Nuffnang

Tuesday 22 March 2016

Kid's e World

Lama dah gambar ni duduk dalam draft. Memandangkan tadi minum life juice cold brew, sekarang mata terkebil-kebil tak reti nak tidur. So mari update blog.

Dua minggu lepas punya kisah la ni. The walid outstation ke Gua Musang (dia punya lokasi outstation memang out sangat-sangat laaa..) dari Wednesday sampai Saturday. Dia ni kalau kata Saturday tu baru keluar pos, jangan mimpi la nak nampak batang hidung kat rumah tengah hari. At least malam baru dia sampai rumah. Biasanya, tengah malam.

I memang tak berkenan kurung anak dalam rumah. Rimas bila kita buat kerja di dapur, diorang kerjakan depan. Kita bersihkan depan, diorang punahkan dapur. Sakit jantung mak tau...! So, anak-anak minta dibawa ke Mid Valley. Yes, mami complied.

Ok, dengar kata Mid Valley ni, indah khabar dari rupa la ye bilamana mami outing dengan empat anak tanpa the walid. Tiada lah simbol shopping heaven di situ. Pergi sana semata-mata nak bagi diorang main di Kid's e World di The Gardens. To them, Mid Valley ialah KeW. KeW ialah Mid Valley. So, kalau disebut Mid Valley, diorang dah melompat-lompat nak pergi. Budak ni banyak tenaga berbanding adult. Dan tenaga mereka ni perlu di reinforce dengan cara bermain sampai pengsan.

Tambah lagi dengan anak empat ni, berkurung dalam indoor playland ni lebih selamat berbanding main di luar. Kalau di park, penat nak mengejar. Tapi kalau tempat indoor macam ni, budak tak boleh simply keluar dari situ tanpa guardian.


Sekejap je masa berlalu. Dulu masa the walid kerja di Penang, Maryam Mardeyah kecik-kecik selalu dibawa ke sini bila the walid tak dapat balik weekend. Sekarang pergi sana, diorang dah boleh jaga Abdullah pula.


Abdullah pulak masa mula-mula bawa dia main situ, jenuh juga nak kejar dia. Tapi sekarang tak payah dah sebab dia dah tahu ceruk mana nak pergi, dah tahu hala tuju. Mami cuma kejar dengan mata je.


Dalam banyak-banyak hal, Mardeyah paling boleh diharap menjaga adik. Abdullah ni pulak macam lebih prefer main dengan Mardeyah compared to main dengan Maryam.





Sekarang KeW ada replace dua tiga game baru. Yang lama tu dah rosak kot.


Actually kat Mid Valley ni ada satu lagi indoor games macam ni. Apa entah nama dia. Pernah pergu sekali dua, dekat-dekat dengan food court level atas sekali. Tapi situ tak berapa best la. Environment dia tak ceria. Suram je, mendung sendu je...

KeW ni located kat Gardens, satu level dengan cinema and redbox.


Dalam KeW ni senang dan selesa. Kids friendly. Ada nursing cubical, toilet, cafe, locker, setties and beanies untuk lepak-lepak or baring. Memang selesa kalau nak duduk dalam tu berjam-jam. 


Lil Muhammad ni entah berapa kali menyusu, tidur, berjaga, main, lapar, menyusu balik, tidur lagi, bangun semula, main lagi, menyusu lagi... main lagi...





Kalau tengah main dipanggil makan, macam tu lah dia. Makan sambil tangan terlibas-libas excited nak sambung main. Cafe dia selesa. Kalaupun tak cukup table (jaranglah meja tu penuh occupied serentak), boleh bersila je makan. No issue pon.

Cuma menu kat sini tak banyak pilihan. Spaghetti, nasi lemak chicken rendang, waffle, yoghurt, icecream, antara yang diulang-ulang order.


Senang je kan nak habiskan masa dan tenaga budak-budak ni. Maybe ada yang kata mahal bawa anak main di sini tapi to us, selagi service dia bagus, bayar lebih sikit pun takpe. Tempat tu dia maintain elok. Kids friendly -tiang-tiang semua dibalut dengan foam, lantai pun foam. Abdullah tu setakat tergolek sikit-sikit tu takde hal nye lah. Lagi gigih dia memanjat melompat sebab dia tahu bila jatuh tak sakit.

KeW ni hanya caj budak usia 12bulan ke atas sahaja. Adult yang teman masuk for free. Nak jimat boleh beli 5 admission dengan harga RM212. I guna tiga, baki dua simpan untuk next time. Berbaloi sangat kalau you memang pergi untuk bagi anak main kat situ berjam-jam sampai letih. Masuk je kereta, confirm budak-budak terus lena.

Pandai mak tidurkan anak...

No comments:

Post a Comment