Nuffnang

Wednesday 30 March 2016

Quickie Breakie - Nasi Lemak CP


Selamat pagi! Pagi je sinonim dengan sarapan. Sarapan je kalau orang melayu ni asyik la terbayang nasi lemak. Balik-balik nasi lemak. Kadang-kadang tu nak fikir benda lain sebagai sarapan, tapi nasi lemak tu macam hantu, dah block kita punya mind. Terus tak boleh nak fikir benda lain dah. 

Ada certain orang tu, memang dah jadi rutin dia breakfast yang heavy-heavy. Atuk i pun macam tu, mesti nak yang berunsur nasi. Sebab tu dia kena diabetes, sakit jantung, darah tinggi. Tapi, i bukan orang yang macam tu, i ni jenis tak kesah breakfast apa pun i makan. Hat tu lagi parah kot sebenarnya. Perut tong sampah, apa saja kutelan! 

I bukannya tak memilih sangat, pilih, memang lah pilih nak makan apa. Cuma sebenarnya i ni ikut masa dan keadaan. Apa yang ada, i makan. Ada kuih-muih pun, cukup. Roti pun cukup. Biskut kering cicah milo panas pun ok je. Nasi lemak, nasi goreng, mee goreng,  bihun goreng, semua i bedal. Kalau ada banyak masa, sempat la masak-masak sikit pagi tu untuk breakfast and bekal Maryam, Mardeyah dan i sendiri. Tiap-tiap malam, otak ni dah fikir esok nak breakfast apa. kadang petang je dah mula fikir apa nak breakfast esok. Itu memang ngeri.

Tapi, kadang memang tak sempat nak fikir. Tau-tau je eh dah pagi? Alamak...masuk dapur, roti habis, nasi semalam pun takde nak goreng. Bihun ke mee ke tak sempat beli, apa pun tak ada. Maryam sila lah breakfast dengan cereals je ye. Untuk bekal pulak, sila ke Petronas berdekatan.

Sekarang ni i dah terjebak membeli nasi lemak frozen brand CP ni. Beli di 7eleven. Ada macam-macam jugak - nasi lemak bilis, nasi lemak rendang ayam, spaghetti, wantan soup in tom yum, nasi goreng sosej, nasi goreng america.


Nak prepare pun senang je, tebuk beberapa lubang kat cover ni. Then, panaskan dalam microwave dalam empat lima minit. Bau semerbak ye masa kita tengah panaskan tu.


Dah siap tu, koyakkan cover. Tapi, tak payah la expect presentation nya macam makan kat hotel lima bintang ye. Tak payah la expect ikan bilis tu rangup macam baru angkat dari kuali ye. Tak payah la expect ada telur rebus ada timun - itu semua maybe tak letak sebab takut tak tahan lama kot.


Makan je dengan bismillah, confirm makan sambil terpejam-pejam mata. Rasanya not bad. Nasi tu lembut, rendang tu sedap, sambal tu boleh tahan pedas. Rasanya memang cukup, macam makan dalam kapal terbang pulak!


Kak Nora bagi empat bintang!!!

No comments:

Post a Comment