Nuffnang

Monday 15 June 2015

Dah Beli Baju Raya?

Gila apa soalan kat atas tu. Puasa pun belum. Tapi, memang pun, semua tailor dah takmau ambik tempahan dah sekarang ni. Tu lah ruginya jadi wanita tak pandai menjahit. Tapi i boleh menjahit cuma nak kata pandai tahap ambik upah tu, statement yang agak melampau kot. Setakat jahit sarung tilam sarung bantal, baju kurung biasa boleh la. Cuma i perlukan mesin jahit ala-ala Juki ke.. yang ada kat rumah ni, dah berapa kali hantar repair, asyik la jammed dia punya tempat letak sekoci tu. Tak tahu apa masalah. Dah janga  cakap banyak. Itu pun bukan i punya. Dipinjamkan oleh in law. Shtt...melampau betul menantu sorang ni.

Dari dulu i selalu stress pasal baju raya. Tapi lately, apa nak jadi hal. Baju takat pakai kat badan, paling-paling orang puji cantik and tanya beli kat mana je. Tak ada nye dengan pujian tu, badan tiba-tiba jadi slim ke..muka tiba-tiba jadi glowing ke. Nipu la tu.

In fact, pernah ada satu tahun tu i tak beli langsung baju raya. Betapa tak kesah sangat. Janji baju anak-anak ada.

Tapi this time, tak tau kenapa mengidam sangat nak pakai jubah kaftan batik time raya nanti. Pernah beli satu. Yang satu tu lah ulang pakai berkali-kali.

Memandangkan raya kali ni raya dengan perut memboyot, harus lah tak pakai baju kurung. Maternity dress pulak macam tak berapa melekat di hati. Jubah pulak memang banyak design, boleh lah cari sehelai dua untuk raya kedua and ketiga - eh melampau kau! Tapi yang kaftan batik ni nak jugak untuk raya first.

Masa pergi Kelantan last week, tak jumpa design yang cantik. To me, batik Terengganu lagi win kot. Sebab tu corak batik Kelantan asyik la tak kena di mata. Warna garang-garang belaka. Lepas tu, corak digital. Hmmm..can not - macam tak ada seni pun iye jugak. Mati la bagi statement macam ni. Just my two cents ok. Tapi ada dua pasang batik Kelantan belum berjahit lagi. Hihihikk! Ada jugak... tunggu lepas bersalin la kita tempah -mana tau kot kot time tu kurus ke..berangan!

Tiap kali i google, i suka tengok corak-corak batik kaftan yang macam ni.




Simple tapi sangat artistik. Cuma yang jual kat sini semua nya mahal-mahal. Minggu ni dah nak puasa...takkan nak ke Ganu pulak. RM~RM~RM

Jom la kita mimpi. Kot-kot esok ada orang nak ke Ganu, boleh kirim se.

No comments:

Post a Comment