Nuffnang

Friday 5 June 2015

Mencari & Memberi Bahagia

Saya ada satu cerita. Cerita ini dipetik daripada perkongsian bos saya. Cerita tentang memberi bahagia.

Dalam satu seminar motivasi, penceramah telah mengendalikan satu game untuk peserta. Setiap peserta diberikan satu belon untuk ditiup sebesar yang mungkin dan menulis nama masing-masing di atas belon tersebut. Kemudian, satu demi satu peserta diarahkan untuk meletakkan belon masing-masing dalam sebuah bilik tertutup. Penceramah kemudiannya meminta kesemua peserta masuk kembali ke dalam bilik dan mencari semula belon yang tertera nama masing-masing tanpa memecahkan mana-mana belon. Suasana bilik tersebut menjadi agak kucar-kacir sebab masing-masing sibuk mencari belonnya sendiri. 

Di akhir sesi game tersebut, penceramah telah membuat rumusan. Apa yang dilakukan oleh setiap peserta tadi sebenarnya menggambarkan kehidupan kita yang sebenar. Masing-masing sibuk mencari kebahagian untuk diri sendiri, tidak mempedulikan orang lain. Alangkah baiknya jika setiap peserta tadi mengambil sahaja mana-mana belon dan menyerahkan belon tersebut kepada tuan empunya nama. Dengan cara ini, tidak berlakulah suasana kucar-kacir seperti tadi. 

So, moral of the story, kita jangan terlalu sibuk mencari kebahagian untuk diri sendiri. Sebaliknya, memberikan kebahagian kepada orang lain juga adalah sesuatu yang membahagiakan. 

Bahagia ini ada di mana-mana. Ada yang menemui bahagia pada wang ringgit, pada butik-butik, pada percutian mewah di luar negara. Ada yang menemui bahagia hanya pada sekuntum bunga, pada makanan, ada yang bahagianya terletak pada anak kecil yang belum mengenal erti hidup. Di mana-mana ada bahagia, terpulang kepada cara kita meletakkan nilai kepada bahagia itu.

Bahagia saya ada pada keliling saya. Walaupun ia cuma sepiring ikan pekasam.

Walaupun ia cuma semangkuk sambal belacan bacang.

Hahahahhah! Sebenarnya nak bagitahu, dah dua minggu tekak saya menikmati sambal bacang, sambal kuinin tanpa jemu. Setiap kali menggaul nasi panas bersamanya, saya akan terkenang arwah nenek. Ini bekal dia satu ketika dulu waktu dia turun ke bendang. Bersama ikan cerut goreng dan sebekas air kopi. Allah...teringatkan ini, air mata mesti susah nak control. 

Saya budak kampung. Turun ke dalam selut sama-sama untuk menyemai. Main lari-lari atas batas. Kayuh basikal jauh-jauh round dari satu kampung ke satu kampung. Mandi dalam parit. Panjat pokok. Terjun sungai. Zaman kanak-kanak saya puas bergelumang dengan alam. Itu juga bahagia. 

Bahagia saya tidak jauh. Saya menemuinya di sekeliling saya. 

Rose dan orkid yang berbunga juga bahagia.
Lavender yang Tuan Syed belikan ini juga sudah cukup membahagiakan.

Jumaat lepas, saya bawa Maryam dan Mardeyah ke ofis. Saya request dengan Fazleen, my officemate, untuk inaikan tangan mereka. Bukan main tersenyum masing-masing tengok hasil tangan Lin ni. Siap request nak buat kat kaki, tapi mami tak comply sebab dah lewat petang. Memang ini kesukaan mereka.




Dalam kita mencari bahagia kita, dapatlah juga berikan bahagia kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment