Nuffnang

Friday 29 January 2016

Holder Air Kotak Untuk Budak-Budak

Sedikit perkongsian untuk ibu-ibu di luar sana. Kalau dulu, kami selalu stress bila nak bagi anak-anak seusia Abdullah ni minum air kotak. Kalau tak diberi, menjerit melalak sampai nak tercabut jantung mak. Tapi kalau dibagi, memang terus tercabut jantung bila tengok dia picit-picit je kotak tu sampai air dia mencurah-curah keluar. Macam mana lah mami tak jadi singa. Tensi sangat!

Ada satu hari tu, i jalan-jalan buang masa ke Alamanda dengan Maryam, dan saja la menyinggah masuk ke kedai Komonoya. Kedai tu semua barang-barang dia RM5, konsep nya sama macam Daiso tu. So, boleh lah imagine barang-barang nya macam mana kan? Barang-barang dia kadang tu unik-unik, barang pelik-pelik tapi berguna. Cuma dari segi kualiti, what do you expect kan bila dah barang lima hengget.

Tapi, ada satu barang ni i tertarik sangat. Holder air kotak untuk budak-budak.


Maybe ramai kot yang dah guna dah benda ni. Kitorang je yang ketinggalan zaman. Tapi, seriously, akak agak jakun sekejap di situ. Kagum bila memikirkan betapa sekecil-kecil benda macam ni pun orang Jepun boleh fikir. Sangat innovative diorang ni, tak dinafikan la.


Semenjak itu memberi Abdullah minum air kotak bukan lagi satu mimpi ngeri. Gitu....akak buat iklan dah macam iklan sensodyne je bunyinya. Sebab dia dah tak boleh nak picit-picit lagi. Holder ni adjustable, maknanya air kotak saiz besar atau biasa atau kecil pun boleh letak dalam tu. Aman damai je Abdullah minum guna holder ni.


Tapi sayang, mami cuma beli satu je hari tu. Kena beli extra ni, spare dalam kereta, dalam diapers bag. Senang kerja semua orang lepas ni.

No comments:

Post a Comment