Nuffnang

Wednesday, 15 October 2014

Slow Down, Mummy

Salam all.

I have chosen to be quiet for today. But i can not deny the urge to share this one meaningful poem with y'all. Slow Down, Mummy, beautifully written by Rebekah Knight.

This one is some kind of heart touching poem, falling so deep. It is just so true. Very true... that I was in tears finishing the last line. Because, this could be the thing my kids are trying to say.

Thank you, Becky. It's such a beautiful reminder, for not pushing myself too hard, for not taking things for granted, because after all, I'm just a barely supermommy.


"slow down mummy, there is no need to rush
slow down mummy, what is all the fuss?
slow down mummy, make yourself a cup of tea
slow down mummy, come spend some time with me.

 slow down mummy, let's pull boots on for a walk
let's kick at piles of leaves, and smile and laugh and talk.
slow down mummy, you look ever so tired
come sit and snuggle under the duvet, and rest with me a while.

slow down mummy, those dirty dishes can wait
slow down mummy, let's have some fun - bake a cake!
slow down mummy, i know you work a lot
but sometimes mummy, it's nice when you just stop.

sit with us a minute,
and listen to our day,
spend a cherished moment,
because our childhood won't stay"

~R.Knight

Monday, 13 October 2014

Our Peaceful Outing

Salam ukhuwwah everyone!

Hope you guys had a great weekend. Mine biasa-biasa saja. Saturday, i managed to be in my petite garden even though the cranky super-clingy-baby became too demanding. Luckily my partner-in-crime was super sporting to look after him. Oh, how i wished i could have a larger garden. Ruang sempit kadang-kadang membantutkan idea. Tapi siapa kata ruang sempit tidak boleh dihias cantik? Cuma perlukan lebih kreativiti and to me, perlukan lebih masa untuk berimaginasi. I kan melankolik!

After having lunch, Tuan Syed ajak jalan-jalan ke KL. The wifey complied. We decided to bring kiddos back to the nature. Of course educational trip macam ni memang selalu menjadi pilihan Tuan Syed. He is a kiasu daddy in his own way. Tapi kalau mami, selalu pilih tempat-tempat yang ada orang jual-jual baju, jual-jual kasut, jual-jual cookies, cake...typical eh?

KL Bird Park offers you the world's largest free-flight walk-in aviary. Wahh, iklan lah sangat! Last time we came here masa Mardeyah dua-tiga bulan macam tu, masih dalam stroller and Maryam pula baru lancar berjalan. I don't think they appreciate the trip masa tu.

Ok, let's photos do the talking.

You ni Maryam, kalau disuruh posing... kalah top model!
Mami pun tak mampu nak selfie sambil kenyit mata

A bit confusing. Yes, we were still in the bird park. Nasib baik bapa mithali mahu ber'baby-wearing'.

Flamingo Pond
A peacock displaying his plumage.
Banyak spesies burung yang ada crest atop the head. I kept on telling Maryam crest tu cantik, dah macam hairband diorang.
Close-up. Green and gold plumage - a very nice detail.
Lama juga this peacock fans its tail.
Lories feeding di World of Parrots
Nak suruh ai pegang cup tu? Sorry la...
There, my second and third handbag! Mengekor...
Ok, banyak info kita dapat from this educational trip. Selain daripada vibrantly colored birds, this bird park ada banyak spot for learning. We dropped by at the nursery and show them macam mana telur ayam menjadi ayam as Mardeyah suka sangat makan telur especially egg yolk. Sekali sekala jalan ke tempat macam ni, mak apak pun boleh tambahkan ilmu di dada, ye dak?

Sekian sahaja cerita weekend orang-orang biasa macam kami.

Ok lah, I nak pergi pick up my anak-anak syurga. 


 Babai...!

Sunday, 12 October 2014

Pasta For Baby

Assalamualaikum hi all

Another pasta for my lil boy. Caranya sama macam yang sebelum ni. Cuma kali ini i gunakan macaroni, broccoli and olive oil.

Terjunkan semuanya, chopped chicken breast, broccoli and macaroni dalam boiling water. Masukkan a teaspoon of olive oil. No salt, ok. Berapa banyak bahan-bahan yang nak digunakan ni, agak-agak je la. I gunakan dua genggam macaroni, half piece of chicken breast, sepokok broccoli saiz sederhana. Air agak-agak cukup untuk lembutkan macaroni. Rebus sampai semua bahan soft and tender. 

Biarkan lukewarm, then blend until fine. 

Lepas tu pack dalam small container. Seperiuk macam ni boleh makan untuk tiga ke empat hari. Remember four days rule ye. Bila dah sejuk sikit, freeze. Bila nak gunakan, turunkan ke fridge semalaman. Sama macam kita handle EBM. Tapi kalau emergency nak makan, i defrost guna microwave je. Aci tak?

Enjoy sangat prepare baby food ni. Dulu masa Maryam, i agak jahil bab-bab baby food ni. Tak buat pun frozen food ni. Sebab Kak Siti, her babysitter, rajin masakkan bubur nasi hari-hari. And kat rumah, i spare banyak Farley's and Nestum. Jahil sangat mak ni masa tu. Buat bubur pun siap tabur ikan bilis yang finely blended. Nasib tak tercekik si Maryam. Masa Mardeyah pulak, Kak Piah, her babysitter, juga masakkan bubur nasi hari-hari. Lepas tu bila ada bibik di rumah, bibik juga masakkan bubur nasi hari-hari. So, frozen baby food ni memang jauh panggang dari api laaa...

Cuma sekarang gigih nak buat sebab i tak confident dengan food prepared at the nursery. Tambahan pula, i bukannya ada banyak masa nak prepare baby food ni hari-hari. Lagipun rasa puas hati dapat bekalkan dia frozen food yang comel-comel ni. Kalau you all adalah working-with-no-maid mommy, elok lah buat frozen baby food ni. Bekerja bukanlah alasan untuk anak-anak tidak merasa air tangan kita.

Nanti i kongsikan cara nak prepare teatime meal for baby. Home-made instant cereals. Bukan Nestum tau. Nestum tu banyak gula, tak bagus untuk baby. Nanti i share ye.

Ok, babai. Nite~nite...


Friday, 10 October 2014

Aroma Nan Mendamaikan

Salam Friday morning peeps!

Finally...it's Friday. Banyak perkara yang difikirkan untuk dilakukan esok hari. Kebun mini perlu dibelai kembali. Rumput meliar perlu dinyah pergi. Ok, itu untuk esok hari.

Untuk pagi ini, let's have a peaceful mind. Pagi perlu hadir mesyuarat. Dan petang terasa ingin menuntut ilmu. Ada knowledge sharing session. Atau petang ingin melekap depan tv sambil kunyah cookies mendengar ucapan Bajet 2015?

Sebelum apa-apa, let's have a cup of coffee.


Fall in love with this. Love it to death.


Ipoh Oldtown White Coffee. Creamy. Authentic.


A language in itself. 
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
An illusion that i am awake. 


Wednesday, 8 October 2014

Chicken Pasta With Love

Salam everyone.

We have tried various food on Abdullah to recognize allergy kalau ada. So far, he can not tolerate jagung. Tiga kali dia makan corn puree, dia jadi cranky bila nak tidur. Sakit perut rasanya. Bangun pagi tu, dia membuang banyak masa mandi. Kesian.

Carrot, pumpkin, potato, cauliflower, peas, beef, rice, wheat, apple, papaya, spinach, chicken. Setakat yang i cuba ni, semua well-tolerated. In fact, bukan those food yang buatkan his eczema getting worse. Tapi heat. Cuaca lampau panas, dia dapat heat rash. Cuma kalau rashes tu nampak patchy-patchy, i sapu sikit hydrocortisone cream.

Rice dah cuba twice. I buat rice porridge tapi still i blended the porridge until superfine. Dr.Khairul @AnnurPaed bagitau, rice porridge seeloknya blend juga sebab baby masih boleh choked.

Latest, i prepared chicken pasta for him.


Chop chicken breast (i guna setengah ketul). 
I peeled sebiji carrot (malas nak chop, lagipun kalau guna peeler ni the output will be thin and cepat lembut). 
Then campur sikit pasta (cadang nak guna macaroni tapi habis pula, yang ada di rumah ketika tu cuma spaghetti - ok, it will do anyway). 
Terjunkan semua bahan ni dalam boiling water. 
Salt is a big no-no ok. Rebus sampai semua ingredients lembut. 
Tinggalkan sikit baki air untuk blend nanti. 
Then blend semua sampai halus. 
Pack dalam small container and freeze.


I kongsikan sedikit tips yang i dapat dari Dr.Khairul tentang solid food for babies ni.

No.1
Foods which are least likely to cause allergic reactions; rice, pear, apple, prune, carrot 
- to be introduced from 6 months.

No.2
Foods which are usually well tolerated, but occasionally cause allergic reactions; barley, apricot, beef, wheat, plum, spinach, cabbage, oat, banana, chicken, peach, broccoli, lamb, turnip, potato, cherry,corn 
- to be introduced from 6 months.

No.3
Foods which are most likely to cause allergic reactions; berries (strawberry & raspberry), egg yolk (must be fully cooked), legumes (soy beans, beans), fish 
- to be introduced from 9 months.

No.4
Foods which are highly allergenic; seafood (prawn, crab, scallops), peanuts, egg white 
- to be introduced from 12 months.

Remember, proper feeding is of utmost importance in preventing allergies. That's why we should avoid strongly allergenic food for the first year. Jangan lupa this important rule - four days rule, introducing one new food at least for four days. It will help us to recognize those not-well-tolerated food.

Ok, nak tempek gambar hero Malaya ini.


Ni semasa i brought them along ke my office. Cantik tak our kid's corner? Sangat selesa for mommies yang terpaksa bawa kids ke office. My two girls were really excited. Dan episod buatlah-macam-rumah-sendiri pun bermula ...


Ok, babai!

Tuesday, 7 October 2014

Eid Mubarak

Pertama, Alhamdulillah kami selamat balik ke kampung dan selamat pulang semula ke Enstek. Massive traffic jammed tapi dengan suami yang super penyabar, perjalanan yang biasanya cuma empat jam tapi dah makan tujuh lapan jam menjadi bonding moment kami anak beranak. Kerenah budak-budak, they tend to be cranky bila lama-lama dalam kereta. Apatah lagi si baby, kena kepit je, mesti la badan dia pun rasa letih.

Sebab bila dah jadi anak perantauan ni, tiap kali musim raya atau cuti yang ramai-ramai pakat balik kampung berjemaah ni, kita mesti mentally prepared. Expect for the worst, expect the unexpected. So, once masuk tol booth and nampak kereta dah bersusun tak berganjak, tidak lah jiwa merana sampai nak memaki pengguna jalan raya yang lain. Kalau tak sanggup nak hadap jammed balik kampung ni semua, jangan join kelompok 'orang balik kampung'. Sebaliknya duduk di kampung dan kawin dengan orang sekampung.

Atau, suruh 'orang kampung' anda yang datang beraya di kota. Kalau satu rumah kampung menantikan lima anak pulang ke kampung dengan lima buah kereta. Tapi, kalau mak pak yang datang beraya di kota, baru satu kereta. Dah jimat space atas hiway tu... (apa lah yang i merepek pagi-pagi buta ni)

Tadi bila i scroll fb, banyak sangat yang update pasal traffic jammed. Lepas tu marah-marah orang lain dengan kata "sibuk je nak balik kampung". Aissshhhh! Aura negative betul dia ni. So, tanpa ragu-ragu i pun unfriend orang-orang yang membawa aura negative ni.

Tapi, tadi sepanjang jalan sepupu i semua update status traffic masing-masing dalam whatsapp group. Siap buat cerita arnab kura-kura. Kononnya i ni arnab sebab kami tadi impromptu exit di Tapah dan singgah dinner di Tanjung Malim. Tup-tup my cousin sorang ni yang keluar agak kemudian dari i, dah overtake kami. Dia claimed dia was the kura-kura. Ambik la labu... yang penting kami menang di hati anak-anak kami sebab tak biarkan mereka kelaparan demi nak mengejar siapa sampai dulu siapa nombor satu.

Sangat meriah kali ini. Di jalanan, ramai yang seakan pasrah menempuh jem. Tak ramai yang menjadi road terrorist. Mungkin masing-masing terkesan dengan kemalangan ngeri di Kuala Kangsar Sabtu lalu. Mungkin. I sendiri pun kejap-kejap intai side mirror takut-takut ada treler atau bus di belakang menyondol sesedap hati. Alfatihah untuk mangsa kemalangan tersebut. Lalu kawasan kemalangan pun i takut nak tengok padahal dah tak ada apa pun. Tapi i buat-buat perhati puncak bukit, perhati paku pakis lereng bukit.

Cuti sempena Aidiladha dah pun habis. Lupa nak wish. Eid Mubarak everyone!

Five of us. Masih keluarga kecil.

Barbeque di Penang. Air tangan my partner. Pity him, sampai hangus bulu roma dia. Grilled mutton yang super enak. Marinated by my MIL and SILs. I tolong makan je. Hehehhe! Lepas tu ke hulu ke hilir buat-buat sibuk. Ramai assistant, dah tak muat nak mencelah. Alasan..!

Ini juga yang senang hati. Ramai baby sitter tukang dukung dia. Berlagak ye dik... balik rumah, tau la awak nanti. 


Ok, nite~nite.

Saturday, 4 October 2014

Swimming Berkasih Sayang

Assalamualaikum hi all..lamanya tak update apa-apa. Banyak tuntutan tugas di pejabat. Perlukan fokus yang lebih hingga dua tiga minggu ini pulang ke rumah pun agak lewat. Mujur my partner very understanding, balik kerja pick up the kids, sampai rumah terus uruskan makan minum mereka. Memang dapur pun berehat lama. Rasa guilty bila sampai rumah, semua dah siap. Kain baju, makan minum, beg anak-anak.

So last weekend kami pakat-pakat nak buat pot luck at my SIL's place.

I buat sikit bubur jagung dan siakap masak lemak cili padi. Masak pun guna apa saja yang ada di rumah. Masak lemak siakap tu i campurkan pegaga sebab pegaga dah meliar di belakang, nak buang, sayang. Jagung pula, fresh turun dari Cameron Highlands. Jagung susu, sedap, manis.

Tapi, sorry tak ada gambar.

Ada mee and kuey tiow sup, ada ayam goreng rempah, ada beef patty. Sedap-sedap belaka menambahkan kilo dalam badan. After makan-makan, bawa kids ke swimming pool. Itulah tujuan gather kat sini, sebab ada pool yang besar dan sangat selesa.




There, a kiasu daddy! Tapi i have to admit yang dia memang coach terbaik kalau nak belajar swimming. Before dia ajar anak-anak dia, i terlebih dulu belajar dengan dia. I pergi INTAN pergi OBS, balik tetap tak pandai swim. Tapi lepas kahwin, dia bawa i pergi mandi laut and train i untuk float dalam air masin, cepat la i boleh buat!

Motip? I nak bagitau i memang bukan budak yang pandai berenang. Walau dari kecik i selalu mandi sungai mandi laut mandi parit, tapi setakat mandi je la. Tapi sekarang, i dah boleh swimming kat pool tanpa perlu jadi flamingo. Thanks abang, for the free swimming lesson!