Nuffnang

Friday, 29 November 2013

Pindah Rumah

Salam Jumuah everyone!

Saja nak update, i dah pindah rumah. Rumah tu dah la tak besar mana. Jauh pulak tu dari tempat kerja. Pagi-pagi pukul 6 kena bangun tak boleh malas-malas. 7.30 keluar rumah tu kira sangat lah rushing, tekan paddle minyak rapat-rapat, minimum kena lari 140kph in order to make sure boleh sampai office jam 8.15 pagi. Pulak tu neighbour kiri kanan tak ada lagi, jiran semua tengah sibuk renovate rumah bagi cantik-cantik. Rumah i tak ada yang istimewa. Tak ada pun nak plaster ceiling bagai, tak ada pun wrought iron grill, tak ada pun dinding natural stone, tak ada pun perabot baru, tak ada semua-semua tu. 

Cuma ada kami empat beranak, berteduh dalam rumah yang dibeli dengan usaha titik peluh sendiri.  Alhamdulillah...syukur. Kecik-kecik pun, jauh-jauh pun, rumah sendiri. Bila bangun pagi awal-awal pindah tu, asyik menitik air mata je sebab macam tak percaya dapat juga merasa duduk rumah sendiri. Emo kau! Itu pun nak drama swasta.

Kami pindah Sabtu lepas. Sewa lori dengan Encik Epol dari Kuala Selangor. Lori dia lori 3 tan panjang 17 kaki, bertutup penuh. Pintu dia boleh buka ikut tepi, memudahkan kerja-kerja menyusun atur dan memunggah barang-barang. Alhamdulillah, servis dia bagus. Kami cadang nak ambil satu trip sahaja, tapi sebab barang-barang (usang tapi sayang) banyak sangat, tu yang jadi dua trip. Yang i kata bagus tu sebab handling dia kemas. Dia akan wrap segala perabot supaya tak rosak. Mana yang boleh disamble, macam katil dan meja makan, dia akan buka dan pasang semula kat tempat baru tu. 

Lori ni sampai rumah Putrajaya dalam pukul 4.30 petang, pukul 6.30 petang dah gerak ke Bandar Enstek. Sampai sana, diorang susun terus perabot tu di tempat mana yang kita nak. Dalam pukul 8 malam, lori patah balik ke Putrajaya untuk second trip. Dalam pukul 11.00 malam, lori telah mula bergerak balik ke Kuala Selangor.

Sesiapa yang perlukan lori sewa untuk pindah rumah, i recommend Encik Epol ni. Boleh call dia 013-3855507. Ni rupa lori dia.
 
 Ada ke patut Encik Epol ni marah i sebab ambik gambar ni masa lori dah nak jalan balik, patutnya kata dia ambik la gambar masa lori tengah sarat barang ke, diorang tengah usung barang ke.. Mahap le Encik Epol ye, i ni bukannya pegang camera doplohpatjam. Sebab tu i bukan bangsa yang snap gambar makanan sebelum mencekik. Selalunya i akan teringat nak ambik gambar food, bila pinggan dah licin. Kau nak tayang apa bila dah licin? Upload dalam facebook pun orang nak muntah tengok.

Ni pulak cara dia wrap perabot kita.
Abaikan dua anak dara yang terloncat-loncat sampai terangkat tocang memasing tu.Troop ni membantu meriuhkan suasana sebab tv dah tak ada, kan.

Rumah Putrajaya yang berjaya dikosongkan.
Masa i snap gambar ni, Tuan Syed macam sound je "dah la...takkan ada nye nak datang rumah ni balik". Tu baru ambik gambar rumah, you all. Belum i snap gambar mee ladna ke... tak ke nyampah dia tengok.

Terima kasih kepada kaum keluarga yang membantu kami masa pindah rumah hari tu. Nanti mak ada kelapangan, kita buat makan-makan kat rumah baru yek. InsyaAllah...




  

Wednesday, 13 November 2013

Pregnancy Emotions

Apa istimewanya menjadi seorang wanita mengandung di Malaysia? Antara signage kemudahan awam kepada wanita mengandung yang mudah kita lihat dan dapati di sekitar kita ialah:

1) Tempat duduk dalam kenderaan awam - selalunya rakyat Malaysia akan prihatin bila tengok mak buyung bergayut dalam train atau bas;

2) Kemudahan tandas awam yang lebih besar (dan bersih) di kebanyakan pusat membeli belah - lagi suka kalau kat tandas tu ada gambar orang pakai tongkat, orang pakai wheelchair, orang pompuan boyot, dan orang pompuan bawak anak kecik. Kami akan masuk tiga beranak sekali untuk buat bisnes;

3) Kaunter bayaran khas di kebanyakan pusat membeli belah dan beberapa kiosk - thanks kepada provider yang sangat prihatin. Kebas kaki atau boleh pitam tau mak buyung berdiri lama-lama; 

4) (ermmm...dah tak boleh fikir. Sebab wanita mengandung ni tak berapa istimewa di mata rakyat Malaysia)

Benar...pada pendapat i, wanita mengandung di Malaysia tak disediakan banyak kemudahan awam. Tidak seperti di sesetengah negeri di US, mereka menyediakan kemudahan maternity parking lot di kebanyakan shopping complex dan hospital. Di sini? Haruslah kalian park kereta jauh-jauh dan berjalan kaki macam orang lain. Kadang-kadang, ada juga wanita mengandung yang menggunakan kemudahan tempat letak kereta OKU pun dijeling-jeling oleh Pak Guard. Pak Guard tak salah, sebab Pak Guard tu tak rasa pun yang wanita mengandung ni lain keupayannya atau serba kurang upaya sebab wanita mengandung kelihatan serba kuat. Kalau tak kuat, dia tak mengandung la..

Surah Luqman (Ayat 14) Allah berfirman "Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah" dan dalam Surah Al-Ahqaf (Ayat 15) Allah juga berfirman "Ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula)". 

Jadi, adakah wanita mengandung ini boleh kita kategorikan sebagai Orang Kelainan/ Kurang Upaya (OKU)? Jika kita katakan dia sememangnya kurang upaya, maka salahkah dia park keretanya di parkir OKU?

I tak pernah kena jeling pun pasal parking ni sebab dah pernah kena halau dengan Pak Guard pun sebelum ni. So, sebelum i kena tembak sebab parking dalam lot OKU, baik i park je kereta jauh-jauh lepas tu menapak je lah! Daripada sakit hati, baik la i tahan sakitnya pelvic pain ni.

Bukan nak berkira sangat pasal parking lot ni. Cuma i memang nak berkira pasal tempat duduk di klinik/ hospital esp di klinik O&G atau di KKIA. Selalu sangat i jumpa orang yang takde sivik dalam bab-bab ni. Sebagai contoh, macam gambar di bawah ni. Kejadian berlaku di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (tuuuttt...)..

Seorang bapa sedang meriba baby yang akan menerima jab (tu laki yang specky tu). Di sebelah kirinya, si ibu sedang meriba handbag (nampak tangan dan handbag je). Di sebelah kanannya, si bibik sedang meriba botol susu (bibik yang duduk dengan penuh sopan sebab Mr. and Madam nya ada di sebelah). Ketiga-tiganya macam dipaku pada kerusi tu. Sedangkan pada waktu tersebut, ada lebih daripada 3 orang wanita mengandung yang sedang berdiri dan bersandar di dinding luar klinik kerana ketiadaan tempat duduk. 

Ermm...macam ni la kot orang yang bersandar tepi dinding klinik tu..

Satu lagi senario yang selalu terjadi ialah, si suami yang meneman isteri untuk antenatal checkup beria-ia berebut kerusi untuk duduk sebelah isterinya, sedangkan ada beberapa wanita mengandung terpaksa berdiri dan... diam. Dia kisah sebenarnya, tapi malas nak buka mulut. Kalau bercakap nanti, tak maki, air mata yang keluar. Mind you, preggy mommy ni very sensitive tau... Dia diam, bukan bermaksud dia tak kisah.

Pada i, pelik sebenarnya kalau ada yang datang klinik untuk maternity checkup ni, siap angkut laki dia. To me, tak ada function pun bawak laki masing-masing. Sekadar nak tolong pikul handbag je selalunya... Sebab, you sendiri yang perlu dengar advice, you sendiri yang kena report your progress, your problem. Bukan you lagi memahami your condition ke? Takkan nak suruh laki you bagitau "isteri saya memang tak suka makan sayur, nurse..." Come on la...hoiisshh..defeat purpose tau. Baik la tinggal laki kat ofis buat keje dengan aman, ataupun tinggal je laki kat rumah tengok anak-anak.

So, kalau di pejabat tu, ada staff lelaki yang minta izin dari i untuk keluar pejabat nak teman isteri pergi maternity check up, i akan tazkirah depa dulu. Ayat i senang je "Saya boleh je pergi check up sorang-sorang. Takde pon laki saya teman!" Melampau tak i? Bukan tak bagi, saja je nak tengok reaksi diorang. Terkujat-kujat ke, tak.

Dan selalunya diorang akan reply "wife saya tak boleh drive, puan"... which leads me to think of this...

...Mesti-laki-aku-garu-kepala-kalau-aku-ni-bangsa-tak-reti-drive...





Friday, 8 November 2013

Anak-Anak dan Baby

Sabtu lepas i bawak anak-anak balik kampung sebab ada wedding my cousin on sunday tu. Kebetulan time tu Tuan Syed outstation, so stay kat rumah pun macam tak best jek. Kang budak-budak asyik terperuk kat rumah and buat benda-benda menyakitkan hati, i jugak yang jenuh nak bertempik.

Bertolak dalam pukul 5.00 petang dari Putrajaya, terus i singgah Jelapang, rumah Chor (kakak mak i a.k.a mak pengantin). Sampai around 7.30 malam tu, perut dah lapar. Hendak-hendak, sampai jek, i dah tercium bau makanan. So, terus jek serbu dapur, ada rendang pedas udang (resipi arwah nenek), ulam buah putat, ikan goreng, rebung buluh tumpat masak lemak, nyums nyums makan dengan nasik panas-panas. Huwaaa...

Lepas kenyang, layan Maryam and Mardeyah main dengan baby yang begitu ramai sekali (my cousins beranak macam berjanji jek, timing diorang lebih kurang). Main pulak depan pelamin. Bukan main suka diorang dapat duduk atas pelamin.

Kakak Maryam dah bersedia nak jaga adik

Ntah kenapa Maryam ni lately kalau posing mesti nak senyum macam tu. Dia kata, kalau tangkap gambar, kena senyum macam tu, baru cantik. Eh, mak kau pon tak reti nak beza senyum cantik ke senyum tak cantik. Mana belajar la diorang ni...Ada kelas modelling ke kat sekolah?

Mardeyah pun berebut-rebut nak riba baby jugak...i risau sebab riba diorang ni kecik je..kang kot jatuh tergolek anak orang, i kena gari. So, untuk Mardeyah, i bagi dia riba baby yang tak berapa baby ni. Dah besar dah pon si Zayyan ni.





Tengok dia punya muka ke'kakak'an tu. Diorang ni dah tak sabar nak ada baby ni. Macam mana kalau ada baby nanti. Dua-dua kakak ni berebut nak riba baby, pastu gaduh-gaduh, pastu nangih, hoiiih...!

Alangkan masa marhaban Baby Aisyah pun, diorang je la pun yang sibuk nak mengayun baby..



Padahal baby tu ada 2 kakak yang lebih kurang sebaya dengan Maryam Mardeyah. Diorang best je main berlari ke hulu ke hilir. Anak-anak i je yang beria-ia nak tunjuk sifat keibuan diorang ni. Kesian...nak baby sangat-sangat dah ye, kakak?

Anak dara i ni suka baby. Tak macam i. I bukan jenis yang asal nampak baby orang jek, nak terkam, nak gomol. Dulu-dulu masa zaman anak dara pon, i bukan jenis yang peduli sangat baby ni. Tapi kalau makcik i suh jaga anak diorang, i ok je. Cuma kalau tiba-tiba nak tengok i "alololo..chomey nye..busyuk nye baby ni..." sorry la... Dan i bukan jenis yang pandai nak pegi peluk-peluk dukung-dukung timang-timang baby orang. Takat meriba time mak depa makan ke..boleh la.

Cuma bila dah ada anak sendiri, i buat la macam tu. Lantak la i nak geram-geram pipi diorang ke, nak gomol-gomol ke. Anak i sendiri.

Ok, untuk Wan dan Ayu, moga jodoh kalian diberkati Allah dan dilimpahi mahabbah, barakah warahmah dan moga kalian lekas-lekas dapat baby.. (gambar tak berapa clear, sebab atok ambik guna tablet dia)


Pengantin yang comel-comel gitew! Sama-sama anak bongsu, manja-manja!
'
'
'
'
'
'
'
'
'
tapi
'
'
'
yang ni i tak boleh blah
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'




Baby sapa ntah atas meja kat ofis ni. Boleh diam jek baby dia tidur dalam selimut ni, orang bising-bising pon dia tak bangun. Bagus ya nak...





Wednesday, 6 November 2013

Harta Peribadi

Dulu masa zaman tengok cerita Winter Sonata, satu dialog yang masih i ingat sangat sampai sekarang ialah:

"Apakah rumah impian awak?" jawabnya, "Rumah impian saya ialah hati orang yang disayang"

Amekaw! Zaman sekarang ada lagi ke anak dara yang nak jawab macam tu? Boleh kalau nak jawab macam tu, tapi mak bapak dia nak ke dengar macam tu? Silap haribulan, mak apak dia bawak pi Darul Syifa sebab ingat anak dah kena bomoh.

Dulu i pernah tanya Tuan Syed apakah rumah impian dia. Time tu belom kawin lagi kowt... Dia jawab "Rumah impian i ialah rumah yang ada orang yang i sayang"... Saja nak bagi tau, kasi korang muntah hijau sikit..!

Memang, sejak dulu i tak pernah berangan atau pasang angan-angan atau bercita-cita memiliki rumah. Kekonon confident jek apak i akan wariskan rumah dia kat i kan?kan? Sampai i kawin pon, i tak pernah berangan nak beli rumah. Yang i tau, masa zaman belajar dulu, i bercita-cita nak kerja dan dok menyewa jek and sampai satu tahap nak tinggalkan Malaysia nak gi merantau pastu, nak tuko warganegara.

Sampai satu tika dan detik waktu, Tuan Syed ajak i beli rumah. Siap booking dua unit lagi tuh, dia satu, i satu. Hamboi hoverr kau mak jemah! Pastu boleh pulak dia kata kita beli sementara je, sebab nanti lepas pencen, kita nak pindah dok Makkah.

Dan cerita beli rumah ni, bermula dari lawat kawasan, setel loan, sain S&P, ambik kunci, serta semua cerita renovation ni, i tak pernah ceritakan kepada sesiapa pon di facebook ke hapa ke... Sesetengah orang kan excited bukan main upload gambar gate rumah baru, pintu rumah baru "tengoklah, inilah tangga rumah i, inilah ruang tamu rumah baru kami" dsb.. Bukan i tak excited, tapi for me, biarlah benda ni jadi privacy kami anak beranak.

Kang beria-ia upload gambo pintu masuk, tingkap semua, pastu free-free jek ko bagi orang satu dunia tau macam mana nak pecah masuk rumah ko kan? Tayang jenis tingkap and grill bagai, pastu orang dah boleh tau kat mana screw yang boleh diumpil semua. Apa kes..

Satu lagi, trend orang beli kereta baru, mesti nak upload gambar kereta siap sekali dengan plate number. Kalau number bersusun cantik je..takpe la jugak. Ni tak, bersepah-sepah. Ko dah kenapa? Nak suh orang attack ke? Pastu  nanti kena mark, kena follow, kena ragut, ko kata polis tak reti buat keje. Habis, yang ko cerita kat semua orang rete peribadi tu kenapa? Tak paham betol laa..

So, pesanan kepada kawan-kawanku di luar sana, yang rajin sangat upload gambar rumah dan kereta korang yang cantik-cantik tu...berhati-hati la dalam berkongsi maklumat personal di laman sosial. Gunakan laman sosial secara berhemah ok? I tak nak dengar kawan sendiri yang i kenal apatah lagi yang rapat dengan i menjadi mangsa jenayah.

Ewah kau..macam pesanan kat sinar.fm jek!

Daripada i tunjuk kat you all gambo pintu dapur and pintu toilet rumah mak jemah, baik i bagi you all gambo ni jek, kan?






Peace no war. Siapa-siapa yang termakan cili, jangan marah ek, kang kena jual!

I tak ada harta yang banyak macam you all semua. Tu je harta yang i ada, itu pun pinjaman daripada Allah s.w.t. dan bila-bila masa saja Allah boleh ambil balik diorang daripada i.



 


Tuesday, 29 October 2013

Gemulah

Sekali lagi, sebentar tadi kami seisi pejabat dikejutkan dengan berita pemergian seorang pegawai ke rahmatullah. Gemulah En. Adek Ahmad.

Innalillahi wainna ilaihi rojiun...

I sengaja post berita kematian ni sebagai mengingatkan diri sendiri bahawa tiada apa yang makin hampir kepada kita melainkan MATI.

Mengingatkan gemulah, i sempat berkenalan dengan arwah sekejap sahaja, sebelum arwah mula sakit dan bercuti panjang. Arwah seorang yang sangat ceria, dalam usia dan pangkatnya yang jauh dengan i ni, beliau tidak sedikit pon memperlekehkan idea dan kata-kata budak setahun jagung macam i ni. Arwah tidak lokek berkongsi pendapat, nasihat, cerita-cerita (banyak cerita lucu). Memang tidak kering gusi dibuatnya tiap kali arwah bersuara. Ada sahaja yang buatkan kita ketawa.

Tapi memang i tak sangka rupanya arwah memang sakit. Barah usus kata mereka. Lagi buat i termenung, barah ni memang 'membarah'. Cuma mereka yang kental dengan ujian Allah sahaja diuji dengan bebanan penyakit ini. Teringat masa i buat radioactive iodine di HKL, kiri kanan klinik Nuklear tu dipenuhi dengan orang yang buat kemoterapi, botak dan tak ada kening. Tapi, diorang nampak lebih relaks dan cool. Redha pastinya.

Teringat pula pesan Prof. Dr. Muhaya "Layanlah orang yang anda sayang seolah-olah hari ini adalah hari terakhir anda bersama mereka, supaya anda tidak menyesal kemudian hari"

Semoga Allah tempatkan Allahyarham Adek Ahmad di kalangan orang-orang mukmin, Ameen...

*masih termenung, walaupun perut dah berbunyi minta diisi*

Friday, 18 October 2013

PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU

amboih..skema sangat le teww!
tengok post title tu dah macam nak buat artikel ilmiah.
tapi, cuba kalau you all check lesen memandu masing-masing... kita tengok siapa yang kena!
mesti ada yang "alamaakk!dah expired!" "ala..lupa la nak renew!"

macam ahkak la...bila fikir-fikir balik, birthday dah lepas...tapi rasa macam ada hutang je dengan Kerajaan. Rupanya lesen belum renew... sebelum ni senang je...i pegi Jusco Equine, situ ada Post Office. Tapi, since JPJ dah keluarkan lesen yang baru, tak sure Post Office boleh buat atau tak.

Jakun mak tadi...lesen baru ni cantik. Kalau before this, kita dapat slip sekeping bila renew, tapi this time kad dia macam IC, siap ada gambo lagi. lesen berwajah baru ni baru je berkuatkuasa mulai 15 Julai 2013.

Menonong je belum pon pukul doblas i dah keluar ofis, terus ke Bangi. Tau situ ada JPJ tapi tak tau location kat mana. Terpaksa la call dak ofis sorang ni, dia bagi tau "Puan masuk ikut Sup Urat Keting tu, terus je sampai hujung, ada kedai tayar belah kiri, sebelum Shell, JPJ dekat dengan kedai tayar tu"

Sonang yo..
Nasemaik kaunter dia bukak tengah hari (untuk renew lesen sahaja).

Masuk kat Khidmat Pelanggan, ambik nombor. Ada staff yang entertain kita "kalau cik tak bawak gambar takpe. cik boleh guna gambar kat ic atau gambar kat lesen lama, dia akan scan"

Terus i bukak purse. Gambar IC masa umur lapan belas, muka berlemuih. Gambar lesen masa umur doploh, comel memang comel, muka flawless jek masa tu, tapi...tu kan gambar seploh tahun lepas, muka budak sesangat. kot iye pon nak nampak cun, takkan la... nipu nau!

queue number pon ada lagi dalam 60. so, sebelah JPJ tu ada dua tiga kedai yang boleh buat instant passport size photo. I pergi tangkap gambar dulu kat situ. melayang RM13. Gambar pon tak santekk...muka parut is hodoh...muka time tengah hari yang metallic la sangat... takpe..takpe.. yang penting, jujur je la pada diri sendirik, ye dok? Selama ni pon i hidup dengan IC muka umur 18 yang comot dan berlemuih, relaks jek..

Pastu i menapak ke Petronas tepi jalan tu untuk withdraw, sebab dalam purse ada semangga-mangga 50 hengget je.. rasa cukup kot kalau nak renew setahun, sebab setahun RM30. Tapi, mana la tau...sekali JPJ kata kena fine sebab dah lewat renew, tak ke naya berpeluh-peluh time tu baru nak gi berlari cari ATM.

Masuk-masuk balik JPJ, ngam-ngam queue number ada lagi 10. Bila time je my turn, i bagi kat dia lesen lama, ic, gambar sekeping. And dia tanya nak renew berapa tahun.

"Tiga tahun ye" i jawab penuh confident. Kat tangan dah pegang siap2 RM100.
"Untuk renew tiga tahun, cik kena tambah lagi setahun ye, untuk pelarasan sebab renew lepas lesen tamat tempoh. So, semua sekali RM120"

Lepas bayar duit, dia bagi slip, and kita tunggu pulak sampai dia panggil nama kita.

After 10 minutes macam tu, ada staff keluar dan panggil sorang-sorang untuk ambil lesen baru. Panas lagi tu! Lesen cantik..lesen je..gambar tak cantek.

Tapi it's ok..akhirnya tertunai sudah tanggungjawab i sebagai warganegara Malaysia. Boleh la memandu dengan sah di sisi undang-undang lepas ni.

So, dengan bangganya saya mengumumkan tarikh kuatkuasa lesen memandu saya yang baharu ialah 18/10/2013 hingga 25/09/2017!

yeay!!! harap-harap masa umur 34 tahun nanti idak le teman lupa nak renew lesen ni.

*Gambar ni pinjam dari Encik Google*
(lesen baru berada di tangan kanan pokcik tuh)

 

Wednesday, 2 October 2013

SENJA

Baru pulang dari menziarahi seorang rakan sekerja yang sedang bertarung dengan penyakit kanser. Kak Shima tidak lalu bangun, terbaring begitu, makin kurus, rasanya macam tulang temulangnya hanya dibaluti kulit sahaja, tidak mahu jamah makanan, air zamzam hanya mampu diteguk beberapa titis.

Sungguh, bila dilihat, memang dalam kepala tadi ni asyik menerawang muka arwah Mak Nyah, arwah Kak Jue, yang mana kedua-duanya bertarung penyakit yang sama hingga akhir hayat mereka. Kursusnya Kak Shima, semacam arwah tok cik. Wanita-wanita di luar sana, andainya anda punya saudara mara wanita especially from your maternal side (sebelah ibu) yang menghidap penyakit kanser (payudara, rahim dsb.) perlukan lebih precaution kerana possibility untuk anda menghidap penyakit yang sama adalah tinggi.

Buat Kak Shima, moga bersabarlah dengan ujian Allah ini. Akak insan yang kuat, kerana itulah Allah uji akak kerana akak mampu menanggungnya. Allah menjanjikan sesuatu yang baik buat akak.

Buat anak-anak Kak Shima, kalian empat beradik memang anak yang taat. Kalian ada di sisi mama pada saat-saat mama perlukan kalian. Terus berikan kekuatan itu kepada mama kalian. InsyaAllah syurga tempat kalian nanti.

Sebak, bila Kak Shima genggam tangan i tadi masa nak minta izin untuk pulang. genggamannya kuat, macam tak mahu dilepaskan. Sempat i berpesan "InsyaAllah Kak, kita jumpa lagi lepas ini..." 


Tetamu Senja
(A. Samad Said - 1955)

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat