Nuffnang

Saturday 30 January 2016

Apartment at Copthorne Hotel Cameron Highlands

Assalam.

Cuti Tahun Baharu Cina ni ramai yang dah plan nak pergi jalan-jalan ke? Ada sekolah yang bagi cuti seminggu. Maryam dapat cuti seminggu (of course kena ganti balik lagi tiga hari tu). Mardeyah pulak dapat cuti tiga hari saja. Jadi, untuk Chinese New Year ni belum plan ke mana-mana lagi setakat ini. Kita tunggu boss decide je la. Decision boss selalunya best-best dan kena dengan jiwa. Huhuhhhew!!

Macam last week, cuti Thaipusam. Masa tu boss kata jom pergi Cameron Highlands. Tapi time tu pun after mami bersuara "ada satu tempat yang dah laaaaaama mami tak pergi". Betul, dah lama tak pergi CH. The last time pergi pun masa habis pantang Abdullah, bayangkan dah setahun lebih tak naik CH. Mendengar itu kot, boss pun complied. Waaahh!! Terkembang-kembang hidung mami speechless.

So, jom entry bergambar. Kali ini pergi sana kita stay dua malam. Kita stay di two bedroom apartment at Copthorne Hotel. Hotel ni formerly known as Equtorial Hotel. Located betul-betul at the peak. Sebelah je dengan pasar Kea Farm. Walking distance juga kalau nak ke Butterfly farm, Strawberry park. Apartment ni boleh accommodate ramai, sebab kita pergi ajak sekali Oma Atuk Ucu and Aunty. So, sesuai la. Hall dia besar. Bawa toto extra and blanket tebal boleh tidur golek-golek kat hall ni. Tapi, sebab cuaca sejuk lagi best berhimpit-himpit tidur ramai-ramai dalam bilik. Ada dua bilik, satu kitorang occupied satu lagi Oma Atuk Ucu Aunty.   

Check-in


He really checked-in

Kalau korang nak bawak rice cooker pun boleh. Akak cuma bawak toaster je sebab nak makan roti bakar panas-panas dalam cuaca sejuk-sejuk tu. Ada fridge besar yang satu pintu tu. Cabinet ni punya la banyak, confius akak. Sapa lah yang guna semua cabinet ni? Rasanya apartment units ni different property kot tapi managed by Copthorne Hotel. Meaning that, kalau owner tu nak stay sini sebulan pun boleh. Hari-hari yang dia tak stay, dia bagi hotel manage unit dia. Bagus jugak investment macam ni.


Satu bilik ni ada dua single bed - tapi single bed tu besar. Kalau rapatkan dua-dua ni boleh tidur empat orang.


Setiap bilik ada satu bilik air, so tak payah nak rebut-rebut.


Master bedroom pun luas. Satu king-sized bed.


Paling tak menahan, balcony nya. Sangat luas, boleh berlari-lari kat sini. Gerun akak dengan railing tu memandangkan Abdullah ni boleh tahan jugak skill memanjat dia.


Hotel ni highly recommended for those yang datang dua tiga family.

 Sekitar Copthorne ni pun banyak sangat view yang lawa-lawa untuk jalan-jalan cuci mata. Depan blok yang kita stay ni pun ada garden yang cantik, ada playground. Budak-budak ni pergi main kat situ, walid hantar dengan mata je, they all pergi sendiri.





Jalan-jalan sekitar Copthorne. Seronok sakan the two girls berjalan sebab tak berpeluh.





Ok, nanti kita sambung entry jalan-jalan ni ye. 

Tataa..!

No comments:

Post a Comment