Nuffnang

Monday, 6 July 2015

Jubah Kanak-kanak Mamayayazone

InsyaAllah tahun ni turn beraya kat Penang. So dah bertahun-tahun kahwin ni, kalau raya di Penang memang tak nampak sesiapa pun yang pakai baju melayu di Kampung Syed, semuanya berjubah, kecuali husband my SIL. Maknanya apa tu? Pertama, husband my SIL tu memang akan kelihatan lelaki Melayu sejati dalam kalangan lelaki Arab sejati. Keduanya, nak bagitahu kalau turn beraya di Penang, memang tak payah lah belikan Tuan Syed baju melayu (lepas tu dia boleh complain kat i baju melayu dia sikit - bila ada function di office kena ulang-ulang baju melayu yang sama - hangin je mak). 
Lepas tu hari tu dia pesan, untuk Little Abdullah pun belikan dia jubah juga this year, tak payah baju melayu. Terus i rasa black out sebab i memang tak berkenan dengan design jubah kanak-kanak yang banyak jual kat kedai-kedai Paksitan tu. Sebab the colors and design really turn me off - dull, kusam, lebam, sembap, design yang stereotype dengan sulam-sulam yang sangat typical *tepuk dahi*

Budak-budak haruslah tampil dengan warna yang ceria-ceria. Barulah nampak comel. Ini kalau dah warna pun kusam lebam, nampak macam budak comot,kan? Eh, ke i sorang je yang rasa macam tu? Lepas google jubah kanak-kanak, jubah baby, i terjumpa www.mamayayazone.com. Lepas tu tengok, dia ada butik di Bangi Gateway. Terus laju mak ke sana cepat-cepat takut nanti habis saiz untuk design yang cantik-cantik. Itupun saiz dah agak limited. Actually kat MayaSS pun ada jubah budak lelaki yang comel-comel dengan colour yang luar biasa tapi waktu i pergi tu banyak saiz dah habis. 

Memang rasa puas hati sangat dapat sehelai jubah Morocco yang 'berwarna' untuk my little Abdullah. Harga pun not bad, below seratus je. Cuma saiz je...bila balik rumah test kat badan dia, singkat sikit. Alahai...tinggi juga rupanya anak teruna i ni. Ke sebab perut dia buncit? Hahahahh! Tapi takpe, labuh-labuh sangat pun, buat sakit mata je tengok dia menyapu lantai dan terpijak-pijak sambil berjalan.



Takpe dik, kalau awak meninggi dengan cepat sekalipun, jubah ni esok-esok tukar hak milik kepada adik baby pulak...insyaAllah.

Thursday, 2 July 2015

33 weeks pregnant

This is me, with my 33 weeks pregnant belly.

Angle lain pulak.


Masih boleh ke office pakai baju kurung-please note this is my last baju kurung yang masih muat. Yang lain-lain tu, menangis nak pakai sebab kain dah tak boleh nak kancing. Yang ini pun, i need to extend the hook guna getah kain. Nak zip, memang tak lah, kan...

Tak pernah kasi pose perut macam ni. Tapi nak juga letak di sini sebagai kenangan. Mana tahu kalau-kalau lepas ni dah tak dapat mengandung lagi :-(

33 minggu. 
Masih dapat puasa penuh - Alhamdulillah. 
Walaupun berjalan dah macam penguin tua.

So far, my previous pregnancy, semuanya ada masalah postion baby. Maryam and Abdullah transverse lie-head down at the very last minute. Mardeyah pulak breech and i buat ECV. Ketiga-tiganya ada risiko i nak kena c-sec, tapi Alhamdulillah akhirnya i ended up dengan normal delivery juga. This time, tak tahu nak kata. last week check up, head down position. Tapi, sekarang ni, kejap-kejap i rasa dia kicking di merata-rata tempat as if dia berpusing-pusing. 

Rabbi yassir wa laa tu'assir.

Thursday, 25 June 2015

Labu & Baung

Sedar tak sedar dah seminggu dah puasa. Hari Selasa pergi check up, dengan bangganya declare pada Dr.Kham "saya dah dapat lima hari puasa penuh!", macam budak-budak sangat. Ye lah, sebab dengan perut yang semakin memboyot dan melurut ke bawah ni, berjalan pun rasa ketat semacam especially area pinggul. Solat pun dah tak lalu nak sujud, tiap kali bangkit balik tu terpaksa push dengan tangan dan segala otot perut rasa nak tersembul keluar, kadang sampai terkencing-kencing masa nak bangun berdiri. Dugaan sungguh mengandung kali ini. Berat tidak naik mendadak tapi perut ni rasa penuh dan berat semacam, macam dah tak ada ruang yang boleh kita expand lagi. Berat baby semasa 31 week mencecah 2.0kg, equals to berat baby at 33 weeks.

Sekarang tengah flu pulak. Memang tiap kali mengandung, flu akan makin menjadi-jadi di penghujung pregnancy. And then, suuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuusah nak recover. So, hari tu telan jugak Loratadine, then i bantai tidur nearly five hours kat office macam sleeping beauty, tak sedar apa-apa. Tapi, Dr.Kham bagi permission untuk terus ambik Loratadine (Clarityn) sampai sembuh, cuma badan akan jadi flat sangat-sangat. So, Dr.Kham bagi cuti suruh i rehat for two days. Tapi, berehat di rumah golek-golek badan pun susah nak lena betul macam di office :-) sebab ada trio di rumah yang perlu diberikan attention.

Bila dah tak tidur, mula fikir juadah berbuka. Teringat dalam freezer ada lagi ikan baung enam ketul. Jadi, selamat digulaikan seperti biasa, tak ada terung, tak ada kacang kelisa, tak ada peria- cuma ada pegaga liar di kebun sebagai rencah kepada gulai lemak i ni. Boleh je... asalkan gulai lemak tak bogel - nanti kena kutuk dengan Chef Wan. 


Lepas tu tekak terasa nak makan puding labu. Masa i kecik-kecik dulu, Oma selalu buat kuih ni. Dia akan gunakan labu sebiji, potong cantik-cantik kat tampuk tu untuk jadikan penutup, siap ada ukir-ukir macam hidangan pengantin. Tapi, dalam fridge ada separuh saja, baki buat masak lemak kuning hari tu. Jadi la...mana nak dapat kuih ni di bazar ramadan. 

Bahan-bahan puding- santan, telur, gula perang, sedikit tepung jagung (kacau sebati and masakkan sekejap atas api), lepas tu masukkan dalam labu yang dah dibersihkan dan dibuang bijinya. Lepas tu kukus sampai labu tu lembut. Bahan-bahan ni terpulang kepada tahap kelikatan yang diinginkan. Kalau suka dia macam cair-cair and melt dalam mulut macam puding telur, jangan letak banyak tepung tu. Tapi, kalau nak hidang cantik terpotong atas pinggan, elok lah keras sikit macam tahap puding roti supaya senang nak potong. Tapi, untuk makan anak beranak, semua sudu dalam sebiji labu ni je. Pakat kaut ramai-ramai macam orang makan nasi dalam talam tu.

Sebelum kukus.

Selepas kukus. Nampak tak kesan tusukan tu? Melampau betul tukang masak ni.

Tapi, yang makan cuma i dengan Little Abdullah je. The sisters tu, pandang aje tanpa ada apa-apa perasaan teruja ke apa ke.

Hari Isnin lepas, i ada order lauk berbuka kat Puspanita office ni. Menu hari tu ayam percik dengan asam pedas ikan kembung. Sedap ayam percik dia, budak-budak memang suka - Maryam makan nasi gaul dengan kuah lemak ni saja. Gaya Kelantanese masak- kuah manis.


Asam pedasnya ok la secukup rasa. Cuma bendi tu tak cukup untuk i. Nasib baik kat rumah ni tak ada orang kaki berebut bendi dengan i.


Cuma setakat ni, Mardeyah je yang berjaya sahur. Tapi, belum apa-apa, dia dah repeat balik sahur dia pada jam sepuluh pagi.

Dia memang berpegang kepada stand dia,

"Five years tak payah puasa!"

Sunday, 21 June 2015

There Goes My Weekend

Pagi tadi, godek-godek fon, terjumpa gambar ni. Sebelum Ramadhan tempoh hari, dapat temankan Tuan Syed ke IOI City Mall. Lunch time yang sangat singkat tapi memang puas sebab dapat makan Nando's dan i opted for half chicken semata-mata with single side dish. Sebab memang berhajat nak jadi karnivor je on that day. I chose extra hot supaya the taste tak boring sangat and tambah dengan ginger chili dip. Refreshed with peppermint iced tea then. Wah, balik office sendawa berlumba-lumba. To me, Nando's tetap wins compared to Kenny Roger's. Huwaaaa...pagi-pagi dah cerita pasal food.


Sambil tunggu order, Tuan Syed buat magic berlari-lari ke Adidas membeli selipar. Hoihh..kalau i, takde maknanya tengah tunggu order nak pergi shopping benda lain. Sebab i tend to intai-intai benda lain, belek-belek, banding-banding harga, pegang satu ni nampak pulak yang lain lagi cantik, telek-telek semula, sampai laaa puas hati baru i decide nak bayar. Itu pun dia nak singgah beli jam. I kata, makan dulu lepas tu kita singgah la kedai jam. Nasib yang ni dia dengar cakap i.

Since 1st Ramadhan lagi, semua sibuk update tentang makan. Di office bercerita juadah sahur, juadah berbuka, ration seminggu. I je agak tak peduli sangat. Tapi, 1st day puasa hari tu, traffic memang like crazy. I tak balik awal, balik macam biasa, 5.30pm. Tapi, jalan masih jammed eventho ramai yang dah balik awal. Sampai rumah on 7.10 pm. Reheat bubur Little Abdullah and ambil telekung then off to the nearest Masjid. Selisih dengan Tuan Syed, dia cakap berbuka di rumah, makan je apa yang ada. Sampai je rumah azan dah pun "haiya 'alas solaah.." terus rasa nak nangis. Sebab teringat masa kecik-kecik dulu time ni dah ada kat meja makan, air sejuk segelas depan mata. Ini baru nak masuk rumah, baru nak selongkar fridge, tengok apa yang boleh dimakan. 

Ada le air kotak, ada coklat, nugget KFC dah empat hari, bubur nasi, haiwan and tumbuhan yang mentah. Tuan Syed beli honey chicken wing untuk Mardeyah. Sob~sob~sob.  Nak nasik... (lap air mata). Terus selinsing lengan, masak nasik, sambal petai, goreng pekasam, tumis kacang buncis. Jadi la...janji, nasik. Lepas tu makan macam kan orang penat balik dari bendang.

Jumaat, berbuka dengan durian. I masak sikit labu masak lemak kuning and goreng ayam. Sebabkan sempat singgah pasar lepas meeting petang tu, dapat la beli serba serbi bahan basah. Baru otak ni berjalan sikit nak fikir apa yang nak dimasak. 

Sabtu, 3rd day of Ramadhan, was a super busy day for us. We ran an errands. Pagi lagi dah ke GA ada Report Card Pick Up Day. Alhamdulillah, the sisters doing good in school. We don't expect too much. We don't expect them to be super duper genius. Lagipun, GA does not implement exams on students. They are evaluated solely based on their participation in class. Tapi, dalam tak kesah tu, Tuan Syed dok jeling-jeling juga students progress sheet yang teacher pegang. Kot la anak dia tercurut ke. Kiasu jugak...!

After RCPD, singgah carwash, pergi SengHeng to get a deep freezer - memandangkan banyak sangat haiwan exotic sampaikan freezer dah tak muat. Ok, deep freezer came with juice handy blender and toaster-not for free :-) Blender tu idea that health conscious man, toaster tu idea wanita kuat makan. Sampai rumah, i ada DIY project - mission dah tertangguh for a few weeks, need to be done before Raya or else, i will tadah telinga menjawab soalan-soalan tetamu 'apa tu?' Later will put up an entry on it. Ini kerja gila sangat. Hajat besar, tapi tenaga sikit - buat pun sambil mulut tak berenti zikir 'penat~penat~letih~letih'.

Tuan Syed keluar lagi tengah-tengah panas tu, pergi hantar another car ke carwash. Dah berapa bulan entah tak cuci, maklumlah...kereta tu adalah our removing pantry, removing cinema, removing changing room, and what not. So, setakat jumpa tulang ayam, sosej tergolek tu, perkara biasa. Kalau orang naik kereta i, i pesan siap-siap, close your eyes, pretending you don't see anything.

Masak-masak gone! Menu tunjuk-tunjuk je. Tengah berbuka puasa, ada orang datang nak service aircond. Sempat siap satu je dulu, the rest dia sambung nanti. Malam, pergi carwash to pick up my baby - waahhh..super shining, in and out. Drove back home pun penuh berhemah je like a new car yang baru keluar dari kedai.

Ahad, 4th day puasa. Mak buyung masih mampu berpuasa. Tapi, hari ni ada potluck iftar at my BIL's place. The hubby requested this Rendang Kijang. The wifey complied. After two hours mengacau rendang, jalan pun terhincut-hincut sebab sakit tumit. Daging kijang memang super sedap compared to pelanduk. Fine texture, juicy. I buat rendang pedas.

Untuk sekilo daging, i guna about 15 biji bawang merah, seinci halia, sesudu biji ketumbar, seinci kunyit hidup (blend semua), semangkuk kecil cili kisar, sesudu kerisik, dua kotak santan (tak ada fresh santan - so sangat mencabar nak bagi dia pecah minyak sebab knowing santan kotak memang susah nak pecah minyak), then hiris nipis-nipis tiga empat helai daun kunyit, tiga empat batang serai, tiga empat helai daun limau purut.

Masukkan daging and bahan-bahan finely blended ke dalam kuali, campur cili then guna apa sederhana besar masakkan sampai kering air. Lepas tu, tambah santan and kerisik and a pinch of salt. Kacau sampai sebati and kuah tu kering. Once pecah minyak, tutup api. 
 
Verdict: This will take you about two hours *insert cry here*    

But don't worry, sambil-sambil mengacau, buat la dua lauk lain- yang ini ration untuk waktu-waktu kecederaan nanti. Goreng ayam then asingkan untuk dua jenis lauk - satu ayam goreng berlada and satu lagi ayam masak kicap. Dari kecik, dua lauk ni memang boleh masuk tekak i time sahur. 

Lepas pack, i freeze them. Nanti dah sampai deef freezer baru, boleh vary kan lagi ration ni untuk stok dua minggu pulak.   


Updates on anak-anak berpuasa. Nanti lah. Lagipun, anak-anak i kecik lagi, memang belum ada unsur paksaan lagi di sini. Puasa pun yang yok je. Sahurnya jam tujuh, berbuka jam satu on the 1st day.

Sahur jam lapan, berbuka jam lima on the 2nd day. Kesian, waktu dia bukak puasa tu, macam tak pernah jumpa makanan. Mardeyah, awal-awal lagi dah declare "five years tak payah puasa".

Little Abdullah, satu tahun dua bulan - keluar taring sepasang dan geraham atas sepasang. Total numbers of gigi dia sekarang is twelve. Sekali dia gigit, boleh berdarah tau - i cakap sebab i dah kena, berbisa je sampai sekarang.


Satu tahun empat bulan nanti, insyaAllah dah jadi abang dah budak ni. Sekarang ni respon terbaru dia ni, semua benda nak report. Asal kakak nangis, kakak buat dia, dia nak report (tapi in his own language laaa). Nak mintak something pun, dia boleh sampaikan dalam gaya nak bercakap.

Keep it up, son!

Monday, 15 June 2015

Dah Beli Baju Raya?

Gila apa soalan kat atas tu. Puasa pun belum. Tapi, memang pun, semua tailor dah takmau ambik tempahan dah sekarang ni. Tu lah ruginya jadi wanita tak pandai menjahit. Tapi i boleh menjahit cuma nak kata pandai tahap ambik upah tu, statement yang agak melampau kot. Setakat jahit sarung tilam sarung bantal, baju kurung biasa boleh la. Cuma i perlukan mesin jahit ala-ala Juki ke.. yang ada kat rumah ni, dah berapa kali hantar repair, asyik la jammed dia punya tempat letak sekoci tu. Tak tahu apa masalah. Dah janga  cakap banyak. Itu pun bukan i punya. Dipinjamkan oleh in law. Shtt...melampau betul menantu sorang ni.

Dari dulu i selalu stress pasal baju raya. Tapi lately, apa nak jadi hal. Baju takat pakai kat badan, paling-paling orang puji cantik and tanya beli kat mana je. Tak ada nye dengan pujian tu, badan tiba-tiba jadi slim ke..muka tiba-tiba jadi glowing ke. Nipu la tu.

In fact, pernah ada satu tahun tu i tak beli langsung baju raya. Betapa tak kesah sangat. Janji baju anak-anak ada.

Tapi this time, tak tau kenapa mengidam sangat nak pakai jubah kaftan batik time raya nanti. Pernah beli satu. Yang satu tu lah ulang pakai berkali-kali.

Memandangkan raya kali ni raya dengan perut memboyot, harus lah tak pakai baju kurung. Maternity dress pulak macam tak berapa melekat di hati. Jubah pulak memang banyak design, boleh lah cari sehelai dua untuk raya kedua and ketiga - eh melampau kau! Tapi yang kaftan batik ni nak jugak untuk raya first.

Masa pergi Kelantan last week, tak jumpa design yang cantik. To me, batik Terengganu lagi win kot. Sebab tu corak batik Kelantan asyik la tak kena di mata. Warna garang-garang belaka. Lepas tu, corak digital. Hmmm..can not - macam tak ada seni pun iye jugak. Mati la bagi statement macam ni. Just my two cents ok. Tapi ada dua pasang batik Kelantan belum berjahit lagi. Hihihikk! Ada jugak... tunggu lepas bersalin la kita tempah -mana tau kot kot time tu kurus ke..berangan!

Tiap kali i google, i suka tengok corak-corak batik kaftan yang macam ni.




Simple tapi sangat artistik. Cuma yang jual kat sini semua nya mahal-mahal. Minggu ni dah nak puasa...takkan nak ke Ganu pulak. RM~RM~RM

Jom la kita mimpi. Kot-kot esok ada orang nak ke Ganu, boleh kirim se.

Saturday, 13 June 2015

Nasi Separa Kerabu: cubaan kedua

Cuti sekolah is coming to an end. Setakat ni, cuti sekolah doesn't mean so much to me because anak belum bersekolah. Sekadar tadika tu, mami give discount ok! 

Cuti sekolah sangat sinonym dengan jammed, hotel yang fully booked, restoran penuh, all tempat tumpuan pelancong pun crowded, kedai penuh, tempat parking pun congested. Tak apa. Cuti sekolah kita let them cuti and penuhkan pelosok negeri. Kita cuti and go jalan-jalan di kala orang lain bersekolah. 

Lagipun, cuti sekolah kali ni both mami and walid kena outstation. So walid hantar the sisters ke Penang and little Abdullah to Kuala Kangsar. As far as i ingat, that was the very first time Abdullah kena tinggal alone, without mami and walid. Pity him...sampai demam-demam dia because we were not around. 

And today, masih di rumah for housekeeping session pulak. Baju tiga bakul, kebun sekangkang kera merimbun dengan rumpai liar. Kasar dah tangan ni... tak macam tangan kerabat diraja-recently terserempak dengan kerabat sultan and since everybody in my team bersalam cium tangan with them, so did i-alahai...lembut halus muluuuuuus je tangan. Untunglah... 

Kita ni semua buat sendiri - sekalipun sambil bertempik, kadang sambil nangis keluar air mata campur peluh. 

Malam tadi buatkan bubur nasi for the trio since little Abdullah masih tak sihat-sore throat batuk and demam. Sambil tu i was craving for selera pantai timur. Buat la sikit nasi kerabu. Errkkk...no, i malu nak panggil nasi kerabu sebab i just guna whatever tumbuhan and haiwan yang ada dalam rumah je. So, jadi la nasi separa kerabu pun...



I tak buat sambal dia. So nak tambahkan pedas, campurkan siap-siap cili padi dalam budu ni.

Ok, kobis taugeh daun selum i tak ada. Ada kacang buncis and pegaga je. That will do...

Ada sikit daging salai. Jadi la..

Tak punya telur masin. Tapi ikan pekasam ada lebih dari sekilo. Boleh la...

Ini lagi malu. Tak ada pokok telang. So, artificial je la...

So, jadi lah dengan nasi separa kerabu. Buat melayan tekak sendiri. Makan pun seorang diri je. Sebab my other separa balik lewat malam tadi. Nasi kerabu ni nampak simple tapi renyah yang amat-ibarat orang yang nampak biasa tapi bangsa yang sangat complicated.

I dibawa ke Rantau Panjang. On the way nak balik ke airport, we singgah di villa ni-local people kata serunding dia sangat sedap. Villa nya humang ai.. macam dalam filem hindustan!


Tapi sampai je, serunding habis... so tak dapat la i nak mengesahkan kesedapannya.. next time datang boleh cuba nasib.

Pergi dari rumah ke rumah mencari serunding buat memenuhi kiriman kawan-kawan. Tapi mostly habis diborong. Penyakit cuti sekolah yang i tak berapa berkenan.

So kita balik tangan kosong je. Sebab dalam hati ni terfikir pasal little Abdullah je...

Ni gambar lama. Minggu bila entah tak ingat. Ada wedding invitation. Dia buat kat De Palma Ampang. Friday. 

We went straight away dari ofis. Gigih bawa baju bawa towel bersiap-siap dari ofis. 

Dress code-jubah atau batik. Sangat confusing. So, Tuan Syed pun pakat dengan uncle dia nak pakai jubah. Kurang-kurang kalau salah interprate arahan tu, tak ada lah malu sorang-sorang!










I tak kenal pengantin ni. Whatever pun, congrats to the pengantin-very young, both of them baru 18ys old! And the father in his speech that night merasa bangga dapat kahwinkan anak-anaknya pada usia yang sangat muda. Untunglah...

Ini laku anak-anak...pergi kenduri sampai tertidur. Anak lah anak...