Nuffnang

Wednesday 23 March 2016

Bahaya Menggunakan JANGAN

Nama saya Jangan. Ibu selalu panggil saya Jangan. "Jangan main tu..!" "Jangan..!"

JANGAN.

Jangan itu apa?

JANGAN sebenarnya adalah perkataan yang tak boleh ditafsirkan oleh akal kita. Apabila kita menggunakan perkataan JANGAN dengan kata perbuatan atau perkataan yang objektif yang lain, akal kita hanya boleh tafsirkan perkataan perbuatan/ objektif itu sahaja. 

Ok. Mari kita test. 

Cuba anda pejam mata. Kemudian jangan bayangkan seekor kambing putih, berjanggut dan bertanduk. Kemudian buka mata. Nah! Apa yang anda bayangkan tadi? Kambing tu, kan? Kan dah kata, jangan bayangkan, pasal apa anda bayangkan?

So, sekarang kita faham lah kenapa orang kata kita tak boleh mengucapkan perkataan jangan especially kepada anak-anak. Jangan lari! Jangan jerit! Jangan nangis! Jangan panjat! Jangan itu jangan ini. Lagi kita sebut jangan, lagi dibuatnya,kan? Lagi dia nangis, lagi dia lari,lagi dia panjat.

Sebab bila kita sebut JANGAN MENANGIS, otak dia hanya tafsirkan MENANGIS. Otak dia tak faham dan tak tahu macam mana bentuk dan rupa JANGAN tu. Tapi MENANGIS tu dia tahu dia faham. So dia end up melakukan MENANGIS sahaja. 

Oleh itu, kita hentikan menggunakan perkataan jangan tu. So, nak guna apa? Ok, kita cakap kat dia JANGAN BERLARI. Sebenarnya kita nak suruh dia buat apa? Kita nak suruh dia berjalan elok-elok instead of berlari. Maka, katakanlah kepada dia "Jalan baik-baik", "diam!", "sit properly" dan sebagainya. Kita bagitahu dia dengan kata-kata yang positif, yang otak dia boleh visualize. 

Nampak macam senang je, kan? Tapi sebab kita dah kerap dan sebati sangat dengan perkataan JANGAN tu, tendency nak repeat mengucapkannya adalah tinggi. So kena lah latih untuk hentikan menggunakan perkataan jangan. Latih. Latih. Latih. Biasakan. Biasakan. Biasakan. In sya Allah kita boleh lakukannya.  Yakin boleh!!!

Ok, i nak relate kan juga sifat rebellous dalam diri manusia ni. Pernah i came across satu artikel, dalam diri kita ni ada sifat rebellous. Thats why bila PBT letak signboard "Dilarang Menjaja Di Kawasan Ini" memang betul-betul dia berniaga kat tiang signboard tu. Bila ada signage "Jangan Buang Tisu Ke Dalam Tandas" memang kita boleh nampak ada tisu bergulung-gulung dalam mangkuk tandas tu. Dia bukan tak faham, dia tahu benda tu sebab dia ada akal. Cuma dengan sifat rebellous tu dia lakukan juga tindakan bertentangan dengan arahan 'jangan' tu. 

Tapi tercetusnya rebellous tu pun sebenarnya sebab ada perkataan berunsur larangan tu. Kita tak nampak dah word jangan,dilarang. Jangan Buang Sampah Merata-Rata. Kita dah sampai tahap mencabar larangan tu dengan Buang Sampah Merata-Rata. Sampai tahap "ah, bukan ada orang peduli pun kalau aku menjaja kat sini. Tengok sikit apa dia berani buat kat aku kalau aku meniaga sini!" Nampak tak, syaiton apa tu?

Sekarang ni rasanya dah boleh jumpa banyak signage yang berunsur reverse psycho. Misalnya dah boleh jumpa "Terima kasih kerana menggantung telekung dengan kemas". "Senyap. Peperiksaan sedang berjalan". 

After all, kita tak bagi orang buat bising tu sebab kawasan tu tengah ada exam kan then kita nak orang diam and keep the kawasan senyap sepi kan? Kalau guna ayat "Jangan Bising" memang laaaa tak jalan kan? So, cakap je terus "Senyap!" kan senang! Straight forward gitu. 

Contoh paling win. Kita dok ulang-ulang cakap "Abang jangan curang tau". Awas ye. Nanti memang dia akan ada tendency untuk curang. So takkan nak pesan "abang setia ye". Itupun bahaya. Nanti dia setia dengan you tapi dalam masa yang sama dia setia juga dengan orang lain. Hahhahah! Canner tu? Kita nak apa sebenarnya dari dia? Kita tak bagi dia curang, habis tu kita nak apa sebenarnya? Kita nak dia dengan kita je kan? Tak ada orang ketiga kan? Kan? So hipnotize la dia "abang setia dengan saya seorang sahaja ye..." gituuuuu kak ton bagi perghtua....

Sama konsep lah macam kita berdoa. Doa ni kena khusus. Tapi selalunya doa kita umum je... kita minta kat Allah nak keluarga bahagia. Nah, Allah bagi kau anak empat orang - bahagia lah tu. Tapi ada pakej riuh rendah setiap masa sampai kau pun pening kepala rumah macam tongkang pecah. Sebab kita tak minta benda yang khusus - untuk bahagiakan keluargaku Ya Allah, tinggikanlah tahap kesabaranku, kawallah aku dari selalu membebel, misalnya...

Faham ke tak ni? I pun makin meleret ni. Asalnya nak cerita tentang bahayanya menggunakan Jangan. Then kita replace dengan perkataan yang lebih straight forward. Tapi terus termasuk bab doa khusus ni. Sungguh tak structured...tsk~tsk~tsk

No comments:

Post a Comment