Nuffnang

Saturday 8 August 2015

Amira, who?

Macam dah lambat kot nak cerita pasal benda ni. Paling buruk pun, dah tahap basi. Ala..pasal prank yang jadi viral tu. Yang 'Diana,who?' tu. I dah tak follow apa-apa pun dalam facebook so agak tertinggal di situ. I tau pun, bila orang buka mulut di ofis bercerita macam mana diorang gurau dengan spouse guna cara tu.

Ada spouse yang boleh terima bila disebut nama orang lain. Ada yang cemburu. Biasanya perempuan la yang akan terlebih kisah sebab hati perempuan kan fragile. Perempuan kan cepat cemburu. Kalau dapat yang tak cemburu, ada la tu suis dia yang tak function. Hahhahahahhh! Lelaki kebanyakannya tak peduli sangat bila wife/gf sebut nama lelaki lain. Kekonon macho la. Tapi, tak dinafikan ada spesis lelaki yang memang sangat peduli, but again, they are tooooooo macho to admit it.

Hari tu masa tengah packing beg Tuan Syed nak pergi outstation, dia sebut "Kejap lagi nak pergi ambik jacket kat Amira".

Amira, who?

Dah, takde nak follow trend tu ye. I tau, Amira tu nama kedai dobi kat area rumah kami ni.

Dah tu dia buka cerita pasal prank Diana ni. Dia pun cakap, ramai betul yang test kat spouse benda ni. Eh, best ke test-test macam tu?

Kalau i...tak berani la nak gurau benda-benda macam ni. Nanti dia tanya "pasaipa, seronok sangat ka buat orang rasa macam tu?" Kau nak jawab apa jemah oiii..?I fikir balik, dia pun tak kuasa nak test i sebab dia tau i macam mana. Kalau nak tengok cerekarama berlaku depan mata, sila lah buat ye.

Pendek kata, bukan semua orang boleh terima prank macam tu. Tak kira lah lelaki ke perempuan. Ini soal hati dan perasaan tau. Benda yang paling kita kena jaga dalam rumah tangga. Akak dah  macam DMFK la pulak. I pun selalu juga tergelincir dalam bab ni especially time selfish, mana kita teringat nak jaga perasaan orang lain dah. Mintak ampun, bang...

Ok, tak payah la nak prank macam tu, lebih baik jom kita perbaiki diri. Kenali pasangan anda, raikan perbezaan - waaahhh...macam prof muhaya gitu!

No comments:

Post a Comment