Nuffnang

Tuesday 11 August 2015

Pecah Kaca Pecah Gelas

Kisah ni mula pada Jumaat malam. Waktu tu Maryam dah mula demam, terbaring je dia atas katil i. Malam tu the trio tidur berhimpit dengan i sebab Tuan Syed was away- outstation. Macam biasa, sebelum tidur i kemas bilik, kutip all the toys yang bersepah sebab takut tengah-tengah malam bangun nak ke toilet, terpijak kan naya. Maklumlah...master bedroom ni macam playland pun ada kadang-kadang-memanjang je ada toys ceruk sana ceruk sini.

Masa tengah siap-siap nak tidur, i teringat nak spray Versace Absolu - anak-anak suka kalau mami wangi-wangi masa nak tidur- syok nak peluk-peluk, gomol, kissing, Eh, the walid pon suka kot..hahahahahh! Tiba-tiba i ternampak bucu bebuli Absolu tu pecah. Tajam pulak tu.

Kalau ikutkan jiwa mak tiri ni, i kira nak tempik aje. Tapi entah nape malam tu macam fairy godmother pulak i tanya diorang baik-baik "Siapa yang bagi pecah perfume mami ni?"

Mungkin sebab muka i suci nak mampus masa tanya tu, laju je Maryam angkat tangan sambil tersengih sebab dia tahu dia bersalah. Then i tanya lagi "Mana perginya serpihan kaca tu? Terkena kaki sapa-sapa tak? Bahaya ni..." waahhh...mithali betul i waktu tu- macam tak caya keupayaan diri sendiri mengawal marah.

Dia kata dia tak tau tapi Mardeyah jawab dia jumpa kat tangga. Then baru i tanya macam mana benda tu boleh jatuh. Maryam cakap dia nak bawak baju, towel, bedak, sikat and perfume turun bawah, tapi tangan dah penuh so perfume tu terlepas. Terus i rasa kesian - i boleh bayangkan macam mana kalut dia masa nak bersiap tu, dia kan diva. Mesti time tu dia bersiap dengan penuh berdebar- knowing mak dia cepat menyinga kalau tau benda ni.

Lepas tu i cakap jangan pakai perfume tu sebab bahaya. Ada kaca yang tajam kat bucu botol tu, nanti kena tangan boleh luka. Sekali lagi i jadi mithali gitu. Ok, siasatan malam tu berjaya mencapai visi dan misi. Ye lah, selalunya i susah nak interrogate diorang bila gunakan pendekatan melenting ni. Tamat kisah siasatan.

Kawan i pernah share benda ni - tips nak elak melenting bila anak buat perangai yang boleh mendatangkan marah. Dia kata tangan kena cepat-cepat grab camera and ambik gambar kejadian to distract daripada mulut yang berjalan dulu. Dan satu advantage nya lagi, nanti anak dah beso sikit tunjukkan balik gambar nakal dia tu at least dia ada kenangan.

So, nah anakku mami belanja gambar kenangan. Betapa diva nya anak sorang ni baru enam tahun, dah share perfume dengan mami. Belum darjah enam lagi tu.





I report kat the walid perfume i pecah. Kot la dapat satu lagi perfume baru. Melampau betul permintaan. Nan hado ye... Raya hari tu baru dapat satu yang baru. Nampak gayanya, kena habiskan cepat-cepat Absolu tu baru guna yang lain.

Tapi apa yang menjadi kegusaran i, serpihan kaca masih gagal ditemui. Stress pulak. Sabtu malam tu, i belek2 kawasan kejadian tapi misi SAR masih gagal menemui sebarang objek berbahaya.

Dari Sabtu malam berlanjutan ke Ahad. Gagal juga. Sampai la Ahad malam tu. I main kejar-kejar dengan little Abdullah dalam bilik dan dalam gelap. Gelak mengekek budak tu kena agah. Buduss sangat ni main dalam gelap. Tiba-tiba Zasss! Jari kaki i terlanggar sesuatu yang tajam. Tu la orang tua-tua dah kata...jangan gelak lebih-lebih, nanti setan tumpang sekali.

I raba-raba jari kaki i and terasa berlendir je. Terus the walid on lampu dan tu dia...jari i dah berdarah. Memang sah i terpijak serpihan kaca tu. Tapi musykilnya...serpihan tu kecik je dan i pasti ada lagi banyak serpihan yang masih belum ditemukan.

Nasib baik yang kena tu kaki i, kalau budak-budak ni yang kena, mau panik mak di situ.

Ala sebenarnya i kena tu sebab kafarah dosa. I paling banyak dosa kot dalam rumah ni... sob~sob~sob. Sorry everybody!

No comments:

Post a Comment