Nuffnang

Friday 25 March 2016

Aktiviti Cuti Sekolah Bagi Orang Biasa-Biasa Macam Kami

Sekejap je rasa minggu ni berlalu. Baru upload gambar kejadian last Friday, tup~tup hari ni dah Friday semula. 

Minggu lepas school holiday. This time cuti tak ke mana. Abdullah and Muhammad ke nursery macam biasa, tapi the sisters tu dua hari berulang ke KL ikut the walid. Ye la...ofis walid best, kat KL...semua semua tentang walid best aje lah pada diorang. Kalau mami ni semua serba tak best, kan??! Memandangkan cuti sekolah ni tak ada plan nak berjalan ke mana-mana, so let's cari kids activity for them to fill their free time. I prefer art class. I survey Global Art Putrajaya kalau-kalau they provide art session yang walk in basis. Tapi nanhado, kena enroll at least for one month. And it is costly sangat. Situ ada trial session every Thursday night and Saturday morning tapi cuti sekolah ni fully booked.

Hari Rabu, mami hantar empat-empat ke nursery. Merajuk dua yang besar sebab bosan duduk di taska tak ada apa-apa yang menarik untuk dibuat. Kebetulan, petang Rabu tu mami temankan kawan survey Tadika Ar-Rayyan Precint 11 untuk anak dia. Mami excited dengar diorang ada organize aktiviti sempena school holiday ni. Ada science camp, cooking class, etc. Yang best nya, diorang open juga aktiviti tu untuk outsiders. Cepat-cepat mami bayar RM20 x 2 untuk register cooking class tu.

So, hari Khamis, mami hantar anak-anak dara ke cooking class. Dah anak dara...haruslah kena berjinak-jinak dengan dapur, kan?! Jam 8.00 pagi mami drop dua-dua di Ar-Rayyan then off to work. Around 1 o'clock camtu pergi pick up diorang. Hasilnya? Dapatlah bawa balik cookies yang diorang buat ni 15 pieces seorang.


Sebab terlampau teruja dengan cooking session tu, mami suruh diorang tulis resipi and bahan-bahannya, so that boleh kita have our own cooking session di rumah pulak. Err...?? Nanti lah mami fikirkan dulu... :-)

Masa fetch diorang, laju je bagitahu "esok kitorang nak ikut mami pergi office!" Eh, keistimewaan apakah yang mami ada tiba-tiba dua-dua menjerit nak ikut mami. Mami best eh? ke...ada benda yang they all nak bodek ni?! Ok, mami pun ada contigency plan jugak. Memandangkan dua-dua nak ikut ke office - i can imagine how riuh my office will be dengan dua-dua ini. Two heads are better than one, that's for real.

Masa keluar dari kedai mamak, mami lintas Pustaka Rawang dan terpandang beberapa instant materials untuk kids art session. Menarik! Ok, let's beli! I know i must keep them busy to kill their time - or...i can not finish my work. I bought three sets for each of them. It costed me RM15.90 x 2 x 3 = RM95.40. No wonder la fees kat Global Art tu pun mahal. Nampak macam senang je kerja diorang, cuma guide budak-budak je. Tapi, yang sebenarnya materials untuk art and craft ni saja pun dah memang mahal.

I beli set untuk frame painting, door signage painting and felt mirror. Set ni memang senang, sebab dia provide sekali dalam pack tu dengan paint dalam pallets tu, brush, varnish, glue, foam, card board. No wonder la dia boleh caj satu set ni lima belas ringgit.




Mami beli tiga set each dengan intention satu set untuk sebelah pagi, satu set untuk tengah hari and satu set lagi untuk sesi petang. Tapi, sebab art set ni memang best dan buat diorang ralit, habis ketiga-tiganya diorang sapu one shot before lunch hour.


Eh, ada kawan berminat juga. Sorry, tak tahu dia pun berminat, if not i boleh belikan extra craft set and charge the mother :-)

I terfikir satu benda. This kind of activity sebenarnya boleh menjana pendapatan. Untuk undergrads misalnya, nak cari duit poket lebih, they can prepare the art and craft  materials - bila beli dalam kuantiti yang banyak, barang-barang ni akan jadi lebih murah. Then, they can approach kelab-kelab misalnya kelab rekreasi di pejabat gomen - organize art session sempena cuti sekolah, so staf boleh bawa anak-anak untuk join the activity. Tak perlu buat one whole day, half day pun dah cukup. So you charge la pada sapa-sapa yang nak join tu. Think RM30 per head pun dah kira ok. You pulak guna materials yang you prepare sendiri, instead of guna ready made set macam yang i beli tu. Mesti ada sambutan tau sebab orang-orang macam i ni berlambak ok - bila cuti sekolah, anak-anak yang tak ke sekolah ni hilang punca, dibawa ke ofis nanti bimbang kerja kita pula tak habis, budak-budak ni perlukan aktiviti tapi emak-emak very busy tak dapat nak melayan satu-satu di office, bila ke taska atau transit, asyik la main toys macam budak dua tiga tahun, sungguh laaaa sel-sel tak berhubung!
  

Felt mirror done. Ini paling senang, three years old pun boleh buat. Tak kisah la...whatever yang can kill the time, will do anyway...


Door signage tu a bit challenging sebab lepas paint (ikut suka hati nak buat corak apa), kena sapu varnish. Then keringkan guna standing fan. Lepas dah kering, baru boleh lekat block letters tu. Tali pun provided ye. Memang craft set ni instant! 

Pendek kata, cukup lah segala bahan-bahannya. I ni memang cepat tension kalau tengah buat satu-satu art and craft ni, tiba-tiba baru sedar ada bahan yang tak cukup ke, yang habis ke...memang boleh spoil mood kita nanti. Bila i stop kejap untuk pergi beli barang tambahan, momentum tu automatik akan menurun. Lepas tu dah malas da nak sambung then tinggal terkubur macam tu je, takde nye nak dihabiskan sampai siap. Di situlah mulanya episod berkawan dengan syaiton - tau membazir je... So, dengan instant art and craft set ni, semua tu tidak lagi terjadi! Memang A to Z duduk sekali hadap boleh siap satu-satu craft ni. Sangat simple! Bila dah siap pulak, hasil kerja kau nampak macam professional aje! Macam berbakat besar sangat! Bhahahaahahah!!!
 Ok, habis settle art session mami belanja the kiddos makan Sangkaya. Dap! Dap! Dap!

Itu je aktiviti anak-anak kami cuti sekolah ni. Tak menarik macam orang lain, pergi melancong jauh-jauh sampai ke Hobbit land la...round Europe la... 

Mami sedaya upaya bertahan dari mengambil leave sempena cuti sekolah kali ini sebab mami tengah gigih nak simpan cuti untuk bulan Jun nanti.

No comments:

Post a Comment