Nuffnang

Tuesday, 21 July 2015

Hari Raya Keempat

Salam everyone. Salam manis, salam kasih sayang. Masih mood raya. 

Finally, Hari Raya Keempat balik kampung i pulak. Yuhhooooooo!!! Sampai my parents' place dah dekat nak Asar. Tapi, ada adik i sorang je di rumah. Oma pergi beraya. Atuk ke hospital sebab my Tokki admitted due to diabetes yang dah makin teruk. Ok, terus rebah kasi rehat itu badan sebab malam tu dah plan dengan cousins and aunties nak gather di Jelapang, rumah my aunty, my Chor.

 I takut-takut nak bagitau Tuan Syed yang malam tu they all nak makan-makan di Jelapang sebab takut dia tak setuju. Maklum le...jalan jammed di merata-rata. 

Mula-mula bagi tau tu, dia sound "Uish..ni jalan dok jammed sampai ke depan simpang ni tau". I cepat-cepat cakap "takpe lah, tak payah pergi lah. Lain kali kita pergi" kekonon nak merajuk. 

Lepas tu i lari nangis-nangis masuk bilik, sedih sebab permintaan ditolak. Lepas tu dia kejar i and main ba~ba~cak kat langsir dan cakap "ololollo...jangan majok..jom.jom kita pergi."

Dah! Dah! Jangan caya. Rekaan semata-mata je tu!

Yang penting, sampai jugak rumah Mak Chor i walaupun jam dah pukul 10.30 malam. Takpe, i tau Mak Chor i jenis rugged. Diorang jenis tidur lambat. Setakat lepak-lepak ke tengah malam tu tak de hal punya la. Waktu duduk makan-makan ni jam dah dekat pukul 11.00 malam.


Dengan sepupu i.





There, my Mak Chor.

Ini adik Oma.

Pukul 11.30 malam. Tapi masih bergegar rumah dengan gelak ketawa.




Perut macam nak londeh sebab makan banyak.

Bergambar dengan tuan rumah.



Garden belaan Mak Chor and Ayah Chor. Diorang ni rajin berkebun.

Tapi inilah yang paling win malam tu. Kopi O. I duduk je di meja makan terus dengan tak malu and buat-buat manja request Kopi O dengan Mak Chor. Hhahahah! Weei..dia buat seteko kat i, siap bawak satu mug kosong and tuangkan depan mata i. Wah...malunya i! Lepas tu dia cakap "Moga-moga nanti anak ni keluar, macam Chor ye. Suka berhias, suka ngaji..." 

Thank you. Thank you. I love you Mak Chor.


Dah pekena kopi o, meh kita posing sekali kat sini. Jangan muntah hijau ok.
 Abaikan semua-semua yang dah mengembang ni, baik pipi, paha, bibir, pinggang, lengan.

Ini bukan selfie. 
Ini selfish.

Sunday, 19 July 2015

Raya Ke-3

Hari ni beraya sampai ke Alor Star. The sisters baru tahu bau hamis kambing tu macam mana. Main baling-baling batu tepi parit. Jalan tepi selut. 



Tumpang bendang orang untuk posing jadi la. 

Yang ni lagi kelakar. Macam cover citer Mokhsin pulak dah.
Mardeyah dengan sepupu dia, Abang Daniel. 


Lepas tu turun ke Sungai Petani pula. Rumah adik MIL ada swimming pool, semua budak pakat berendam dalam air sampai lupa daratan. Dengan the walid sekali masuk berkubang sebab Little Abdullah pun tak nak kalah.

After Maghrib baru gerak balik Penang. Lenguh pinggang sebab hiway jammed. Ok tidur jom. Nite~nite...

Friday, 17 July 2015

Eid Mubarak

Taqabbalallahu minna wamin kum...

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin.

Gambar raya dah la tak banyak. Itu pun dalam camera, entah bila tahun nak transfer. So ni je gambo yang ada dalam fon. Nak buat macam mana...tak ada orang sudi nak ambilkan gambar-bajet muka macam model?? Nak bergambar, kena mintak tolong budak-budak je. Itu yang tak kena gaya tu, gambar jadi gelap semacam. Terpaksa la edit balik. Nak selfie selfie ni pulak, bukan nya pandai sangat.




Wednesday, 8 July 2015

Persiapan Bersalin Anak Ke-4

Kalau google pasal persiapan bersalin, memang banyak you all boleh jumpa. Sebab tu i taknak repeat balik apa yang dah ada dalam internet tu. In fact, sesetengah benda yang disenaraikan tu, sangat tak perlu pun - itupun you all akan sedar yang you all tak memerlukannya apabila dah berkali-kali bersalin. 

Memandangkan ini insyaAllah merupakan kali keempat i bersalin, jadi persiapan pun terlalu minimum. Kalau dulu masa anak first, baru masuk 20 weeks dah pergi shopping merata cari barang baby. Masuk je 28 weeks, beg baju untuk ke hospital dah standby dalam kereta.

Hari tu ada juga i bersuara kepada Tuan Syed, barang bersalin tak kemas pun lagi. Dia boleh jawab "tak apa, kalau emergency sangat nanti, abang pun boleh kemaskan". Suweet tak? Suweet tak? Itu yang akak nak dengar tu - ciri-ciri bapak anak dah ramai.

This time kitorang beli baby cot baru. Sebab baby cot yang lama tu dah runtuh dek kerana skru nya dah loose - iyelah,bila benda yang pasang-bukak-simpan-pasang-bukak-simpan ni memang cenggitu la gayanya. I tak suka bila anak dah besar tapi baby cot menyemak tengah-tengah negeri - that's why lah bukak and simpan bawah katil sebab takde tempat yang spacious untuk simpan. Lagi sakit mata bila baby cot tu tak disimpan, dia akan menjadi macam lori barang, semua benda pun letak situ, and semua benda nak digayut dan disidai di situ. Cacat sekejap penglihatan mak.

Jadi, kali ini i google segala jenis baby cot yang practical. Contohnya cot yang boleh transform jadi katil toddler, jadi sofa, jadi almari. Tapi Tuan Syed didn't agree much on that sebab katanya benda yang ada multifunction ni selalunya tak bertahan lama jugak. Ok. 

Then kami opted for baby cot yang boleh lipat untuk disimpan - simpan untuk No.5, No.6, No.7 dan No.8 sekali kot.... Ini pun setelah berkenan and jatuh hati dengan model yang macam ni waktu Hotel Zenith Kuantan provide kan cot kat Little Abdullah hari tu. Nampak sangat practical. Tak perlu buka tanggal semua skru kalau nak simpan sebab dia ada engsel, dia foldable. Sorry, gambar tak provide di sini sebab masih dalam kotak, belum pasang lagi - kang cacat penglihatan berlaku lagi sekali kang. Cot ni kami beli di Twins Baby kat outlet di Puchong - dapat yang last unit, nasib baik call dulu sebelum pergi kedai.

Baju baby? Beli juga tapi tak banyak. Beli tiga helai je. Memadai untuk ambik feel menerima orang baru. So, setiap anak akan ada baju masa newborn masing-masing yang i beli specially untuk diorang. Yang recycle tu harus lah pakai juga. Sarung bantal pun i normally ganti untuk setiap anak sebab tak berkenan di mata.

Itu je kot barang baby yang i prepare kali ni. Lain-lain tu barang i sendiri. Bengkung - WAJIB. Yang traditional dari bersalin anak first tu masih ada. Tapi masuk anak kedua and ketiga perlukan juga modern bengkung - practical dalam keadaan emergency. Tambah masa bersalin anak ketiga - berpantang sendiri pulak tu, harus lah nak kena pantas serba serbi. Sebab i lanyak cukup-cukup modern bengkung tu, so yang ada tu dah lunyai dan kurang memeri dah. Nanti perut tak kempis camne? Harus lah beli lagi, kan? So sebab tu i beli extra bengkung moden ni. Harga pun murah je. RM55.00 sehelai untuk yang velcro ada belt. RM33.00 untuk yang pakai cangkuk.


Cuma sekarang nak cari hip binder pulak. Sebab selepas bersalin dalam tempoh day-1 ke day-8, hip kita senang nak dikecilkan dengan bantuan hip binder ni. Time ni hormon apa ntah (lupa) masih ada dan ia masih lembut dan senang untuk dirapatkan. 

Lepas tu berkenan dengan mama sox ni. Mengada. Bukan tak ada socks tapi yang ada tu dah tak best. Yang ni nampak best and menghangatkan kaki. Pastu warna dia macam ceria je. RM14.90 sepasang @mumDreams. 



Rasanya ini je kot persiapan menyambut kelahiran ke-4 ni. Simple tak? Simple tak? Benda lain semuanya recycle je. Cuma tak susun properly lagi. Itu projek lepas raya nanti.

Tuesday, 7 July 2015

Iftar Day-17

Sabtu lepas, seawal pagi dah berpeluh menggosok baju sekolah. Lepas tu, ajak Tuan Syed ke Kerepek House Banting sebab nak memborong kerepek. Murah sangat dan they all memang buat mass production. Kitorang borong tiga guni kerepek and lapan pack kerepek yang sekilo-sekilo. Mardeyah yang duduk menunggu dalam kereta macam tak percaya sebab kerepek tu pack besar macam dia. Maryam pulak masuk je dalam kereta terus ke third row dengan alasan nak jaga kerepek-kerepek tu sepanjang perjalanan. Orang memang berhimpit-himpit di Kerepek House tu. Itupun banyak dah kerepek yang sold out macam kerepek pisang biasa, kerepek ubi pedas basah.

Tengah hari sampai rumah, Tuan Syed bawa Abdullah keluar nak setel dua tiga benda. Mami sambung basuh baju-baju raya then masak bihun sup untuk mereka-mereka yang 'berbuka puasa awal' ni.  Sambil tu orang Coway datang buat service water dispenser tu.

Hari tu juga Tuan Syed pakat dengan brother and sister dia untuk iftar sama-sama. Pot luck iftar. Dah tak reti nak fikir masak apa. Intai dalam freezer ada ikan kerai and ikan tenggalan, ada landak. BIL punya wife kata dia nak masak landak. Ok then kami buat benda lain.

Last nya, decided to bakar ikan tenggalan. Tetiba teringat sedapnya ikan tenggalan masak tempoyak ke masak lemak ke...tapi tempoyak ni sensitif sikit bagi sesetengah orang. And then gulai lemak pulak baru je hari tu masak. Macam bosan pulak. So, i jus gaul garam kunyit and tinggalkan aje dalam magic pan, buat api kecik je. I biar lama sikit sebab bajet nak angkat masa dekat-dekat nak keluar rumah.

Ikan tenggalan ni kategori exotic juga la. Sebab susah nak dapat. Ikan ni i lawankan dengan air asam. My version of air asam sama macam orang lain, dadukan bawang besar cili tomato and tambah belacan dan air asam jawa. Dan i tambahkan sesudu kerisik. Entah, kat kampung i memang macam tu kalau buat air asam.

Sorting lagi apa yang ada dalam fridge. Terjumpa bendi. So i rebus je bendi ni, dalam air mendidih tu tambahkan sikit minyak untuk bagi bendi berkilat and hiriskan bawang besar dan carikkan sehelai daun kunyit, tambah secubit garam. Agak-agak bendi dah melecur, angkat. Kuah tu kalau nak hirup, boleh. Kalau tak, ambik bendi nya aje.

Bendi rebus ni sedap dilawankan dengan sambal belacan. Tapi sebab Tuan Syed ada bawak balik buah bacang, i buatkan sambal bacang untuk dia.

Godek-godek fridge, terjumpa pula sayur ni. Sebelum dia melayukan diri, i celur and susun siap-siap dan potong supaya senang makan. Then cincang bawang putih, hiris bawang merah, cincang udang kering. Tumis sekali semua sampai garing and wangi, then campurkan sikit je air dengan sos tiram. Tak payah garam sebab sos tiram dah ada perasa. Kacau sekejap sampai agak-agak likat then tuangkan atas sayur celur tadi.

Belek lagi fridge. Ternampak popia goreng pedas yang Tuan Syed bawak balik dari iftar jabatan di Melaka semalam. Dah lembik kan sebab simpan dalam fridge. Kalau reheat dalam microwave nanti lembik dan tak sedap. So, i panaskan oven 160 celcius degree- susun popia dalam loyang yang grease dengan minyak sikit then panaskan dalam 5 minit lepas tu terbalikkan. Panaskan lagi dalam 5 ke 10 minit. Lepas tu biar sekejap dalam loyang untuk popia tu kena angin sikit baru angkat dan susun dalam bekas. Memang dia akan rangup semula macam baru keluar kuali.

Cara ni boleh guna untuk ayam KFC yang baru keluar peti sejuk. Kalau reheat dengan microwave tak berapa sedap. Tapi kalau panggang balik guna oven, memang dia akan rangup semula macam baru keluar oven dia.

Ok, tengok dalam fridge ada pulak kambing golek Tuan Syed bawak balik semalam tu. I panggang balik dalam oven. Top up sikit dengan sos barbeku knorr tu.

Habis siap semua makanan dipack, orang SengHeng datang deliver deep freezer. Waaahh..lepas ni boleh la simpan macam-macam bertahun-tahun! Dulu pinjam Aida punya je masa buat stok ebm Abdullah. Tapi this time tak dapat la nak pinjam sebab Aida baru tambah baby lagi. Tahniah Aida. Nanti update nama baby ye. Tak sempat nak melawat dia, dia dah balik kampung untuk berpantang.

Sempat jugak orang SengHeng tu (Jack kot nama dia) service aircond. Hari tu dia sempat buat satu aircond je-master bedroom. This time pun satu je sempat-hall. Aircond bilik the sisters nanti la lain kali kita service.

Selesai semua, kitorang bergerak ke Bandar Sri Putra rumah brother in law i. Elok sampai dalam empat minit, azan berkumandang. Selesai iftar gathering kali kedua untuk Ramadan tahun ini. Ada landak, ada ketam, ada ikan, ada kambing. Dalam mulut dok berzikir penat nak masak, jangan lah risau, rezeki dah tertulis banyak tu. Syukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah...

Cuma i ralat tak dapat masak Aji Deris. Sebab bahan-bahan tak cukup and satu sebab lagi, dalam fridge ada macam-macam. Kita habiskan dulu one by one. Aji Deris tu kita postpone ke siaran lain pulak.

Ok babai.

Monday, 6 July 2015

Jubah Kanak-kanak Mamayayazone

InsyaAllah tahun ni turn beraya kat Penang. So dah bertahun-tahun kahwin ni, kalau raya di Penang memang tak nampak sesiapa pun yang pakai baju melayu di Kampung Syed, semuanya berjubah, kecuali husband my SIL. Maknanya apa tu? Pertama, husband my SIL tu memang akan kelihatan lelaki Melayu sejati dalam kalangan lelaki Arab sejati. Keduanya, nak bagitahu kalau turn beraya di Penang, memang tak payah lah belikan Tuan Syed baju melayu (lepas tu dia boleh complain kat i baju melayu dia sikit - bila ada function di office kena ulang-ulang baju melayu yang sama - hangin je mak). 
Lepas tu hari tu dia pesan, untuk Little Abdullah pun belikan dia jubah juga this year, tak payah baju melayu. Terus i rasa black out sebab i memang tak berkenan dengan design jubah kanak-kanak yang banyak jual kat kedai-kedai Paksitan tu. Sebab the colors and design really turn me off - dull, kusam, lebam, sembap, design yang stereotype dengan sulam-sulam yang sangat typical *tepuk dahi*

Budak-budak haruslah tampil dengan warna yang ceria-ceria. Barulah nampak comel. Ini kalau dah warna pun kusam lebam, nampak macam budak comot,kan? Eh, ke i sorang je yang rasa macam tu? Lepas google jubah kanak-kanak, jubah baby, i terjumpa www.mamayayazone.com. Lepas tu tengok, dia ada butik di Bangi Gateway. Terus laju mak ke sana cepat-cepat takut nanti habis saiz untuk design yang cantik-cantik. Itupun saiz dah agak limited. Actually kat MayaSS pun ada jubah budak lelaki yang comel-comel dengan colour yang luar biasa tapi waktu i pergi tu banyak saiz dah habis. 

Memang rasa puas hati sangat dapat sehelai jubah Morocco yang 'berwarna' untuk my little Abdullah. Harga pun not bad, below seratus je. Cuma saiz je...bila balik rumah test kat badan dia, singkat sikit. Alahai...tinggi juga rupanya anak teruna i ni. Ke sebab perut dia buncit? Hahahahh! Tapi takpe, labuh-labuh sangat pun, buat sakit mata je tengok dia menyapu lantai dan terpijak-pijak sambil berjalan.



Takpe dik, kalau awak meninggi dengan cepat sekalipun, jubah ni esok-esok tukar hak milik kepada adik baby pulak...insyaAllah.

Thursday, 2 July 2015

33 weeks pregnant

This is me, with my 33 weeks pregnant belly.

Angle lain pulak.


Masih boleh ke office pakai baju kurung-please note this is my last baju kurung yang masih muat. Yang lain-lain tu, menangis nak pakai sebab kain dah tak boleh nak kancing. Yang ini pun, i need to extend the hook guna getah kain. Nak zip, memang tak lah, kan...

Tak pernah kasi pose perut macam ni. Tapi nak juga letak di sini sebagai kenangan. Mana tahu kalau-kalau lepas ni dah tak dapat mengandung lagi :-(

33 minggu. 
Masih dapat puasa penuh - Alhamdulillah. 
Walaupun berjalan dah macam penguin tua.

So far, my previous pregnancy, semuanya ada masalah postion baby. Maryam and Abdullah transverse lie-head down at the very last minute. Mardeyah pulak breech and i buat ECV. Ketiga-tiganya ada risiko i nak kena c-sec, tapi Alhamdulillah akhirnya i ended up dengan normal delivery juga. This time, tak tahu nak kata. last week check up, head down position. Tapi, sekarang ni, kejap-kejap i rasa dia kicking di merata-rata tempat as if dia berpusing-pusing. 

Rabbi yassir wa laa tu'assir.