam dulu, bukan main abis je pantang terus nak buat majlis akikah. Excited kot time tu anak first.

Bukan la tak excited dengan Adik Yah. Tapi masa abis pantang tu, Maryam pon kecik lagi. Masa tu tak pandai nak manage 2 babies at one time. Diorang ni gap setahun kan...


Sekarang dah besar sikit (4 years dah kan..) dah pandai bedikari. Makan pon sendiri...


Yang ni pulak ntah nape hari tu asyik nak berkepit je dengan mak dia.


Ni Ammar Fahim, antara pengantin yang diraikan. Tengok le keje 2 anak dara di belakang tu. Membongkar kotak mainan and mula la..feels like home..!


Zahin Shah. Adik dia juga diraikan pada majlis tu. Yang ni happy go lucky je dia. Buat hal sendiri. Ke hulu ke hilir dia mencari keje. Orang kata, badan dia ni macam badan i masa kecik-kicik. bulun giteww!!. Haa..yang ni adik dia..Zayyan, pengantin baru.


Ummi depa ni pandai masak you! Kalau nak order kek...cookies..wwaah..nanti i promote cookies dia time nak raya ok!


Pagi tu ada marhaban untuk 3 pengantin baby. Gabungan kumpulan marhaban Talang Hulu, Taman Bunga Raya, and Jelapang. Tu ada sikit selit gambo Izzuddin Shah dengan mak dia Julia Robert..hihikhikhi... Tepi dinding tu Adik Yah berkepit dengan Oma dia. Kan i dah cakap..Adik Yah asyik nak bekepit je time ni..

Gambaq Danny, Darwish, Faiz, tak dan nak snap. Sebabnye anak dara i yang tua tu sebok nak ganti baju Barbie and nak potong kek birthday dia. Thanks to Angah, Intan, Ma, atas titik peluh ke hulu ke hilir menumpangkan agenda potong kek Maryam pada majlis tu.


Ni la bufday girl...Maryam..Princess of the day! Besar dah anak dara mak ni...

gambo kek pon tak dan nak snap. dah kan anak dara ni buat sentap dia time potong kek. ditorehnya kek princess tu..ditorehnya puding karamel yang mak dia buat (kredit utk diri sendiri,boleh?)...melalak uwa uwa uwa tengah-tengah orang nak mak dia dukung.

Dah la dengan matahari atas kepala..berpoluh den time tu dukung nak pujuk dia. Haa! Amacam? Berani ke nak beranak? Kalau yang macam ni kita tak bole sabar..jangan menggatal nak kawen ok! (pesanan buat anak dara di luar sinun..)

Terima kasih untuk makcik pakcik ku serta sepupu sepapatku yang menganjurkan majlis ni. Thanks to tukang masak Rendang Tok. Thanks to Atok Roslan (bapak i le) and the team yang tumbangkan lembu. Thanks to all yang terlibat secara langsung ataupun tidak sepanjang majlis akikah ini. Kita kenduri lagi next time lepas mak Damia beranak ok!

Ok sekian saja dari mak maryam. ilal liqa..

~mak yang mc di hari senayan~