Nuffnang

Monday, 14 July 2014

Kick Off Finale Ramadan & Pray For Gaza

Salam, everyone. It's Monday again *sigh* 

Tahniah, Germany (ok, i tak tengok...) Actually i tak sokong mana-mana team, tapi sebab sebelum FIFA 2014 bermula, Tuan Syed hadiahkan jersey Germany sambil cakap "Nah, sokonglah Germany", so i pun dalam keterpaksaan, sokong jugak la. Tengok Angah hantar gambar pakai jersey Argentina and Alang pulak pakai jersey Germany.
Gambar yang dikirim Alang
Gambar yang dikirim Angah

Nanti malam-malam sikit i pun nak send juga la gambar jersey tu kat diorang walaupun dah terlambat. Pagi tadi baru basuh.

Sempena menghampiri pengakhiran bulan Ramdan ini, I nak share sikit apa yang i dapat daripada forum agama (nama glamour was Forum Transformasi Jiwa) yang i attended last Friday, organized by Kelab JPA. Firstly, menariknya sebab ahli panel forum ni were Imam Muda Hassan Adli dan Saudari Heliza Helmi. 
Hassan tu i kenal since dia form one, dia adik kepada Hasanah, my ex-schoolmate. Memang dari sekolah (dengan muka budak tiga belas tahun), dia sangat aktif nasyid (suara sedap - masa tu dia dalam Kumpulan Nasyid Sekolah Izzudin Shah, Soutun Nada, sebelum masuk Soutul Faizin). Sangat talkative, tak segan nak bercakap dan sangat hormat kakak-kakak senior especially kawan-kawan kakaknya. 

PERTAMA sekali kata IM Hassan, bagusnya FIFA2014 ni dalam bulan Ramadan kerana ia menjadi latihan kepada kita untuk berjaga malam pada sepuluh malam terakhir Ramadan nanti. So, kita akan dapat teruskan konsistensi berjaga malam sewaktu FIFA hingga akhir Ramadan. Inilah transformasi diri kita yang mana kita boleh bangun malam untuk beribadah, lebih daripada apa yang kita buat pada bulan-bulan lain. Dah nak masuk hujung Ramadan, kita kena tengok apa kita nak buat, apa matlamat kita. Matlamat kita - la'allakum tattaquun - untuk menjadi orang bertaqwa. Orang yang bertaqwa ni, pertama dari segi zahirnya - dia buat apa yang Allah suruh, dia tinggal apa yang Allah larang. Kedua, batinnya - dia ikhlas buat apa yang Allah suruh, dia ikhlas tinggalkan apa yang Allah larang. Orang bertaqwa itu, Alkhauful minal Jalil - takutkan Allah. 

KEDUAnya, wal 'amalul bit tanzil - beramal dengan apa yang diturunkan (yakni Al Quran). Inilah generasi para sahabat, dia membawa Al Quran dalam diri dia. Bukan sekadar baca tapi faham. Al Quran perlu dibawa dalam dada. KETIGA, dia redha dengan sedikit apa yang Allah kurniakan, dan kalau banyak, syukur Alhamdulillah. Maknanya dia yakin, apa yang Allah berikan kepadanya, itu yang terbaik untuknya. KEEMPAT, orang bertaqwa ini, orang yang sentiasa mempersiapkan dirinya untuk bertemu Allah SWT, bermakna setiap hari dia akan ada penambahbaikan dalam amalan sehariannya. Setiap kali Ramadan, akan sentiasa lebih baik daripada Ramadan yang lepas.

Menurut Saudari Heliza pula, PERTAMA pada bulan Ramadan ini, yang paling besar sekali yang Allah nak bagi kepada kita ialah ketenangan. Bila kita tak dapat ketenangan, ia adalah satu kesakitan kepada jiwa kita. Transformasi yang kita nak buat dalam bulan Ramadan ini, ialah untuk transform hati kita. Kerana hati itu terbitnya kuasa mahu, akan memberi kuasa beritahu. Ramai yang ada hati yang memiliki kuasa tahu, tetapi tidak ada kuasa mahu - nak buat tetapi tak buat. Keliling hati kita adanya hawa nafsu. Sifat awal hawa nafsu itu sendiri adalah amarah - sifat untuk mengarah. Puasa boleh mendidik nafsu kita - walau ada makanan yang sedap depan mata, tapi sebab kita tahu kita puasa, kita tak akan makan makanan itu.

Sekarang ni kita nak didik hati kita daripada nafsu amarah kepada nafsu mutmainnah - nafsu yang tenang. Sebab itu dalam bulan Ramadan ini, Allah memang bagi kita rasa kesusahan itu, then baru kita akan push diri kita to the limit, dan barulah kita dapat rasakan ketetangan itu. Ikutkan nafsu memang rasa nak tidur, tapi kita push diri kita dari katil ke tikar sejadah. Once dapat buat, kita akan rasa tenang - kitalah orang yang menang ke atas nafsu.

KEDUA, majlis ilmu. Asbab untuk kita berubah diri kita, adalah ilmu yang meresap dalam diri kita. Jadi, dekatkanlah diri kita dengan majlis-majlis ilmu. Kalau kita nak dunia, kita kena ada ilmu. Kalau kita nak akhirat, kita kena ada ilmu. Dan kalau kita dan kedua-duanya, pun kena ada ilmu. Ilmu itu cahaya. Apabila kita menjadi orang yang berilmu, barulah kita dapat cahaya yakni nur dari Allah SWT.

Sambung IM Hassan lagi, setiap amalan yang kita buat, tengok apa yang kita niatkan. Contohnya Felixia Yap. Dia buat dulu (pakai tudung). Ikhlas ke (mungkin ada keraguan)? Tapi lama-lama ikhlas tu datang (lepas lafaz shahadah). Nak buat baik, jangan tunggu ikhlas tu datang dulu, kita kena buat dulu baru ikhlas tu akan datang kemudian. Setengah orang cakap "aku akan pakai tudung bila aku betul-betul ikhlas". Tapi sebenarnya, sampai mati pun dia tak akan ikhlas. So, dia kena buat dulu (pakai tudung tu dulu), InsyaAllah lama-kelamaan ikhlas tu akan datang.

Di sini, i nak kongsikan juga cerita Heliza Helmi berkenaan pengalamannya ke Gaza:
Gambar Hiasan
"Apabila Gaza diserang pada tahun 2009, waktu itu saya berada di UMS. Ketika itu, bersama rakan-rakan lain, bila diberitahu Gaza diserang, setakat cakap "Ya Allah, kesiannya". Setakat kesian sahajalah. Bila saya dengar lagu Maher Zain "Palestine, tomorrow you'll be free", saya teriak, saya menangis.Sedih sangat-sangat. 

Bila tiba 2012, waktu itu saya berada di rumah, saya terima SMS dari Fara Adiba "Assalamualaikum Heliza, sekarang kita tak boleh duduk diam lagi. Kita akan pergi ke Palestine bersama Amal Palestine. Jadi Heliza nak pergi ke tak?" Saya pun kata "Biar betul?" Saya pun call mak ayah saya, "Ija nak pergi Gaza". Satu soalan ayah saya "Nanti kamu pergi ke sana tu, pakai baju kalis peluru ke tidak?" 

Pergi ke sana, saya dalam hati sedih, mesti keadaan mereka di sana amat menyedihkan. Bila kami sampai di sana, turun saja dari bas, perkataan pertama yang saya dengar dari mulut mereka ialah "Selamat Datang Ke Tanah Kamu Sendiri". Kami dah tak tahan dah, kami pun teriak, menangis teruk. Terpaksa orang Gaza peluk kami, katakan "La tahzan, innallaha ma'ani - Jangan sedih, Allah bersama-sama kita"

Dalam bas kami nak balik ke hotel, dua jejaka yang jaga kami ni, mukanya Ya Allah bercahaya nya. Soalan wartawan kepada mereka "andaikata, kami nak ajak kamu semua rakyat Palestine, berada di Malaysia, bersama-sama kami, boleh belajar dalam keadaan aman, mahukah kamu?" Jawab mereka "La (tidak). Kami akan terus kekal mempertahankan bumi Islam, tanah Islam kita, hinggalah titisan darah terakhir."

Bila kami bertemu dengan kanak-kanak, kami katakan "Kesian kamu diuji begini. Kehilangan ibu, kehilangan ayah, kehilangan kaki dan juga tangan." Kata mereka "Tolong jangan kasihankan kami. Allah uji kami seperti ini supaya kami sentiasa beringat untuk kita ini pasti berjumpa dengan Allah. Yang perlu dikasihankan ialah anak-anak di luar sana (yang diberikan dengan iPad, diberikan segala macam nikmat-sampai mereka lupa untuk mempersiapkan diri mereka). Kami tak kisah kalau orang di luar sana taknak membantu kami." Kita ni, kalau tak bantu mereka, Allah pasti akan tanya. Mereka tentunya syahid.

Lalu kami jumpa tiga anak kecil yang membawa beg sekolah, dan tanya "Dalam keadaan perang kamu boleh pergi sekolah?" Kata mereka, "Kalau kami tidak pergi ke sekolah, kalau kami tidak menuntut ilmu, bagaimana mungkin untuk kami mempertahankan agama kami, bagaimana mungkin untuk kami mempertahankan negara kami, dan bagaimana mungkin untuk kami berjumpa dengan ayah kami yang mungin sekarang ini telah berada di syurga Allah?"Anak kecil berusia lima tahun, bagi mereka ayahnya telah syahid, ayahnya telah berada di syurga Allah. Jadi mereka faham, mereka belajar ini bukan semata-mata untuk skor A, tetapi sebenar-benarnya untuk mendapat redha Allah. 

Saya baru balik dari Syria. Saya memang nak pergi ke kem pelarian Syria. Sebab kalau kita nak Palestine bebas, Syria mesti bebas. Bila pergi ke Syria, saya ingatkan Syria better daripada Gaza, tapi rupanya keadaan Syria lebih dahsyat lagi . Kalau Gaza daripada 1948 diserang, kematiannya tak ramai seperti di Syria. Tapi Syria, baru dua tiga tahun tapi kematiannya dah beratus ribu.  

Saya pergi masuk ke dalam Kem Yarmouk. Mereka nampak kami, mereka nampak makanan, mereka menangis, sedih sangat. Saya pegang seorang budak berusia 20 hari, badannya macam tak cukup zat. Saya tanya "Kalau misi kemanusiaan tak sampai, kamu makan apa?" Kata mereka, "Apa yang kambing makan (rumput), itu kami makan. Kalau dah tak ada rumput di tempat tu, kami makan kucing, makan anjing. Habis kucing, anjing, kami akan ambil kotak, kami akan koyakkan kotak tu, dan kami akan buat sup."

Sambil kami sampaikan bantuan kemanusiaan, bagi roti, bagi tembikai, kami dengar bunyi bom. Sniper ada di mana-mana tempat. Semua tempat ada bom, ada berlubang-lubang. Saya kira, dah sampai ke petang, dah lima puluh biji bom saya dengar. Saya tak dapat bayangkan nasib mereka bila saya terima sms, "Sekarang ni kami kena attack daripada Israel dengan bomnya, dalam satu kilometer je daripada rumah kami. Alhamdulillah roket-roket daripada Mujahideen kita dah sampai ke Tal Aviv. Kami semua bersorak dan bertakbir di masjid-masjid." 

Saya kata "Dalam keadaan macam tu pun, kamu masih boleh update lagi dekat saya, saya sedih sangat". Apa kata mereka, "Jangan sedih, kami semua dalam keadaan happy, InsyaAllah kita semua akan menang. Jangan sedih, yang penting sekarang minta semua berdoa." 

Saya ada pengalaman di Gaza, kereta kebal keluar, jarak lebih kurang 300 meter depan kami, ada helikopter atas kami, kami ingatkan kami akan mati di situ. Kami berlari-lari masuk ke dalam kemah bila diorang kata "Malizi, Malizi, lari masuk khemah!" Apa yang kami lihat, anak-anak kecil yang berusia lima enam tahun, terus memintas kami dan berhadapan lima puluh meter sahaja daripada kereta kebal dan mereka mengibarkan bendera Palestine, seolah-olah 'kalau kamu nak tembak orang ni, tembak kami dulu'. Dan orang Israel itu mengeluarkan tiga biji bom. Allahu Akbar! Waktu itu memang keadaan yang paling cemas. Allah selamatkan, bom itu tersasar, tak kena pada anak-anak kecil."

Masya Allah, betapa mereka cukup bersedia untuk berjumpa dengan Allah. Kita di sini, tak tahu mati nanti dalam keadaan macam mana, adakah husnul khatimah, atau sebaliknya, wallau'alam. Besar ganjaran syurga yang Allah janjikan untuk mereka, kan? Boleh dikatakan seisi dewan senyap dan meremang bulu roma bila dengar Heliza bercerita pengalamannya. 

Betul, setakat kita ungkapkan 'kesian', tak cukup dan tak membawa erti apa-apa. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Marilah kita menderma untuk misi bantuan kemanusiaan ini, dan kalaupun tidak mampu, marilah kita doakan kemenangan saudara kita di sana, baik kemenangan dunia, mahupun kemenangan akhirat.

Selamat beribadah, semua!  

Friday, 11 July 2014

Karavan Tani JPA4U and Delightful Curry Mee

Hi all, Saturday is approaching us. How i love Friday to the fullest! Yesterday was my first time going to Karavan Tani JPA4U, of course to know what is so special with the program after seeing this.

Details about the program:
1) Hari operasi : Khamis (minggu ke-2 dan ke-4)
2) Waktu operasi : 1.00 hingga 2.00 petang & 4.30 hingga 6.30 petang
3) Tempat : Dataran Kompleks C, Putrajaya
4) Apa yang menarik? : - Pasar Bergerak Malaysia, Produk 1Malaysia, Barang Keperluan Asas dan Makanan, Kopie Satu
5) Diskaun 5% hingga 20% untuk 32 barangan asas (Program Jimat Belanja Dapur 2014)
Macam pasar tani tapi kecil je dan tak banyak sangat stall/ karavan yang involve. Tapi mostly haiwan dan tumbuhan ada - ikan, daging, ayam, sayur, buah. For those yang kerja dalam compound ni sangat senang sebab tak perlu nak drive nak cari parking lagi. Just turun lif dan jalan kaki sikit. Tapi untuk penjawat awam yang nak ke sini, please mind your visiting time la, sebab pasar tani ni depan office KPPA ye.
Waktu ni dah pukul 5.15 petang, no worries.

Tapi bila dah petang sangat, karavan tu dah nak balik. Drinks, kuih-kuih dan kerepek pun ada dijual di sini. I semalam within 10 minutes dah dapat beli mee, daun bawang, fishcake, daun pudina, santan, serbuk kari, limau, cili masak, dengan harga RM8.30. Berbaloi-baloi. Sampai je rumah terus selinsing lengan baju, dengan tak buka tudung, masuk dapur and made this homemade curry mee. 
Alhamdulillah, setakat ni tak miss lagi memasak untuk berbuka puasa. Walaupun i balik kerja have to rush, dengan this and that lagi, masih diberi kesempatan to prepare dishes (even simple ones) for the whole family. Nasib baik la the walid tak cerewet sangat pasal makan.
Sangat puas hati dengan telur rebus tu. It was just nice dengan tekak sebab egg yolk tu tak keras sangat. Mardeyah makan banyak sebab lembut. In order to get this kind of yolk, you have to boil the eggs sekejap je. I semalam buat dalam 4-5 minit, after that terus keluarkan dari air panas to avoid the yolk mengeras. I rendamkan terus dalam cold water to reduce the heat dalam kulit telur. Ada yang cakap 3++ minutes pun dah cukup untuk rebus telur tu. 
Sedap homemade fried shallots ni, given by MIL. Rangup and manis and wangi and tidak bertepung dan tidak berbau macam yang kita selalu beli kat kedai tu. Ratah je pun sedap.
Kuah pun tak pedas, the girls boleh makan sampai hirup kuah dari tepi pinggan. The girls ni sangat suka kalau i invite them along to cook with me. Dulu i takut nak bagi pegang gunting and pisau, but now since their motor skill are getting better, i dah tak risau sangat. I even let them guna real pisau to hiris fishcake, chicken, sayur, let them fix the blender, basuh pinggan (lagi laaa suka sebab boleh main air main sabun). 

Ini bukan penderaan, ini pengenalan kepada kehidupan seorang perempuan. Walaupun they pretend to be a big girl, the truth is they will always be my babies.
Just like him.
It's Friday, hope you have a wonderful weekend! :-)

Thursday, 10 July 2014

My Breastfeeding Journey

Some might say breastfeeding is a challenge. I prefer call it as 'a journey to remember'. Breastfeeding has to be learned, it doesn't come naturally. Some mothers and infants may learn quickly, while others take time. Some might face difficulties, some give it up halfway. But Alhamdulillah, in this IT savvy environment, there are so many sources that we can dig the knowledge. 

I started getting information about breastfeeding when i was expecting Maryam. I was blessed masa tu to have my ex-schoolmates yang dah jadi certified lactation caunselors, having their own retailers, updating articles and sharing more and more information on breasfeeding. They recommended me to some products and brands yang sampai sekarang i guna. Due to their advice, I even bought my first and only breastpump when i was in 24 weeks! Sebab masa tu takut kalau-kalau la dia lahir pre-mature, so i prepared everything sebelum usia kandungan 7 bulan. I got supports from them, my spouse and family too.

So now i am spreading my support to those new moms out there yang menjayakan penyusuan ibu. We are in the same ship, friends. Breastfeeding moms need support dari orang sekeliling, percayalah. And i tak menolak kemungkinan ada yang tak dapat meneruskan penyusuan disebabkan tentangan dari keluarga dan sebagainya, misalnya mak dia cakap "pergi la beli susu formula untuk baby ni, kesian dia asyik nangis je, susu kau sikit je tu". I akan sedih bila dengar ayat-ayat macam ni, surely i akan lagi down and maybe boleh give up kot.

Itu belum ambil kira lagi penyusuan secara eksklusif. Masih ramai orang-orang tua yang suruh kita bagi baby minum air masak. No! Polisi Penyusuan Susu Ibu Dunia dan Malaysia ialah, semua ibu digalakkan menyusu anaknya dengan SUSU IBU SAHAJA sepanjang ENAM BULAN PERTAMA dan meneruskan penyusuan sehingga usianya 2 tahun. Makanan pelengkap dimulakan pada usianya 6 bulan. Polisi ini jelas menyatakan hanya susu ibu sahaja makanan bayi untuk 6 bulan pertamanya dan penyusuan masih diteruskan sehinggga anak berusia 2 tahun. Nyata susu ibu sahaja tanpa air suam mahupun susu tambahan mampu memenuhi khasiat yang diperlukan sepanjang tumbesaran bayi. Percayalah pada kemampuan badan kita menghasilkan this precious drop.

To those Gen-X and Gen-Y mommies out there, speak up! Ingat, zaman emak-emak and nenek-nenek kita dulu tak ada banyak info. Betul, zaman dia dulu, misi (read as nurse) ajar macam tu, suruh bagi baby minum air masak. Kawan-kawan, ilmu ni dynamic ye. Kita mungkin katakan apa yang kita belajar sekarang ni dah paling betul, tapi kita tak tau zaman akan datang it might be salah, ada lain yang lebih betul. Zaman makcik i sekolah agama dulu, belajar tajwid macam lain, bila dia pergi belajar dengan ustaz-ustaz zaman sekarang, dah lain. Dulu masa i sekolah menengah, i belajar tulis formula oxidation-reduction macam yang cikgu ajar. Tapi sekarang my friends yang dah jadi cikgu biologi and cikgu kimia bagitahu apa yang kita belajar di sekolah dulu tu salah. Now they have cara penulisan formula yang lain. Ikutlah perkembangan zaman. That's the point.

So, berbalik kepada breastfeeding ni, jangan malu mencari ilmu.

I experienced tandem nursing, what a sweet moment to have two babies tugging on you at the same time. I knew i was expecting Mardeyah bila milk production merudum. Masa tu my SIL recommended me to consume ubat muntah without knowing that i conceived again. So Maryam sempat menyusu exclusively sampai five months before i campur dengan susu formula. Dr. Khamsiah, my gynae pernah cakap "Yes, milk production akan kurang or even stop once you conceived sebab Allah tak akan bebankan ibu yang mengandung dengan menyusukan (anak lain yang masih kecil)". And she advised me to stop breastfeeding kalau ada complication like bleeding, cramping, etc. Alhamdulillah i tak mengalami semua tu, tetapi dengan kuasa Allah, susu tu kering dengan sendirinya sampai i bersalin. Allah tak akan bebankan kita di luar kemampuan kita, kan?

Mardeyah dulu pun a fast learner. A few minutes after giving birth to her, she had her first colostrum. On the second day, I started my tandem nursing session, Oma helped me out in getting both of them in position. Since then, I treated my girls as a twin. Alhamdulillah, internet banyak membantu, i had learned a lot. I just goggled tandem nursing position, and i practiced on my own. It needs more efforts and kesabaran.

Alhamdulliah, i dapat menyusukan both Maryam dan Mardeyah until they were three and two! That was after i had been diagnosed with hyperthyroid and had to consume a very high dose medicine. *insert cry here*

Susahnya nak wean off dalam keadaan terpaksa masa tu. Macam-macam i cuba and lastly, i consumed over-the-counter-pills yang orang guna untuk stop susu - cannot remember pil tu nama apa. Mind you, pil tu membuatkan kita jadi loya, mual and i sendiri experienced muntah yang sangat dahsyat.

Habis cerita tandem nursing.
Sekarang ni turn Abdullah si bobiboy pula. After two years berehat, i started the routine all over again. Frankly speaking, mula-mula tu i dah lupa semuanya especially about EBM handling ni, so when i was expecting him, i did all the search, to refresh balik semula.

Alhamdulillah, my first and only Spectra3 breastpump still in a good condition. Walaupun dah berusia lima tahun. It is an electronic pump. Ramai yang cakap Spectra3 ni senyap sikit bunyi dia compared to brand lain. Entah, i tak pernah beli or cuba other brands tapi i pernah dengar bunyi Medela, kuat juga la bunyinya compared to mine.
This time I cuma beli breast shield set sahaja sebab yang lama tu dah teruk rupanya.

And this time i prefer using breastmilk storage bag. I suka brand Autumn ni, bagus sebab ada double zip lock and plastic dia sterilized and tebal sikit. They come in two size rasanya, 7oz and 12oz. Untungnya zaman sekarang, tak susah nak beli breastfeeding products ni, retailers and resellers berlambak-lambak.
Sampai sekarang i suka MLO (mom's little ones) punya cooler bag. Sesuai nak bawa ke office. Back in 2009 i bought my first MLO cooler bag yang kecil sikit, now dah jadi cosmetic box. And i ada beli MLO backpack yang boleh occupies Spectra3 tu. Tapi tali beg tu dah putus and i simpan berkurun dalam stor sampai dia makan diri. This time i beli baru. This one has two zipped compartments.
I beli MLO reusable ice pack sebab yang lama dulu tu dah pecah and jelly dia dah terkeluar meleleh-leleh. This time, masih lagi MLO pujaan hati. Didatangkan dengan woven pouch.
Again, breastfeeding has to be learned, it doesn't necessarily come naturally. For most mothers, it has to be learned. Secondly, it needs a bit of help and support. Lastly, practise to be perfect. Then only we and our baby(-ies) will enjoy breastfeeding, the joy of it that we can not deny, a remarkable journey as a mother.










  

Wednesday, 9 July 2014

Melakar Kenangan

I felt so good as my last weekend was tremendously filled with activities yang i nak buat sangat-sangat. Bukan apa sangat pun. Cabut rumput, alih-alih pasu bunga, salin pokok ke dalam pasu. Itu pun dah cukup membahagiakan. 
Pegaga yang sengaja i biarkan merimbun di pangkal pokok dalam pasu. Pegaga ni senang hidup.

Cukup la peluh untuk bakar lemak yang membeku selama seminggu. The most happy part, dapat beli pasu baru di Xue Bang! Pasu tu ada crack sikit, so good bargain la jugak. Xue Bang has so many nice and fancy vintage pots. Kadang boleh dapat yang macam tembikar Cina. I like. Cuma pokok bunga tak varity sangat.

Friday night we took the girls to a late night movie date - Transformers. The boboiboy pun of course la ikut juga - his third time going to cinema. First time bawa masa umur dia nineteen days *grin*. Mardeyah enjoyed wearing the 3D glasses. Siap tangan tergapai-gapai bila ada scene habuk-habuk berterbangan - konon nak capai.
She was not in a good mood, sebab dah lewat malam, mengantuk.
The walid as usual, performs Friday prayer at KLCC and menyinggah ke Kinokuniya. Couldn't remember ni kali ke berapa he bought them this activitiy book - published by Kumon. 

Bagus buku ni, sebab it really helps in improving your child's motor skill. Mula-mula i didn't like the idea of buying this book sebab ada aktiviti menggunting bagai - first i takut tergunting jari and secondly, of course i takut i become mad dengan cebisan-cebisan kertas tu. Tapi the walid already trained them to pick those sampah after finish the work. This time they got vehicles theme. 

Kakak si tukang potong

Mardeyah selalu jadi tukang tampal
Cut and fold and paste the small piece provided on each page to create a three dimensional object. Trust me, it's really fun!

Saturday evening after masak, around 5.30pm macam tu, i went straight away to Nilai Square. The first outlet yang i singgah, they ada saiz 16-radiant orchid colour-baju melayu. And i sampai rumah before 6.30pm. *lap peluh* At last dapat juga baju melayu for the boboiboy. Round satu Bangi tak jumpa the size and colour yang i nak. Shopping la di Nilai Square. Berbaloi-baloi untuk wang anda! Lega dah ada baju raya, boleh tidoq!

Balik dari Nilai Square sempat singgah kat florist tepi jalan beli peacock ni. Radiant orchid juga warnanya.

On Sunday tu, after buat sikit puding, we off to my SIL's house. She was sooo generous masak laksa untuk adik-adik yang longing for masakan ibunda mereka. Bibik Yuli, my SIL's maid, served this smoked banana.

Dia tahu i suka makan ni. I bukan suka sangat pun tapi sebab every bites of it will remind me of my late nenek, it reminds me kenangan duduk-duduk di pangkin nenek sambil makan makanan kegemaran orang-orang tua. Bau smoked banana ni akan buat i teringat bau lauk-pauk arwah nenek, teringat dapur kayu arwah nenek, teringat semua-semua benda keliling rumah arwah nenek, tempat i bermain, berlari, menyorok, dengan my cousins, tempat i jatuh dan menangis. 

Inilah 3V swing yang buat i rasa overwhelmed due to its bulky size.
Tak sangka this swing sekejap je dah hilang depan mata.

Sunday morning tu i captured photos of Mardeyah main seorang diri atas swing ni. On Monday, the walid drove home this Hilux to bring her joy away.
Mardeyah mula-mula tak nak let go this swing pada siapa-siapa. Tapi after pujuk and the walid bagitahu dia that i'm gonna buy a garden bench, she agreed. Dengan kids pun, kita kena let them know certain decision yang kita buat for our family. Involve them, they will be proud to be in the circle of trust. Budak pun ada perasaan and diorang jujur.

After 20 minutes drive, this swing pun sampai ke destinasi barunya. Yahya and Yusuf are now becoming its new owner.
Kalau i can say this to the swing, "Baik-baik di sini ya, sayang. Bukan kami tak sayang kamu, tapi kami inginkan kamu punya tempat yang lebih selesa. Di sini lamannya luas. Terima kasih atas khidmat bakti kamu kepada kami sekeluarga selama empat tahun ini. Jasamu akan kami kenang." Yes, the swing dah jadi sebahagian daripada memori zaman kanak-kanak to my girls.

Nampaknya, lepas ni kena lah berusaha lebih gigih in order to have my own garden bench as i wished. Macam ternampak-nampak sinar di hujung lorong :-)

Friday, 4 July 2014

Hello, Saturday!



Salam Jumuah Barokah everybody!

Yeay, it is Friday again! The day that ends our hectic working days for whole week. So, here is the place I duduk-duduk pagi sambil surfing internet before start doing my job.

Already planned things to do during the lunch break - looking for the boy’s baju melayu. Yes, ladies are good in killing the free time kan?Tapi tak dapat la yang saiz 14 – for babies. Baju budak umur setahun ke atas banyak. Basah ketiak mami round bazaar cari baju adik, dik. Lastly, the mami bought herself a set of baju kurung and pashmina. Ngehehehhehh! *insert big grin here*

It’s always be my worry when it comes to breast milk. Lately the production is not as expected. Secoet je hasilnya. Sorry, dik. 

Mami do not consume any magic chocolate bar yang semua orang sibuk makan to increase the milk production, mami never give it a try – sorry, macam fake je. I do prefer natural milk production (perasan angel) – minum air banyak to produce more. It’s really bad - twice pumping session a day, I only get 10oz. *now insert cry here*

So I really dependent on the frozen EBM, which prepared earlier, during maternity leave. Banyak stok sampaikan freezer tak muat nak letak ayam daging semua tu. Sampai the walid dah runsing where to put all those instant frozen food tu – kesian. So happened my friend Aida dengan sangat generous nya meminjamkan her deep freezer. 

Rezeki adik, kan, Alhamdulillah. I did ask her sampai bila kontrak deep freezer tu, after dia dengan lajunya jawab taknak jual kepada i. she said “Aku akan bagi nine month notice kalau aku perlukan DF tu”. Ok, I've got it! 

But I am not sure how long stok susu ni will last. Hopefully that will be enough until the boy turns six months. Sebab by the time dia umur enam bulan, he can start eating solid food. Tidak lah the mami nak risau sangat pasal his nutrition. This morning I had to pack three frozen milk for him – normally two.  Kenapa lah production merudum ya. Nak kata stress, tidak. Petang memang I ada sikit stress kot, sebab memikirkan nak kena balik berebut di jalan raya and sampai rumah tanpa buka tudung terus pegang sudip dan kuali – my temptation walaupun masak tak sedap mana pun.

Pagi tadi, I managed to siram pokok before off to work – something that I really missed to do. 

Dulu masa cuti, everyday dapat siram pokok, boleh belek pokok, boleh lama-lama main air, boleh alih-alih pasu – seronok. 

Tadi spent about ten minutes pun rasa happy je. Tapi bila tengok rumput liar dah mula nak naik, nak je duduk merumput tadi. Tensi. Entah bila lagi dapat pergi Xue Bang nak beli pasu – pokok dalam polybag belum disalin lagi. Dulu biarkan sekejap untuk hilangkan stress pokok. Tapi ni dia dah tak stress la kot – more than one month dah I letak situ. 

Malam tadi punya kisah. 

I asked the girls “mana walid?” they said “walid pergi masjid” as I tak Nampak pun my other half keluar rumah. So the girls as usual wanted my attention to help them finish the homework. And the boy pulak super clingy – mami nak lipat kain pun tak dapat.


Isteri solehah ni tunggu la encik suami balik masjid, ingat nak makan durian sama-sama. About ten o’clock, the walid belum balik lagi. Agaknya terawih dua puluh rakaat kot, i guessed. Then I went up for shower. Sekali nampak dia ada kat atas - sleeping. *sigh - tepuk dahi*

Kalau the girls tahu the walid was at home, tak dapat la nak landing macam tu.