Nuffnang

Tuesday 20 October 2015

Trip to Ho Chi Minh

Assalam... Alhamdulillah akhirnya dapat kelapangan nak update kenangan kami anak beranak ni.

Sebenarnya bercuti ke HCMC ni bukan dirancang awal - agak last minute bila the walid singgah Matta Fair. Memandangkan mami masih on maternity leave, jadi jom la anak-anak, kita berjalan jauh sikit. Ada rezeki lebih sikit, jadi Tuan Syed was so generous ajak Oma and Alang ikut sekali. Terima kasih ye sayang, walaupun dah beranak empat dan kecil-kecil belaka, masih bawa saya jalan-jalan ke negara orang.

Kali ini pergi holiday guna travel agent - proper scheduled, lebih senang sebab segalanya diuruskan agent - hotel, restaurant, transportation. Tarikh 15 hingga 18 Oktober ni pun kita pilih sebab we were the first yang approach tarikh ni dengan agent. Preparation untuk travel dengan anak kecil (usia 6, 5, 1 dan 0) dibuat serapi-rapinya. Baik dari segi pakaian anak-anak, makanan ringan, minuman, ubat, carrier - semua untuk pastikan anak-anak selesa, kurang cranky, well bahaved. 


Flight ke Saigon awal pagi, jam 9, took us about two and a half hours to sampai HCMC. Rasanya itu tempoh yang maksimum untuk Abdullah behave dalam flight - we did whatever we can with whatever we have in that limited space to make sure dia boleh duduk diam and tak ganggu other passengers. Just name it - earphone, tv (betul ke tv nama dia ni?), phone (silap besar sebab the phone was not fully downloaded with kids apps - why didn't i think of this earlier), nenen (it totally goes). The two kakaks dah pandai bawa diri, dengar kata even kejap-kejap bercakar juga - so, as usual, Maryam sat next to the walid while Mardeyah dengan mami - to keep them shut.
Thank you Malaysia Airlines kerana menerbangkan kami dengan selamat.

On the first day, we had city tour - Central Post Office, Hard Rock Cafe HCMC, few outlets to shop.


Kita naik transit besar ni. Yang berbaju biru tu namanya Sugar, our tourguide.

Besar dan luas. Nah ambil lah sorang satu row tak payah berebut-rebut.

Dalam Central Post Office.

Yang dalam frame tu lah Ho Chi Minh - pergi google kalau nak tahu siapa dia ni.













Singgah membeli telekung.

Petang tu we jalan kaki for Water Puppet Show - excluded from the package, kena bayar asing but the tour guide arranged everything for us.Dia juga teman kami ke sana.


All the player duduk dalam air tau - water puppet show ni dah pergi international punya level ye. Tapi, bahasa dia tak faham la...tengok sambil agak-agak jalan cerita. After the show, kita makan at Pandan House.

On the second day, isi perut first then we went out of the city, travelled by road for almost 2 hours heading to Mekong Delta.





Singgah souvenir shop - the girls macam nak gila memilih fridge magnet.



Plan nak beli hammock ni - tapi setelah menimbang tara, lupakan saja. Sebab bahaya untuk Abdullah yang sedang lasak.

Sampai boat station, we travelled by boat pula ke satu small island merentasi Mekong River.








Mekong River. Ada Penang bridge, everyone, di sini!

Viet lady.

We visited bee farm.

We were given a few samples of royal jelly, honey, bee pollen to be tested.










Another attraction - budak berdua ni pantang sekali bila jumpa souvenir stalls macam ni.

Ralit. Leka memilih.



Menapak sikit ikut trail ni for horse riding pulak.

 




Viet girl. Konon.

Dihidang local fruits and 5 seasons tea.

Boat rowing to coconut candy factory pula.

Another viet girl. Konon.




Naik boat lagi untuk ke Mekong Halal Restaurant. It was raining heavily.

Dah kenyang. Dah solat. Jom kita.

Singgah textile house.

Dua jam tak cukup nak memilih kain di sini. 

Selesai bayar, kita pergi makan then balik hotel terus lena. This second day trip was totally a basah ketiak ones.
On the third day, northbound pula untuk ke CuChi Tunnel. Kawasan ni outside the city juga, dekat dengan Cambodia border.

Singgah dulu di handcraft factory. Kagum sebab dia gunakan egg shells untuk buat art yang cantik-cantik. Dan the price pun sangat cantik. Macam tak berbaloi lagi nak beli buat hiasan sebab anak-anak masih lasak.

Dah sampai CuChi Tunnel - gallery walk dulu.



Kagum dengan otak Viet army ni.


Alat yang diguna untuk menggali terowong. Yang menggali terowong ni bukan kaum lelaki ye. Tapi kaum wanita dan anak-anak mereka, sedang yang lelaki pergi berperang.





One of the workshop untuk proses peluru daripada bom American Army yang dicuri.

Akak and abang dah biasa menembak dulu di Pulada...so kasi can la kat dia ni pulak.


Dalam tunnel. 

Selamat keluar dari tunnel. Diorang boleh jalan sambil beridir. relaks je la. tapi kalau adult yang masuk, haruslah membongkok.

Verdict - this 3rd day trip also can be considered as basah ketiak trip. Habis lemak-lemak tepu melted.

Hari keempat tu kita pack and balik.




We didn't shop much. Sebab soooooo many immitation items there. I told the walid that i'd rather buy a no-brand-at-all-handmade-leather-handbag than a counterfeit handbag. So i got one for myself - not that cheap.

Textiles, yes we bought a few la. Not that much juga sebab i tak pandai bargain. Bila i nak start bargaining rasa macam malu-malu and tengok Tuan Syed macam bagi signal 'just pay la...' I rasa orang lain boleh dapat murah sebab they all beli banyak - mostly nak berniaga tu. Siap duduk bersila atas lantai kedai buka to buy list and their receipt pun panjang berjela. Again, memang banyak immitations - Nealofar pun ada and the price sangat mahal compared to neelopah celup kat Malaysia. Kalau they offer me twenty ringgit for one maybe i dah beli. Telekung pun harga murah sikit dari tempat kita for telekung yang sulam tangan. Kalau telekung yang biasa tu harganya sama je dengan Malaysia - so, dont buy. 

Bought some tidbits - dried longan, lotus sees, cashew nuts, saigon coffee. That one kita order je dengan tourguide - he arranged everything. Maklumlah, pergi dengan anak empat yang masih kecil, ada limitation untuk pergi merayau-rayau meninjau-ninjau.

Tunggu besar sikit, dan ada rezeki lebih, boleh lah berjalan jauh lagi. Thank you anak-anak syurga mami for being well-mannered during our trip! Thank you to my dearest zauji sebab sponsore this trip! Harapnya tak serik bawa kami jalan lagi :-)