Nuffnang

Sunday 21 June 2015

There Goes My Weekend

Pagi tadi, godek-godek fon, terjumpa gambar ni. Sebelum Ramadhan tempoh hari, dapat temankan Tuan Syed ke IOI City Mall. Lunch time yang sangat singkat tapi memang puas sebab dapat makan Nando's dan i opted for half chicken semata-mata with single side dish. Sebab memang berhajat nak jadi karnivor je on that day. I chose extra hot supaya the taste tak boring sangat and tambah dengan ginger chili dip. Refreshed with peppermint iced tea then. Wah, balik office sendawa berlumba-lumba. To me, Nando's tetap wins compared to Kenny Roger's. Huwaaaa...pagi-pagi dah cerita pasal food.


Sambil tunggu order, Tuan Syed buat magic berlari-lari ke Adidas membeli selipar. Hoihh..kalau i, takde maknanya tengah tunggu order nak pergi shopping benda lain. Sebab i tend to intai-intai benda lain, belek-belek, banding-banding harga, pegang satu ni nampak pulak yang lain lagi cantik, telek-telek semula, sampai laaa puas hati baru i decide nak bayar. Itu pun dia nak singgah beli jam. I kata, makan dulu lepas tu kita singgah la kedai jam. Nasib yang ni dia dengar cakap i.

Since 1st Ramadhan lagi, semua sibuk update tentang makan. Di office bercerita juadah sahur, juadah berbuka, ration seminggu. I je agak tak peduli sangat. Tapi, 1st day puasa hari tu, traffic memang like crazy. I tak balik awal, balik macam biasa, 5.30pm. Tapi, jalan masih jammed eventho ramai yang dah balik awal. Sampai rumah on 7.10 pm. Reheat bubur Little Abdullah and ambil telekung then off to the nearest Masjid. Selisih dengan Tuan Syed, dia cakap berbuka di rumah, makan je apa yang ada. Sampai je rumah azan dah pun "haiya 'alas solaah.." terus rasa nak nangis. Sebab teringat masa kecik-kecik dulu time ni dah ada kat meja makan, air sejuk segelas depan mata. Ini baru nak masuk rumah, baru nak selongkar fridge, tengok apa yang boleh dimakan. 

Ada le air kotak, ada coklat, nugget KFC dah empat hari, bubur nasi, haiwan and tumbuhan yang mentah. Tuan Syed beli honey chicken wing untuk Mardeyah. Sob~sob~sob.  Nak nasik... (lap air mata). Terus selinsing lengan, masak nasik, sambal petai, goreng pekasam, tumis kacang buncis. Jadi la...janji, nasik. Lepas tu makan macam kan orang penat balik dari bendang.

Jumaat, berbuka dengan durian. I masak sikit labu masak lemak kuning and goreng ayam. Sebabkan sempat singgah pasar lepas meeting petang tu, dapat la beli serba serbi bahan basah. Baru otak ni berjalan sikit nak fikir apa yang nak dimasak. 

Sabtu, 3rd day of Ramadhan, was a super busy day for us. We ran an errands. Pagi lagi dah ke GA ada Report Card Pick Up Day. Alhamdulillah, the sisters doing good in school. We don't expect too much. We don't expect them to be super duper genius. Lagipun, GA does not implement exams on students. They are evaluated solely based on their participation in class. Tapi, dalam tak kesah tu, Tuan Syed dok jeling-jeling juga students progress sheet yang teacher pegang. Kot la anak dia tercurut ke. Kiasu jugak...!

After RCPD, singgah carwash, pergi SengHeng to get a deep freezer - memandangkan banyak sangat haiwan exotic sampaikan freezer dah tak muat. Ok, deep freezer came with juice handy blender and toaster-not for free :-) Blender tu idea that health conscious man, toaster tu idea wanita kuat makan. Sampai rumah, i ada DIY project - mission dah tertangguh for a few weeks, need to be done before Raya or else, i will tadah telinga menjawab soalan-soalan tetamu 'apa tu?' Later will put up an entry on it. Ini kerja gila sangat. Hajat besar, tapi tenaga sikit - buat pun sambil mulut tak berenti zikir 'penat~penat~letih~letih'.

Tuan Syed keluar lagi tengah-tengah panas tu, pergi hantar another car ke carwash. Dah berapa bulan entah tak cuci, maklumlah...kereta tu adalah our removing pantry, removing cinema, removing changing room, and what not. So, setakat jumpa tulang ayam, sosej tergolek tu, perkara biasa. Kalau orang naik kereta i, i pesan siap-siap, close your eyes, pretending you don't see anything.

Masak-masak gone! Menu tunjuk-tunjuk je. Tengah berbuka puasa, ada orang datang nak service aircond. Sempat siap satu je dulu, the rest dia sambung nanti. Malam, pergi carwash to pick up my baby - waahhh..super shining, in and out. Drove back home pun penuh berhemah je like a new car yang baru keluar dari kedai.

Ahad, 4th day puasa. Mak buyung masih mampu berpuasa. Tapi, hari ni ada potluck iftar at my BIL's place. The hubby requested this Rendang Kijang. The wifey complied. After two hours mengacau rendang, jalan pun terhincut-hincut sebab sakit tumit. Daging kijang memang super sedap compared to pelanduk. Fine texture, juicy. I buat rendang pedas.

Untuk sekilo daging, i guna about 15 biji bawang merah, seinci halia, sesudu biji ketumbar, seinci kunyit hidup (blend semua), semangkuk kecil cili kisar, sesudu kerisik, dua kotak santan (tak ada fresh santan - so sangat mencabar nak bagi dia pecah minyak sebab knowing santan kotak memang susah nak pecah minyak), then hiris nipis-nipis tiga empat helai daun kunyit, tiga empat batang serai, tiga empat helai daun limau purut.

Masukkan daging and bahan-bahan finely blended ke dalam kuali, campur cili then guna apa sederhana besar masakkan sampai kering air. Lepas tu, tambah santan and kerisik and a pinch of salt. Kacau sampai sebati and kuah tu kering. Once pecah minyak, tutup api. 
 
Verdict: This will take you about two hours *insert cry here*    

But don't worry, sambil-sambil mengacau, buat la dua lauk lain- yang ini ration untuk waktu-waktu kecederaan nanti. Goreng ayam then asingkan untuk dua jenis lauk - satu ayam goreng berlada and satu lagi ayam masak kicap. Dari kecik, dua lauk ni memang boleh masuk tekak i time sahur. 

Lepas pack, i freeze them. Nanti dah sampai deef freezer baru, boleh vary kan lagi ration ni untuk stok dua minggu pulak.   


Updates on anak-anak berpuasa. Nanti lah. Lagipun, anak-anak i kecik lagi, memang belum ada unsur paksaan lagi di sini. Puasa pun yang yok je. Sahurnya jam tujuh, berbuka jam satu on the 1st day.

Sahur jam lapan, berbuka jam lima on the 2nd day. Kesian, waktu dia bukak puasa tu, macam tak pernah jumpa makanan. Mardeyah, awal-awal lagi dah declare "five years tak payah puasa".

Little Abdullah, satu tahun dua bulan - keluar taring sepasang dan geraham atas sepasang. Total numbers of gigi dia sekarang is twelve. Sekali dia gigit, boleh berdarah tau - i cakap sebab i dah kena, berbisa je sampai sekarang.


Satu tahun empat bulan nanti, insyaAllah dah jadi abang dah budak ni. Sekarang ni respon terbaru dia ni, semua benda nak report. Asal kakak nangis, kakak buat dia, dia nak report (tapi in his own language laaa). Nak mintak something pun, dia boleh sampaikan dalam gaya nak bercakap.

Keep it up, son!

No comments:

Post a Comment