Nuffnang

Saturday, 30 January 2016

Apartment at Copthorne Hotel Cameron Highlands

Assalam.

Cuti Tahun Baharu Cina ni ramai yang dah plan nak pergi jalan-jalan ke? Ada sekolah yang bagi cuti seminggu. Maryam dapat cuti seminggu (of course kena ganti balik lagi tiga hari tu). Mardeyah pulak dapat cuti tiga hari saja. Jadi, untuk Chinese New Year ni belum plan ke mana-mana lagi setakat ini. Kita tunggu boss decide je la. Decision boss selalunya best-best dan kena dengan jiwa. Huhuhhhew!!

Macam last week, cuti Thaipusam. Masa tu boss kata jom pergi Cameron Highlands. Tapi time tu pun after mami bersuara "ada satu tempat yang dah laaaaaama mami tak pergi". Betul, dah lama tak pergi CH. The last time pergi pun masa habis pantang Abdullah, bayangkan dah setahun lebih tak naik CH. Mendengar itu kot, boss pun complied. Waaahh!! Terkembang-kembang hidung mami speechless.

So, jom entry bergambar. Kali ini pergi sana kita stay dua malam. Kita stay di two bedroom apartment at Copthorne Hotel. Hotel ni formerly known as Equtorial Hotel. Located betul-betul at the peak. Sebelah je dengan pasar Kea Farm. Walking distance juga kalau nak ke Butterfly farm, Strawberry park. Apartment ni boleh accommodate ramai, sebab kita pergi ajak sekali Oma Atuk Ucu and Aunty. So, sesuai la. Hall dia besar. Bawa toto extra and blanket tebal boleh tidur golek-golek kat hall ni. Tapi, sebab cuaca sejuk lagi best berhimpit-himpit tidur ramai-ramai dalam bilik. Ada dua bilik, satu kitorang occupied satu lagi Oma Atuk Ucu Aunty.   

Check-in


He really checked-in

Kalau korang nak bawak rice cooker pun boleh. Akak cuma bawak toaster je sebab nak makan roti bakar panas-panas dalam cuaca sejuk-sejuk tu. Ada fridge besar yang satu pintu tu. Cabinet ni punya la banyak, confius akak. Sapa lah yang guna semua cabinet ni? Rasanya apartment units ni different property kot tapi managed by Copthorne Hotel. Meaning that, kalau owner tu nak stay sini sebulan pun boleh. Hari-hari yang dia tak stay, dia bagi hotel manage unit dia. Bagus jugak investment macam ni.


Satu bilik ni ada dua single bed - tapi single bed tu besar. Kalau rapatkan dua-dua ni boleh tidur empat orang.


Setiap bilik ada satu bilik air, so tak payah nak rebut-rebut.


Master bedroom pun luas. Satu king-sized bed.


Paling tak menahan, balcony nya. Sangat luas, boleh berlari-lari kat sini. Gerun akak dengan railing tu memandangkan Abdullah ni boleh tahan jugak skill memanjat dia.


Hotel ni highly recommended for those yang datang dua tiga family.

 Sekitar Copthorne ni pun banyak sangat view yang lawa-lawa untuk jalan-jalan cuci mata. Depan blok yang kita stay ni pun ada garden yang cantik, ada playground. Budak-budak ni pergi main kat situ, walid hantar dengan mata je, they all pergi sendiri.





Jalan-jalan sekitar Copthorne. Seronok sakan the two girls berjalan sebab tak berpeluh.





Ok, nanti kita sambung entry jalan-jalan ni ye. 

Tataa..!

Friday, 29 January 2016

Office Potluck Dishes

Alhamdulillah. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.

Tadi our floor organize farewell party untuk meraikan dua sahabat yang akan menyambung pengajian. Seperti yang dirancang, kita buat brunch secara potluck. Memang selalu juga lah office ni buat potluck. Dan tiap kali itu lah akak akan pening fikir nak bawak apa. Orang lain bawa juadah yang hebat-hebat belaka - tak termampu akak nak sinsing lengan macam diorang. Kalau buat sendiri pun akak buat yang simple je, macam buat kek, buat kuah kacang - selebihnya akak beli apa yang sedap-sedap pada tekak ni, tak pun chip in je kat sapa-sapa. 

Memandangkan tadi agak tidak sibuk, so sempat la sampai ke lokasi kejadian sebelum orang lain sampai. Dapat lah snap beberapa gambar potluck dishes ni.


Kuey tiow goreng - sebesen besar. Sedap.


Macaroni cheese. Tak sempat rasa sebab dah licin. Confirm sedap ni sebab tu cepat habis.


Mee goreng. Sedap sebab mee tu macam basah-basah. Kegemaran akak.


Tembikai untuk sulam.


Tak makan ni tadi sebab malas nak melekit-lekitkan tangan.


Heaven. Lemon cheesecake. Sedap. Melt je dalam mulut, tak perlu kunyah cuma kemam je.


Cupcake yang sangat sopan. Tapi tak berapa gemar icing tu.


Ini sedap. Puding cendol. Tak berapa manis, tak lembut tak keras. Just nice je rasa dan rupa dia.


Brownies - pahit koko tu sangat membangkitkan rasa. Upper layer yang crunchy.


Ini pun cheese juga. Sedap tapi dah tua-tua ni tak boleh nak makan cheese banyak-banyak. Lekas muak.


Tak sempat nak rasa sebab dah habis.


Jelly kelapa dan laici. Juga tak ada space nak masuk perut lagi dah.

Yang kat atas tu menu yang biasa kita jumpa bila ada potluck macam ni. Tapi, this time our mastermind ni sangat lah kreatif. Potluck kami ada steamboat! Ini potluck ye, bukan panggil caterer. Tu dia, ada giant rice cooker atas round table dengan aroma tom yam.







Ini tuan tanah punya. Cendawan dan baby sawi tu tak payah celur dalam periuk. Cuma siram saja dengan soup panas - lecur lah ia tapi masih fresh dan rangup. Bertambah-tambah akak hirup soup ni. Maklumlah, sejuk-sejuk dalam aircond memang sedap bila hirup benda-benda panas macam ni.


Ada nasi ayam gemas. Tapau kan siap-siap untuk Maryam so that tak payah bawa dia keluar lunch dah - jimat masa. Dia kata sedap, nasi tu lembut je. Maryam ni ada satu perangai - dia tak suka nasik yang ekras dan tak suka nasik yang lembik. Tapi dia sangat suka nasik yang lembut. Dan of course makannya pun bertambah-tambah.

Anyway, semua orang pon puas hati and everybody loves the dishes. Clap!Clap!Clap!

Usually, bila time ada potluck macam ni, orang akan tanya kita bawak apa. Maaf la, dah lama oven kat rumah tu sepi sendu dianaktirikan. Hajat di hati nak buat bubur jagung - last week beli jagung susu di Cameron Highlands. Dah beli pun santan dan sagu. Tapi apakan daya, tak ada rezeki kawan-kawan nak merasa bubur jagungku. Tak sempat, berkejar serba serbi itu dan ini semalam.

At the end, ini je yang mampu akak bawa - chocolate danish. Fresh from the (baker's cottage) oven :-)
 

Itu je cerita makan-makan. Penuh dah tank ni. masa makan tak ingat dunia. 

Bila berat naik mulalah nak melalak.

Holder Air Kotak Untuk Budak-Budak

Sedikit perkongsian untuk ibu-ibu di luar sana. Kalau dulu, kami selalu stress bila nak bagi anak-anak seusia Abdullah ni minum air kotak. Kalau tak diberi, menjerit melalak sampai nak tercabut jantung mak. Tapi kalau dibagi, memang terus tercabut jantung bila tengok dia picit-picit je kotak tu sampai air dia mencurah-curah keluar. Macam mana lah mami tak jadi singa. Tensi sangat!

Ada satu hari tu, i jalan-jalan buang masa ke Alamanda dengan Maryam, dan saja la menyinggah masuk ke kedai Komonoya. Kedai tu semua barang-barang dia RM5, konsep nya sama macam Daiso tu. So, boleh lah imagine barang-barang nya macam mana kan? Barang-barang dia kadang tu unik-unik, barang pelik-pelik tapi berguna. Cuma dari segi kualiti, what do you expect kan bila dah barang lima hengget.

Tapi, ada satu barang ni i tertarik sangat. Holder air kotak untuk budak-budak.


Maybe ramai kot yang dah guna dah benda ni. Kitorang je yang ketinggalan zaman. Tapi, seriously, akak agak jakun sekejap di situ. Kagum bila memikirkan betapa sekecil-kecil benda macam ni pun orang Jepun boleh fikir. Sangat innovative diorang ni, tak dinafikan la.


Semenjak itu memberi Abdullah minum air kotak bukan lagi satu mimpi ngeri. Gitu....akak buat iklan dah macam iklan sensodyne je bunyinya. Sebab dia dah tak boleh nak picit-picit lagi. Holder ni adjustable, maknanya air kotak saiz besar atau biasa atau kecil pun boleh letak dalam tu. Aman damai je Abdullah minum guna holder ni.


Tapi sayang, mami cuma beli satu je hari tu. Kena beli extra ni, spare dalam kereta, dalam diapers bag. Senang kerja semua orang lepas ni.

Monday, 11 January 2016

Easy DIY

Assalam...

Memandangkan honeymoon week semenjak masuk tahun baru 2016 tu dah berakhir- sekarang dah masuk gear, tahun yang mencabar bagi our team, tak boleh main-main, nanti rakyat marah. Tadi i nak jot down a few appointment, tapi baru sedar yang 2016 calendar masih dalam kereta - itu pun free gift dari Prudential. Official planner pun belum terima lagi dari our admin - it supposed to be on the table by 1st January kan? Kita tunggu, how long masa yang dia nak ambil untuk deliver planner kita.


Masih menatap calendar lama - bersih je sebab i was not in the office waktu tu due to maternity leave.
 


Sedang i mengemas barangan lama untuk dibuang, termasuk beberapa cactus yang dah busuk, beberapa 2015 calendar, suddenly bernyala mentol dalam kepala otak i *light bulb*- wah, creative mode is on!

I modified the calendar board. Tak modify apa pun sebenarnya, just print out black and white photos and paste on the board. Taraaaa! 


So, in just a few minutes i had transformed this mini boring corner into a sensational minimalis  corner. *tepuk tangan yeayyy!* Boleh menangis Eric kalau tengok hasil akak ni. Hahahah!

Errkk...tak nampak sensational ehh?

Wednesday, 30 December 2015

A'Famosa Resort - Condo d'Savoy

Asalam all.

Tengah belek draft lama terjumpa la draft yang berhabuk ni. Nak continue la konon-konon nya. Then bila belek telefon tengok-tengok gambar yang berkaitan dengan penceritaan ini dah habis kena delete dengan budak-budak ni. Sabar je la... Tapi, memandangkan draft dah ada, so update je la entry sepi tanpa gambar-gambar. Menyampah sangat ni. 

Hujung bulan November hari tu i attend seminar lima hari di A'Famosa Resort, Melaka. Memandangkan cuti sekolah dah mula, jom anak-anak pon pergi sekali. Import Oma and Alang to babysit them, thank you Allah, masih dikurniakan ibu yang sihat walafiat yang dapat membantu di kala begini. Tiada pembantu rumah, anak empat, outstation menjadi satu kerunsingan buat ibu-ibu sepertiku ini. Perkara pertama yang menyesakkan fikiran - bagaimana dengan arrangement anak-anak?

Pertama kali tiba di A'Famosa, runsing tu bertambah sebab sekretariat provide bilik deluxe - satu king sized bed sahaja. Saya nak upgrade ke bilik lain tak boleh sebab full house. Saya nak add on connecting room pun tak dapat sebab full house. Lastly, Tuan Syed book tru Agoda - Family Studio di d'Savoy - tak dapat nak upgrade dari apa yang provided by secretariat sebab hotels and condos ni different property.


Family area ni ada tv, sofa, coffee table and dining table. Cukup la untuk kami. Balcony tu again, sangat ngeri ye untuk budak-budak macam Abdullah. Risau sangat dengan budak-budak yang sedang lasak ni.


Ada satu stor tepi pintu masuk tu tapi tak pasti apa function nya.


Ada kitchen cabinet and breakfast counter. Sebelah luar tu ada wet kitchen and drying area.


Dalam bilik ni ada dua queen bed, dressing table, wardrobe. Complete lah.


Bilik air ada satu je dalam ni. Tak tahu lah kalau yang ada dua tiga bedroom tu ada banyak bilik air ke.

My jadual waktu tu sangat pack. Only on the second day tu sempat bawa Maryam, Mardeyah and Abdullah ke Old West. Park ni bukak jam enam petang kalau tak silap.
 

Mula-mula dia takut nak naik bungee ni. Ye lah, dia ni mana lah suka nak cuba benda-benda adventure ni. Sekali kena paksa dengan mami, terus cuba dan tersuka lah pula...





 

Janji nak bawa ke water park. Tapi nasib baik masa tu Tuan Syed sampai and bawak yang tiga ke sana. Kalau tunggu mami bawak, memang tak merasa laaa... Lepas tu, diorang cuma whatsapp je gambar ni kasi mami jeles. Saja je tau.




Ada satu kejadian sedih. Glasses mami patah kena pulas dek Abdullah. Mami bukan jenis tukar glasses every year ye. Ini pun glasses yang dibeli tahun 2012. So, dapat lah bertahan tiga tahun saja. Tinggal kenangan saja gambar ni. Glasses dah selamat dibuang dalam tong sampah Condo d'Savoy. Tataaa...terima kasih ye kerana berbakti kepadaku selama ini.