Sekarang tengah flu pulak. Memang tiap kali mengandung, flu akan makin menjadi-jadi di penghujung pregnancy. And then, suuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuusah nak recover. So, hari tu telan jugak Loratadine, then i bantai tidur nearly five hours kat office macam sleeping beauty, tak sedar apa-apa. Tapi, Dr.Kham bagi permission untuk terus ambik Loratadine (Clarityn) sampai sembuh, cuma badan akan jadi flat sangat-sangat. So, Dr.Kham bagi cuti suruh i rehat for two days. Tapi, berehat di rumah golek-golek badan pun susah nak lena betul macam di office :-) sebab ada trio di rumah yang perlu diberikan attention.
Bila dah tak tidur, mula fikir juadah berbuka. Teringat dalam freezer ada lagi ikan baung enam ketul. Jadi, selamat digulaikan seperti biasa, tak ada terung, tak ada kacang kelisa, tak ada peria- cuma ada pegaga liar di kebun sebagai rencah kepada gulai lemak i ni. Boleh je... asalkan gulai lemak tak bogel - nanti kena kutuk dengan Chef Wan.
Lepas tu tekak terasa nak makan puding labu. Masa i kecik-kecik dulu, Oma selalu buat kuih ni. Dia akan gunakan labu sebiji, potong cantik-cantik kat tampuk tu untuk jadikan penutup, siap ada ukir-ukir macam hidangan pengantin. Tapi, dalam fridge ada separuh saja, baki buat masak lemak kuning hari tu. Jadi la...mana nak dapat kuih ni di bazar ramadan.
Bahan-bahan puding- santan, telur, gula perang, sedikit tepung jagung (kacau sebati and masakkan sekejap atas api), lepas tu masukkan dalam labu yang dah dibersihkan dan dibuang bijinya. Lepas tu kukus sampai labu tu lembut. Bahan-bahan ni terpulang kepada tahap kelikatan yang diinginkan. Kalau suka dia macam cair-cair and melt dalam mulut macam puding telur, jangan letak banyak tepung tu. Tapi, kalau nak hidang cantik terpotong atas pinggan, elok lah keras sikit macam tahap puding roti supaya senang nak potong. Tapi, untuk makan anak beranak, semua sudu dalam sebiji labu ni je. Pakat kaut ramai-ramai macam orang makan nasi dalam talam tu.
Sebelum kukus.
Selepas kukus. Nampak tak kesan tusukan tu? Melampau betul tukang masak ni.
Tapi, yang makan cuma i dengan Little Abdullah je. The sisters tu, pandang aje tanpa ada apa-apa perasaan teruja ke apa ke.
Hari Isnin lepas, i ada order lauk berbuka kat Puspanita office ni. Menu hari tu ayam percik dengan asam pedas ikan kembung. Sedap ayam percik dia, budak-budak memang suka - Maryam makan nasi gaul dengan kuah lemak ni saja. Gaya Kelantanese masak- kuah manis.
Asam pedasnya ok la secukup rasa. Cuma bendi tu tak cukup untuk i. Nasib baik kat rumah ni tak ada orang kaki berebut bendi dengan i.
Cuma setakat ni, Mardeyah je yang berjaya sahur. Tapi, belum apa-apa, dia dah repeat balik sahur dia pada jam sepuluh pagi.
Dia memang berpegang kepada stand dia,
"Five years tak payah puasa!"
No comments:
Post a Comment